Hari ni saja nak flash back balik tentang amalan yang perlu kita buat setiap hari.. nasihat ni untuk diri aku jugak..
Ada 4 api didalam kubur yang dapat dipadam dengan 4 amalan..
1. Api pertama : solat
2. Api kedua : puasa
3. Api ketiga : Sedekah
4. Api keempat : Sabar
Ada 10 sikap buruk manusia yang dicela yang perlu dielakkan dalam kehidupan kita..
- gelojoh ketika makan
- banyak bercakap
- suka marah-marah
- hasad dengki
- bermegah-megah
- kedekut dan bakhil
- cintakan dunia
- ego dan sombong
- suka bangga diri
- gemar akan pujian atau riak
Akhlak-akhlak yang mulia adalah seperti :-
- pemurah
- bermanis muka
- mampu menahan marah atau penyabar
- sentiasa mencari redha Allah
- dermawan
- sedia berkorban
- tidak iri hati
- tidak takut atau berani
- pemalu
- memaafkan orang lain
- sabar menahan derita
Senjata yang menghancurkan iblis dan syaitan adalah
- orang yang banyak berzikir
- orang yang banyak bersedekah
- orang yang banyak bertaubat
- orang yang banyak membaca al-quran
- orang yang banyak melakukan solat malam
sedekah dalam islam tidak hanya terhad kepada bentuk kewangan sahaja.. malah ianya membawa maksud yang luas..
sedekah ini...
- boleh berlaku adil diantara dua orang yang berlainan status dan harta
- menolong orang atau binatang yang dalam kesusahan
- menuturkan kata-kata serta nasihat yang baik dan bercakap ke arah kebaikan
- setiap langkah yang diatur menuju solat
- menyingkirkan sesuatu benda di atas jalan raya yang boleh menghalang laluan dan menyebabkan kemalangan kepada orang lain
- memperbanyakkan istighfar..
- membaca al-quran dengan meniatkan pahala kepada orang lain terutama ibu bapa..
Islam amat memandang tinggi dengan kebersihan dan kesucian sehingga dikatakan kebersihan ini adalah sebahagian daripada iman seseorang..
kesucian dan kebersihan yang paling penting yang perlu kita jaga untuk diri kita terutamanya ialah
- berkhitan atau bersunat bagi lelaki dan perempuan
- memotong bulu kemaluan
- memotong kuku
- mencabut bulu ketiak
- memotong misai
sekiranya kita mengalami masalah atau dugaan hidup, marilah kita kembali kepada Allah dan menjadikan Allah sebagai tempat mengadu dan mengeluh.. kerana terdapat beberapa gudang syurga untuk mereka yang bersabar dengan ujian Allah s.w.t iaitu..
- gudang yang menyembunyikan musibah
- gudang yang menyembunyikan sedekah
- gudang yang menyembunyikan kefakiran
- gudang yang menyembunyikan rasa sakit
Jadi, untuk nak perbaharui iman kita dalam kehidupan seharian kita, kita hendaklah sentiasa menyebut.. ' Laila ha illallah '..
Syurga itu adalah dambaan setiap insan di dunia ini..
Antara kenikmatan yang dijanjikan di syurga ialah..
1. buah-buah di syurga tidak berhenti-henti menghasilkan buahnya..
2. Rezeki yang Allah berikan di dalam syurga tiada hentinya.
3. Tidak akan sesekali keluar daripada syurga setelah memasukinya.
4. Penghuni syurga akan abadi didalam syurga dengan penuh kenikmatan.
5. Mereka tidak akan merasakan mati di dalamnya kecuali di dunia.
semoga kita semua dibawah lindungan Allah dari segala bentuk musibah dan ujian yang berat.. aamiin..
terima kasih semua readers..
jumpa di next entry ye..
No comments:
Post a Comment