Sunday, 2 April 2023

Tempat Camping Menarik

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Okay hari ni aku nak berkongsi sedikit pengalaman kakak kandung aku pergi berkhemah atau camping di beberapa buah lokasi yang sesuai untuk camping..

Aku dah mintak kebenaran kak aku untuk repost semua pengalaman dia dalam blog aku ni supaya boleh jadi panduan dan ilmu untuk semua newbie camper atau semua yang suka lepak dengan berkhemah ni..

Sebenarnya sukan berkhemah ni bagi aku agak extreme sebab kita ni terdedah dengan nature dan kemudahan yang hanya ada disekeliling kita.. dalam erti kata sebenar.. camping ni sebenarnya mengajar kita erti kesabaran dan nikmat kesyukuran.. 

Percaya atau tak ...
Bukan semua orang sanggup untuk bercamping ni... Hanya orang yang jiwa kental saja boleh.. tapi aku respek dengan keluarga kak aku ni.. sangat hebat.. mampu camping dengan anak-anak kecil.. kalau aku mental koyak jugak la.. 🤣🤣

Tak nak cakap banyak.. ni aku kongsikan nukilan kak kandung aku kat dalam group kat facebook.. ( Family Camping Malaysia).. Aku copy paste ayat kak aku.. supaya hampa tak tertinggal apa-apa info penting yang kak aku nak sampai kan..

Hampa boleh join group FCM ni bagi yang minat bercamping ni.. memang banyak sangat ilmu dan tempat-tempat menarik yang dicadangkan oleh ahli group ni..

Itinerary Camping kak aku tu macam kat bawah ni... 👇👇👇

Pertama sekali terima kasih kepada semua campers di FCM ni yang banyak post memberi nasihat,pandangan,idea, review barang dan tempat. semua tu menjadi panduan berguna utk kami newbie camper.

Minat camping ni dah lama tapi kesungguhan dan camping pertama kami sefamilia bermula pada awal October tahun ni.  

peralatan saya biasa2 saja, memang basic ja tak boleh byk tak muat kereta dgn muatan 6org lagi...

 1. Denai Kabus, Gerik. perak - 2H1M ..

Disini ada sewa khemah dan ada lagi peralatan boleh disewa. khemah pun siap dipasang oleh pihak Denai kabus. suami nak tgk anak2 boleh ngam ke tak dgn  camping ni kalau ok baru dia nak beli khemah. Alhamdullillah semua happy walaupun ada kejadian tak brapa best, xmengapa first timekan, kita belajar dari pengalaman.

2. Pantai Teluk Bayu, Penang -2H1M

Memang diri sendiri suka suasana pantai, rasa tenang tengok laut,saya dan hubby decide nak bercamping disini. kami pilih tapak yg tak jauh dari toilet.peniaga disitu bgtau kena jumpa yg jaga toilet ckp kami nak bermalam, jika tidak toilet akan dikunci sebelum marghib. bila pergi toilet 2-3x tak jumpa plak yang jaga toilet pastu alhamdullillah penjaga toilet tu sendiri dtg tanya nak bermalam kah? so settle hal toilet. Toilet ok bersih. pengalaman tak dpt dilupakan ribut mai 2x mlm tu. itulah kata perpatah klu takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai. walaupun agak kekalutan dan kebasahan, alhamdullilah kami semua baik2 saja,cuma mak dan bapak kurang tido.

3. Perangin campsite Kg Raga, Yan -2H1M

Masa nak naik tu agak mencabar bagi kami. view memang awesome. aktiviti sendiri ja disini. toilet ok cuma agak jauh dari khemah kami. petang berangin sejuk, malam hujan renyai time tu rasa la angin sejuk,nyamuk ada jugak agak berperang la. pagi sejuk best tengok view pagi2. dalam pkl 11 dah start panas.

4. Seri Ternas Tasik Beris, Sik -2H1M..

Yang ni memang anak2 syok la mandi kolam sampai mlm. staf seri ternas bagi kami plugpoint sampai tepi Khemah puas hati. view cantik.kemudahan baik ada singki,coway di dewan makan blh guna. malam blh la kami guna kipas angin jugak,nyamuk tak ada. overall  puas hati la .

5. Lubuk Jong family campsite, Sedim, kulim -3H2M..

Setelah 4 tempat try 2hari kali ni try 3hari plak.. sini tapak mmg betul tepi sungai. mmg best, mlm2 tido dgr bunyi air sungai mmg syahdu. Co mmg bg lyanan cukup baik, tolong hubby pasang tent, tolong kuar beli minyak masak lagi terlupa bawak. toilet ok, singki kena menapak sikit tapi ok la sabun semua tersedia. tghr sedikit panas apa ada hal panas terjun sungai la. malam mmg sejuk,kami tak perlu on kipas dan tak da nyamuk. so mmg best la tido. 

6. Lubuk Terap Campsite, jln Lata Bayu, Baling - 3H2M..

Pada saya newbie sgt sesuai dgn campsite ni. tapak dah tersedia flysheet siap pasang dah, ada meja 4 kerusi dgn kanopi. juga ada sediakan tent utk disewa harga berbaloi.  tapak juga tepi sungai mmg best. malam sejukkk rasa nak selimut berlapis2..nyamuk takda.. mmg lena diulit diamond hehe.. Co sgt peramah dan sentiasa memantau kawasan tapak mmg rasa safety sgt.  

7. Ranting-Ranting campsite, Sedim - 3H2M .. satu campsite yg penuh dgn board kata-kata.. mmg sesuai sgt sesiapa yg suka ootd. sungainya turun kebawah agak safety jauh skt dari tapak khemah. toilet bersih tersedia sabun,singki ada tersedia sabun. malam sejuk sedikit bernyamuk pada mula marghib. Co peramah selalu meronda borak dgn campers.

Camping ke7 penutup 2022, next 2023 mungkin camping luar dari utara plak.

Begitulah pengalaman camping kak aku.. menarik kan.. aku je belum ada keberanian untuk bercamping ni.. sebab aku jenis penakut... Hahahaha...

Harap nukilan kak aku tu dapat bagi inspirasi untuk hampa yang tak tau nak pi camping kat mana tu.. tempat- tempat yang kak aku pi ni semua memang depa ada sedia tapak untuk berkhemah.. jadi tak la susah bab toilet dan kemudahan awam yang lain..

Kalau hampa ada lagi tempat- tempat menarik untuk camping boleh komen kat bawah ye..

Terima kasih semua reader..

Jumpa di next entry ye.. 

Dekat bawah ni ada beberapa gambar camping family kak aku..

No comments: