Posts

Showing posts from 2021

Penghujung tahun 2021 ( most wonderful year)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera..  seronok untuk aku kongsi kan perasaan aku ketika ini. Hari ni hari terakhir tahun 2021.. tahun yang amat bermakna dan memberikan seribu satu pengalaman baru untuk aku dan suami aku. Alhamdulillah setelah penantian hampir 4 tahun ni, kami dapat seorang putera yang comel yang kami idamkan. Alhamdulillah.. aku amat yakin dengan kekuasaan Allah untuk memberikan kami zuriat bila tiba masa yang sesuai setelah aku keguguran sekali.  susah untuk digambarkan betapa bersyukurnya aku dan betapa bermaknanya tahun 2021. kenangan yang tak akan aku lupakan sampai bila-bila.. Kenangan ttc  July 2017 - Dec 2020 Kenangan 1st time mengandung   April 2019 Kenangan keguguran  May 2019 Kenangan mengandung dalam tempoh yang lama  Dec 2020 - Aug 2021 Kenangan kena covid time pregnant  Feb 2021 Kenangan bersalin  Aug 2021 Kenangan berpantang  Aug 2021 - Sept 2021 Kenangan ada ana k   semua kenangan indah ini terci...

Berpantang day 1

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Entry kali ini aku dah nak start cerita pasal pengalaman aku berpantang .. bermula dari hari 1 sehingga hari ke 44 aku berpantang.. tapi  untuk entry ni, aku hanya nak cerita pengalaman aku berpantang dekat hospital untuk 4 hari..  Entry ni sebenarnya sambungan dari entry yang aku cerita pasal aku bersalin tu je.. hehehe.. kenangan bersalin di HSAH  dan  anak pertamaku Okey, lepas je aku bersalin dalam pkul 10 malam macam tu, tapi katil kat wad penuh lagi masa tu.. tunggu punya tunggu pukul 5.30 pagi nurse inform baru boleh naik ke wad..   nurse pindahkan aku dari katil labour room tu ke katil biru yang utk transit pesakit tu. Naik ke wad, nurse tanya. boleh jalan tak.. actually rasanya aku boleh je jalan.. tapi aku tak berani.. tau tak sepanjang rest kat labour room tu yang dari pukul 10 malam sampai 5 pagi tu.. aku tak pergi mana-mana pon sebab takut nak bangun dari katil.. rasa badan macam berat sangat.. nak me...

Info Parenting dari kak wawa shauqi's

Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hari ni nak share pendapat sedikit pasal kes takutkan anak untuk jadikan anak disiplin.. Aku suka penulisan kak wawa.. antara banyak-banyak yang ditulisnya.. aku rasa petikan ni terlalu dekat dengan jiwa aku.. Nah.. Hampa baca dulu petikan bawah ni... JANGAN SUKA TAKUTKAN ANAK.  "Pegilah situ. Nanti momok ambik!" Memang mudah disiplinkan anak dengan takut-takutkan mereka ni. Kelakar pun ada. Tapi ketahuilah, kesan jangka masa panjangnya lebih buruk. Kita mungkin fikir, sepanjang anak dewasa, ketakutan tu akan hilang. Hakikatnya, ia ibarat highway yang kita dah bina pada otak anak. Yang tak bestnya, tanpa kita sedar, highway yang dibina itu menghubungkan cabang jalan yang banyak. Contohnya, bila kita takutkan anak dengan hantu. Ketakutan tersebut boleh pergi ke beberapa cabang : - takut gelap - takut orang berwajah luar biasa - takut perempuan yang berambut panjang - takut bila tengok kotoran pada dinding yang ada bentuk macam 'hantu...

100 Hari Mencintaimu

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hari ni genap 100 hari si manja thaqif suhail menikmati indahnya dunia tipu-tipu.. Pejam celik pejam celik dah 3 bulan dah sayang thaqif suhail ada dengan ummi ni..  Happy 3rd month birthday..  ❤️ my handsome boy.. ❤️🥰 Okay, dah dpt pembayang x muka kita ikut sapa? 🤣🤣😝😝😜😘 Alhamdulillah dah masuk 3 bulan makin bnyak la peelnya.. baby milestones pon dah bnyak yg dah 'achieved and unlocked'.. alhamdulillah.. Pejam celik.. pejam celik.. cepatnya sayang membesar.. (Lap air mata..😭😭) Skrg ni ummi perasan syg bnyak pegang something tgn kiri.. bila bg mainan.. pegang tgn kanan mesti akn trjatuh balik dan xlama .. tapi kalau pegang mainan belah kiri.. lama jugak.. siap boleh goncang2 lg mainan..then klu tarik rambut ummi, jari yg paling kuat ummi rasa payah nak cabut dri rambut tgn belah kiri..  Oh my love, don't say u're left-handed.. (mommy's nightmare) Kalau betul la left-handed.. mcm mna ummi abi nak ajar awk menulis yunk.....

Jumpa cinta hati buat kali pertama

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hai la anak ... Teringat lagi 1st day ummi abi jumpa awak sayang.. perasaan rindu + excited semua ada. Lama awak berjauhan dengan ummi abi..  Setelah 6 hri awak duduk kat nicu.. Ummi duduk kat wad 4 hari.. Masa duduk wad tu.. rindu yg teramat sgt.. Tengok org lain baby ada sebelah masa dlm wad.. Hari2 dok doa baby xde apa2 dan bleh blik skali.. hari2 call bhgian nicu tnya pasal baby.. sbb ummi xleh pegi tgk adik ats procedure time covid.. last2 xbleh jugak balik skali sbb baby on antibiotics.. kena cukupkan hari.. redha je la masa kluar wad.. Masa kat rumah, sepatutnya abi kena hntar wan ke hospital yan sbb sakit.. tup2 hospital call sruh pegi ambik baby dah.. baby dh bleh discharge..mujur la ada pak ngah.. pak ngah tlg hntar wan Ke hospital..  ummi dgn abi trus siap2 pegi ambik awak sayang thaqif.. abi punya lah excited.. bawak smua kprluan adik yg hospital dah listkan.. Sampai wad nicu tu .. check nama apa smua ..check jantina.. ab...

Kenangan Kelahiran Terindah ( 13/08/2021 )

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurniaanNya aku dapat merasai detik-detik terindah dan berharga sebagai seorang wanita dan seorang ibu..  Saat yang paling aku dan suami nanti-nantikan.. Detik Kelahiran Cahaya Mata Yang Terindah Sambungan dari entry Pengalaman Bersalin Time PKP sampai saja di labour room, aku hanya memerhati suatu ruang yang amat asing dengan ku.. ruang yang bakal mencipta sejarah dalam hidupku untuk melahirkan zuriat yang amat aku cintai.. ruangan labour room tu tak seperti yang aku bayangkan.. aku ingatkan labour room ni hanya dihadang dengan tirai saja dan kita boleh mendengar tangisan dan kesakitan yang dialami pesakit lain.. rupanya tidak.. labour room kat HSAH ni amat selesa.. bilik asing-asing.. kira lepas bersalin tu tenang je... nurse bagi rehat dulu dalam bilik bersalin tu sebelum naik ke wad bersalin. kebetulan je sebenarnya.. sebab katil kat wad masa tu dah penuh..  bila sampai saja d...

Pengalaman Mengandung ( time pkp ) Part 10

Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Okey kita sambung lagi pasal entry sebelum ni .. Bila kami sampai di kedah, kami kena kuarantin selama seminggu.. aku sudah maklumkan kepada nurse yang bertugas untuk kawasan perumahan mak mertua aku pasal kuarantin tu... nurse pon dah bagi tarikh baru untuk buat bsp dan review bsp.. dan hari ke 5 tu kami pergi buat swab sekali lagi.. dan hasilnya negatif juga.. alhamdulillah lega rasanya.. .. hari ke 7 ada dikampung, kami diberikan temujanji kat klinik desa Gurun ( rumah mak mertua aku) untuk check up maternity aku ni yang dah tak berapa lama nak meletup ni.. masa check up.. banyak yang tak berapa cun dengan result aku.. hb aku low.. bertambah low.. masa tu dalam 9.1.. low gile kan.. ha.. dengan gdm tinggi.. bp tinggi.. jadi aku kena refer ke klinik kesihatan Bedong sebab kat situ ada doktor yang boleh pantau result aku.  masa ni aku dah 39 week dah.. kira kami balik ni memang kena marah kaw kaw dengan doktor dan nurse kat kk dan kd.. se...

Pengalaman Mengandung ( time pkp ) Part 9

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Entry kali ni aku nak sambung lagi cerita bab aku pregnant masa musim covid sekarang ni dalam masa yang sama kena pkp pulak.. dugaan..dugaan.. coobaaan.. hahaha... --> entry sebelum ni .. tak pe lah, janji aku boleh pregnant dan anak ni amat kami nanti-nantikan.. aku masih ingat lagi seawal aku pregnant 4 bulan kami dah start beli peralatan dan barang-barang untuk sambut baby.. betapa excitednya kami berdua.. ye la, dah hampir 4 tahun tunggu anak ni.. dan kalau korang nak tahu, 6 bulan tu kami dah siap beli barang baby hampir 90%.. alhamdulillah.. anak bertuah ni.. hehehe.. selebihnya kami beli nak dekat2 bersalin macam barang-barang untuk aku pantang pa semua tu.. memang tak pikir apa dah masa nak dekat bersalin tu.. memang tunggu bersalin ja.. hahaha... part ni nanti aku cerita dalam entry lain ye.. okey kita sambung balik part aku kena ke kk wakaf stan untuk kali terakhir sebelum bertolak balik ke kedah tu..  macam biasa checkup bab...

Pengalaman Mengandung ( time pkp ) Part 8

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hari ni baru berkesempatan bercerita serba sedikit tentang pengalaman mengandung dalam musim covid dan time pkp masih berjalan.. actually time aku menaip ni.. anak aku dah 3 bulan dah pon.. hahaha.. punya la payah nak menaip sekarang. hahaha... --> entry sebelum ni .. macam biasa lah bila musim covid ni kena ingat satu benda, semua kena buat sendiri tanpa bantuan sesiapa termasuk suami sebab apa-apa yang melibatkan appointment di hospital atau di kk memang tak boleh berteman.. hanya seorang saja dibenarkan masuk.. bertabah lah ye semua mummy.. kita kuat , in shaaAllah bakal lahirkan anak yang kuat dan berdikari.. in shaa Allah..  okey sambung balik part hari tu, lepas je aku buat 2nd test gdm dan aku disahkan kena gdm on diet masa week 33 tu.. tau tak, macam nak pitam je.. yelah ingatkan tak kena dah gdm... terkena jugak.. memang aku akui masa third trimester ni.. banyak benda sangat jadi kat aku... maybe sebab pembawakan anak kot..  ma...

Pengalaman bersalin anak pertama musim covid19 (PKP)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hai semua.. sementara masih lagi segar diingatan bab memori bersalin aku ni.. aku nak rakamkan kat sini ja... boleh jugak anak-anak aku baca nanti kalau aku dah tak dak.. tentang pengorbanan aku yang tak seberapa ni yang penuh dengan rasa kasih dan sayang terhadap anak dan suamiku.  Masa aku menaip entry ni, alhamdulillah aku dah 18 hari berpantang.. haish.. rasa macam lama sangat kan time berpantang macam ni.. tapi bila tengok orang lain berpantang rasa macam wah... sekejapnya diorang berpantang padahal sama je kan 44 hari jugak.. ni adat je actually.. tapi my mother in law cakap even kita ni bersalin normal ke czer ke still kena pantang jugak .. 44 hari pantang pergerakan dan pemakanan.. 100 hari pantang dengan suami.. bukan apa, orang tua-tua nak kita betul-betul sembuh dalaman baru boleh melasak.. kadang kita tak tahu, kita rasa kita dah sihat.. padahal tak sebenarnya.. kita kena lebih berhati-hati tambah-tambah masa baru-baru lepas bersali...