Posts

Showing posts from August, 2021

Pengalaman bersalin anak pertama musim covid19 (PKP)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hai semua.. sementara masih lagi segar diingatan bab memori bersalin aku ni.. aku nak rakamkan kat sini ja... boleh jugak anak-anak aku baca nanti kalau aku dah tak dak.. tentang pengorbanan aku yang tak seberapa ni yang penuh dengan rasa kasih dan sayang terhadap anak dan suamiku.  Masa aku menaip entry ni, alhamdulillah aku dah 18 hari berpantang.. haish.. rasa macam lama sangat kan time berpantang macam ni.. tapi bila tengok orang lain berpantang rasa macam wah... sekejapnya diorang berpantang padahal sama je kan 44 hari jugak.. ni adat je actually.. tapi my mother in law cakap even kita ni bersalin normal ke czer ke still kena pantang jugak .. 44 hari pantang pergerakan dan pemakanan.. 100 hari pantang dengan suami.. bukan apa, orang tua-tua nak kita betul-betul sembuh dalaman baru boleh melasak.. kadang kita tak tahu, kita rasa kita dah sihat.. padahal tak sebenarnya.. kita kena lebih berhati-hati tambah-tambah masa baru-baru lepas bersali...

Pengalaman Mengandung ( time pkp ) Part 7

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hai semua.. okay, hari ni aku nak sambung cerita pengalaman aku mengandung time2 pkp dan time covid19 sedang mengganas ni..  seperti kebiasaan nya , bila mengandung memang akan ada satu sesi dapat minuman free.. hahahaha.. untungkan kami yang mengandung ni kkm sayang.. hahaha.. macam biasa aku pon tak terkecuali minum air yang tersedap dan ditakuti oleh semua para ibu yang hamil.. hahaha.. setiap kali nak kena minum mesti rasa berdebar je nak tahu result..  bila korang dapat temu janji untuk minum air  gula ni.. benda pertama kena buat... please korang kena jaga makan minum dalam tempoh seminggu sebelum korang start kena minum air gula.. yang ni memang aku buat untuk kali pertama minum air gula hari tu.. memang aku jaga sangat pemakanan.. no sugar, no junk food.. air tin bergas ke gula-gula ke jajan ke fast food ke... memang aku tak makan langsung seminggu sebelum pergi minum air gula tu.. benda yang kedua... korang kena puasa malam s...

Pengalaman Mengandung ( time pkp ) Part 6

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera..  kali ini aku nak sambung cerita lagi pasal pengalaman aku mengandung musim-musim covid ni. bila dah start masuk trimester 3 ni, aku dapat rasakan anak aku mula bergerak lebih aktif daripada biasa.. kira macam kalau kita berbaring kan... nampak la baby bergerak-gerak dalam rahim.. Allahu robbi.. memang pengalaman yang paling indah bagi setiap wanita yang bergelar ibu kan.. boleh la nampak baby tendang sana sini.. best sangat-sangat..  jadi, start dari trimester 3 ni aku pon dah kena buat 'homework' sikit nurse kata.. hahaha.. masa ni dah start kena kira dah berapa kali baby bergerak.. nanti aku ceritakan bab cara nak kira gerakan baby dalam rahim ni dalam entry lain ye.. cara-cara pengiraan tendangan baby .. masa permulaan nak kira tu tak pandai sangat nak kira baby kick.. lama-lama dah boleh dah la kira dengan baik.. alhamdulillah.. baby pon okey.. masa awal-awal trimester 3 , baby gerak aktif sangat-sangat sampai senak perut-perut.. tapi...

Cara kira pergerakan baby dalam kandungan

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hai semua.. kali ni aku nak terangkan macam mana kita nak kira pergerakan baby dalam kandungan. Aku share apa yang aku buat je la ye.. orang lain mungkin cara nya lain.. jangan la judge ye.. Nurse kat tempat aku bagitau kalau nak buat pengiraan ni, mesti lah rasa baby dok tendang.. bukan nya baby hanya bergerak kita dah kira.. salah tu.. kalau baby tak gerak sebanyak 10  kali dalam 12 jam dari pukul 9 pagi sampai 9 malam atau baby kurang gerak dalam tempoh tu.. kena cepat-cepat ke hospital untuk check baby.  sebabnya kadang-kadang kita tak tahu apa jadi kat baby.. mungkin tali pusat terbelit atau jantung baby lemah.. ramai yang ambil mudah bab ni.. tup-tup baby dah tak de dalam rahim. " Janin memerlukan rehat seperti tidur selama 20 minit dalam masa dua jam. Jadi, jika dia kurang bergerak, mungkin dia sedang berehat. Anda boleh mengira sendiri kestabilan pergerakan janin. Dalam masa 12 jam, anda perlu mengira pergerakan sebanyak 10 k...

Pengalaman Mengandung ( time pkp ) Part 5

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hai.. hari ni aku nak kongsikan mengenai pengalaman kehamilan aku semasa pertengahan trimester ke 2.. Alhamdulillah setelah aku paksa makan nasi dan sebagainya.. berat masa 5 bulan ni dah naik sedikit dalam 0.5kg walaupun tak banyak progress nya tapi aku tetap bersyukur sebab aku dah mampu naik ke berat 60kg.. alhamdulillah.. kalau tak asyik dok 58kg dengan 59kg ja... memang risau sangat kalau berat tak naik.. takut jadi isu pula. masa trimester 1 hingga trimester 2.. aku makan ubat obimin.. bagi aku, ubat tu agak serasi dengan aku.. cuma hujung trimester 2 je aku start tukar ubat lain.. nanti aku cerita ye..   Alhamdulillah sepanjang mengandung untuk trimester 1 sampai trimester 2 tak dak masalah sangat. GDM pon tak de.. alhamdulillah.. bukan apa kalau ada gdm.. memang kena pergi klinik 2 minggu sekali..kalau ok bsp mungkin pergi sebulan sekali macam tu.. tapi mujur lah tak de. lega rasanya.. Untuk bab GDM nampaknya masalah dah sett...

Ilmu maternity 1 (senaman antenatal)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Kali ni aku nak berkongsi beberapa tips yang aku dapat daripada beberapa channel youtube.. Disini aku gabungkan semua tips didalam satu entry ni ye..  Senaman antenatal tq google senaman antenatal ini boleh dilakukan ketika kandungan melebihi 4 bulan ke atas.. boleh buat senaman 2 3 kali sehari atau jika tidak larat, boleh buat seminggu 3 4 kali.. kalau masa buat senaman ada masalah sesak nafas, kebocoran cecair ketuban, pendarahan,  janin kurang gerak, kejang otot, sakit kepala , pening, muntah-muntah, dinasihatkan untuk berhenti dan berjumpa dengan doktor dengan segera.. senaman yang sesuai dilakukan adalah  - senaman warming up biasa.. (boleh tgk cara nya dalam website yg ni ) - senaman untuk regangkan otot paha untuk mudahkan bersalin.. (duduk bersila atas lantai, bawa kaki kedepan , pegang hujung jari kaki dan tarik ke dalam dan jatuh kan paha ke lantai, buat beberapa kali) - senaman untuk otot pelvik / senaman kegel untuk ...