Posts

Showing posts from June, 2023

Ulangtahun kelahiran suamiku

Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hari ni sengaja aku nak kongsikan sedikit tentang hari kelahiran suamiku.. ~ tiada kata seindah bahasa untuk ku puji kekanda ~ sebaris ayat yang menggambarkan sejuta makna dan rasa.. susah untuk aku ungkap tentang perasaan ku terhadap suamiku.. namun, aku luahkan juga kepada suamiku pada malam hari lahirnya.. malu untuk aku luahkan disini.. hahaha.. biarlah hanya suamiku yang mendengarkan rintihan hatiku.. malam tu, banyak yang aku cuba sampaikan padanya.. harapanku kepadanya tidak besar mana.. cukuplah aku diberikan kasih sayang seikhlasnya , dicintai sepenuhnya dan paling penting tidak dicuranginya..  curang ni bagi aku terlalu berat untuk aku terima.. bagi aku, andai aku tidak memulakannya.. aku berharap si dia juga tidak memulakannya.. kalau aku tidak menduakannya, aku harap dia pon begitu.. sama-sama menjaga.. kepercayaan? ermm.. kepercayaan aku padanya sudah tinggal separuh sahaja  atas sebab-sebab tertentu.. aku masih lagi gag...

Wanita : Jom kenali diri anda ( Bhg. 7 - kenali bra/coli anda)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sambungan dari entry yang lalu .. Maaf terlalu lama berhenti menulis.. Kebetulan sekarang dah jadi suri rumah.. Ada lah sedikit masa untuk menulis. Pada kali ini saya nak terangkan cara untuk kita kenal saiz bra (baju dalam) dan jenis-jenis bra yang kita sesuai pakai untuk tubuh badan kita. Pemilihan bra yang sesuai akan membuatkan kita selesa dengan aktiviti seharian kita. Gambar kat atas ni secara overall tentang bra.. Kira macam benda yang ada kat bra la biasanya..  Bab besi dalam bra tu ada bra yang tak dak besi dan ada yang ada.. So, kalau lebih suka buah dada nampak montok boleh guna yang ada besi tu.. Tapi biasanya yang besi tu, kita tak boleh pakai dalam tempoh panjang.. Biasanya paling lama pakai 8 jam ja.. Sebab nanti dia akan rasa sakit kat bahagian bawah dada dan sisi ketiak.. Tapi bagi individu yang dah biasa, boleh ja nak pakai macam tu. Tiada halangan. Ni cuma suggestion sahaja. Jangan lah ambil serius sangat ye. He...

First Aid / Peti kecemasan

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Perjalanan pulang ke kampung atau bercuti luar dan dalam negara yang mengambil masa yang lama perlu berhati-hati dengan sebarang kemungkinan yang bakal  berlaku..  Jadi, untuk sesiapa yang merancang untuk melakukan perjalanan jauh hendaklah bersedia sebarang kecemasan yang bakal berlaku dengan menyediakan peti kecemasan terutamanya bagi mereka yang telah berkeluarga.. malang ni tidak berbau ye.. lebih baik kita sediakan payung sebelum hujan. Peti kecemasan / first aid tidak semestinya beli yang jenis complete kit kat farmasi tu.. kita boleh custom ikut keperluan kita.. cuma perkara asas perlulah ada terlebih dahulu.. benda-benda penting wajib ada.. nanti aku beritahu apa benda penting tu..  tidak semestinya beli first aid kit box ni tq google untuk pic ni.. Boleh ja guna box biasa yang beli kat kedai eco rm2 tu pon boleh.. tapi pastikan ada label .. bahaya kalau anak-anak main...  kami guna box yang macam ni saja.. beli yan...

Nama-nama anak lelaki dalam islam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..  kali ini aku nak kongsikan nama-nama yang sesuai untuk cahaya mata kita bagi bayi lelaki.. nama yang baik beserta maksud yang baik adalah digalakkan kerana ia merupakan doa dan akan dipanggil pada hari kiamat kelak.. Daripada Abi al-Darda’ R.A, Rasulullah SAW bersabda: إِنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأَسْمَائِكُمْ وَأَسْمَاءِ آبَائِكُمْ فَأَحْسِنُوا أَسْمَاءَكُمْ Maksudnya : ‏  Sesungguhnya kamu semua akan diseru pada hari kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu. Maka perelokkanlah nama kamu. Riwayat Abu Daud (4948) - dari page  mufti wilayah persekutuan A      B      D      F      G      H     I     J Ibad - yang rajin beribadah Ibrahim - Nama Nabi Ibhar - gilang gemilang Ibtisam - senyuman Idlan - keadilan Idris - Nama Nabi Idrus - singa Iffat - kehormatan diri Idraki - pengetahuanku, kefahamanku Iftiqar - k...