Posts

Showing posts from May, 2021

Pengalaman TTC aku : My TTC Journey (11) - Allhamdulillah.. I'm pregnant!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hari ni baru ada kelapangan sikit untuk aku cerita serba sedikit mengenai perjalanan aku untuk hamil ni. (ttc journey).  mungkin apa yang aku nak sampaikan ni ada orang akan kata yang aku ni terlalu over bab nak pregnant ni tapi itu lah bila orang tak duduk tempat kita dan tak merasai betapa struggle nya kita ni untuk pregnant memang akan mudah berkata-kata dan mencemuh. Aku masih ingat lagi bila mana ada orang yang tanya aku, " Kak su memang mandul ka?" .. Tau tak macam mana perasaan aku masa dengar tu.. aku terlalu sedih sampai balik kerja pon airmata asyik mengalir ja,.. Allah je tahu macam mana perasaan aku masa tu. tapi aku ambil positif sebab orang yang cakap tu masih lagi bujang dan belum pernah berkahwin. Jadi aku assume dia memang tak tahu apa-apa.. Aku ikhlas maafkan dia atas kata-kata dia kat aku tu.. cuma siapa ja yang boleh lupa kenangan tu kan.. Now! Alhamdulillah, aku dah berjaya hamil dan dia pulak asyik kata, 'seronok...

Pengalaman Mengandung ( time pkp )

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hari ni aku nak kongsi sikit pengalaman aku mengandung. Alhamdulillah diizinkan Allah kali ni aku mengandung lagi untuk kali yang kedua.. kali pertama aku mengandung sebelum ni tidak kesampaian apabila aku mengalami keguguran dan disahkan kandungan aku berada di luar rahim. Namun alhamdulillah semua nya berakhir dengan baik dan selamat. tenanglah anakku disyurga ye syg walaupun keguguran pada usia 6 minggu tapi bagi aku, anak aku tu still ada kat syurga tunggu aku. ye aku rindu. Dia penghuni pertama rahim aku. trima kasih anakku kerana memberikan aku satu pengalaman baru ketika itu.  Masa tu aku mengandung dalam bulan puasa. Aku baru mengetahui tentang kandunganku itu.. tup- tup 5 hari lepas tau mengandung, ectopic dan keguguran pulak.. sedih sangat-sangat. mujur tak sempat buat larascopic lagi.. sbb bacaan hcg makin menurun, scan kandungan tak ada, kantung pun tak ada, tak da pendarahan apa-apa masa tu.. sbb tu doc suggest untuk buat larascopi...

Air teh kulit kayu manis ( cinnamon tea )

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hari ni ada masa terluang sikit jadi boleh aku ceritakan tentang cara aku untuk atasi pcos aku ni. Ya, seperti semua wanita lain.. kita takkan tahu yang kita ni ada masalah bab kewanitaan selagi kita belum berkahwin atau selagi kita belum mempunyai anak.  secara jujurnya, aku sendiri pon rasa macam sebelum kahwin aku tak dak masalah untuk mempunyai anak. tapi siapalah kita untuk dustakan kejadian tuhan kan.  Aku dapat tahu aku pcos setelah aku tidak datang period seperti sebelum berkahwin means macam pelik la bila sebelum kahwin tiap bulan kau period, then bila lepas kahwin kau ingat kau tak period sebab pregnant. but big nooo.. sebabnya, aku check pregnancy hampir setiap hari dan setiap minggu.  then bila aku tak period selama berbulan-bulan almost 5 bulan tak period masa tu. then aku agak curious nak tau apa punca aku tak period dan tak pregnant. aku pergi husm dengan suami, check itu check ini..  Dr sahkan aku ada pcos d...

Jamu jus asam kunyit

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hari ini nak kongsi sikit tentang pemakanan aku untuk try to conceive (ttc) tahun lepas . Antaranya Jamu asam kunyit ni. Petua ni aku dapat dari kawan aku yang berjaya hamil dengan natural. Sebenarnya pada permulaan aku nak minum jamu ni sebab aku nak stabilkan period. Sebelum nya, aku ni kalau nak period kena makan ubat baru period kalau tidak, tak de la period. jadi aku try la buat jamu ni sebab banyak yang aku study bab pcos ni. bagus jus kunyit ini untuk bantu rawat pcos. tq google. Jadi aku cuba  yakinkan diri untuk minum benda alah ni, walaupun hakikatnya memang tak lalu sangat-sangat. Aku cuba yang terbaik untuk ttc. ada dua benda yang aku minum masa ttc kali ini,. aku minum air jamu asam kunyit ni dengan air cinnamon tea untuk menjayakan lagi  usaha aku untuk pregnant. tapi bab air cinnamon tea tu nanti aku ceritakan semula dalam entry lain ye. bukan apa, tak nak korang boring baca lama-lama.  Disebabkan aku buat jamu ni...