Posts

Showing posts from July, 2021

Pengalaman Mengandung ( time pkp ) Part 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Kali ni nak cerita pengalaman masuk ke trimester ke 2..  Alhamdulillah syukur aku dapat melepasi fasa yang mendebarkan iaitu trimester pertama.. Alhamdulillah syukur sangat-sangat.. risau sangat kalau-kalau jadi apa-apa macam kandungan yang sebelum ni.. memang aku risau sangat.. tiap malam suarakan kerisauan kat suami..  mujur lah suami sabar melayan dan menasihati aku supaya tidak terlalu stress untuk pregnancy kali ni.. risau jugak kalau stress aku memudaratkan baby dalam kandungan.. tapi alhamdulillah syukur sangat.. anak kami kali ni memang kuat.. terima kasih ya Allah atas kurniaan Mu ini.. Sepanjang aku trimester 1 , tak de la nak alahan sangat cuma tak lalu makan nasi dengan pening-pening ja.. serius... pening kepala ni memang mula dari awal trimester satu sampai lah nak masuk trimester 3.. tapi mujur la awal-awal trimester 3 dah ok dah.. anak aku ni kuat sangat.. alhamdulillah..  tak tahu lah apa puncanya aku ni jadi pen...

Pengalaman kena covid semasa mengandung

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hai semua pembaca blog aku yang aku sayangi.. okay, kali ni aku nak ceritakan mengenai pengalaman aku kena covid time pregnant ni.. aku cerita balik ni tumpang dok ingat lagi apa yang jadi.. hehehe.. saja nak kongsi dengan semua orang terutamanya bagi mereka yang sedang mengandung pada ketika ini..  Kepada semua ibu yang sedang hamil, tolonglah jaga diri anda sebaik mungkin sebab kita ni ada membawa satu lagi nyawa dalam rahim kita.. jadi penting untuk kita berjaga-jaga setiap masa tambah-tambah dengan pandemik covid19 sekarang ni.. sebab virus ni kita tak nampak dengan mata kasar.. saranan aku, pakai lah pelitup muka dengan sempurna.. bila keluar ke tempat awam, pastikan kita sentiasa memakai hand sanitizer setiap kali keluar terutamanya melakukan transaksi pembayaran di kaunter-kaunter pasar raya.. jaga penjarakan sosial yang telah ditetapkan.. tidak bercakap dengan jarak dekat dengan orang lain.. okey, bab tu mestilah korang tau kan.. ...

Cara nak guna pregnancy test clear blue (UPT)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hari ni saya nak kongsi sikit mengenai pregnancy test (UPT). Pregnancy test atau ujian kehamilan ini dilakukan oleh seorang wanita yang pernah atau telah melakukan hubungan kelamin bersama pasangannya dalam tempoh 24 jam ke atas. Tujuan ujian ini dilakukan bagi memeriksa sama ada seseorang wanita itu hamil atau tidak hamil hasil persetubuhan tersebut. Ujian kehamilan ini boleh dilakukan ke atas ujian air kencing wanita tersebut atau lebih dikenali sebagai Urine Pregnancy Test (UPT). Ujian kehamilan ini untuk menguji tahap kandungan hormon human chorionic gonadotropin (HCG) yang dirembeskan oleh seorang wanita semasa hamil. Hal ini kerana hormon ini berkait rapat dengan placenta bayi sebaik sahaja berlaku persenyawaan dan perlekapan janin pada dinding rahim. Ujian kehamilan ini boleh dilakukan sendiri tanpa pengawasan doktor atau pendek kata boleh dilakukan sendiri di rumah atau di mana saja. Malah tidak memerlukan modal yang mahal. Kalau kitar...

Pengalaman Mengandung ( time pkp ) Part 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera..  hari ni aku nak ceritakan tentang perjalanan aku follow up pregnancy di klinik kesihatan yang berdekatan dengan rumah aku. Masih lagi dalam perjalanan mengharungi trimester pertama aku.. semasa appointment yang kedua, aku dan suami perlu ambil darah untuk hiv test dan sebagainya.  pada hari yang sama, aku jumpa doktor untuk periksa kandungan aku.. alhamdulillah masa ni kandungan dah hampir 8 minggu. dah nampak jantung baby berkelip-kelip dah.. kalau mengikut tarikh period aku..  LMP EDD aku jatuh pada 1/8/2021.. masa ni memang teruja sangat.. masa scan baby kat klinik kesihatan suami tak boleh masuk. kiranya suami tengok baby masa kat klinik swasta untuk confirm pregnant hari tu je. Masa ni doktor tak boleh nilai lagi tarikh sebenar. tapi doktor ada la bagi anggaran tarikh ikut anggaran besar janin masa tu.. so, dapatlah lagi dua tarikh.. dalam 17/8 dengan 19/8 .. doktor kata next scan masa 20 week pulak...then, nurse bagi tarikh kat...

Pengalaman Mengandung ( time pkp ) Part 2

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hai semua.. dah lama rasanya tak buat entry baru.. nak buat je mesti ada halangan.. hehehe.. so, apa yang aku nak cerita ye kali ni.. okay, kita sambung dari entry sebelum ni ye.. Part 1  ... lepas je dah siap buat buku pink kat klinik kesihatan tu, bermulalah sesi tca dengan nurse kk.. Alhamdulillah aku diberikan tarikh untuk berjumpa doktor pada minggu berikutnya awal bulan januari 2021.. sebabnya aku kan walk in untuk  buat buku pink jadi procedure lambat sikit la..  masa aku daftar buku pink tu pon dah kesian tengok nurse kena catat satu-satu apa yang berkaitan aku..  1. check air kencing ( untuk check kencing kotor),  tq google. (lebih kurang mcm ni la nurse akan check) 2. ambil timbangan berat badan,    3. ambil bacaan tekanan darah (bp) 4. ambil bacaan sel darah merah (hb) 5. nurse akan tanya sejarah family kita bab penyakit ye. 6. nurse akan terangkan apa perlu buat dan apa yang tak boleh buat semasa ...