Posts

Showing posts from 2016

5 perkara penting dalam memilih pasangan hidup.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 🎵🎵 🎤 Carilah pasangan hidup betul-betul.. Bahagia bersemi.. Rumah tangga akan harmoni.. 🎤🎵🎵 Checklist : 1. Sekufu ke? Kufu atau kafa'ah adalah suatu darjat atau kemuliaan yang jika tiada pada calon pemuda kemuliaan tersebut, maka jatuh darjat si isteri.. Maksudnya kalau tak sekufu, boleh hilang rasa kehormatan atau kemuliaan antara pasangan tersebut. Kufu ini dinilai dari segi agamanya.. Sekiranya agama kedua pasangan ini sama, jadi keduanya mudah memahami antara satu sama lain.. Berbanding berlainan agama. Kalau kita pilih seseorang yang jaga agama, jadi mudahlah untuk kita berkongsi kelebihan berpahala dalam rumah tangga kerana masing-masing faham tentang tanggungjawab masing-masing. Benda ni paling penting sekali, sebab apa? Takkan kita sebagai isteri nak mengajar suami tentang agama.. Mungkin ada yang boleh.. Tapi seperti yang kita tau lelaki ni ada ego nya.. Susah untuk kita membentuk mereka melainkan dengan rela hati m...

Adab pergaulan wanita bekerja di luar rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Dalam islam, wanita dikedudukan yang terhormat dimana hajatnya dan nafkahnya ditanggung dan dijamin. Wanita sentiasa berada di bawah tanggungan lelaki sama ada bapanya ketika dia masih gadis atau adik-beradik lelakinya jika dia berada dibawah jagaannya setelah kematian bapanya, atau anak lelakinya jika dia sebagai ibu, atau suami jika dia sebagai isteri. Wanita wajib ditanggung oleh lelaki yang berada pada kedudukan yang telah dinyatakan menurut hukum nafkah yang diatur oleh syariat islam dan ia wajib dipatuhi (al-Qaradawi, 1997) . Hal ini menunjukkan perlindungan yang berbentuk tanggungjawab lelaki terhadap wanita amat dititikberatkan oleh islam bagi menjaga kepentingan dan kesejahteraan kaum wanita dan masyarakat islam seluruhnya. Walaupun islam menempatkan wanita dirumahnya, namun bukanlah bermakna wanita tidak boleh keluar langsung. Mereka boleh keluar atas tujuan-tujuan  tertentu. Malahan jika sekiranya terdapat kaum lelaki ...

derma darah ( bahagian 3 )

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. sambungan entry http://solehahkahaku.blogspot.my/2016/10/derma-darah-bahagian-2.html Org tnya aku.. " awat asyik nk derma darah.. ang tu dah kuruih.. nanty tinggai tulang ja." Aku derma darah sbb 1. Masa arwah ayah aku sakit dulu, susah nk dptkn darah yg ssuai dgn bdn abah.. aku kesian kalau2 ada org alami nasib mcm abah dulu.. dialisis bukan bnda main2.. xtukar drah.. kuman merebak. 2. Terutama penerima darah jenis 0 ni ramai.. tapi bekalan utk penderma darah 0 sikit.. sbb org darah 0 hanya bleh trima darah 0 jugak. Kesianlah kat mereka ni.. sementara sihat, kita bantu depa.. bila kita sakit, ada org lain bantu kita pulak. 3. Bnyk kelebihan klu kita derma darah.. ada mcm2 reward... dpat renew darah baru dlm badan... dapt renew pahala.. dapt reward hospital..  Jangan risau psal nak jadi kurus kering tu.. sbb sya rasa sya xde masalah pon utk itu.. gemuk sama ja.. hahaha..  Banyakkan mkn makanan y...

kenapa wanita kini perlu bekerja walaupun berumahtangga?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. hari ni saya ingin mengulas tentang fenomena wanita bekerjaya masa kini..  ya , sememangnya kita sedia maklum, k emajuan dan pembangunan sangat mengajak agar wanita turut berganding bahu dengab lelaki keluar rumah. Jika kita lihat Era  tahun 2000 ini dilihat sebagai era teknologi yang menuntut golongan wanita muslim agar turut aktif dalam kerjaya sama ada (Ghazali, 2001) : Untuk menambahkan sumber pendapatan dari segi kewangan. Ini adalah disebabkan keperluan semasa yang semakin hari semakin tinggi harganya. Meskipun pemulihan ekonomi telah dilakukan dan ekonomi di negara kita semakin pulih, namun harga barangan dari sehari ke sehari semakin meningkat. Jadi, perbelanjaan rumah tidak cukup sekiranya hanya suami sahaja yang mencarinya apatah lagi dengan keperluan hidup dan kos sara diri masa kini yang semakin tinggi. Menuntut wanita muslim semakin aktif dan sibuk dalam politik , sosial dan sebagainya. Ini adal...

Bukti wanita itu lemah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sudah lama rasanya saya tidak menulis diblog ni... rasa macam dah bersawang dah.. sekali tulis, nah amik hampa, baca lah sampai muntah na,.. hahahaha.. Untuk entry kali ini saya akan menerangkan isu yang sering diperkatakan dan dikaitkan dengan wanita.  Baiklah, wanita sering dianggap lemah oleh kaum lelaki dan diperakui pernyataan ini sejak azali kewujudan manusia. Ya, wanita itu lemah dari segi fizikalnya namun wanita kuat dari segi mentalnya berbanding lelaki. Ada  beberapa bukti yang mengaitkan tentang kelemahan wanita ini. apa bukti nya? habaq mai sikit.. hehehe.. 1.        Wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki yang bengkok seperti mana firman Allah dalam Al-Quran. 2.        Menurut kajian perubatan moden, wanita lebih mudah dijangkiti penyakit berbanding lelaki. Wanita juga berisiko menghadapi tulang reput dan wajah yang dimamah ...

Masalah cirit birit ? keracunan makanan?? jom buat ini..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. bagi sesiapa yang ada  mengalami cirit birit dan ada tanda-tanda keracunan makanan..  jom cuba salah satu daripada cara kat bawah ni.. in shaa Allah , boleh cepat sembuh.. yang penting, niatkan kerana Allah dan percaya dengan kuasa Allah.. kita cuma ikhtiaq ja.. okey,, Masak lobak dengan api kecil selama 2 jam ( 1kg lobak dengan 1 ½ liter air) .. tambahkan 3g garam halus dan minum setelah sejuk. Goreng  2/3 sudu besar beras tanpa minyak sehingga hangus, masukkan ke dalam secawan air panas, biarkan selama beberapa minit kemudian minum ke semuanya. Celur beberapa biji kurma dengan sedikit air mendidih. Lumatkan dengan cara menekannya menggunakan sudu. Campurkan sedikit madu kemudian minum 3 kali sehari. Basuh dan bersihkan akar anggur. Rendam dalam air masak selama beberapa minit kemudian minum. Buang kulit dua biji delima putih. Panggang sehingga kering dan tumbuk halus. Masukkan satu sudu besar bahan ini ke dalam a...

Cara mencari titik persefahaman antara suami isteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 1.        Tidak mengharapkan pasangan kita menjadi seratus peratus seperti yang kita inginkan. 2.        Bertimbang rasa dan menerimanya seadanya. 3.        Melihat kebaikan pasangan lebih daripada keburukannya. 4.        Tidak terlalu memfokuskan perkara yang remeh temeh. 5.        Buat perubahan diri sendiri melebihi daripada mengharapkan pasangan yang berubah. 6.        Kurangkan mencari cacat cela pasangan. 7.        Banyakkan muhasabah diri dan beristighfar sekiranya mengalami masalah rumahtangga. 8.        Fikirkan perkara yang positif 9.        Gunakan kewarasan minda untuk membuat keputusan berbanding meng...

Masalah kegemukan dan badan banyak lemak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Ramas-ramas 2 genggam daun delima dengan sedikit garam dan segelas air masak, perah kemudian minum ½ gelas bagi sekali minum. Lakukan 2 kali sehari. Tumbuk isi 2 biji buah delima putih beserta biji sehingga lumat. Campurkan 3 sudu besar air masak dan letakkan sedikit garam, kacau rata, tapis dan minum. Lakukan 3 kali sehari. Rebus barli sekurang-kurangnya 3g bersama air secukupnya, setelah barli kembang, minum bersama air biasa dan tambahkan sedikit gula. Minum setiap hari. Mengamalkan juga Talbinah iaitu bancuhan barli bersama susu segar dan sedikit madu. Makan buah anggur, jagung masak, mangga atau pisang masak secukupnya setiap hari. Memakan 1 @ 2 biji buah tomato yang ranum pada awal pagi tanpa sarapan selama 2 bulan. Rebus kacang kuda ½ cawan kecil atau ¾ cawan sehingga kembang. Makan sehingga menghilangkan rasa lapar. Ambil 3 – 4 batang serai yang telah dibuang akar dan daun, diracik-racik dan direbus. Ambil segelas air rebusan i...

Ciri-ciri yang perlu ada pada pasangan yang bakal berkahwin

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 1.        Pasangan yang dipilih mampu menjadi pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab. 2.        Mencari nafkah yang halal dan berkat. 3.        Pasangan ideal yang mampu bersikap baik terhadap isterinya kelak. 4.        Pasangan yang dapat memberikan  kebebasan berfikir dan memberi pendapat serta menerima kekurangan dan kelemahan. 5.        Pasangan yang mampu membantu dan memahami antara satu sama lain. 6.        Pasangan yang dapat menjaga kewibawaan suami ataupun isteri serta mampu membimbing ke jalan yang baik. 7.         Pasangan dapat menghormati dan menyayangi keluarganya. 8.        Pasangan yang mampu menjadi ibubapa yang baik. 9.    ...

Keunikan wanita berbanding lelaki

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. . Entrykali ni saya nak kongsikan mengapa wanita ni diciptakan ? Dan apa yang menyebabkan wanita ini dilihat begitu unik berbanding lelaki..? Tapi sebelum tu, nak tau mcm mna Allah jadikan wanita, nah baca ni.. http://solehahkahaku.blogspot.my/2014/11/wanita-jom-kenali-diri-kita.html ... Setelah Allah jadikan Hawa untuk kaum  Adam.. Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Ya Alllah ???" Allah menjawab: "Sudahkah engkau melihat dgn teliti setiap apa yang telah aku ciptakan untuk wanita? Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan". Malaikat menjawab dgn takjub, "Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!" Allah menjawab, "Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerj...

Dah berkahwin tapi belum ada anak.. nah baca nih!

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. . Kali ni saya nak kongsikan tentang,.. PERKAHWINAN TANPA ZURIAT.. Kesedihan atau Keuntungan? “Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul”… Pepatah lama yang hanya akan difahami oleh mereka yang bernasib sama.. Tiada satupun pasangan suami isteri yang telah ALLaH satukan dalam pernikahan yang sah yang tidak mahukan zuriat.. Tapi rezeki manusia itu berbeza-beza.. Ada yang sudah bernikah bertahun-tahun lamanya tapi masih belum ada rezeki anak.. Orang keliling hanya tahu bertanya dan berkata tanpa fikir perasaan orang lain.. Banyak lah mulut yang bercakap-cakap... “Rugi kalau dapat anak lambat.. Nanti bila dah tua, anak-anak masih kecil” “Jangan la biar lama-lama baru nak dapat anak.. Takut nanti tak sempat nak menimang cucu sendiri” “Takde berubat mana-mana ke? Cubalah ikhtiar” “Orang perempuan ni kalau dah kahwin tapi takde anak, dah serupa macam kain buruk” ...

Derma darah ( bahagian 2 )

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. . Erm.. banyak benda nak cerita kali ni.. hahahaha,, sambungan entry  http://solehahkahaku.blogspot.my/2012/03/argh-darah-tak-nak-takut.html Alhamdulillah.. dapat jugak derma darah akhirnya. . 1 botol penuh.. xsampai 8 minit pon ambil darah,. Tengok2 dah siap,, Tanya nurse, " eh, dah siap ke? " " haah, dah penuh dah., okey tak boleh bangun lagi.. rest dulu 10 ke 15 minit ye,, kalau rasa dah okey tak pening bagitau ye.. ha, lepas ni boleh la derma darah lagi.. tak sakitkan..." Serius wey, aku ketaq gila masa nak derma darah., hahahaha.. Macam2 dalam fikiran, jap gi aku pengsan ka apa ka macam mana.. boleh ka orang yg nak terima darah aku tu sihat macam biasa.. Alhamdulillah akhirnya semua selamat. . #thanksAllah semoga 'awk' yg menggunakan darah saya sihat selalu.. Darah saya akan mengalir dalam badan awak.. semoga semuanya baik2 saja.. Terinspiras...