Hari ni nak share pendapat sedikit pasal kes takutkan anak untuk jadikan anak disiplin..
Aku suka penulisan kak wawa.. antara banyak-banyak yang ditulisnya.. aku rasa petikan ni terlalu dekat dengan jiwa aku..
Nah.. Hampa baca dulu petikan bawah ni...
JANGAN SUKA TAKUTKAN ANAK.
"Pegilah situ. Nanti momok ambik!"
Memang mudah disiplinkan anak dengan takut-takutkan mereka ni. Kelakar pun ada. Tapi ketahuilah, kesan jangka masa panjangnya lebih buruk.
Kita mungkin fikir, sepanjang anak dewasa, ketakutan tu akan hilang. Hakikatnya, ia ibarat highway yang kita dah bina pada otak anak.
Yang tak bestnya, tanpa kita sedar, highway yang dibina itu menghubungkan cabang jalan yang banyak.
Contohnya, bila kita takutkan anak dengan hantu. Ketakutan tersebut boleh pergi ke beberapa cabang :
- takut gelap
- takut orang berwajah luar biasa
- takut perempuan yang berambut panjang
- takut bila tengok kotoran pada dinding yang ada bentuk macam 'hantu'
Apa yang menyedihkan, ia takkan hilang begitu sahaja. Memori ketakutan tersebut akan terbawa sampai ke anak besar.
Dan ia akan menjadi punca mudahnya anak-anak trigger fobia dan anxiery apabila dewasa.
Kesan yang sama juga berlaku bila kita biasakan anak tengok cerita seram dan ganas.
Seorang psikologis dalam rancangan dokumentari di Netflix (Brain Explained) ada berkongsi.
Waktu kecilnya, dia terjebak tonton cerita Jaws. Memori trauma yang dia dapat dalam filem tu, menyebabkan dia diserang panik setiap kali berada dalam air, terutamanya laut.
Baru-baru ni juga ada seorang ibu yang berkongsi dengan saya. Seorang anaknya yang baru berusia 3 tahun menangis sambil menggigil bila masuk ke stesen minyak. Disebabkan terlalu takut dengan inflatable maskot yang melambai-lambai depan stesen minyak.
Rupanya si kakak selalu menakutkan adik dengan patung dalam siri cerita Squid Game.
Kelakar bila bayangkan. Benda macam tu pun boleh takut. Tapi tidak bagi yang menanggung ketakutan.
Saya sendiri pernah melalui episod panik nak buka ensiklopedia. Nafas jadi laju dan dada berdebar-debar bila nak buka buku gambar dinosaur, gambar hutan, dan sebagainya.
Padahal saya dah masuk sekolah menengah waktu tu. Pelik bagi orang lain.
Tapi itulah cara otak saya proses benda yang pernah ditakut-takutkan pada saya masa kecil.
Jadi ibu ayah mithali sekalian.
Mohon elakkan sakat dan takutkan anak-anak. Walaupun pada kita, senang nak disiplinkan anak. Dan lucu tengok mereka menangis.
Sedangkan, kesan jangka masa panjangnya sangat tidak sihat dari segi emosi dan psikologi anak.
Kesian tau.
Bila ia terbawa sampai anak besar.
Petikan dari facebook kak wawa shauqi's
Okey dah baca? faham ke tak faham?
Pelik atau tak, aku sendiri ada rasa takut atau fobia daripada kecil sampai ke besar ni..
Ada beberapa perkara yang aku fobia.. fobia yang tahap kritikal dan bukan dibuat2.. perasaan tu datang sendiri..
1. Kisah momok..
Budak2 era 1990-an.. sapa je yang tak pernah tengok cerita ni kan.. dalam banyak-banyak cerita momok, ada satu scene tu yang pasal mayat boleh bangun lepas kucing hitam langkah mayat tu..
Kesan dia masih ada sampai sekarang.. bila aku pergi melawat kematian seseorang je.. aku jadi takut yang teramat sangat.. aku membayangkan macam mana mayat yang bangun dalam scene cerita momok tu.. melangkah masuk je rumah yang meninggal tu dada aku automatic akan jadi berdebar2 kuat sgt.. tapi alhamdulillah masa mak dgn abah meninggal aku xde langsung perasaan tu.. malah aku habiskan banyak masa dengan baca yasin sebelah arwah mak dgn abah .
Okey,masa suami aku kena covid bln 2 ari tu.. dia kena discharged malam.. jadi aku kena ambik dia jugak la..dah la laluan ke wad covid tu berdekatan dengan bilik mayat HUSM.. sabar ja la.. tak masuk lagi lorong tu.. baru nampak dari jauh.. lutut dan kaki aku mengeletar sampai susah nak bawak kereta.. tangan aku mengigil..susah nak kawal.. mujur ada guard rondaan kat situ.. dia tolong guide aku dan mintak aku bertenang.
2. Hantu air
Dulu ada kisah pasal hantu air yang mana dia tarik kaki dan lemas kan ke tengah laut atau sungai.. yang ni memang aku terasa sangat kalau duduk kat kawasan yang agak dalam di persisiran pantai tu.. aku akan cemas dan cepat2 berenang ke tepi balik.. rasa macam ada sesuatu dok tarik2.. padahal aku tau tu perasaan aku ja.. tak tahu lah macam mana aku nak ikut suami aku snorkeling kalau kami pergi next honeymoon.. tapi teringin nak snorkeling.. hahaha..
Aku rasa yang ni antara fobia terbesar aku..
Jangan lah paksa aku kalau aku dah start takut.. aku akan jadi panic dan menangis tanpa henti..
Bila aku fobia benda2 macam ni.. aku akan pastikan anak aku tak alami apa yang aku rasakan ni..
Aku takkan takutkan anak aku dengan perkara yang tak perlu.. aku baru tersedar.. sebelum ni ada jugak kata kat anak, " ha, menangis la.. nanti bagi 'auk' (gaya bunyi anjing) mai ambil adik. "
Lepas ni aku tak nak buat kesilapan tu lagi.. mujur anak masih baby dan belum faham apa-apa lagi..
Terima kasih kak wawa kerana sedarkan saya untuk tidak menakut-nakutkan anak saya..
Alhamdulillah Allah bagi petunjuk untuk aku sedar awal akan kesilapan aku dalam teknik parenting aku..
Lepas ni kena banyak lagi cari ilmu parenting.. in shaa Allah..
Hai semua readers.. hampa semua pon jangan takutkan anak hampa.. budak2 ni daya ingatan dan imiginasi dia kuat.. sekali kita sakat dia dengan benda bukan2 dia akan ingat sampai bila2.. pengajaran untuk kita semua..
Okey, setakat ni dulu perkongsian kali ni.. jumpa next entry ye.. 🥰