Posts

Showing posts from April, 2022

Doa-doa Al-Quran

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Kali ini aku nak kongsi sikit antara doa-doa yang aku jumpa dalam Al-Quran yang boleh kita sama-sama amalkan,. In shaAllah.. Doa yang pertama : Surah Al-Fatihah sumber dari google   ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Susu untuk baby Thaqif Suhail

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hari ni aku nak kongsikan pengalaman aku bagi susu baby untuk anak aku. Yang ni bukannya perkara yang wajib ikut dan semestinya ikut keperluan badan anak kita jugak. setiap anak kan tak sama keperluannya dari segi pemakanan dan tumbesaran. Aku pernah melalui fasa memberikan susu badan kepada anak aku.. Aku mengalami kesukaran memberikan susu badan kepada anak aku dimana aku sendiri mengalami inverted nipple..bila mana baby menghisap susu.. nipple akan tenggelam masuk ke dalam dan baby tidak dapat menghisap susu dengan baik dan mula menolak untuk breastfeeding. Untuk kawal keadaan tu jadi lebih parah , aku beli la silicone nipple sheild tapi tak menjadi.. baby tak pandai hisap susu guna nipple sheild tu.. macam ni.. bila baby hisap susu, susu tu berkumpul didalam nipple sheild tu saja .. tak masuk dalam mulut, bila lama-lama air susu meleleh keluar di tepi-tepi nipple sheild sebab macam tak berapa melekat .. aku dah letak air dah before tekap n...

Teknik Pencegahan Kehamilan (Khas untuk Rancangan Keluarga) Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hari ni aku nak kongsikan sedikit mengenai cara nak elak dari mengandung atau dalam kata lain, cara nak jarakkan kehamilan.. AWAS : ENTRY NI HANYA UNTUK GOLONGAN YANG BERKAHWIN SAHAJA! Mengapa pentingnya perancangan untuk kuantiti anak dalam sesebuah rumahtangga? Anak ini anugerah daripada Allah. Anak adalah suatu bentuk nikmat rezeki dan jugak suatu bentuk ujian daripada Allah untuk menilai keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah. Jadi, bila sebut pasal anak merupakan amanah besar dari Allah ni maksudnya ia datang dengan pahala dan jika tersalah langkah boleh jadi dosa. Mendidik anak ni bukan suatu yang mudah.. Anak ramai tidak menjamin kehidupan kita bahagia begitu juga jika kita tidak punya ramai anak.. tetapi anak ni lahir selari dengan rezeki dariNya yang tersendiri.. jangan anggap anak itu suatu beban..rezeki setiap orang berbeza-beza dan kita hendaklah berusaha untuk dapatkan rezeki yang lebih baik. Ada anak ramai ni banyak kelebihan d...

Inai Merah Asli

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera..  sesiapa yang berminat untuk membeli inai merah asli , boleh pm saya kat sini ye.. kita masih jual inai macam biasa ye..   ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Makanan Berpantang 44 hari

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Entry ni sebenarnya intipati dalam entry sebelum ni... yang ni ..  Kali ni aku nak tunjuk beberapa jenis masakan mak mertua aku untuk aku time dalam pantang.. alhamdulillah, mak amat menjaga kualiti makanan.. hari-hari mak masakkan lauk yang baru dan fresh.. alhamdulillah bersyukur sangat mak layan aku macam anak sendiri.. terima kasih banyak mak.. sayang mak sangat-sangat..  mak kata... 1. makanan dalam pantang tak boleh makan yang sejuk-sejuk 2. nasi kena panaskan atau masak yang baru, tak boleh makan nasi yang dah sejuk 3. lauk mesti panaskan kalau nak makan sebelah petang 4. sawi nak bagi tambah susu.. yang ni memang betul.. bila makan sawi je.. breast rasa penuh ja.. 5. tak boleh makan makanan berangin Bawah ni antara menu yang mak buat untuk aku tiap hari selama 44 hari.. nasi + ikan masak asam + sayur sawi + epal nasi + ayam goreng (air fryer) + sayur sawi + buah oren Nasi + sayur sawi+ ikan bakar (air fryer) + buah epal dan oren Na...

Berpantang hari ke 5 sehingga hari ke 11

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera..  sambungan dari kisah aku berpantang sebelum ni ..  Alhamdulillah bersyukur sangat dapat keluar dari wad.. rasa macam baru dapat hirup nafas segar tanpa bau ubat dalam wad. hahaha.. sejak dari berpantang hari ke 5 sampai hari ke 44 ni, aku berpantang dengan mak mertua aku sebab mak aku dah lama meninggal dunia.. aku tak kisah pon.. aku ok ja.. janji boleh berpantang dengan baik ja.. mak memang jaga aku dengan baik masa dalam pantang.. mak jaga aku macam anak sendiri,, sayang mak sangat-sangat.. Aku ingat lagi balik je dari hospital, mak dah siapkan makan malam.. mak kata makan malam kena makan sebelum pukul 9.. jadi lepas mandi petang dalam pukul 5 petang macam tu, aku memang akan makan pukul 6.00 petang .. makan roti dlu.. cicah dengan milo atau kopi... pukul 8 lebih baru makan makanan berat..nasi pa semua.. masakan mak semua sedap-sedap walaupun lauk pantang tapi sedap sangat.. sekarang pon rasa teringat ja lauk-lauk pantang yang mak bu...

Berpantang hari ke 4 (still in hospital)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera..  sambungan dari entry sebelum ni, pantang hari ke-3 Alhamdulillah , setelah sekian lama tidak menaip.. hari ni Allah berikan kesempatan sedikit waktu untuk menaip. busy dok urus keperluan suami dan anak.. memang betul la, jadi surirumah ni kerja memang tak pernah habis. sampai lembik dibuatnya. tapi in shaa Allah ikhlas kerana Allah taala.. okey, jom sambung kisah berpantang aku hari tu.. hari ke-4 aku still lagi kat hospital tapi dah nak discharged dah la .. anak aku je masa ni tak boleh discharged lagi.. baby kena on antibiotik beberapa hari. sedih sangat.. ingatkan masa ni boleh balik dengan baby.. rupanya tak.. pagi tu morning round dari pakar.. tanya pasal kesihatan aku ni.. bila dr check aku semua dah ok, dr ckp aku dah boleh discharged.. seronok sangat rasanya.. dah la nak mandi kat hospital tak selesa.. memang aku tak sabar sangat nak balik masa tu.  bila dapat tahu ja boleh balik, aku pun terus kemas beg semua.. aku bawak ke hospi...