Posts

Showing posts from 2020

Best Marriage Advice - Nasihat untuk pengantin baru

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Baru-baru ni adalah digembar-gemburkan kes seorang wanita yang juga merupakan youtuber bab masakan ni dah bergaduh dengan suaminya atas masalah peribadi. Before this, mereka berdua kelihatan mesra dan bahagia dalam youtube channel mereka. Bagi aku normal lah bergaduh tu, ala macam korang tak pernah bergaduh.. masa bercinta pon kerap je kan bergaduh.. berkahwin apa tah lagi weh.. dah korang hidup sebantal dan sebumbung dengan dia.. mestilah ada kekurangan yang korang nampak depan mata.. masa bercinta memanglah kebanyakkan nya indah belaka sebab dia duduk jauh kan dengan kita .. jumpa pon sekali sekala ja.. jangan kelentong la.. aku pon pernah jugak bercinta selama 10 tahun sebelum berkahwin.. bergaduh tu adat la.. cuma kita tu kena lah bijak handle masalah keluarga.. kalau tak.. tak delah kes cerai kat malaysia ni.. Ermmm...Dalam usia perkahwinan yang baru 3 lebih ni.. sebenarnya pengalaman itu jelas belum ada.. kadang kita sendiri pon dal...

Pengalaman TTC aku : My TTC Journey (9)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hai semua.. Rasanya dah lama tak buat content untuk entry baru kat blog ni kan. Ha, susah sikit sekarang suami kite tu asyik nak main game je. Jadi kita korbankan lah masa dengan laptop ni sekejap. Tak delah sekejap sangat. Rasa dah beberapa bulan kan tak update. Okey! Dah la membebel lama-lama.. nak sambung cerita pasal ttc aku dari entry yang sebelum ni.. journey 8.   Aku ni merupakan salah seorang PCOS Fighter. Jadi, memang agak susahlah untuk aku nak pregnant dengan ‘mudah’. Pengalaman aku pregnant sebelum ni memang mengajar aku ‘something’ yang kalau aku nak pregnant memang kena usaha lebih sikit. Kalau ada yang ikuti kisah ttc aku yang sebelum-sebelum ni, mesti akan tahu betapa strugglenya aku ni untuk pregnant. Aku kena diet dulu. Kena hold dulu banyak makanan kegemaran aku. Maybe time aku pregnant yang kali pertama tu sebabnya kita puasa kan sebulan bulan puasa tu. Jadi mudahlah aku untuk kawal pemakanan dan sebab tu jugak lah kot a...

Suamiku Banjarian

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Baru-baru ni balik kampung, memang rasa heaven sangat.. mana tak nya mak mertua yang masuk sekepala dengan aku ni.. sebenarnya rindu sangat masakan mak.. mak mertua tu aku dah anggap macam mak kandung sendiri dah.. senang sangat kalau nak bercerita apa-apa dengan mak mertua.. walaupun mak sendiri dah tak dak.. terubat jugak rindu bila mak mertua layan kita macam anak sendiri.. cakap je.. mak teringin nak makan itu.. teringin nak makan ini.. mak pasti akan buatkan.. Allahu perangai mak mertua tak ubah macam mak sendiri.. semoga Allah murahkan rezeki mak dan abah mertua.. aamiin.. masa hari kedua balik kampung, ada lah suara kan hasrat nak makan wadai kepeng kuah durian dengan mak.. mak kata mak pon teringin jugak.. tapi tak de geng nak bulat2 ataupun orang kedah panggil gelintey tepung tu... rupanya sehati sejiwa kami dua ni.. hehehe.. esok nya tu sebelum balik ke kelantan.. aku pon tolong-tolong mak gelintey doh tu.. hehehe.. renyah wey.. berp...

Sambut Anniversary kat Restoran Al Khatiri, Kubang Kerian

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hat ni cerita tahun lepas ni... Tak pernah update lagi.. So, update pi la buat kenang kenangan.. Hehehehe.. Tahun lepas sambut Anniversary kat Restoran Al khatiri, kubang kerian ni.. Alhamdulillah layanan memang terbaik.. Makanan sedap.. Harga semua rm199.. Boleh pilih pakej makanan apa semua..  Bila buat sendiri candle light dinner ni penat wey.. Aku dah kena sekali.. Lpas ni kalau nak buat candle light dinner aku prefer booking je la.. Penat wey.. Habis duit sama jugak.. Atleast yang restoran ni kita duduk dan makan je.. Hahaha.. Cuma kalau buat sendiri ni makan tu boleh makan 2 3 kali la sebab makanan banyak.. Kita tempah sendiri.. Ni klu candle light dinner kat hotel ke restoran ke faham2 je la banyak mana portion makanan dia kan.. Hahaha.. Untuk aku yang dah biasa makan 2 3 pinggan ni memang tak kenyang la.. Tapi kalau nak sweet2 plus bajet pon lebih boleh je tempah hotel ke restoran ke.. Atas selera masing2.. Bagi aku berbaloi lagi...

Buah zuriat

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Aku dah ttc hampir 3 tahun lebih dah.. memang rasanya macam baru lagi kan.. entah lah, macam-macam yang aku rasa.. sedih.. kecewa ni jangan cakap lah.. rasa macam dah parah dah... boleh ikut ttc journey aku ni,... Alhamdulillah kali ni mak mertua aku pon bantu aku juga.. mak dengan mak tih ada bagi buah zuriat,.. Buah zuriat ni agak keras lah... kalau rasa tak kuat, mintak tolong suami yang buatkan.. buah ni dari mekah mak kata.. ketuk sampai nampak isi dalam dia yang putih tu.. Ni bentuk buah zuriat Mak mertua bagi 3 biji.. Bila mak mertua bagi macam ni... Menunjukkan mak mertua pon dok doa kami dapat anak segera.. Mak pon nak tolong aku bagi mengandung.. Terima kasih mak abah... Sikap mak abah tak ubah macam mak abah siti sendiri.. Cakap je nak makan apa.. Mak abah mertua layankan macam anak sendiri.. Ya Allah, Kau ampunilah doa kedua ibu bapa mertuaku dan bahagiakanlah mereka di dunia dan di syurga.. Aamiin.. 😭 😭 Tanya kawa...

Anniversary day

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pimpinlah daku ke syurga Allah Walaupun terlepas dah seminggu lebih, tetap jugak nak ucap Happy Anniversary, my lovely husband... Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kita dah 3 tahun lebih bersama melayari bahtera cinta. Banyak suka dan duka yang telah kita lalui bersama.. dah banyak benda kita dah boleh adapt bersama walaupun banyak benda yang tak tahu lagi pasal diri masing-masing. Daripada dulu masa bertunang asyik bergaduh je sebab cemburu.. sekarang bila dah kahwin ni dah jarang dah nak marah-marah suami.. sebab dok pikir banyak lagi kebaikan yang suami dah buat berbanding kesalahan yang suami buat walaupun sebesar zarah.. sayang, orang marah bukan sebab tak sayang tapi sebab terlebih sayang lah sayang tegur abang ni.. In shaa Allah orang akan pelan-pelan untuk belajar mengenali diri abang.. maaflah kalau selama orang jadi isteri abang, banyak kesalahan yang sayang lakukan.. harap abang maafkan dan halalkan segala...

Birthday celebration and anniversary in advance

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Simpan sini buat kenangan.. Selamat hari lahir suami.. 11.06.2020 Happy anniversary in advance my love.. 30.06.2017 tarikh ni sebenarnya ada bnyak sebab kenapa ayang pilih utk akad nikah kita.. Biarlah sampai mati menjadi rahsia. Semoga Allah berikan abg kebahagiaan, kejayaan dan rezeki yang melimpah ruah di dunia dan di syurga.. Aamiin.. Abg, mintak maaf kalau ada kurang apa2 sepanjang kita kahwin.. Maafkan ayang xmampu jadi isteri seperfect yg abg nak.. Abg tahu kan ayang cuba dan tgh usaha utk jdi yg terbaik utk abg.. Jangan pernah jadikan anak sebagai alasan utk kita berpisah ya .. Semoga Allah tetapkan hati abg utk ayang sampai syurga..Aamiin.. Tq kat akak baskin robbins Aeon mall kota bharu yg sanggup custom made kek ni selama sejam.. Servis mmg terbaik + kek tu memang sedap gila kot.. Aiskrim dia memang padu beb.. Aku tanya kat baskin robbins KB mall tu.. Tapi dia mcm xnak layan aku... Seolah2 mcm aku ni xde duit sgt nak ...

Happy Anniversary The Chicken Rice Shop

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Happy Anniversary The Chicken Rice Shop.. Sempena Anniversary diorang ada buat promosi untuk nasi ayam tu.. Sebelum ni pernah makan dah.. memang sedap nasi diorang.. memang banyak kali dah try makan kat sini.. Paling best sebab nasi diorang ni lembut dan sedap lebih kurang macam nasi kfc la jugak. nasi kfc pon kalau makan tu..errmmm.. memang tak jemu la.. aku suka sangat yang set curry lava bowl dengan set kari atuk tu.. dia punya kari pergghh.. sedap wey.. rindu sangat.. sekarang tak de dah.. staf dia kata dia limited time only.. so sad.. hihihi.. Okay, berbalik kepada kedai nasi ayam ni.. ha, memang sedap wey.. ayam roasted dy sedap.. tapi tu la, masa kami pergi ni ayam roasted dia dah habis.. sob sob sob.. Untuk promotion ni, kami dapat 3 mangkuk nasi, 3 mangkuk sup, ayam steam dengan ayam kicap 3/4, sayur tai pak choy, air 3 gelas.. okay la kan.. makan dua orang memang puas sangat. Makanan dia sedap-sedap.. lepas tu ka...

Kecantikan dapat membina keberanian

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hai semua.. Kita mungkin tak rasa keberanian ni sebenarnya lahir dari diri kita sendiri bukan atas pengaruh orang lain.. Bukan atas paksaan terhadap diri kita..  Aku sendiri pon ada masalah dengan keberanian ni.. Aku dilahirkan dalam keadaan elok apa asalnya.. Oleh kerana aku mengalami demam panas yang lama dengan kuning badan yang tinggi.. Menyebabkan aku jadi tarik @sawan tangis.. Mata aku lari dari kedudukan sebenarnya pada mata di sebelah kiri.. Ada orang panggil sebagai juling.. Sekarang ni aku dah tak malu untuk mengakuinya.. Sebab aku dah redha apa yang Allah dah berikan pada aku.. Aku pon tak tahu kenapa mata aku jadi macam tu.. Mybe disebabkan aku asyik menangis sebab sakit atau apa tu tak pasti.. Ni mak aku cakap la.. Klu Orang sekarang akan cakap baby high demand jugak la... Aku menangis hampir setiap hari mak cakap sampai umur setahun lebih.. Disebabkan tu, mak aku masih lagi tak de keyakinan untuk ada anak ke4 sampai la umur...

Pengalaman TTC aku : My TTC Journey (8)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sambungan dari entry sebelum-sebelum ni .... Lepas habis je buat HSG tu aku kena tunggu result doc. so, next appointment bulan 3 pulak. Sebelum tunggu result tu, suami aku antar sample semen ke makmal untuk check sebelah suami aku jugak sebab doc cakap kena check dua-dua sebelum buat iui. result tu akan dapat masa appointment sekali dengan aku jugak nanti. 11 March 2020 - kami ke HUSM sekali lagi untuk dapatkan result HSG dengan Semen test hari tu.,, hari ni jumpa pakar O&G  terus sebab aku nak kena deal pasal iui treatment.. doc cakap semen suami aku ok.. normal.. rahim aku pon normal .. tak de blocking.. dan doc check ultrasound.. doc tunjuk rahim semua cantik.. xde cyst.. cuma ada pcos ja.. so, dia memang cadangkan  buat iui.. so, kami pon proceed ja.. memandangkan itu yang terbaik. doc cakap dia akan monitor period selama 4 bulan.. lepas tu, makan clomid dan teruskan untuk process iui. berdebar la pulak dengar. lepas tu, do...