Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ini saya terasa tertarik untuk
membincangkan mengenai persahabatan...
“ Aku
lebih gemar bersendirian dan bagi aku, bersendiri tu adalah satu kebebasan. Tak
banyak buat dosa.”
Luahan kata-kata daripada seorang gadis yang
pendiam yang ku kenali..
Mungkin kata-kata ini membuatkan kita
menganggap si dia sebagai seorang yang sombong atau mungkin seorang yang ulat
buku atau mungkin seseorang yang tak pandai berkomunikasi dalam sesebuah
masyarakat...mereka juga merupakan golongan
yang sukar menolak perlawaan orang lain dan lebih senang menerima
perlawaan tersebut..pendek kata, golongan ini senang didiskriminasi oleh
golongan tertentu..
Saya percaya ‘ MENYENDIRI’ ini agak penting
kerana kita dapat mengelakkan diri kita daripada perkara-perkara yang akan
menjurus kita ke arah kerosakan dan kejahatan. Jadi, kita perlu tahu waktu bila
kita nak bersama kawan...waktu bila kita nak bersendirian... kita juga dapat
memuhasabah diri dikala kita bersendirian.
Tidak pula saya menyokong 100% konsep
menyendiri ini...
Mengapa
saya katakan begini???
Sedar atau tidak... apabila kita sering
bersama dalam satu kumpulan, kita akan lebih cenderung untuk membuat fitnah ke
atas orang lain. Hal ini akan membuatkan jiwa kita mati dari mengingati Allah..
Tetapi ada sebahagiannya yang bertindak dalam
satu kumpulan..memiliki perwatakan yang unggul dan berintegrasi...
Semuanya bergantung kepada pemilihan kawan @
sahabat @ rakan @ teman @ member yang dapat membawa kepada kebaikan.. hal ini
kerana individu lain yang mendampingi kita akan menjadi cermin kepada diri
kita...
Maksudnye????
Pengaruh rakan sebaya ini besar pengaruhnye
dalam diri seseorang.. sebagai contoh, apabila kawan kita ingin mengikuti
sesuatu majlis agama..sudah tentu dia akan mengajak kita...hal ini secara tidak
langsung akan mempengaruhi pemikiran dan sikap kita...begitulah sebaliknya..
Apa bezanya kawan, teman, rakan, member dan
sahabat ni???
Kawan - orang yang bersama-sama melakukan sesuatu
kegiatan @ pekerjaan yang sama dalam satu organisasi.. ( dalam pergaulan
seharian)..mengenali tetapi tidak begitu rapat @ tidak mengenali kita secara
detail.. kebiasaannya bukanlah golongan yang sesuai untuk kita ceritakan rahsia
mengenai diri kita.
Teman – orang yang bersama-sama melakukan
sesuatu kegiatan dalam kehidupan seharian sehingga ke akhir hayat.. atau lebih
tepat kawan akrab.. TERHAD kepada seorang sahaja...golongan ini biasanya
menjadi pelengkap hidup individu lain..boleh jadi golongan ini merupakan suami
sendiri... atau mungkin kawan lelaki (bagi lelaki yg bujang)... kawan perempuan
( bagi wanita yg bujang)..golongan ini kebiasaannya diberikan kepercayaan penuh
terhadap sesuatu rahsia..mereka sering berkongsi suka dan duka..dan menjadi
tempat luahan hati individu lain..kebiasaannya mereka tinggal bersama dibawah
satu bumbung @ mungkin rumah bersebelahan..sentiasa menerima kelebihan dan
kekurangan individu lain..
Rakan – kawan dalam sesebuah perkongsian
(persatuan, jabatan @ organisasi dll)..golongan ini kita hanya mengenali mereka
dari segi rupa paras..bentuk badan.. cara pertuturan..maksudnya kita hanya
menyedari kehadiran golongan ini....tidak begitu mengenali golongan ini malah
ada sebahagiannya kita tidak tahu nama dan alamat mereka..
Member – golongan@ ahli @ pengikut yang
menganggotai sesebuah kumpulan @ persatuan.. perkataan member ini dikutip
daripada istilah bahasa inggeris yang berperanan sama seperti kawan..maksudnya..kita
mengenali mereka tetapi bukan secara detail...
Sahabat -
golongan yang bersama-sama melakukan setiap aktiviti ke arah kebaikan
dan mengajak meninggalkan keburukan... peranan nya sama seperti teman.. tetapi
tidak terhad kepada seorang..boleh jadi 2 orang @ 3 orang @ lebih..mengikut
kepercayaan kita kepada mereka..Cuma mereka tidak tinggal sebumbung atau
tinggal berdekatan.. tapi cukup dihubungkan melalui teknologi moden dan sering
bertemu dan bersama..
Jadi ... yang mana yang patot kita percayai???
Jawapannya ialah ‘ sahabat ‘ dan ’ teman
‘......
Ciri-ciri SAHABAT @ TEMAN ini ialah.....
·
Sentiasa mengajak ke arah kebaikan
·
Mampu menasihatkan kita
·
Bersama tak kira waktu susah atau
senang
·
menziarahi sahabatnya sama ada
diwaktu sahabatnya sakit atau tidak
·
mengecapi kejayaan dan kebahagiaan
bersama-sama
·
saling bantu-membantu
·
boleh dipercayai
·
sentiasa menerima kelebihan dan
kekurangan seseorang lain
·
membantu membaiki kekurangan orang
lain dengan hikmah..
·
sentiasa bertoleransi
·
saling sayang-menyayangi...
·
segera memohon kemaafan antara
satu sama lain juga tercetus perselisihan faham
·
tidak menganggap sesuatu masalah
itu sbg serius..
·
mampu berfikir secara rasional
·
tidak menyebarkan keaiban dan
rahsia individu lain
Akhir kalam.... TWO IS BETTER THAN ONE...
No comments:
Post a Comment