Wednesday, 18 December 2024

Tiada sambutan hari lahir untuk anakku

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hai semua, susah nak nyatakan kat sini tapi terpaksa aku luahkan juga.. 

Mintak maaf ye anakku sayang tidak dapat sambut hari lahir mu tahun ni.. sebab kekangan kewangan.. suami excident lagi.. memang banyak cabaran tahun ni..

Tapi Alhamdulillah kami dapat juga bawa Thaqif ke Cameron Highland..

Cerita bab cameron highland ni panjang.. nanti aku cerita dalam entry yang lain..

Nak tahu bab percutian kami.. tunggu dulu ye..

Anakku, 
Tahun depan sayang nak start sekolah kan..
Tahun depan mama buat jamuan kat sekolah ye kalau ada rezeki lebih..
Barulah seronok sikit kan..
Makan ramai-ramai dengan kawan..

Sebenarnya aku sedih sangat tak dapat nak sambut sama-sama masa abang pali dan kak yani mai kelantan haritu..

Aku dah bagitau dah seller nak pick up cake.. sampai lah waktu yang pick up tu dia langsung tak angkat call atau balas whatsapp.. 

Mujurlah dia tak de mintak apa-apa payment.. katanya bayar time ambil ja.. tapi dia tak bagitau apa-apa pon.. sapa yang pernah kena scam macam ni?

Malu jugak kat abang pali dan kak yani benda tak jadi..

Lepas tu kan seller tu tak meseg apa pon even dah lepas hari kejadian.. 

Kot-kot la nak mintak maaf sebab tak angkat call ke kek tak siap ke..

Sepatah pon tak dak bagitau apa-apa..

Aku assume mesti dia tak ingat nak buat kek aku dan buat diam je..

Aku pon malas dah la nak call sebab tak angkat langsung wey..

Dekat 20 kali aku call .. meseg lagi..

Then the next day tu, abang aku dengan kak ipar aku pon nak balik dah.. lepas tu depa ada sedekahkan dekat Thaqif untuk hari lahir Thaqif..

Ya Allah, malunya..

Kesian abang pali.. mesti depa berharap sangat nak join birthday party kami.. party la sangat kan.. makan keluarga je..

Abang pali, jangan pernah serik datang kelantan ye..

Tak pe la, lain kali buat lain la.. sedih sangat kan..

Doakan kami murah rezeki ye..

Okey la..

Jumpa lagi di next entry ye..

Papai..

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tuesday, 17 December 2024

Ujian Allah bagi ada hikmahnya (Part 3)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai semua, sambung lagi dari part 2 sebelum ni..


Okey, sekarang aku nak masuk part penting yang aku nak cerita..

sebelum tu, hampa boleh baca apa yang suami aku luahkan dalam statusnya yang panjang lebar di facebook.. hampa baca sendiri.. aku bagi link ja..

sebab kalau aku tulis ni, maunya sampai esok hampa dok baca entry ni lagi.. hahaha.. 
sekarangkan banyak cerita pasal suami / isteri yang meninggal kan.. kat tiktok, facebook atau dalam media sosial lain... atas banyak sebab la kan.. terkecuali yang meninggal sebab pembunuhan ye.. maksud aku yang sebab meninggal tu secara natural atau kenderaan atau  binatang ke apa saja lah yang bukan melibatkan pihak ketiga.. 

sebagai contoh, yang ni salah satu nya lah.. hampa baca sendiri.. aku bagi link ja..

dan banyak lagi kisah lain..isteri excident sebab balik tergesa-gesa dengan prank suami.. suami excident otw balik kerja.. excident jatuh gaung.. kematian semasa mandi air terjun ada kepala air.. macam-macam lagi kan kisah lain kan.. kerap sekarang kita dengar..


aku ni kan.. bila tengok kes-kes macam tu kita akan jadi insaf kan.. masa suamiku excident, aku diberitahu melalui panggilan telefon dari lelaki tak dikenali.. masa tu rasa nak luruh jantung..bawak kereta pon dalam keadaan tangan shaking..aku bernasib baik masa tu dapat dengar suara suamiku.. aku rasa macam lega sangat dapat dengar suara suamiku.. sampai je hospital tengok suamiku terlantar atas katil, menangis aku rasa macam sesak nafas sangat..mujurlah thaqif behave sangat masa tu.. thaqif takut tengok keadaan suami..biasa lah budak-budak..

apa pengajaran yang kita dapat bila kita tengok orang lain pasangannya meninggal dan kita melihat sendiri pasangan kita terlantar sakit??? takkan tak de sedikit pun rasa keinsafan kan..mestilah ada,,.. tak terkecuali aku.

masa tu, dalam fikiran aku mujur lah tidak berlaku apa-apa yang lebih serius kepada suamiku.. dahlah suamiku kerja malam masa tu.. tak dapat spend masa sama-sama.. last peluk pon sebelum suami pergi kerja.. mujur lah Allah masih beri peluang kedua untuk aku berbakti sebagai isteri..

aku kan sekarang kalau ada perselisihan faham .. dah tak nak gaduh lama-lama.. cukuplah paling lama sejam atau beberapa jam ja.. kalau boleh sebelum ke hari esoknya, aku akan pastikan kami boleh berbaik kembali..biarlah sapa pun yang salah.. aku cuba untuk cool down by myself.. rendahkan diri untuk mintak maaf walaupun situasi amat tegang.. 

biasalah rumahtangga.. mcm pepatah melayu la kan, lidah mana yang tidak tergigit kan.. 

kak aku selalu ingatkan aku, kalau bukan perkara besar, kita masih ada peluang untuk baiki hubungan suami isteri..

jadi isteri ni memang kena banyak bersabar.. macam yang kita tau la biasa nya urusan rumahtangga memang diserahkan kepada isteri.. kita memang akan stress sikit tapi just enjoy je..

Allah sentiasa bersama orang yang bersabar..

kenapa aku bagitau macam ni.. sebab kita tak tahu bila pengakhiran kita didunia ni.. kita nak ka diselimuti rasa bersalah dan penyesalan seumur hidup kita hanya sebab ego kita..

sekarang ni pon aku banyak muhasabah diri sendiri, bilamana ada perselisihan faham, aku duduk kejap.. aku cuba untuk pikir balik kebaikan pasangan kat aku.. rasanya lebih banyak yang baik berbanding yang buruk-buruk tu.. jadi aku lebih cepat cool down.. dan mula mintak maaf dulu tanpa kira siapa salah siapa betul.

tapikan bila pasangan kita tak bercakap dengan kita bukan bermaksud suatu kebebasan untuk kita.. boleh jadi pasangan kita memendam rasa dengan kita.. ambil cakna dan  sebelum kita nak diri kita dibahagiakan.. kita kena bahagiakan pasangan atau orang yang kita sayang dulu.. 

kita automatik akan jadi bahagia apabila orang lain bahagia.. 

kak aku pernah bagi nasihat dan aku rasa apa yang kak aku cakap tu betul.. aku patut kongsikan kat sini.. kak aku cakap, dalam dunia ni , kita takkan dapat apa yang kita nak.. kita nak orang buat baik dengan kita, kita nak orang jadi macam ni macam tu.. memang takkan dapat.. sebab dunia ni hanyalah sementara dan ujian buat kita.. betul la kan..  kalau kita lulus ujian, kat syurga banyak nikmat Allah bagi kan.. bersabar lah ye..

peringatan untuk diri dan semua readers jugak,
kita kena berlapang dada dan terima segala ujian yang Allah bagi kat kita dengan redha..
bila ada perselisihan faham, cepat-cepat redakan keadaan dan mintak maaf segera jika perlu..
jangan biar berhari-hari.. sebab kita tak tahu bila ajal kita..
nak ka kita meninggal dalam keadaan pasangan kita tak redha dengan kita..
itulah benda yang paling merisaukan..

semoga kita semua dapat berubah ke arah kebaikan dan tak salah pun untuk kita rendahkan ego kita untuk satukan balik keharmonian rumahtangga kita..

entry ni lebih kepada peringatan kepada diri aku sendiri sebenarnya.. 

Hidup kita ni takkan lari dari ujian.. 

Sejauh mana kita lari dari ujian, lagi banyak kita akan diuji..

Jangan lari dari ujian, hadapi dengan ilmu dan sabar.. kak aku cakap, hidup kita ni kena penuhkan dengan dengar ceramah, dengar ilmu-ilmu dari ustaz ustazah..barulah kita dapat muhasabah diri kita..

Kalau ada yang berminat untuk beli pendrive ustaz wadi annuar...

Dalam pendrive tu ada macam-macam ceramah dan bacaan ayat suci al-quran.. hampa boleh tekan link dan beli kat situ..

Sebenarnya ujian ni lah yang menambahkan warna dalam hidup manusia..

Macam dalam lagu bawah ni.. cuba hayati lirik nya..

Kesenangan yang datangTak akan selamanyaBegitulah selepas susah ada kesenanganSeperti selepas malam (malam)Datangnya siangOleh itu waktu senang jangan lupa daratan
Gunakan kesempatanUntuk kebaikkanSebelum segalanya terlepas dari genggamanKelak menyesal nantiTak berkesudahanApa guna sesalanHanya menekan jiwa
Jangan difikir derita akan berpanjanganKelak akan membawah putus asa pada TuhanIngatlah biasanya kabusTak berpanjanganSetelah kabus berlaluPasti cerah kembali
Ujian adalah tarbiyah dari AllahApakah kita kan sabarAtaupun sebaliknya
Ya betul, lepas kesusahan akan datang kesenangan..

Berbaik sangka lah kepada Allah Yang Maha Berkuasa.

Allah takkan uji kita kalau tak mampu..

Cuba hampa senyum.. 😁😁😁 

Ha... kan comey senyum macam tu.. 🤗🤗🤗🤗

La tahzan okey..


terima kasih sudi baca sampai habis..

jumpa lagi next entry ye..

Kalau perlu save la blog ni dalam google bookmark hampa.. bila-bila nak baca dialu-alukan.. 🥹🥹🥹

papai..

assalamualaikum..


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Ujian Allah bagi ada hikmahnya (Part 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai semua.. kali ni aku nak bercerita sambungan kepada kisah aku yang sebelum ni.. hampa boleh tengok kat post sebelum ni.. ni aku bagi siap-siap link.. tak gaduh hampa dok pi cari.. Ujian Allah bagi ada hikmahnya (Part 1)

ni gambar eksiden suami yang sempat aku ambil sebagai kenangan..


waktu mula-mula aku sampai.. aku tak sempat ambil gambar.. sebab kalut dengan thaqif.. masa tu doktor tak balut lagi.. takut wey nak tengok luka.. doktor nak tunjuk kat aku..tapi aku tak mau sebab takut.. gambar bawah ni selepas depa cuci luka dan depa balut dah luka.. 








Suamiku excident beberapa hari sebelum hari lahir suami.. kesian jugak la kat suami.. aku pun sendiri tak sangka sebabnya kami dah rancang nak celebrate birthday dengan anniversary wedding kami kat cameron highland.. semua dah tempah dah.. last-last bagi kat adik aku dengan adik ipar aku.. suruh depa pi honeymoon.. mungkin rezeki kami lain kali pulakkan.. redha je la.. benda nak jadi kan..

Tula kan dalam hidup ni kita hanya mampu merancang..selebihnya Allah yang tentukan.. Aku bersyukur sangat walaupun Allah bagi ujian dekat aku dengan suami excident.. tapi Allah Maha Besar bagi aku peluang untuk berbakti lagi kepada suamiku.. alhamdulillah, dah la banyak dosa dengan suamiku.. hahaha.. 


Terima kasih kak ipar bagi fruit bouquet untuk suami


Terima kasih semua yang mana yang memberikan sumbangan untuk suami dan keluarga kami.. terima kasih kepada mak dgn bapa mertua yang sanggup turun padang membantu jagakan thaqif dan ada keluarga kawan suami jugak yang bantu jagakan Thaqif sementara suami masuk operation hall.. alhamdulillah Allah datang kan ujian sekali dengan cara selesaikan ujian.. alhamdulillah Allah Maha Penyayang lagi Maha Pengasihani..

Allah takkan timpa kan ujian kalau kita tak mampu hadapinya.. hidup ni Allah dah atur elok dah..


ni gambar tangan suami selepas pembedahan



tengok pon seriau wey.. mujur cuci kat hospital dengan kk je..kalau cuci sendiri aku pengsan wey.. hahaha..

pembalut ni memang berjasa sepanjang suami berpantang..


ni kaki suami yang tulang dalam dia patah..masuk dawai..

ni dawai tu..gerun wey tgk..
  

Terima kasih kepada semua doktor dan nurse yang menjaga suami dari awal sampai lah suami sembuh.. walaupun ada masalah berkaitan tulang sikit.. tapi semuanya berjalan dengan lancar dan rapi.. layanan pon terbaik.. terima kasih Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia.. jasamu dikenang.



ni keadaan motor masa kami melawat di bengkel yang cover insurans 



ni la punca excident



Haritu aku ada bagitau yang suami aku excident kan.. alhamdulillah lani dah recovery 90% cuma still tulang dalam tak cantum elok lagi.. yet suami aku sendiri pon still tak mampu angkat berat-berat lagi.. main dengan tulang ni biasalah.. makan tahun jugak kalau nak sembuhkan.. 

Tapi suamiku dah start kerja dah almost 1 month.. alhamdulillah, suka tengok suami dah mula semangat balik..

setelah hampir 2 x masuk hospital , sekali masuk sebulan..kali kedua masuk hospital dalam 2 minggu macam tu.. mujur lah ada mak dan bapa mertua yang sudi datang dari kedah ke kelantan untuk jaga kan Thaqif sepanjang kami duduk di hospital dan mak juga jagakan Thaqif di kedah selama sebulan kami berada di wad.. alhamdulillah Allah permudahkan semuanya.. Allah saja yang dapat balas jasa baik mak dan bapa mertua. semoga Allah berikan mereka kesihatan yang baik, diampunkan segala dosa mereka  serta mendapat rezeki yang melimpah ruah di dunia dan diakhirat..aamiin..

selama 5 bulan suami berpantang dirumah.. ada la dalam beberapa kali aku ajak suami keluar rumah untuk ambil angin di luar.. kadang-kadang bila kita sakit, kita tak boleh terlalu lama stay dalam suasana rumah ja.. kita kena bawak mereka untuk keluar ambil angin tengok kehijauan alam.. sebab dengan cara tu akan memotivasikan orang yang sakit ni supaya mereka berasa lebih bersemangat , tidak mudah rasa down dan lebih rasa segar bila hirup udara segar sambil santai-santai..






sebenarnya kita dah tak boleh guna dah terms yang bilamana kalau sakit atau berpantang kena berperap je di rumah.. sebenarnya orang yang sakit ni kita kena bawak mereka keluar dari situasi sakit mereka tu terutama sekali orang yang lumpuh atau orang yang hanya berwheel chair sahaja.. sekali sekala kita kena bawak mereka untuk tengok benda-benda natural.. pokok menghijau, langit yang luas, dan pantai yang mendamaikan.. itulah yang bagi mereka semangat untuk hidup..

kadang-kadang bila kita lama sangat terlantar atas katil, kita akan dikunjungi pelbagai emosi negatif.. rasa diri tak sempurna, rasa nak marah-marah dan rasa lost hope untuk hidup..stress ja.. 

kita sebagai orang terdekat, kenalah bagi semangat..kalau depa tak mau, ajak jugak..sebenarnya untuk kebaikan mereka jugak..

ada sebab Allah ciptakan pantai, air terjun dan mengilhamkan kepada manusia untuk adakan tempat rekreasi..sebabnya untuk kita menghargai dan mencintai alam semulajadi..jadi akan bagi refleks kepada hormon positif dalam badan kita.

Apa-apa pon, ingat ye, ujian yang Allah bagi mesti ada hikmahnya..dan setiap insan Allah bagi ujian yang berbeza dan penyelesaian yang berbeza sesuai dengan kemampuan seseorang.. jadi jangan bandingkan ujian kita dengan ujian orang lain..

Miskin pon ujian, Kaya pon ujian, Sihat pon ujian, Sakit pon ujian, Derita pon ujian, Bahagia pon ujian.

cuma macam mana kita handle ujian kita tu yang menentukan takdir kita pada masa hadapan.

ya, memang takdir kita ditentukan di loh mahfuz sejak lahir lagi.. tapi selagi kita hidup dan bernafas , Allah bagi kita rezeki akal untuk berfikir dalam mengubah takdir hidup kita. melainkanlah kita dah sampai seru.. maka time tu terputuslah segalanya kecuali doa dari anak yang soleh solehah, ilmu yang bermanfaat dan sedekah jariah.. maksudnya masa tu.. rezeki kita takat tu ja dan takdir hidup kita sampai situ ja..

okey, panjang pulak kali ni..

terima kasih sudi baca sampai habis.. :)

jumpa di next entry ye..

la tahzan ye.. jangan sedih-sedih ye..

kuat kan semangat dan hadapi hidup dengan lebih baik..

semoga Allah memudahkan segala urusan kita didunia mahupun diakhirat kelak..aamiin...

papai..

Assalamualaikum semua..

Sunday, 8 September 2024

cara kekalkan hubungan yang sihat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Aku ada terbaca beberapa tips untuk kita kekalkan hubungan suami isteri dalam keadaan yg sihat dan positif dari sebuah artikel ni..

Cara untuk mengekalkan hubungan suami isteri secara sihat dan positif..

1. Jangan pernah bercakap tentang perpisahan atau penceraian dengan pasangan..

2. Jangan beritahu pasangan yang awak okay tapi sebenarnya awak tak okay.. pasangan tak tahu tentang emosi kita.. berkata jujur dalam menerangkan emosi kita.. kalau tak okay, beritahu saja 'tak okay' .. It's okay not to be okay..

3. Kalau mintak maaf tu.. mintak maaf betul-betul.. jangan lepas dah mintak maaf dan memaafkan pasangan tapi kemudian hari salahkan pasangan pulak.. jangan kita hanya mintak maaf bersebab je.. tu namanya tak ikhlas.. dan tak mustahil akan buat kesalahan yang sama lagi lepas tu..

4. 'Wajib' lupakan bab ego dan sifat bangga diri.. sebab apa.. sebab ni lah punca utama keretakan rumahtangga.. jangan bangga dgn status kita 'ketua keluarga' atau yang 'terpaling cari nafkah'.. sebab institusi kekeluargaan ni umpama 'teamwork'..isteri bantu suami jaga rumahtangga, suami bantu isteri cari rezeki.. maksudnya sama2 membantu bukan hanya seorang saja yang berkorban.. berapa ramai hari ni suri rumah yang bekerja demi membantu suami.. jadi turunkan lah ego tu supaya rumahtangga harmoni.. isteri pon kalau berpangkat besar lebih dari suami hendaklah sentiasa merendah diri bukannya bangga dengan diri sendiri..

5. Jangan kita bandingkan 'Ex' dengan suami atau isteri kita .. kadang-kadang suami atau isteri ni ada kelemahan dan kelebihan yang tersendiri.. jadi terima lah baik buruk mereka yang sentiasa berasa disamping kita melainkanlah jika mereka curang dengan kita. Jadi tak perlu nak banding-banding.. kadang-kadang syaitan ni suka kacau bila belum kahwin.. sebab tu bila kita dah kahwin.. kita asyik dok ingat perangai ex atau bekas bf kita sebab kita belum nampak keburukan mereka . Masa sebelum kahwin biasanya banyak benda yang boleh disorok berbanding yang dipamerkan . Jangan salahkan pasangan kita yang sekarang ni.. boleh jadi mereka jauh lebih baik dari bekas kekasih kita. Terima mereka seadanya..

6. Berikan pasangan kita ruang dan masa untuk diri mereka sendiri.. kadang-kadang kita ni terlalu memaksa dalam menjadikan rumahtangga yang harmoni.. berlapang dada lah.. berikan pasangan kita ruang untuk dia cipta minat dia.. bagi mereka ruang untuk ceritakan segala masalah mereka..

7. Setiap pasangan ada masa senang dan masa susah.. jadi kalau kita bergaduh antara satu sama lain, ingat balik time waktu kita susah..sapa yang ada bersama dengan kita.. ingat balik siapa yang sanggup berkorban untuk kita.. pasti kita akan lupakan pergaduhan tu.. selesaikan pergaduhan dgn cara baik.. lupakan keburukan dan pikirkan kebaikan pasangan.

8. Jadikan pasangan kita adalah org 'penting' dalam hidup kita.. Ini memberi tanda kita menghargai pasangan kita dan kita nak pasangan sentiasa wujud disaat kita perlukan mereka.. 

9. Jangan bergaduh hanya kerana duit.. Duit ni kita boleh cari tapi pasangan yang serasi memang kita takkan dapat dah sampai bila-bila.. hargai pasangan.. ya, hidup kita perlukan duit.. tapi sebanyak mana kita cari dan kumpul walau sebanyak buih dilautan pon takkan menjamin kebahagiaan. Tak de duit, cari lah duit bersama-sama.. kita yang kena cipta bahagia untuk kita rasa bahagia..

10. Luangkan masa bersama-sama.. solat berjemaah / baca quran bersama-sama / makan bersama-sama / tengok movie bersama / luahkan pendapat bersama atau boleh jugak buat pillow talk sebelum tidur.. 

11. Kita sendiri kena ajar diri kita untuk jadi lebih positif.. supaya aura positif tu akan buat pasangan kita lebih tenang dan selesa bila ada dengan kita..

12. Saling hormat menghormati antara satu sama lain.. kalau pasangan kita tak suka akan sesuatu, jangan buat lagi benda yang sama.. kurangkan bangkitkan kemarahan pasangan.. sentiasa mendahului dan mendoakan pasangan dalam apa jua keadaan.

13. Dalam perkahwinan ni.. kita kena ada matlamat dalam hubungan kita.. kita nak hubungan kita sampai mana? Cuba tanya diri kita.. boleh tahan tak dalam hubungan perkahwinan sekarang? Kalau boleh tahan, pikirkan apa yang akan jadi masa depan..tetapkan matlamat dulu.

14. Percaya dan sokong pasangan dalam perkara tertentu..berlaku jujur dengan pasangan masing-masing.. ini kunci dalam rumahtangga..

15. Setia..kesetiaan ni adalah pengukur aras hubungan perkahwinan kita.. banyak jadi masa kini dengan adanya media sosial..kes-kes penceraian yang kita sendiri tak senang dengar.. alasannya hanya disebabkan berlakunya curang dan hadirnya orang ketiga.. asasnya.. kita jangan mulakan untuk berhubungan dengan berlainan jantina walau dengan apa jua alasan.. setia ini mahal.. tak ramai yang mampu lakukannya.. 

Aku titipkan tips ni untuk diri aku jugak supaya beringat yang pasangan kita tu Allah pinjamkan saja didunia ni.. bila2 Allah boleh ambil balik..
Jadi hargailah pasangan kita..

Tengoklah kat luar sana berapa ramai anak dara dan anak teruna yang masih lagi mencari jodoh atau calon suri rumahtangga..

Bersyukur lah Allah bagi kita jodoh awal.. dan ada rezeki anak.. orang lain ada jodoh utk berkahwin.. menanti anak pula..

Pendek kata, bersyukurlah dengan apa yang kita ada di dunia ni..

Dunia ni sementara..
Mati itu pasti..

Semoga Allah menjadikan setiap langkah kita ni sebagai jihad kita dan menjadikan kematian kita syahid.. aamiin ya rabbal ala min..

Aku bukanlah baik sangat tapi aku berkongsi tips ni untuk diri aku dan kita semua.. 

Yang baik tu dari Allah..
Yang buruk tu dari aku sendiri..

Terima kasih sudi blogwalking kat sini..

Semoga Allah memurahkan rezeki kita semua di dunia dan diakhirat kelak..aamiin ya rabbal ala min..

Jumpa lagi di next entry ye . 

Papai..

Wednesday, 21 August 2024

Trauma yang ku rasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Hai semua.. tajuk memancing gitu kan.. hahahha..

Tak de lah.. aku nak cerita santai-santai ja .
Kalau korang ada pengalaman yang serupa boleh la komen ye ..

Benda paling trauma masa mengandung (nak dekat bersalin)

1. Kau dah buat senaman tapi bukaan tiada..

2. Sakit tiap 2 minit sekali tapi bukaan slow..

3. Keluar masuk toilet sbb rasa mcm nak berak tapi satu apa pon xkluar plus kau takut kau terberanak dlm toilet

4. Sakit guling2 ingatkan bukaan dh 10 rupanya baru 4

5. Kau dh start nampak lendir hijau tapi bukaan stuck kat 6. Masa ni nurse tolak katil untuk ke bilik bersalin macam marathon 🤣🤣🤣 

6. Kau terlalu sakit contraction smpai alat mesin ctg pon kau rasa xselesa..

7. Nurse dan doc buat ve lebih 5 kali sbb prmintaan sendiri 🤣🤣🤣

8. Doc bg gas lalok utk kurangkan sakit.. serius aku tak rasa ia membantu untuk kurang sakit.. bagi jadi nak tido lagi anak.. susah nak meneran dgn keadaan lalok..

9. Jantung anak makin drop smpai terpaksa push masa bukaan 8..

10. Terasa sebenarnya digunting tapi sakit contraction lebih lagi..

11. Sesungguhnya forceps tu sangat sakit dan rasa rahim seolah2 di umpil.. tapi bagai dikata sakit contraction sakit lebih drp tu walaupun rasa mcm rahim nak explode.. dpt rasa rahim dikembangkan secara paksa tu.. fuh trauma bila ingat.. bayangkan bila kita nak umpil sabut kelapa, ha.. mcm tu la rasa bukaan dy.. lama sobat sementara nak bleh kluarkan baby tu.. dan dia punya rasa kebas tu.. sampai kau pakai tube kencing atau kau kena jahit tak rasa wey (maybe sebab bius jugak kot) ..hehehe ... Cuma masa ni uri keluar mudah la sbb bukaan dh besarkan ..nurse cuma tekan sikit2 je atas perut.. rasalah keluar seketul lagi daging kat bawah..

12. Paling trauma , bila dr letakkan baby atas dada dlm keadaan biru, tak menangis (tak bernyawa) dan tak bergerak.. doc letak dlm 2 minit sebelum dibawa pergi ke nicu..doc hnya nak buat pengesahan jantina saja.. masa ni aku blom tgk wey anak aku.. 😭😭😭 masa doc letak tu , doc letak bahagian punggung dan nurse terus kalih baby tunjuk jantina.. tak sempat aku nak tgk muka anak aku . Tapi aku sempat pegang anak aku dgn berdarah2 tu.. lepas anak aku dibawa pergi, aku menangis teresak-esak.. tak lama nurse bawa air milo sruh minum .

Ada lagi yang trauma...

13. Ingatkan bila dah masuk wad dah settle.. sekali doc seluk lagi untuk check jahitan belah dalam.. mujur tak sakit sbb sakit perut mengatasi..

14. Sakit rengat tu sakit mcm nak bersalin wey.. berguling guling aku ...😮‍💨😞

Nasihat aku.. Sesiapa yg nak bersalin, tolonglah mkn dgn cukup.. jgn jdi mcm aku.. contraction mmbuatkan aku xlalu tgk makanan dan xmkn selama 10jam sblom brsalin.. minum air pon xsempat sbb contraction rapat2.. last2 lembik dekat labour room smpai mata xmau bukak..terlmpau letih..tiba2 rasa mcm diri dh nak habis nyawa masa tu.. 😅😅

Eh.. dah macam kronologi plak.. 😅😅 pendek kata semua trauma.. tapi bila dh bertahun2 tak de baby ni.. tiba2 rindu nak ada baby balik.. 🤭🤭

 tapi waktu sekarang tak mengizinkan utk ada baby lagi..😭😭 please doakan kmi ye .. 😭😭

Semoga ada rezeki kami untuk ada anak .😭😭

Jumpa lagi di next entry ye. . papai semua . 

 

Wednesday, 31 July 2024

Child-free? Ku temu dirimu.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Alhamdulillah.. syukur bagi Allah.. nikmat Allah apa lagi yang nak didustakan..

" mummy.. mummy.." Jeritan anakku memecah kesunyian..dibalik pintu aku seolah-olah membuat kejutan untuk anak aku.. Aku lihat nak aku menerpa ke arah aku.. air mata mengalir di pipi sambil dia tersenyum memandang aku.. aku tak mampu tahan lagi.. berguguran air mata yang cuba aku tahan pada awalnya.. aku memeluk erat anakku..

" sorry ye syg.. maafkan mama ye..baby don't cry ye syg.. mama.. ada ni.. rindu mama tak.." . Aku memeluk dan mencium pipi nya.. begitu lah aku cuba mengajar anak memanggil dengan panggilan lain tapi akhirnya anakku memilih panggilan lain.. hehehe.. tak pa lah lambat laun dia pandai jugak.

" windu.." masih lagi berbaki air mata di pipi anakku.. aku mengusapnya lembut.. mengharapkan aku mampu mengubati kerinduan anak ku dan diriku juga..

hampir lebih daripada sebulan.. akhirnya kami bertemu jugak..  terima kasih ya Allah atas pertemuan ini.. segalanya berjalan lancar.. aku mampu drive dari kelantan sampai ke kedah dalam keadaan selamat.. alhamdulillah.. syukur bagi Allah ..Tuhan yang mengaturkan segalanya kita hanya mampu merancang..

Terima kasih Allah.. 

Seronok sangat dapat peluk cium anak.. 

Bagi sesiapa yang ingat nak buat CHILDFREE lepas kahwin tu , untuk aku rasanya tak de masalah..

Cuma sebagai seorang pejuang hamil.. yang dah ada anak tapi masih struggle untuk anak ke 2..

Aku cuma nak nasihat..

Marilah kita sama-sama merenung kembali apa hikmah kita ni digalakkan berkahwin?

Sudah tentunya untuk menghalalkan hubungan kita dengan pasangan sekaligus menjadi asbab adanya rezeki anak.. namun tak semua orang Allah takdirkan ada anak dan pasangan hidup.. 

Jadi bersyukurlah bila kita ada salah satu atau kedua-duanya.. setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita akan datang seiring dengan ujian untuk mematangkan diri kita..

Kalau kata jaga anak ni susah, proses tumbesaran anak itu susah, duit banyak habis.. itulah namanya ujian. Ujian ini lah yang akan buat kita kembali kepada Allah dan memberikan warna warni dalam hidup kita..

Kalau hidup kita ni flat je..bahagia je tanpa ujian.. pon tak best jugak.. 

Masa kita kecil pon ibu ayah kita melalui proses yang sama jugak dalam membesarkan kita.. itulah proses kitaran hidup manusia.. kita sekarang bukan bincang bab benefit kalau ada anak, anak jaga time kita tua ke macam mana..hidup ni jangan pula bergantung harap dengan orang lain..kalau anak nak buat, alhamdulillah.. kalau tak, doakanlah yang baik-baik untuk anak-anak..

Ingat satu je, anak ni pengikat kasih sayang antara kita dan suami..bukti cinta kita.. pertalian darah tu kalau lari jauh pon takkan putus.. in shaa Allah..melainkan maut saja pemisah..

Waktu ttc dulu,hari-hari menangis nak anak.. rasa stress sangat.. since dari awal perkahwinan..

Selepas sebulan lebih berkahwin , aku mencuba-cuba test upt berharap untuk dapat bunting pelamin.. aku check positive untuk pertama kalinya ..kawan aku meminta aku check semula selepas 7 hari..aku pon buat lagi test.. aku dapati positive lagi tapi samaar-samar pula.. masa ni baru aku bagi tahu suami.. aku syak maybe chemical pregnancy..sebab aku beberapa hari lagi lepas tu dah tak da dah..

Tau tak, perasaaan terujaa kalau upt positive ni macam menang award noble.. hahaha..

Pengalaman tu seronok sangat.. try la untuk achieve perkara macam ni (utk yang childfree).. aku rasa nanti silap-silap hampa lagi teruja dari aku..

Second pregnancy aku, aku dapat lepas balik honeymoon time birthday aku.. 2 tahun selepas 1st chemical pregnancy..seronok sangat masa tu.. tiba-tiba sekelip mata ja kebahagiaan tu direntap.. menangis aku.. aku disahkan ectopic pregnancy.. perut rasa cramp.. pinggang rasa sakit.. ari-ari rasa sakit..bila check upt positive terang gila double line.. check darah hcg pon memang mengandung.. kena warded.. doc cari dalam rahim tak jumpa kantung dan baby.. sepatutnya 5 minggu boleh nampak kantung dan denyut baby dah..tapi doc godek2 tak jumpa.. sakit wey doc tekan perut..

Aku geram sangat .. mintak tolong suami belikan clearblue test digital pack tu.. agak pricey tapi puas hati dengan result.. dia tulis pregnant 2-3 .. maksud nya dalam 5 minggu ke atas..

tapi check upt hospital  sekali lagi pon positive pregnant.. doc ambil darah lagi.. kali ni drop hcg level darah daripada 8500 ke 6000 dalam masa 2 hari..lepas tu, doc decide tunggu lagi satu test hcg blood level.. buat lagi test upt.. pon positive tapi dah start kurang jelas double line.. tapi still ada double line..doc cakap kalau level hcg tinggi ..kena buat laparoscopic surgery sebab nak cari kedudukan baby.. 

Aku punyalah doa kat Allah supaya nak elak surgery tu.. aku cukup takut dengar bunyi surgery2 ni.. hahaha.. 

Alhamdulillah malam tu Allah dengar doa aku.. tiba-tiba aku sakit macam nak beranak.. sakit daripada pukul 10 malam sampai pukul 6 pagi.. sakit yang teramat sangat sampai guling-guling atas katil..mintak pain killer kat nurse..nurse cakap kena tunggu dr melawat dan tanya dr dulu.. aku pon sambung guling atas katil..lepas tu pukul 4 lebih aku terlelap sebab dah lama berjuang.. pukul 6 lebih tiba-tiba datang perasaan ada 'something kat anu' ..rasanya ala-ala nak keluar period yang ketulan besarrr.. pergi tandas baru ja duduk terus keluar macam daging..dan darah keluar banyak.. 

Aku bagitau dr.. dr cakap totally miscarriage dan tak perlu D&C (cuci rahim).. ramai cakap cuci rahim sakit gilaaa.. mujurlah tak kena.. kalau tak extra sakit..

Guess what?? Lepas 2 minggu pantang miscarriage.. aku check upt still positive wey.. tapi dah samar-samar.. lepas sebulan baru totally negative upt test.. 

masa tu baru aku sedar.. rupanya kalau kita betul-betul pregnant.. upt test kita akan tunjuk positive terang kalau kita pregnant dan akan kekal sampai habis fasa gugur atau fasa pregnant.. ngokngek kan aku.. padahal tau je kenyataan tu tapi bila jadi kat diri sendiri.. kita akan jadi under denial.. hahaha...(faktor nak anak sangat-sangat)

Try la ye to conceive.. seronok wey pengalaman pregnant ni..

Kali ke 3 aku pregnant.. Alhamdulillah dapat capai sampai bersalin.. lahirlah seketul baby boy ..anakanda thaqif kesayangan hamba.. 

Seronok ada anak ni..
Kita sama-sama belajar dengan dia untuk membesar..
Daripada dia boleh merangkak, berjalan, berlari dan bermain..
Semuanya proses yang sama-sama kita belajar..
Benda paling heaven adalah kau dapat cium bau syurga wey.. bau baby.. Allahu robbi.. terlalu wangi wey.. bau yang akan menghilang since anak kau 8 bulan ke atas..
Itulah bau yang akan kau rindu dan rasa nak mengandung lagi..

Memang sakit semasa mengandung.. tak boleh meniarap ..tak boleh telentang time tido.. tapi ada satu benda yang kau akan ternanti-nanti.. bunyi dengupan jantung baby dan kejutan baby kick.. hahaha..
 
Memang sakit time melahirkan..sakit contraction..sakit pinggang,,.sakit belakang.. tapi once bila baby dah keluar..hilang habis sakit bersalin.. dapat pegang baby berdaarah-darah.. pon dah melting sangat..

Memang sakit time berpantang.. dengan makan tak menentu... high demand baby.. colic..bengkak susu..  itu adalah normal.. tapi bila kau tengok muka baby tiba-tiba hilang terus penat dan sakit..

Jadi, jangan susah hati pasal rezeki cukup atau tidak.. setiap anak Allah dah susun aturan rezeki mereka..

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua di dunia dan di akhirat kelak..aamiin ya rabbal ala min..

Yang baik itu dari Allah,
Yang buruk itu dari diri sendiri..

Nilai lah sebaik mungkin.

Kalau dah terpikir untuk niat childfree, masih ada masalah untuk kembali bermohon kepada Allah..

Solat taubat nasuha bersama suami.. 

Banyakkan berzikir dan beristighfar..

InsyaAllah akan ada sinar baru dan rezeki akan bertambah sikit demi sikit.

Percaya dengan kuasa Allah ye..

Itu sajaa untuk kali ni.. 

Jauh menyimpang dah.. hahaha..

Ookey, jumpa lagi di next entry ye..

Assalamualaikum ...


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Thursday, 18 July 2024

Ujian Allah bagi ada hikmahnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Berat untuk aku cerita.. tapi at least bila anak aku besar nanti anak aku boleh baca dan faham kenapa dia kena stay lama dekat rumah maktok di Kedah.. mesti sekarang anak aku pelikkan kenapa sampai sekarang kami masih belum jumpa dengan dia.. tiap hari aku menghitung hari bila agaknya aku dapat jumpa dengan anak aku.. aku terlalu rindu kan anak aku..tiap hari aku rindu dan aku teringatkan kenangan anak aku tinggalkan dalam rumah ni.. aku tak boleh duduk sorang dekat ruang tamu.. kalau tak , aku akan menangis.. aku teringat tawa riang anak aku..

Hampa mesti rasa macam poyo la.. tapi once hampa dah ada anak yang tiap hari berkepit dengan hampa since dia lahir.. memang macam nak gila wey.. rindu yang teramat sangat.. setiap hari aku luahkan dekat suami.. suami cakap jangan lah macam ni abang pon rindu dia jugak.. hati aku terus menangis.. aku tak mampu wey.. tak lama suami cakap.. kita videocall (VC) Thaqif naakkk? 

Semestinya lah aku nak VC dengan anak aku... nakkk.. jommm... 
seronok sangat VC tu tapi lepas je vc aku dah start rasa nak nangis balik.. aku rindu nak peluk cium anak aku.. budak busuk masam tu..

Bagi yang tertanya-tanya, kenapa aku tinggal anak aku? Takkan aku tak balik langsung jenguk anak aku? Kata rindu kenapa tak balik?

Okey kisah sebenarnya macam ni..

" Assalamualaikum puan, ni isteri encik ........ ke? Suami puan excident ni..kat atas highway.." ..menggeletar tubuh aku.. sejuk habis kaki tangan.. masa tu aku tengah kemas rumah.. suami semasa hari kejadian balik lambat sikit dari hari biasa sebab suami dah maklum nak sarapan selepas habis waktu bekerja (suami kerja shift malam).. masa depa call tu dalam pukul 10lebih..

" Betul ke ni encik? Suami saya macam mana? Ok tak? Suami saya kabar (sedar) tak tu? Kalau boleh saya nak bercakap sekejap." Waktu ni airmata dah berjurai-jurai dah.. aku risaukan keadaan suami aku..
" suami puan tangan patah ni.. dia kabar lagi ni..puan nak kecek dengan dia ke? Meta deh.." 

Aku dengar suara suami dihujung talian.. " abang, abang ok x? Nanti orang gi kat abang ye."
Suami aku, " abang tak okey, tangan abang ni patah rasanyaa ni.."
Dalam hati aku rasa sedikit lega bila dengar suara suami..walaupun air mata berjuraai-jurai dah ni... telefon bertukar tangan..
" puan , ambulance kami dah panggil.. nanti puan gi kecemasan HUSM slaluh deh.. "
" okey encik.. terima kasih banyak ye.. " 

Aku terasa begitu terkejut sampai aku tak tahu nak mula buat apa.. tangan terketar-katar.. air mata laju ja..  aku nangis kuat-kuat.. lepas tu anak aku cakap mama don't cry.. baru aku teringat aku kena uruskan anak aku dulu..

Aku terus siapkan anak aku .. mandikan anak aku dan barang-barang anak aku sambil berjurai air mata.. aku tarik nafas dalam-dalam.. terus bawa kereta ke HUSM..

Dalam perjalanan, isteri saing suami call aku nak maklumkan suami aku excident.. katanya suaminya mintak tolong bagitau..suaminya kerja , jadi tak dapat bantu untuk tengokkan suami..
Aku cakap terima kasih .. aku pon dalam perjalanan ke HUSM..

Sesampai saja kat HUSM, terkejut aku tengok keadaan suami aku yang tak mampu nak bergerak.. sekali lagi aku tak mampu tahan air mata..mujur la anak tak merap sangat hari tu.. suami memandang aku dan memohon maaf kat aku.. aku pon buat benda yang sama.. tak sanggup nak tengok keadaan suami sebegitu.. aku rasa sedih sangat-sangat.. aku tahu mesti sakit yang ditanggung suami masa tu berat sangat.. kalau boleh kongsi kesakitan tu , aku memang nak kongsi apa yang suami rasa masa tu..

Ini bukan kali pertama suami excident sejak kami berkahwin.. dah masuk kali kedua dah.. tapi kali ni excident yang agak teruk.. 

Aku terpikir.. aku ni membawa sial ka dalam kehidupan suami aku? Dalam usia perkahwinan yang tak sampai 10 tahun lagi.. dah macam-macam yang jadi kat suami..

Mungkin aku ni tak layak jadi isteri untuk suami ku... aku hanya pembawa malang saja..

Maafkan aku suamiku.. aku bukanlah isteri yang terbaik untuk mu..

Setiap hari aku doa.. Ya Allah jadikanlah aku isteri solehah, ibu yang penyayang serta anak yang baik.. 

Aku cuba sehabis baik untuk berikan yang terbaik untuk keluargaku.. tapi ada ja masalah yang timbul yang menjadi ujian kesabaran ku..

Mungkin aku tak layak untuk ke syurga Allah..

Okey, kan dah nangis.. adeh,, dah sambung balik..

Aku sampai ke HUSM dalam pukul 11 lebih.. sebab rumah sewa kami area kok lanas.. agak jauh sedikit dari HUSM.. dengan jalan jemnya kat ketereh,,

Suami mintak tolong saing dia jagakan anak kami sebab suami dah nak masuk Operation Theater (OT) dah.. aku pun hantarkan anak ke rumah saing suami dalam pukul 4 lebih macam tu.. mujur lah anak okey kat sana.. ramai kawan la .. sebab tu dia seronok sampai tak ingat emaknya.. hehehe.. alhamdulillah terima kasih saing suami dan keluarga sebab sudi tolong kami...sedangkan masa tu isteri dia tengah mengandung.. semoga Allah memberikan kesihatan yang baik untuk mereka sekelurga terutama isteri dan anak dalam kandungan.. aamiin ya rabbal ala min..

Pukul 5 lebih doc bagitau yang nak operate pukul 6.30 petang.. ambil masa 4 jam jugak untuk nak operate tu katanya.. Doc masa bagitau nak pasang ariel (besi cacak ) dan pasang k-wired kat kaki..

niat hati aku nak tunggu ja depan bilik OT tu.. tapi doc tu bersungguh-sungguh suruh aku tunggu kat tempat lain.. surau atau ruang menunggu di bahagian emergency.. mungkin aku ni akan mengganggu pesakit lain yang urgent nanti.. jadi aku ambik keputusan tunggu kat tangga depan emergency hall..

Sebelum suami excident, suami pernah bergurau nak ajak ride ke terengganu dengan motor baru yang bakal dibelinya.. agaknya motor lama merajuk kot dengar suami cakap macam tu.. hihihi.. tak la.. tahyul je semua tu.. jangan nak percaya sangat.. suami cakap, motor makan tuan.. hihihi..

Suami aku ni excident sorang ja.. masa aku jumpa suami aku.. suami aku ada lah bercerita sikit dalam nada lemah.. suami aku cakap.. spoket tu dah haus.. rantai motor macam putus (masa tu tak tengok lagi keadaan motor)..jadi suami kata dia tak sempat break sebaab laju ( atas highway ,80km/hr)..suami terbabas .. terkena dengan divider jalan yang besi tajam tu kan.. tu yang terbelah lengan.. kaki pulak ibu kaki jari macam hancur sikit sebab suami jatuh tergolek..

Selepas operation tu 2 lebih minggu jugak kena tahan wad.. sebab doc nak pantau luka operation tu.. dan doc buat 2nd operation untuk suami sebab nak buang sel isi mati.. yang naik putih-putih tu.. maafkan aku ye.. aku bukannya bidang perubatan.. :p

Mula-mula doc kata nak buang ariea tu sebelum discharge tapi tak jadi buang .. so discharge sekali dengan ariea tu... hihihi.. aku ni dah la seriau dengan benda tu.. lepas 2 minggu lebih dok kat rumah.. doc buang ariea  dengan k-wired tu .. janji nak masuk wad untuk operation tapi tak jadi sebab nak tunggu luka sembuh dulu..

Selepas 2 minggu pi lagi kat HUSM.. sepatutnya hari ni kena warded dah.. tapi tak jadi buat lagi operation atas sebab-sebab tertentu..kena tunggu lagi 2 minggu..alamatnya hujung bulan ni baru operation masuk besi pulak..

Disebabkan delay untuk buat operation tu la yang menyebabkan aku tak boleh lagi jumpa anak aku.. doakan aku kuat ye.. aku rindu anak aku.. aku tak mampu jaga kedua2nya serentak.. suami aku kena pergi klinik setiap selang 2 hari.. jadi aku tak de sapa2 yang nak jaga anak aku kat kelantan ni.. 

Hampa tolong doakan urusan suami nak operate nanti berjalan dengan lancar ye..dan doakan jugak suami ku sihat dan sembuh seperti biasa.. terima kasih ye semua..

Okey lah, panjang pulak entry ni.. jumpa di next entry ye..

Papai.. tata titi tutu...

Yang baik tu datang dari Allah , yang buruk tu dari diri aku sendiri.. maaf ye hampa kalau ada yang tak berkenan di hati..

Semua ni pengalaman aku..

Ujian kita semua berbeza beza.. tapi aku yakin Allah takkan saja-saja nak bagi ujian kat kita kalau kita tak mampu nak pikul.. sebab Allah tahu kita mampu.. 

Semua yang berlaku ada hikmahnya..

Tapi hampa nak tau tak..

Yang lawaknya suami aku ni.. dalam dok sakit-sakit excident dia boleh dok teringat nak beli motor baru lagi.. hahaha.. 

Tak palah, dah minat dia.. jangan minat pompuan lain sudah..

Dah sambung mengarut  lagi dah..

Okey bye hampa.. jumpa next entry tau..

Assalamualaikum...


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Saturday, 13 April 2024

Edisi Tawar menawar

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hari ni saja la nak sembang-sembang santai sikit...

Kalau hampa nak tau, dulu-dulu kalau aku beli sesuatu dlm kuantiti yg bnyak, aku akan minta kurang..atau tawar menawar la kan..

Jadi pernah suatu hari sewaktu suamiku membeli barangan, aku bertanyakan suamiku sudah mintak kurang (discount) ke belum..

Suamiku ni jenis dia tak suka mintak kurang.. kalau orang bagi harga tu.. harga tu la dia bayar tanpa tawar menawar.. 

Sebab dia kata dlm rezeki kita ada rezeki org lain.. orang tu pon cari nafkah kat anak bini dia..kesian lah kat dia kalau kita mintak kurang..

 lagipun kalau kita mintak kurang, orang lain (peniaga/kontraktor/wiremen/tukang paip/tukang baiki/tukang elektrik & apa jua pekerjaan freelancer lain) akan bagi kita discount yang kita nak.. atas dasar empati kt kita.. tapi nanti mereka terpaksa guna untung mereka untuk cover modal mereka.. atau mereka guna bahan ala kadar untuk penuhi citarasa kita.. kasihanlah mereka.. dan boleh jadi kita dapat barang pon tak berapa elok (ala kadar).. Lepas tu,kita pon xpuas hati dgn brg akhir yg kita terima..

Jadi, nak bagitau kat sini.. tak perlu lah kita menormalisasi tawar menawar tu.. 

kalau tempat A kita rasa mahal, kita pergi ke tempat B dan seterusnya.. tak perlu kita membanding dan mintak org itu ikut kehendak kita ..

Perlu ingat.. kalau kedai A boleh jual murah berkemungkinan dia beli barang secara pukal (modal banyak).. kalau kedai B jual mahal, berkemungkinan dia dapatkan barangan dgn modal yg mahal atau kuantiti yang sedikit(modal sedikit).. jadi tak perlu banding.. 

Kenapa saya beli kedai A boleh bg harga mcm ni ..kedai encik tak boleh dpt harga macam ni .. jadi bila peniaga dgr.. peniaga akan cakap.. ok2 cincai la.. angkat2..

 sebenarnya.. mereka cuma mampu untuk berharap selepas tu akan ada customer lain yang beli utk tampung modal mereka..kesiankan.. mereka pon ada anak bini untuk bagi makan.. ada pekerja yang perlu digajikan.. ada haiwan yang perlu dijaga...

Jadi kalau kita dapat harga sekian-sekian... Bayar sajalah sbb kita guna servis dan barang yang sama..

Sekarangkan aku tgk, asal kedai tu atau peniaga tu tak de sistem perniagaan je.. kau nak mintak kurang itu ini.. cuba kau pergi mcd, texas, mall besar2, butik.. kau mintak tawar menawar x?? Xpon kan.. kenapa?? Sbb kau sedar mereka tu pekerja bukan owner.. 

mcm tu jugak peniaga jalanan atau freelancer ni.. mereka pon sebenarnya pekerja (walaupun mereka owner) sbb mungkin mereka tak mampu menggaji pekerja.. jadi jangan lah kita budayakan tawar menawar ni.. kasihanilah mereka . Mereka pon ada mulut utk disuapkan .. modal untuk dikembangkan..

Setuju sangat bila page ni cakap.. kalau mahu murah, jangan mintak kualiti... Kalau mahu kualiti, jangan mintak murah..

Ingat barang asas ni murah2 ke zaman sekarang??..

 so, apa2 letak diri kita dlm diri orang lain.. 

tak rugi pon kalau kita tak kedekut..rezeki Allah dah tentukan setiap orang.. jadi tak perlu kedekut..

Ni jela nak bagitau.. harap-harap..posting ni dapat buka hati dan minda kita.. aku pon banyak belajar dari suami..

Setiap kali kita membeli, biasanya dengan mendoakan orang lain..

Ya Allah, murahkanlah rezeki mereka dan permudahkanlah rezeki utkku sekeluarga.. aamiin..

Prinsip dia mudah saja.. kenapa kita ditakdirkan untuk beli dengan orang tu (dengan harga tu) bukan dengan orang lain??? Sebab Allah dah tentukan haritu rezeki orang itu.. bukan rezeki orang lain.. jadi Allah gerakkan hati kita untuk beli dengan orang tu..

Perlu ingat ye, Allah adalah pemilik hati kita .. Allah boleh bolak balikkan hati kita dalam masa sesaat saja.. begitu jugak rezeki.. Allah boleh tarik rezeki dan kekayaan yang kita ada dalam masa sesaat saja andai Allah mahu..

Jadi jangan pernah sombong, bongkak dan kedekut..

Duit banyak-banyak pon bukan boleh bawa ke kubur.. nanti lepas kita meninggal anak-anak akan cakap pasal harta kita jugak ..

Sebab tu Alim Ulama kata.. tinggalkan dan wariskan ilmu bukan harta..

Ilmu boleh dapat pahala..
Harta boleh dapat dosa..

Okey, terlalu panjang pulak post ni..

Semoga bermanfaat untuk semua ye..

Jumpa lagi di next entry..

Terima kasih sudi berblogwalking kat sini.. 

🥰🥰🥰

Monday, 11 March 2024

Ramadhan tiba.. 🥰🥰

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ahlan ya ramadhan...




Semoga di bulan penuh berkah ini, segala amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT.

Ada 3 doa yang diamalkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib (كرم الله وجهه) menjelang Ramadan :

Ya Allah, berikanlah kepadaku kesihatan dalam tubuh badan ini daripada sebarang penyakit. Aameen.

Ya Allah, berikan kepadaku kelapangan daripada kesibukan. Aameen.

Ya Allah, berikanlah bagiku cukup dengan sedikitnya tidur. Aameen.

Ramadan adalah waktu untuk bersyukur atas semua karunia yang Allah SWT berikan kepada kita.

Belajar untuk memohon maaf atas segala kesilapan diri dari orang lain dan belajar jugak untuk maafkan kesalahan orang lain terhadap kita ...

Untuk dewasa perlukan pengorbanan dan kematangan.. belajar lah untuk jadi lebih dewasa .. kerana kedewasaanlah yang membuatkan kita mampu untuk menghadapi segala ujian dan cabaran..

Belajarlah buat sesuatu untuk mengejar pahala dan syurga Allah.. buat meraih perhatian dan pandangan dari manusia..

Kita yang menentukan siapa diri kita... Kalau kita tak berubah siapa lagi akan bantu diri kita..

Jadi, ambillah peluang dan kesempatan bulan ramadhan yg bakal tiba dalam tempoh 24 jam lagi ni untuk kita baiki diri dan jadi lebih baik.. 

3 golongan yg didoakan celaka oleh Malaikat Jibril A.S dan diaminkan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w iaitu....


Semoga kita masuk dalam bulan ramadhan untuk mencari keimanan dan keluar dari bulan ramadhan dengan penuh penghayatan dan keinsafan.. aamiin ya rabbal ala min..

Semoga bukan kita lah yg menjadi antara orang yang celaka itu.. mintak dijauhkan oleh Allah s.w.t..

Semoga bulan penuh berkah ini membawa kebahagiaan, keselamatan, dan kemakmuran bagi kita semua.



Selamat berpuasa dan selamat menunaikan ibadah.

Terima kasih semua kerana sudi blogwalking kat sini..

Semoga Allah menerima semua amal kita dan menganjarkan pahala kepada kita.. aamiin..

Jumpa lagi di next entry..

Papai..

Love u olllzzz..


Sunday, 10 March 2024

Tudung Bawal Kristal Terbaik 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hari ni aku nak tunjuk kat hampa tudung bawal yang cantik gilaaaaa... 

Tudung Bawal 99% Copy "S" Crystal Jenama Austria ORI VENUS Kristal SOPHIA DELUXE QUEEN Tudung Premium Cotton Voile 45inch...






asalnya aku nak cari tudung yang sesuai untuk pakai time raya nanti.. 

cari punya cari...

aku jumpa tudung bawal ni.. actually aku dah beli banyak kali dah dari seller yang sama..

sangat recommended..

batu tak mudah tanggal ( janji basuh dengan betul.. jangan masuk mesin basuh pulak.. kena basuh manja-manja ja)..

berkilau-kilauan,..memang sangat puas hati..

Tudung Full Keliling Diamond Manik Tabur [ Premium Datin Mutiara ] 







Premium Bawal Penuh Keliling Batu 






  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~


VENUS ORI Hot Design SOPHIA CLASSY PERMATA 



Tudung Full Keliling Diamond Manik Tabur [ Premium Datin ZAMIRA ]





Tudung Full Keliling Diamond Manik Tabur [ Premium Datin HAYATI ]



Crystal VENUS ORI SOPHIA CLASSY 3V 



SOPHIA CLASSY IV 




Bawal Kristal SOPHIA tabur bawal cotton voile 




VENUS ORI Penuh Tabur Bawal Cotton Voile SOPHIA BUNGA KENANGAN 



SOPHIA DELUXE ALLAMANDA



Sophia CLASSY TERATAI




LUXURIOUS TAPAK DARA




SOPHIA DELUXE GALAXY




 Crystal ORI VENUS Kristal SOPHIA DELUXE AMBATIK 


kalau ada yang berminat tapi tak boleh tekan link kat atas tu.. boleh whatsapp ye.. https://www.wasap.my/60125705495 .. code : tudung bawal kristal.. whatsapp only ye.. tak boleh call..

terima kasih ye kerana sudi berblogwalking kat sini..

semoga Allah memurahkan rezeki kita semua dan memasukkan kita semua ke dalam syurgaNya.. aamiin ya rabbal ala min..

papai semua..

jumpa lagi next entry ye..

Hotel dan spa kucing terbaik di kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

kali ni aku nak kongsi kan pengalaman bawak kucing ke spa kucing..

aku bawak kucing aku ke satu spa kucing kat area kota bharu.. 

nama spa kucing tu, De Luna Cat Hotel & Spa (facebook) dan yang ni pulak tiktok depa , De Luna Cat Hotel & Spa ..

aku sangat puas hati dengan servis yang depa buat.. memang terbaik.. harga pon sangat berpatutan.. golongan marhain pon boleh cuba try bagi kucing hampa menginap kat sini..













kat sini, bilik depa bagi kat kucing kita tu siap ada aircond lagi.. lepas tu, air yang depa bagi kat kucing kita air yang dah filter.. memang terbaik..




tempat kucing pon bersih ja.. owner depa sangat baik dan lemah lembut ja orang nya.. 

terima kasih puan jaga kucing saya dengan baik.. sangat puas hati..

dah la siap tak caj lagi ubat yang diberikan masa sesi grooming kucing aku..

semoga Allah murahkan lagi rezeki owner dan kedai spa nya.. aamiin ya rabbal ala min..

bawah ni gambar kucing aku.. owner yang bagi gambar.. 




ni yang aku ambik pakej vip

comey pulak gambar ni


serius wey, bersih gila kucing aku.. wangi kot bila peluk.. 

serius recommended.... hampa memang kena try .. servis kat sini memang superb...

okey, setakat ni dulu entry kali ni.. 

jumpa lagi ye next entry..

papai semua..

tq sudi blogwalking kat sini.. 

sayang semua...


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~