Monday 26 June 2023

Ulangtahun kelahiran suamiku

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hari ni sengaja aku nak kongsikan sedikit tentang hari kelahiran suamiku..

~ tiada kata seindah bahasa untuk ku puji kekanda ~

sebaris ayat yang menggambarkan sejuta makna dan rasa.. susah untuk aku ungkap tentang perasaan ku terhadap suamiku.. namun, aku luahkan juga kepada suamiku pada malam hari lahirnya.. malu untuk aku luahkan disini.. hahaha.. biarlah hanya suamiku yang mendengarkan rintihan hatiku.. malam tu, banyak yang aku cuba sampaikan padanya.. harapanku kepadanya tidak besar mana.. cukuplah aku diberikan kasih sayang seikhlasnya , dicintai sepenuhnya dan paling penting tidak dicuranginya.. 

curang ni bagi aku terlalu berat untuk aku terima.. bagi aku, andai aku tidak memulakannya.. aku berharap si dia juga tidak memulakannya.. kalau aku tidak menduakannya, aku harap dia pon begitu.. sama-sama menjaga..

kepercayaan? ermm.. kepercayaan aku padanya sudah tinggal separuh sahaja  atas sebab-sebab tertentu.. aku masih lagi gagal meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada suamiku kerana ada beberapa perkara yang menyebabkan aku dah kurang kepercayaan..

sebab tulah orang tua-tua cakap, jangan hancurkan kepercayaan yang orang lain letakkan terhadap kita ..once seseorang tu dah dihancurkan kepercayaannya, susah dah untuk kembalikan kepercayaan itu..

tahun ni tiada apa yang mampu aku hadiahkan kepada suamiku memandangkan aku tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah.. tapi aku tetap menghadiahkan helmet baru untuk suami ku kerana helmet yang lama tu dah berlumut dah aku tengok.. hahaha.. semoga suami aku suka hendaknya.. biasalah bila dah kena hujan panas kan.. macam-macam la jadi kat helmet tu.

Hadiah kedua , aku belikan baju jaket korporat untuk suami aku.. mudah untuk suami aku naik motor pergi kerja. Lagipun, nampak smart sikit.. aku dah siap warning dah.. jangan nak mengorat orang lain pulak.. hahahaha...

 aku tak beli kek sebab suamiku bukanlah penggemar kek tegar.. mungkin nilainya tak seberapa tapi mujur la suami aku suka baju dengan helmet tu.. alhamdulillah.. lega rasanya.. semoga tahan lama la untuk dipakai suami ku.. aamiin..

Setakat ini dulu entry kali ni.. saja la nak share kat sini.. mungkin boleh jadi idea untuk hampa bagi hadiah kat suami atau tunang hampa jugak. :)

Terima kasih ye sudi blogwalking kat blog aku ni..

Jangan lupa untuk terus ikuti blog ni. In shaaAllah akan update dari semasa ke semasa.. 

Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa kita dan permudahkan segala urusan kita di dunia dan diakhirat kelak ..aamiin

Jumpa lagi di next entry.. papai..
  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments: