Posts

Showing posts from November, 2016

5 perkara penting dalam memilih pasangan hidup.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 🎵🎵 🎤 Carilah pasangan hidup betul-betul.. Bahagia bersemi.. Rumah tangga akan harmoni.. 🎤🎵🎵 Checklist : 1. Sekufu ke? Kufu atau kafa'ah adalah suatu darjat atau kemuliaan yang jika tiada pada calon pemuda kemuliaan tersebut, maka jatuh darjat si isteri.. Maksudnya kalau tak sekufu, boleh hilang rasa kehormatan atau kemuliaan antara pasangan tersebut. Kufu ini dinilai dari segi agamanya.. Sekiranya agama kedua pasangan ini sama, jadi keduanya mudah memahami antara satu sama lain.. Berbanding berlainan agama. Kalau kita pilih seseorang yang jaga agama, jadi mudahlah untuk kita berkongsi kelebihan berpahala dalam rumah tangga kerana masing-masing faham tentang tanggungjawab masing-masing. Benda ni paling penting sekali, sebab apa? Takkan kita sebagai isteri nak mengajar suami tentang agama.. Mungkin ada yang boleh.. Tapi seperti yang kita tau lelaki ni ada ego nya.. Susah untuk kita membentuk mereka melainkan dengan rela hati m...

Adab pergaulan wanita bekerja di luar rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Dalam islam, wanita dikedudukan yang terhormat dimana hajatnya dan nafkahnya ditanggung dan dijamin. Wanita sentiasa berada di bawah tanggungan lelaki sama ada bapanya ketika dia masih gadis atau adik-beradik lelakinya jika dia berada dibawah jagaannya setelah kematian bapanya, atau anak lelakinya jika dia sebagai ibu, atau suami jika dia sebagai isteri. Wanita wajib ditanggung oleh lelaki yang berada pada kedudukan yang telah dinyatakan menurut hukum nafkah yang diatur oleh syariat islam dan ia wajib dipatuhi (al-Qaradawi, 1997) . Hal ini menunjukkan perlindungan yang berbentuk tanggungjawab lelaki terhadap wanita amat dititikberatkan oleh islam bagi menjaga kepentingan dan kesejahteraan kaum wanita dan masyarakat islam seluruhnya. Walaupun islam menempatkan wanita dirumahnya, namun bukanlah bermakna wanita tidak boleh keluar langsung. Mereka boleh keluar atas tujuan-tujuan  tertentu. Malahan jika sekiranya terdapat kaum lelaki ...

derma darah ( bahagian 3 )

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. sambungan entry http://solehahkahaku.blogspot.my/2016/10/derma-darah-bahagian-2.html Org tnya aku.. " awat asyik nk derma darah.. ang tu dah kuruih.. nanty tinggai tulang ja." Aku derma darah sbb 1. Masa arwah ayah aku sakit dulu, susah nk dptkn darah yg ssuai dgn bdn abah.. aku kesian kalau2 ada org alami nasib mcm abah dulu.. dialisis bukan bnda main2.. xtukar drah.. kuman merebak. 2. Terutama penerima darah jenis 0 ni ramai.. tapi bekalan utk penderma darah 0 sikit.. sbb org darah 0 hanya bleh trima darah 0 jugak. Kesianlah kat mereka ni.. sementara sihat, kita bantu depa.. bila kita sakit, ada org lain bantu kita pulak. 3. Bnyk kelebihan klu kita derma darah.. ada mcm2 reward... dpat renew darah baru dlm badan... dapt renew pahala.. dapt reward hospital..  Jangan risau psal nak jadi kurus kering tu.. sbb sya rasa sya xde masalah pon utk itu.. gemuk sama ja.. hahaha..  Banyakkan mkn makanan y...

kenapa wanita kini perlu bekerja walaupun berumahtangga?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. hari ni saya ingin mengulas tentang fenomena wanita bekerjaya masa kini..  ya , sememangnya kita sedia maklum, k emajuan dan pembangunan sangat mengajak agar wanita turut berganding bahu dengab lelaki keluar rumah. Jika kita lihat Era  tahun 2000 ini dilihat sebagai era teknologi yang menuntut golongan wanita muslim agar turut aktif dalam kerjaya sama ada (Ghazali, 2001) : Untuk menambahkan sumber pendapatan dari segi kewangan. Ini adalah disebabkan keperluan semasa yang semakin hari semakin tinggi harganya. Meskipun pemulihan ekonomi telah dilakukan dan ekonomi di negara kita semakin pulih, namun harga barangan dari sehari ke sehari semakin meningkat. Jadi, perbelanjaan rumah tidak cukup sekiranya hanya suami sahaja yang mencarinya apatah lagi dengan keperluan hidup dan kos sara diri masa kini yang semakin tinggi. Menuntut wanita muslim semakin aktif dan sibuk dalam politik , sosial dan sebagainya. Ini adal...