Tuesday, 10 January 2012

...masak ooo masak....


Sekarang ana nak tunjukkan apa yang ana telah masak untuk beberapa hari lepas...sory la lmbat upload picture..hehehe..
tapi sebelum tu....
 ana nak minta maaf...gambar tak clear sikit... biasalah gambar yang tangkap dari handset kan....hehehe...

Picture 1
1 Jan 2012
~ tomyam ku sayang ~




Picture 2
2 Jan 2012
~ ayam den lapeh ~

...time perap ayam...


...ayam yang telah diperap dimasukkan ke dalam oven...




Picture 3
3 Jan 2012
~ sup ayam bizarre ~



Picture 4
4 Jan 2012
~ sayur goreng comei ~


Ana masak something yang simple dan easy to cook...huhuhu…
Orang baru belajar masak….
So...buat cara macam baru belajar la kan…
Erm…. Ana tak dapat nak teruskan aktiviti memasak ni sebab…. Ana pergi latihan memandu…
So,… payah sikit la nak habiskan modul dengan mak...hehehe…
Nasib baik la mak faham…
Mak kata...tak pa...kita belajar sikit-sikit dulu...hehehe,…
Abah kata ana dah boleh bukak kedai makan….hehehe…
Macam-macam je abah tu...nanti kalau ana bukak kedai makan kat bukit selambau…
Boleh bankrap orang yang dah lama meniaga bukak kedai makan kat situ...hehehe…
Harap-harap ilmu memasak ini akan ana ingat sampai dah meninggal pon…
Amin,...




Monday, 2 January 2012

~ Memasak!!!!!!!!! ~

seronok giler masak.....
mmg tak sangka ana boleh msak....
huhuhu...

tapi tak sempat nak uploud picture..t la upload yer..
.biar bnyak2 ckit makanan..baru la seronok nak upload...
ana cume nak cite perasaan ana je..

rasanya lepas ni kena selalu la masak...hehehe...
banyak ilmu yang dapat dari mak...
rasa macam rapat sgt dengan mak..
sebelum ni..tak la rapat sgt..
bukannya ada kat rumah sgt..
asyik dok hostel je...
tujuh tahun dok hostel boring jugak..
sekarang baru nak belajar masak..

dulu....
lepas SPM...

Ana tak belajar masak tapi pergi belajar menjahit…
Sempat jugak jahitkan dua pasang baju…
baju kurung dgn baju punjabi…
Baju kebaya tak sempat nak siapkan…
Bcoz...
Dah nak mula belajar utk STPM dah…
Sedih sgt…
Bila nak mula belajar balik…
Tok guru Ana sakit…

Cikgu...moga sembuh cepat ye… amin,… :)

So...skrg…
Tak leh la nak belajar menjahit…
Then...ganti dgn memasak!!!
Hehehee…
Nak tahu Ana masak pe???
Nantilah ana beritahu ye…
lepas dah upload  picture tu..hehehe..

Kawan2 nak tahu tak…
Ana rasa memasak ini dapat menghilangkan tension…
Dapat merapatkan hubungan dengan orang tersayang..
Dapat melatih kesabaran…
Dapat memberikan kepuasan kepada diri akan kebolehan sendiri…

Yang paling penting…
Memasak perlukan keikhlasan…
  • Bacalah doa-doa pilihan ketika masak seperti dibawah..

  1. Doa semasa masuk ke dapur..

"Ya Allah…
Berikanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan persiapkan petunjuk untuk kami dalam urusan kami…"


  1. Doa semasa membasuh beras..

"Segaja puji bagi Allah yang telah memberikan makan dan kebaikan sesudahnya…"

  1. Doa semasa mengacau lauk sama ada mengikut arah dari kanan ke kiri atau pusingan lapan

"Tidak ada apa yang dapat menyatakan hari itu melainkan Allah…"

  1. Doa ketika memotong sayur, buah atau ikan…

"Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir sahaja mereka tidak melaksanakan perintah itu.."

  1. Doa ketika menyenduk nasi atau lauk..

"Ya Allah...berkatilah bagi kami di dalamnya dan tambahkan kami dengannya…"

  • P/S: untuk menyedapkan makanan...selawat 3 kali dan istighfar 3 kali…

  1. Doa semasa melihat makanan sampai

"Ya Allah...berkatilah pada kami rezeki yang telah Engkau kurniakan kepada kami dan selamatkanlah kami dari azab api neraka…"


Amalkanlah doa-doa pilihan ini... insyaAllah...rezeki yang kita perolehi akan beroleh keberkatan...barulah terhindar dari sebarang penyakit...

Sunday, 1 January 2012

Alamak!!! BaJeT dAh LaRi...CaM Ne nI???

Ha..kawan-kawan mesti pernah alami situasi ni kan??
Bukan nak cakap la..sebagai seorang pelajar dan sekaligus sebagai seorang anak...sudah tentulah kita akan berasa terbeban dengan ketiadaan wang dalam poket ketika ingin berbelanja…

Pernahkah anda terjadi keadaan sebegini???
tibe-tibe je duit kita tak cukup ketika membeli sejumlah besar barangan di sesebuah kedai @ pasaraya,..
Bagi yang pernah alami seperti saya mungkin akan menganggap perkara ini perkara biasa…
Tapi awas bagi yang belum pernah mengalaminya!!
Malu kot che oiii…
Huhuhu…

Disebabkan saya pernah mengalaminya sendiri…
Jadi…
Saya nak kongsi sedikit macam mana kita nak elak perkara cam ni berlaku…

Tapi sebelum tu..
Saya nak cite sikit kalau kita berada dalam situasi di atas..hehehe...kita nak kena wat pe ek???

Okla…
First ly...korang wat tak tau je..bila duit tak dak...sentiasa mempamerkan senyuman sambil kate…"berapa ringgit ni kak???" walaupun dia dah beritahu..buat2 la tnya...bagi hilang gugup...huhuhu…
Lepas dia jawab...korang asingkan barang yang korang nak beli dengan barang yang tak nak kita beli...biar dia kira dulu barang tu…
Then...korang gitau je kat dia yang korang dah tak mau barang tu,..habis cite..
Hahaha..
Just kidding..

Erm..
Oklah..
Saya nak cite cam ne nak mulakan hari berbelanja anda,…

  • Bagi pelajar @ sape yang still bergantung dengan parents….

  1. Lepas dapat duit setiap hari bila pergi sekolah atau tolong mak ngan ayah korang...simpan 20% drp duit tu pada setiap hari...selebihnya bolehlah guna time kat sekolah atau nak wat benda pa-pa pon..
  1. Then… kira la duit dulu...bila dah bnyak...bru la merancang ye...
  1. Lepas dah simpan dan kira...tibe plak hari ada jualan murah...wah,,tunggu pe lagi...tapi wat list dulu...senaraikan brg yg paling penting dulu...kemudian barang yg kurang penting...last sekali..brg yg kita minat..(kalau ada duit lebih)...erm...pastikan senarai sekali dgn harga barg tersebut supaya bajet tak lari...kalau tak tahu harga...agak2 je la….

Kebiasaannya akan berlaku kos lepas dalam pembelian sesuatu brg..sbb kehendak manusia ni tak terhad..tapi..barang yg selalu terhad….jadi tak kisah la kalau terjadi kos lepas (brg kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan barang yang lebih baik)...sebab tulah pentingnya perancangan awal ni...
-P/S: kalau nak lebih teliti...pergi la survey harga kat semua kedai…

  1. Erm...lepas membuat senarai barang...barulah tengok balik...dengan duit yang kita ada...kalau terlebih...potong senarai bagi yang kurang penting...misalnya..pembelian barang bukan keperluan...utamakan barang mesti dahulu…

P/S: bagi yang menganggarkan jumlah harga pada senarai barang..bawalah duit lebih ketika ingin membeli-belah..bukan apa takut harga barang dah naik...jadi duit pon naik lah,,..hehehe...

  1. Lepas dah cukup duit dengan senarai barang yang dirancang..barulah boleh pergi shopping...boleh bayar dengan senang hati..tanpa ragu-ragu..

*PERINGATAN:
-kepada yang tidak berkemampuan @ tidak mempunyai wang….jangan risau...ambillah peluang melawat tempat membeli-belah...ape orang kata wat Window Shopping...tak pe..korang jangan rasa rendah diri..time ni la korang boleh survey harga dan barang-barang berjenama..bila dah ada duit..terus je beli…
Try la tips ni kawan-kawan..
Moga dapat membantu anda serba-sedikit mengenai cara untuk mengelakkan bajet lari ketika membeli-belah…
Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri...

Sunday, 18 December 2011

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W


ni adalah benar... sila baca sehingga habis... dan tlg sebarkan kepada seberapa byk org Islam yg boleh...

Assalamualaikum......Warahmatullahi Wabarakatuh....

Ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu
Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia)..

pada suatu malam ketika
membaca Al-Quran di
makam Rasulullah SAW.
selepas membaca lalu hamba
tertidur,
dalam
tidur hamba bermimpi
didatangi Rasulullah SAW
lalu bersabda kepada
hamba, dalam 60 000 orang
yang meninggal dunia di zaman
ini tiada
seorang pun yang
matinya dalam keadaan
beriman. (a)isteri tidak
mendengar kata suami. (b)
orang kaya tidak lagi
bertimbang
rasa.
(c)orang tidak lagi
berzakat dan tidak
membuat kebajikan. Oleh itu
wahai Sheikh Ahmad,
hendaklah kamu menyedarkan
kepada
orang Islam ini supaya
membuat kebajikan,
kerana hari penghabisan
(......Qiamat) akan tiba di mana
bintang akan terbit dari langit,
sesudah
itu
matahari akan turun di
atas kepala. PESANAN
HAMBA INI (a) berselawat
- untuk junjungan Nabi kita
Muhammad SAW. (b)
bertaubatlah -
dengan segera
sementara Pintu
Taubat masih terbuka. (c)
Bersembahyangla......h (d)
berzakat - jangan
ditinggalkan. (e) Menunaikan
Fardhu
haji -
bila berkemampuan. (f) Jangan
menderhaka
kepada kedua ibu bapa.

Friday, 9 December 2011

masalah bau badan...

okey la...
hari ini nak cite plak pasal bau badan...
nak tau tak...topik ni la yg ana wat 'public speaking' kat sekolah dulu...
ana dpt rasakan yg ramai orang tak senang bila ana cakap pasal hal ni...
mungkin depa ada masalah yg sama...@ merasakan isu macam ni isu yg tak perlu ditimbulkan...
sbb kononnya sumo org dah tau...
bgi ana...walaupun kita dah tau...tapi apa salahnya kalau kita dgr pndapat orang lain...
tak salah kan????

baiklah...
kalau sumo nak tau...
bau badan ni semakin hari semakin serius...hal ini kerana pengaruh cuaca kini...cuaca yg lembap dan panas mendorong pembentukan bakteria...
Bromhidrosis...adalah...sejenis bakteria yg terdapat pada tubuh badan manusia..

Bagaimana Bau badan ni terjadi???
- Cuaca yg panas akan menyebabkan seseorang itu berpeluh...secara teorinya..peluh tidak berbau...tetapi kehadiran bakteria yang banyak dalam peluh akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan..

Bau badan ini sebenarnya menganggu orang lain...


sekaligus akan menjejaskan penampilan seseorang...

Fakta :
REMAJA LELAKI LEBIH CENDERUNG MENGALAMI MASALAH BAU BADAN BERBANDING REMAJA PEREMPUAN

Jadi...
Cara Mengatasi Masalah Bau Badan ialah..

  • Mandi dengan menggunakan sabun anti-bakteria..



  • Kerap mandi dengan menggosokkan ketiak dengan belakang tapak tangan
  • Mencukur bulu ketiak sekurang-kurangnya sekali seminggu
  • Sebelum memakai baju..pastikan anda menggunakan penyah-anti peluh bau badan (antiperspirant deodorant)        
 *P/S = sekiranya baru lepas cukur bulu ketiak, jgn pakai lagi deodorant selama 3 hari..selepas 3 hari berikutnya..barulah memakai kembali deodorant tu..

  • kerap menukar pakaian dan memakai pakaian yang bersih
  • pilih pakaian yang diperbuat daripada bahan kain semulajadi (kapas @ sutera)
  • mengurangkan pengambilan bawang putih, bawang merah & kari
  • sediakan segelas air suam....masukkan tiga sudu kecil daun teh...dan air perahan sebiji limau nipis,...biarkan semalaman...minum setengah gelas pada waktu pagi...dan setengah gelas lagi pada sebelah petang,...amalkan 3 kali seminggu...



Teh hijau
limau nipis

*P/S : BUKAN AIR SEJUK YE...TETAPI AIR SUAM..
...GAMBAR HANYA HIASAN...
  • potong limau kasturi...kemudian buang bijinya..makan kulit limau kasturi dan airnya...amalkan selalu..
Limau Kasturi


  • ambil sebiji timun muda...dan kupas kulit timun tersebut...cuci timun tersebut..dan gosokkan pada bahagian badan yang sering berpeluh..lakukan selalu...sama ada sebelum atau selepas mandi...


selamat mencuba...
tak nak lagi org wat kat kite macam ni yer...




< ~sayang sumo~ >



Wednesday, 7 December 2011

pinjaman_lirik_senyum_malique&najwa


.....SENYUM...
@
dalam bahasa inggeris nyer...



Senyum.... senyum..... senyum...... Senyum........ senyum

< senyum lah sepanjang hayat anda >
......walaupun......


......sekadar.......

< senyum KAMBING jer >

Apa itu SENYUM????
SENYUM merupakan GERAK BIBIR yang ternaik sedikit pada hujungnya yang menggambarkan rasa suka (geli hati@ setuju @sbg) tanpa menggetarkan pita suara (mengeluarkan suara)...
ATAUPUN
secara umumnya....Senyuman merupakan sebuah ekspresi wajah yang dipancarakan seseorang. Dalam setiap senyuman memiliki makna khas tersendiri.

namun....percayakah anda??? ada orang yang tak reti cam ne nak senyum...
caye tak???

*GAMBAR HIASAN

walaupun tak pandai senyum....
tapi tetap mencuba untuk senyum...

Percaya atau tak....kalau kita memancarkan senyuman kita terhadap orang lain...
orang lain akan berasa bahagia...tambah pula kalau si dia yg senyum..


lagi bertambah bahagia...huhuhu....

ape??? tak dgr la...
tak caye???
oo...tak caye yer...
meh kita..
...sambung nyanyi blik...


Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit


*GAMBAR HIASAN

Pasti ramai yg tertanya-tanya...
kenapa bila kita senyum je...
dunia tak da penyakit???
jawapannya mudah!!
sbb....sumo orang bahagia la...

JADI....
JOM LAH KITA...

Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa




Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit


Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit


OK...dah pnjang lebar cite...
meh nak cite kelebihan senyum plak...

nak tau tak....

Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

 Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
...NEXT...

Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawanpenyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).

PERCAYA ATAU TIDAK....

Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.

WOW!!!! MACAM TAK CAYE JE KAN???

Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah.

Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

 Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.


JADI....
JOM LAH KITA SENYUM...


SUPAYA KITA DAPAT KUMPUL PAHALA "FREE"..
DENGAN HANYA MEMBERI SEDEKAH
MELALUI SENYUMAN...

erm...mudah je kan kawan2??
try la ye...
insyaALLAH... menjadi...

~SaYaNg SuMo~


Saturday, 3 December 2011

_ucapan ringkas penulis_

kalau semua pembaca blog ni perasan...
cerpen-cerpen yang saya ketengahkan dalam blog ni..
semuanya berkisar tentang muslimah...@ wanita..@ gadis...@girl...@ apa-apa jua panggilan untuk golongan hawa ni...
tengoklah...panggilan pon dah berbeza-beza mengikut individu dalam masyarakat...
berbeza dengan lelaki...
ini menunjukkan taraf wanita ini dijulang tinggi dalam masyarakat...
namun...ada segelintir manusia yang sanggup kembali ke zaman jahilliyah...yang kita dapat lihat pada zaman itu...masyarakat memandang rendah pada golongan hawa...

*Gambar hiasan _kekerasan ke atas golongan yang lemah..(cth : ikutan dri zmn jahiliyah)


 *Gambar hiasan_aktiviti pemerdagangan wanita berlaku...


okey la..kita lupakan emosi amarah itu seketika...
kita balik kepada apa yang saya ingin cakapkan mengenai blog sya...
saya menghasilkan cerpen mengenai wanita ini kerana saya rasa masyarakat perlu sedar betapa pentingnya golongan wanita..saya ni tak cekap dalam penghafalan hadis2 Nabi Muhammad s.a.w...namun sya pernah terbaca satu artikel yang menyatakan rasulullah s.a.w sangat memandang tinggi akan kedudukan wanita...
tetapi sya tidak pula menyatakan wanita lebih baik daripada lelaki..tapi cukup lah dengan meletakkan penghormatan yang tinggi keatas golongan hawa ni...

*Gambar hiasan_penghormatan ke atas golongan hawa..


nak tau lebih lanjut macam mana saya nak merealisasikan matlamat saya ini...
jom...ikuti cerpen-cerpen saya...
sayang sumo...

Tiada sambutan hari lahir untuk anakku

Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hai semua, susah nak nyatakan kat sini tapi terpaksa aku luahkan juga..  Mintak maaf ye anakku sayang...