Posts

Showing posts from April, 2023

Anak soleh sebagai harta ❤️

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Ni anak sulung aku.. 🥰❤️ Muhammad Thaqif Suhail ketika ini berusia 7 hari.. belum bercukur lagi masa ni.. Thaqif bermaksud  yang bijaksana dan Suhail membawa maksud Terhormat ,Sopan santun, Lembut , mudah atau senang , nama bintang. alhamdulillah , anak ni pembawa rezeki sejak dari dalam kandungan.. mcm2 rezeki bertambah dlm keluarga kami sejak hadir nya cahaya mata ini yg dinanti sejak tahun 2017.. anak ini jugak yang mengajar aku untuk menjadi seorang ibu yang penyayang dan penyabar.. anak ini jugak mengeratkan hubungan antara kami suami isteri.. penyejuk mata ...penenang di hati.. Alhamdulillah syukur sgt dgn pemberian Allah ini setelah melalui pelbagai rintangan dan cabaran.. melalui proses iui yang memakan masa berbulan2 ..menelan beribu biji ubat dah aku rasa..😂🤣 duit pon jgn ckp la.. biasalah kan..🤣😂 Sekarang nin dia.. Sekejap je masa berlalu kan.. dari besar tapak tangan.. sekarang ni dah makin banyak ...

Amalan seharian dalam kehidupan kita

Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hari ni saja nak flash back balik tentang amalan yang perlu kita buat setiap hari.. nasihat ni untuk diri aku jugak.. Ada 4 api didalam kubur yang dapat dipadam dengan 4 amalan.. 1. Api pertama : solat 2. Api kedua : puasa 3. Api ketiga : Sedekah 4. Api keempat : Sabar Ada 10 sikap buruk manusia yang dicela yang perlu dielakkan dalam kehidupan kita.. - gelojoh ketika makan - banyak bercakap - suka marah-marah - hasad dengki - bermegah-megah - kedekut dan bakhil - cintakan dunia - ego dan sombong - suka bangga diri - gemar akan pujian atau riak Akhlak-akhlak yang mulia adalah seperti :- - pemurah - bermanis muka - mampu menahan marah atau penyabar - sentiasa mencari redha Allah - dermawan - sedia berkorban - tidak iri hati - tidak takut atau berani - pemalu - memaafkan orang lain - sabar menahan derita Senjata yang menghancurkan iblis dan syaitan adalah - orang yang banyak berzikir - orang yang banyak bersedekah - orang yang banyak bertaubat - ...

Nama-nama anak lelaki dalam islam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..  kali ini aku nak kongsikan nama-nama yang sesuai untuk cahaya mata kita bagi bayi lelaki.. nama yang baik beserta maksud yang baik adalah digalakkan kerana ia merupakan doa dan akan dipanggil pada hari kiamat kelak.. Daripada Abi al-Darda’ R.A, Rasulullah SAW bersabda: إِنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأَسْمَائِكُمْ وَأَسْمَاءِ آبَائِكُمْ فَأَحْسِنُوا أَسْمَاءَكُمْ Maksudnya : ‏  Sesungguhnya kamu semua akan diseru pada hari kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu. Maka perelokkanlah nama kamu. Riwayat Abu Daud (4948) - dari page  mufti wilayah persekutuan A     B A'alam - panji-panji Abbasy - rajin berusaha Abbas - nama sahabat Nabi, berani, singa Abid - yang bermukim, yang menetap Abidin - yang beribadat Abqari - yang bijaksana, yang kuat,yang indah Abud - yang kuat beribadah Adi - askar perwira, yang kuat berlari Abhar - yang bergemerlapan, yang berseri Abrisam - yang lembut/ tampan Absyar - berge...

Kitab Suci Al-Quran

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..  Salam Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat islam.. Okey, hari ni aku nak buat refresh balik tentang kitab suci Al-Quran sempena bulan Ramadhan yang mulia ni..  Al-Quran ialah kitab suci yang utama untuk umat Islam yang juga merupakan wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Malaikat Jibril.. Proses penurunan wahyu dalam bentuk ayat-ayat dalam Al-Quran ini berlaku secara beransur-ansur selama 23 tahun..  Al-Quran ini diwahyukan bermula pada bulan Ramadhan pada satu malam yang dirujuk sebagai malam lailatulqadar ketika baginda s.a.w berumur 26 tahun dan mula dilantik menjadi Nabi dan utusan kepada seluruh manusia.. Wahyu terakhir turun iaitu pada tahun 632 Masihi iaitu pada tahun kewafatan baginda s.a.w ketika baginda berumur 63 tahun. Nama-nama lain yang merujuk kepada Al-Quran ialah Al-kitab , Al-Furqaan , Adz-Dzikir dan At-Tanzil.. Sifat-sifat Al-Quran:- 1. An-Nur : kitab yang memberikan ca...

Cara penjagaan luka bersalin secara cser @ caesarean delivery

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hari ni aku nak kongsi kan sedikit tentang kelahiran bayi secara pembedahan atau lebih dikenali dengan caesarean atau cser..  untuk kami orang perempuan ni, dengar perkataan cser saja dah takut.. setiap wanita kalau boleh memang nak bersalin secara normal terutamanya bagi si ibu yang pertama kali mengandung dan bersalin.. di sogokkan dengan pengalaman ngeri ketika bersalin, ketika dijahit dan ketika berpantang sudah cukup membuatkan si ibu berasa kurang selesa atau takut malah ada yang sanggup untuk 'hold' dulu untuk memiliki anak.. namun sudah semestinya dalam hubungan rumahtangga akan menginginkan anak sebagai penyeri rumahtangga.. itu adalah lumrah dan kami setiap wanita  akan menghadapinya jugak akhirnya.. ada yang kata.. boleh tak.. nak mengandung saja bersalin tak nak.. hahahaha.. gurauan sebegini biasanya terjadi kepada wanita yang trauma selepas melahirkan anaknya.. namun ada juga wanita yang diduga semasa mengandung contohny...

Teknik Pencegahan Kehamilan (Khas untuk Rancangan Keluarga) Part 2

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera..  kali ni aku nak kongsikan tentang cara aku menjarakkan kehamilan.. sebenarnya ada banyak cara untuk kita menjarakkan kehamilan ni.. aku dah pernah ceritakan sebelum ni dalam part 1 .. hampa boleh tengok kt entry sebelum ni.. untuk entry kali ni aku nak sambung lagi..  Apa aku buat bila aku rasa diri aku tak sesuai ambil kaedah depo-provera ni? Aku ke klinik kesihatan kat kawasan aku ni dan mintak pandangan doktor untuk next step.. Doktor  mencadangkan aku mengambil pil perancang (contraceptive pill) untuk stabilkan kembali period aku. 1st pil perancang : Jenama Desolon Pro : berat tak naik Cons : sakit kepala berpanjangan.. hampir setiap hari sampai susah nak tidur..(bagi aku ye) Jangka masa guna : 2 bulan  kebiasaannya kk bagi.. jadi tiap bulan kena pergi kk untuk ambil stock.. macam biasa lah... bila pergi ambil stock, kena check berat, tinggi, tekanan darah, kadang-kadang air kencing.. makan masa la sikit...nak mudah beli kat...

Tempat Camping Menarik

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Okay hari ni aku nak berkongsi sedikit pengalaman kakak kandung aku pergi berkhemah atau camping di beberapa buah lokasi yang sesuai untuk camping.. Aku dah mintak kebenaran kak aku untuk repost semua pengalaman dia dalam blog aku ni supaya boleh jadi panduan dan ilmu untuk semua newbie camper atau semua yang suka lepak dengan berkhemah ni.. Sebenarnya sukan berkhemah ni bagi aku agak extreme sebab kita ni terdedah dengan nature dan kemudahan yang hanya ada disekeliling kita.. dalam erti kata sebenar.. camping ni sebenarnya mengajar kita erti kesabaran dan nikmat kesyukuran..  Percaya atau tak ... Bukan semua orang sanggup untuk bercamping ni... Hanya orang yang jiwa kental saja boleh.. tapi aku respek dengan keluarga kak aku ni.. sangat hebat.. mampu camping dengan anak-anak kecil.. kalau aku mental koyak jugak la.. 🤣🤣 Tak nak cakap banyak.. ni aku kongsikan nukilan kak kandung aku kat dalam group kat facebook.. ( Family Camping Malays...