Monday, 23 November 2015

Menjadi Heroin untuk mu

Alhamdulillah selesai sudah majlis makan malam rejimental (MMR) ..
Hai.. Assalamualaikum semua...
Apa khabar semua?  Lama tak berceloteh kat sini,,
Sya nak ceritakan tentang hari yang paling bermakna dalam hidup saya iaitu hari  saya ditauliahkan...
Dah lama nak update entry ni,, tapi sengaja tunggu habis MMR dulu.. alhamdulillah. . Selesai 3 tahun dalam palapes.. segala penat lelah teranugerah kini,,. Amiin,,, amiin ya rabbi..
Selama 2 minggu di upm bermula pada 1.8.2015 - 15.8.2015..
rutin harian :
Pagi : joging, solat, makan, kawad
Petang : pt , rehat, solat, kiwi kasut
Malam : solat, rehearsal pentauliahan,  rollcal
Selama dua minggu ini lah yang kami lakukan.. ada juga aktiviti lain yang dilakukan..
Cuma rasa down masa  kawad ja la.. terutama bila kita terlalu penat kawad, then jurulatih mintak buat sekali lagi.. kadang2 membawa sampai ke petang.. memang letih dan rasa macam nak marah orang ja.. memang rasa down sgt2...
Kadang2 bila pikir balik,. Sabar ja la.. ada lagi beberapa hari ja lagi ni..
alhamdulillah. ..
《 Malam Akrab  》
Memang The Best la,,  kami enjoy la jugak walaupun semi-formal sbb ada jemputan vip jugak.. tapi alhamdulillah la semua yg hadir sporting sangat.. mmg meriah,, apa2 pom , USM menang nom 2 untuk pertandingan karaoke antara universiti.  :)
Malam akrab ni buat selepas seminggu pertama berada kat UPM.. alhamdulillah segala nya berjalan dengan lancar. .
Hari demi hari berlalu.. sampai lah ...
2 hari sebelum hari kejadian..
Kami kawad pagi , tengah hari dan petang..
Memang masa ni moral down gila... dah makan tapi still rasa letih sangat 2..
Tak pa2 kuatkan semangat..
Petang tu lepas abis kawad,  diberi kata2 semangat oleh beberapa orang jurulatih. .
Alhamdulillah rasa semangat balik..
1 hari sebelum hari kejadian. .
Kami still kena berlatih kawad lagi.. memang rasa sedih sgt..
Tapi untuk hari sebenar jadi terbaik, kami buat sehabis baik..
Mak , tunang , abg pali dgn kak ila pakat bagitau kata mereka nak datang esok..
Alhamdulillah. . Rasa lega sangat.. rasa bahagia.. tak sabar nak rasa hari esok. .
Bagilah segala clue untuk datang upm.. banyak jugak pintu kat upm ni.. sampai tak tau nak bagi clue.. susah jugak.. ermm.. tapi memang besarlah upm ni,, apa2 pon tima kasih dekat warga upm sebab sudi jadi tuan rumah tahun ni..
hari demi hari sampai la hari kejadian. .
Memang malam tu letih sangat tapi susah nak tidur...
Asyik pikir hari tu ja,..
Semasa hari kejadian..,
Bangun seawal yang boleh.. mandi.. tanda buku senjata.. makan.. solat .. bersiap.. ambil senjata terus pergi padang.. terus pergi ke padang kawad.. seingat saya , masa tu pukul 6.30 dah siap semua.. ada lah bawak handfon letak dalam beg,, dalam pukul 7 macam tu mak kata , mak , en.tunang , kak ila dan abang jan dah sampai. . Allahu robbi menitis air mata dengan pengorbanan yang tak terhingga tu.. mak sanggup datang dari kedah.. abang pali sanggup datang dari johor.. kata mak, depa keluar selepas subuh lagi.. terharu sgt. .
Ingatkan mak paling awal.. rupanya ada orang lain yang lagi awal.. sebab mak kata pak guard tak bagi parking kereta kat dalam sebab dah penuh..
Kesian kat mak dan semua yang datang sebab upm sediakan bas ja.. padahal barang banyak nak bawak kata mak.. 
Masa kawad tu serious tak nampak mak pom kat padang kawad.. orang ramai sangat sampai tak cam langsung muka mak, kak2, abg2 dengan en.tunang.
Dah habis kawad tu, kami berlari ke tempat persalinan. . Jauh jugak la,, dok pikir macam mana la mak dan lain2 nak jalan.. jauh jugak ni..
Alhamdulillah. . Nasib la mereka tidak kisah langsung. . Panas2 mereka redah.. berpeluh2.. dalam keadaan penat sanggup berjalan jauh.. bawak anak kecik lagi.,
Allahu robbi. . Harap2 Allah bagi balasan baik yang setimpalnya dengan segala usaha dengan tenaga mereka., amiin..
Masa masuk dewan tauliah dapat mesej dari kak ila, katanya mereka dah berada dalam khemah. . Mak seorang saja yang masuk dalam dewan sebagai wakil..
Alhamdulillah. . Bagus la tu..lega mendengar nya.. ,
Aku tak pernah menerima anugerah dalam keadaan yg terlalu formal dan beristiadat ni.. sebab tulah aku rasa majlis ni sangat penting bagi aku.. alhamdulillah. . Aku dah selesai segala nya..
Selepas habis majlis pentauliahan,  kami dah boleh jumpa parents masing2. .
Alhamdulillah. . Lega,.. dapat lihat wajah Kesayangan hamba, mak, en.tunang, kak2 dan abg2 saya.. Alhamdulillah. . Syukur sangat. .
En. Tunang menghampiri saya yang menuruni tangga. . Mula2 tak perasan.. pulun la saya call dia.. tanya kat mana,. tengok2 depan mata.. dia hulurkan bunga kat saya.. tengok si dia mengelap keringat nya,,  sambil ucap tahniah.. tergamam sat..dalam hati cakap, ' Allahu robbi susah payah dia bawak mak jauh2 macam ni semata2 untuk aku '.. baru la ucap terima kasih, . Hahaha.. lepas tu cepat2 larikan diri.. dok tanya dia mana mak dan yang lain., sebenarnya malu sangat masa tu.. rasa teruja dan terharu., bukan boleh layan perasaan time tu nanti nangis., hehehee..
Jumpa mak , kak2 dan abang2 ku yang lain,. Rasa bahagia sangat sebab semua pakat datang. .
Sebelum ni ada jugak berseloroh dengan mereka., cakap , " siti tauliah nanty semua wajib mai na, bawak bunga ros sekali.. hehehe,, " ..
Lepas tu kak ila cakap, " bawak bunga taik ayam boleh tak?"
Lepas tu kak yani cakap , " bawak bunga raya, bunga kebangsaan"..
Saya cakap la, " mana boleh nak bunga ros gak.. hahahha " ( demands sangat2 adik korang ni kan,, hahhaaha).,
Yang tu dok sembang2 dalam group whatsapp ' ROBIAH'S FAMILY' ja pon,, hehehe.,
Alhamdulillah mereka tak pernah menghampakan harapan adik comel mereka ni.. sayang abang2 dan kakak2 kitew,. Emmm,, muah.. setempek kat muka sengsorang,, hehheeh..
Yang paling best, siap masing2 bawak bunga ros tu yang tak tahan tu., alhamdulillah. . Allahu.. semoga Allah memurahkan dan gandakan lagi rezeki semua yang mereka kongsikan dengan ku.. aamiin,,
Sebenarnya hari tu dalam whatsapp tu saja ja melawak,. Tak sangka mereka buat betul.. Allahu robbi.,, terima kasih ya Allah. .
Tapi bila dah abis majlis dan beberapa hari tengok bunga ros tu makin melayu rasa menyesal la pulak. , dalam hati, ' ya Allah,  membazir nya aku mintak bunga ros berlungguk2.. dah la lepas layu aku buang ja.. ya rabb.. '...
maaflah mak, en.tunang,  kakak2 dan abang2 ku kerana memaksa kalian membelikan bunga,, kalau beli hadiah barang pon saya boleh guna dan simpan buat kenangan,. Kesian semua terpaksa keluar kan duit yang banyak.. tapi kak ila bagi selendang. . Alhamdulillah saya suka sangat selendang tu,, lepas ni untuk konvo taun depan, tak lah orang bagi bunga hidup., kalau nak bagi bunga tak hidup supaya bleh simpan lama,. Barulah jadi kenangan..
Tapi apa2 pon.. hari tu memang hari yang penuh makna,, dapat ambil watikah dengan sultan Selangor. . Best sangat.. bukan senang ya Allah,, mungkin inilah kali pertama dan kali terakhir terima anugerah dari pada sultan. . Kalau lain kali kalau terima lagi, tu mungkin rezeki pangkat datuk la kot, hehhehe,,, :p
Setelah selesai bergambar kecil dan besar.. sesi bergambar keluarga pulak.. walaupun masing2 keletihan dengan makanan tak cukup kat area dewan upm tu,. Serius cakap kecian kat orang2 yang datang lewat, makanan banyak yang dah habis.. event besar kot.. yang banyak nya Booth kedai bunga ja.. ingat orang nak makan bunga ja ka.. ada satu kedai tu jual dadih ja dengan ais batu kosong. . Orang pakat rumun la.. tak sampai sejam dah habis dah,, nasib en.tunang sempat beli 2 bekas,. Kalau tak kesian dia tak sempat makan apa2... event besaq macam ni mana boleh buat ikut booth universiti. .. bila buat macam tu ada ibubapa yang tak tahu tentang satu2 booth tu pakai main redah je dan amik makanan orang lain.. kesian yang tak dapat.. mak pergi tanya, nasi dan lauk dah habis,, cuba bayangkan datang jauh2 tapi tak dapat makan..
Kalau lah booth utk makanan bnyak tak kisah lah kalau kena bayar sekali pon, agak2 orang melapar tak?
Allahu rabbi,, lain kali kalau nak buat event besar2 nak bawak nama universiti. . Biarlah lengkap sikit at least bahagian kebajikan dan makanan.. tu ja,, buat macam pesta konvo pon tak pa dah.. ni buat macam nak tak nak ja pon.. ( tengok dah start membebel dah ).. walaupun keadaan mcm tu  tapi family saya tetap menunjukkan semangat nak sambut hari penting saya.. terima kasih sangat2 .. sayang semua. .
Abang pali dan abang jan terpaksa keluar dari kawasan dewan dan naik bas untuk ke tapak tempat letak kereta kat luar kawasan dewan.. kesian ya robbi., jauh plak tu,. En.tunang sampai berpeluh2. . Pergi sana ,, pergi sini.. malas nak komen bab ni.. sebab faham time tu ramai orang jadi susah sikit nak uruskan hal parking,, tak boleh nak bayangkan kalau konvo kat upm tak kan macam ni jugak keadaan dia.. seriusly kesian kat pakcik2 yang dah tua , kena jalan jauh untuk ke dewan.. 
Balik daripada upm tu, pergi cari kereta mainan utk alisya.. lepas tu, abang pali dan kak yanie terus balik ke johor.. kami stay kat rumah kak ila., hilangkan penat..  memang penat sehariankan..
Malam tu nak kuar makan ramai2,, boleh pulak saya dengan en.tunang sesat.. last2 makan berdua je la jawabnya,, hahaha,,
Balik rumah kak ila, bukak facebook, tengok2 abang pali ada bagi ucapan istimewa. . Hehhehe. . Terharu sangat,, terima kasih abang pali.. jasamu dikenang,, :)
Apa2 hari tu memang hari yang sangat bermakna bagi saya..
Itulah hari saya nak tunjuk kat mak yang saya mampu jadi heroin untuk mak..
Allahu robbi cabaran memang sangat tinggi dalam palapes terutamanya saat2 akhir nak menamatkan perkhidmatan dalam palapes batch 34 tu..memang ya Allah mencabar sangat,,, memang pernah rasa nak drop.. tapi pikirkan wajah mak yang tersenyum saat saya ditauliahkan. . saya gagahkan jugak diri untuk membuat mak tersenyum. . Dalam hati bermonolog dulu, " Mak dah bersusah payah lahirkan dan besar kan aku,. Apa salahnya kalau aku tunaikan apa yang mak nak.. " .. jadi bertahanlah saya,..
Alhamdulillah , saya mampu melakukan nya sampai akhir,,. Alhamdulillah. . Rasa syukur sangat,, terima kasih ya Allah. .
#maaf terpaksa baca entry yang panjang berjela ni,. Dah lama peram entry ni,, semata2 nak bagi habis MMR. . Hehehe..
Terima kasih kepada semua yang menolong di sebalik kejayaan ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.. jasamu dikenang ye..  terutama nya kepada semua jurulatih,  pegawai2 atasan dalam palapes, sahabat seperjuangan yang sering memberi kan kata semangat yang tak pernah putus, dan semuanya rakan2 media sosial yang mengucapkan tahniah kepada saya beberapa bulan lalu.. terima kasih ye,. Allah saja yang dapat balas jasa kalian.. maaf kan saya atas semua kesilapan dan kesalahan saya sama ada terangan atau tidak saya sedari. . Dan halalkanlah makan minum saya andai terambil dan termakan ye,, sayang sayang semua..
Yeahhhhh! !!!
Lepas ni dah boleh print out gambar2 dari junior sampai la senior.. :)
Tak sabarkan nak bukukan gambar2 tu,. Untuk tontonan anak2 dan cucu cicit,, hehehhe,, :p
Okeylah, setakat ini dulu ye..
Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca. , sayang semua pengunjung blog saya.. :)
Jemput singgah lagi ye lalink2 ku,,
Maassalamah,, :)

nah, layan gambaq dulu nah.. 





















No comments: