Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Malam ini terasa nak cerita mengenai kisah aku (bahasakan diri untuk nak diary only)..
Tak mintak untuk baca sebab tak menarik sangat pon..
cerita ni bukan untuk tunjuk yang diri ni gatai merenyam ke pe.. hahaha..
just kenangan.. nanti bila tua-tua nanti teringat blog ni..
boleh baca balik dan senyum sorang-sorang.. hahaha..
Kisah First time = fall in love with 'seseorang'
Tahun Jun, 2006
Pada bulan Jun 2006 ni.. warden asrama, cikgu che fauziah telah ubah cara kami study.. dia mintak kak zaty (ketua asrama perempuan time ni) untuk ubah kedudukan kami belajar.. buat grouping yang ada 6 orang campur laki perempuan untuk satu meja.. kononnya tak nak bagi bising dewan.. masa ni kami tak dak tempat khas lagi untuk study.. semua pakat study dalam dewan ni la.. sebenarnya dewan ni besar lagi tapi aku yang tak larat nak lukis.. hahaha.. sory lukisan comot..
Masa sebelum buat grouping ni, kami kena berdiri kat tepi meja sebab kak zaty dalam proses nak atur kedudukan.. masa ni aku dah nampak dia dah.. dari jauh je la mampu pandang..tapi aku tak ambil kesah sangat pon masa tu..
you know what??
tengok-tengok kak zaty atur aku satu meja dengan dia.. aku still remember kak zaty mention nama aku dgn dia rapat-rapat.. hehehe.. aku hafal ja nama dia..hahaha..
tapi aku cool je.. hahaha..susah nak cakap rasa excited.. hahaha.. bila aku satu group dgn dia.. mula-mula masing-masing senyap je satu dewan tu.. bila dah start satu group yang bising.. then, habis semua pakat bising tak terkecuali aku....hahaha..
(sesi menggatal bermula).. hahaha.. aku tertarik dengan dia... seorang lelaki..yang...
perwatakan dia sederhana.. pendiam.. (pada pandangan aku la masa tu)..
then.. aku pon mula buat-buat tanya kawan aku sebelah aku tu.. dia pulak tak tau...
strategi aku mengena.. pastu try la tanya dia..
kalau tak silap aku tanya dia cara jawab soalan phythagoras theorem kot..kalau tak silap la..
padahal aku dah faham.. saja buat-buat tanya...
(nak mengorat punya pasal,..nasib baik dia tak dapat hidu taktik aku)..
(dalam hati aku.. ooo.. rupanya dia ni banyak cakap jugak..hahaha)..
bila dah habis study tu.. rasa sekejap ja masa berlaku..
padahal study dari pukul 3 petang - 5 petang..
tak mengantok pulak tu,.. (biasanya aku tidur bawah meja study time study ni).. hahaha..
*opss,..kantoi*
selepas habis je waktu makan petang, aku terus naik atas kat aspuri..
then..mula lah sesi soal best friend i, Izzati Basirun..
nasib zaty kenal dia.. try tanya kawan-kawan yang lain pulak..
memang aku minat habis dengan dia..
aku dengar cite macam-macam pasal dia..
tapi tak de pulak orang cerita pasal dia ada makwe ke tak..
disebabkan aku tak tau apa-apa pasal dia ada makwe..
aku pun terus je admire dia..
aku mulakan strategi baru.. stop tanya orang lain dalam waktu terdekat masa tu..
just perhatikan je dia hampir setiap hari..
waktu makan je la boleh tengok..
sebab kelas kami tak sama..jauh-jauh pulak tu..
selang seminggu dari kami buat study sama-sama tu,
aku start kumpul sikit-sikit maklumat pasal dia..
supaya orang lain tak perasan yang aku suka dia,
dan aku nak pastikan dia pon tak tau yang aku suka sangat kat dia..
Yes! memang dia tak pernah tahu pun yang aku suka sangat kat dia..
masa tu..setiap hari, setiap kali sujud terakhir..
aku berdoa..
" Ya Allah..jodohkan aku dengan dia.. satukanlah kami.. berilah aku peluang walaupun hanya sekali untuk bersama dia sebagai pasangan suami isteri yang sah.. dekatkanlah hatinya dengan hatiku.. timbulkanlah rasa cintanya kepada ku.. tunaikanlah permintaanku ini, ya Allah.."
( Bukan rekaan ye.. memang betul-betul aku buat...)
Aku selalu je perhatikan dia dari jauh.. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ku masa tu..
. siapakah gerangan lelaki itu?
~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~