Tuesday, 6 May 2014

My Secret is All About Me ( Part 1 )

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini saya ingin mengimbau kembali kenangan atau memori yang pernah terpahat dalam ingatan saya. Seperti yang telah saya perkatakan sebelum ini, saya bukanlah seorang wanita yang lengkap serba serbi. Saya pernah melakukan kesalahan seperti orang lain. Pernah juga melakukan kebaikan yang mungkin kebanyakan orang tidak nampak akan kebaikan itu. Namun, hari ini saya bukanlah ingin menceritakan perihal kebaikan dan keburukan diri saya ini. Apa yang ingin saya kongsikan hari ini lebih kepada saya ingin berkongsi apa yang telah saya alami. Itu sahaja. Bukan bermaksud ingin menunjuk-nunjuk jauh sekali untuk menceritakan aib orang lain atau aib diri saya sendiri. Minta supaya Allah jauhkan dari saya terlepas cakap atau terlepas pandang dengan apa-apa perkara yang saya anggap remeh yang saya tercerita dalam blog ni.

Baiklah.. Tanpa membuang masa, saya teruskan dengan penceritaan saya. Ini tentang diri saya. Jadi, siapa yang tidak mahu membaca atau melihat entry ni. Boleh la terus ke entry lain yang lebih berfaedah. Saya tidak memaksa anda dari terus membaca entry ini. Entry kali ini lebih bersifat Flashback je... Macam biasalah umur 20 tahun ke atas ni sering dikaitkan dengan berkahwin la bertunang la.. Jadi, Saya pun tidak terlepas dari situasi ini..

Selepas saya selesai menduduki STPM, kira beberapa bulan setelah saya bekerja di bawah company ibu bapa saya ( ceewah.. *company* macam besar sangat je.. padahal kedai runcit biasa je..hehehe).. Kalau tak silap masa bulan 1 tahun 2012.. tapi tak ingat pulak berapa hari bulan. Sebab masa tu, tak ambik kisah sangat pon mak dok cakap tu. Petang tu... mak saya datang ke arah saya sambil menyapu sampah.

Mak : Siti, semalam ada orang tanya mak ang ada orang dak lagi?
Saya : Yaka? lepas tu mak jawab apa kat dia?
Mak : Mak kata tak tau. lepas tu, dia tanya mak kalau ang tak dak orang lagi, dia nak mai minang.
Saya : Erm...
Mak : Ang mau ka dak?
Saya : Tak tau la.. tak mau kot.
Mak : Mana boleh kot-kot.. orang dok tanya nu.. dia kata kalau ang mau, nak bertunang sebelum ang masuk belajaq la.
Saya : Tak tau la ikut mak la.
Mak : (diam)...

Mungkin ada yang kata kurang ajaq kan. Saya bukan pe, takut-takut mak sengaja nak test saya je.. Tapi, serius masa tu, saya belum bersedia lagi menerima mana-mana lelaki memandangkan saya baru saja putus cinta pada bulan 12 sebelum tahun sebelumnya. Saya masih lagi ingat pada yang lama takkan semudahnya untuk terima yang baru. Dah la saya seumpama mayat hidup je selepas putus cinta tu.. Pergi kerja boleh la lupakan masalah. Balik je ke rumah bila ternampak gambar si dia (Mr. T) terus je laju air mata bercucuran. Bagi saya lebih baik menderita sebelum kita dapatkan si dia.. tapi sebenarnya bila putus dengan si dia, lagi lah menderita. sebab sebelum kita kenal si dia, si dia tak tahu pun kita suka kan si dia ke tak.. lagi happy.. at least, bila kita tengok si dia, kita syok sendiri pon dia tak tahu. hehehe (gelak gatai) ..Dah sikit-sikit...

Sambung balik cerita tadi...

Keesokkannya, semasa tolong mak dekat dapur..

Mak : Siti, lagu mana ni? Ang mau ka dak kat dia? (Dalam hati : wah macam seyes benar je mak ni)..
Saya : Tak tau la mak. tengok la dulu macam mana..

Saya pening la kepala masa tu tak tau dah nak kata macam mana. Saya masuk bilik dan tengok gambar si dia. ' Kenapa buat orang macam ni? kenapa tak pernah serius dengan orang?' Saya dok cakap sorang-sorang dengan gambar yang kaku tu. Masa tu tak bagi lagi kat tuan dia lagi. Bagi balik masa raya haji, kalau tak silap hujung bulan dua kot ke bulan satu cam tu la. Tak ingat sangat sebab dah tak tahan. Lepas daripada tu, bila rindu sangat-sangat, baca yasin. setiap kali macam tu. Sekarang dah tak amal dah.. teruk kan.. Masa tu saya tak tanya pulak siapa gerangan orang tu kat mak sebab malas nak amik tahu.

Beberapa hari lepas tu, mak ajak saya pergi rumah kawan mak kata mak buat kenduri kesyukuran. Saya pun ikut la ke rumah kawan mak tu dengan abah. Kami sampai sudah agak lewat petang kat rumah tu. Saya tidak tahu agenda mak nak kenalkan saya dengan laki tu. Bila sampai je di rumah tu, dari jauh nampak seorang lelaki memakai topi jerami.. macam bawah ni..

* GAMBAR SEKADAR HIASAN * thanks en.google..

Tapi topi jerami lelaki tu pakai agak lebar la sampai menutup muka. Dia tengah sapu daun-daun depan rumah dia tu. Lepas tu, saya agak terkejut dengan sikap abah yang tidak semena-semena berjalan laju ke arah lelaki tu dan membuka topi jerami yang dipakai oleh lelaki tu. Saya berkesempatan la juga tengok muka laki tu tapi tak ingat la rupanya macam mana walaupun dalam keadaan terkejut sebegitu. lelaki itu tersenyum memandang abah tanpa reaksi marah. Terdengar suara abah menjerit kecil, " ooh.. ang ka.." Lelaki itu senyum. Masa tu, saya belum mengenali siapa laki itu. Lepas itu, mak terus mengajak saya masuk ke dalam rumah untuk jumpa tuan rumah. Memang adat orang kampung sebegitu. Sebelum makan, jumpa dulu tuan rumah baru la manis sikit. Tetapi saya tengok trend zaman sekarang tak kira lah di rumah kenduri kahwin atau apa-apa majlis, orang sekarang lebih senang masuk makan lepas tu bila nak balik baru bersalaman dengan tuan rumah. Mana boleh macam tu, tak manis la..

Lepas habis makan dan mak sempat menyembang dengan tuan rumah, saya dengar je. cuma ada jugak sekali-sekala jika diajukan pertanyaan, saya jawab dengan ikhlas. Bukan nak tunjuk pendiam, tapi takkan lah orang tua-tua menyembang kita nak masuk campur pulakkan. Nanti orang kata tak dak adab pulak. Semasa dalam perjalanan pulang, saya tergerak hati untuk bertanya mak dan abah.

Saya : Abah, lawak la tadi abah buat kat budak laki tu macam tu.. (ketawa)
Abah : Mana abah perasan. Abah ingat sapa dia. Abah buka la topi yang dia pakai sebab abah tak nampak orang dia.
Mak : hang tau dak dia tu sapa? tu budak laki yang mak kata kat ang tu la.
Saya ; (terkejut) betul ke? Ooo..
Mak : hang nampak tak muka dia tadi?
Saya : tak perasan pulak. (diam)

Sepanjang perjalanan selepas itu, semua mendiamkan diri. Saya cuba mengingati kembali rupa lelaki itu tetapi agak sukar.

Beberapa minggu selepas itu, saya bertemu dengan ibu lelaki itu. Kebetulan ibunya sememangnya gemar ke kedai mak untuk berbual mesra dengan mak. Ibu lelaki itu sering menceritakan tentang anak bongsunya itu kepada saya. Saya hanya mendengar dan sekali sekala berkata sepatah dua. Pelbagai perkara yang diceritakan kepadaku mengenai anaknya itu. Banyak juga perkara yang saya tertarik dengan anaknya itu tapi hati saya masih  mengingati mr. T walaupun kami telah berpisah. Setiap hari saya titipkan doa supaya kami bersama semula tapi tidak ada sebarang petanda untuk bersama.

Mak tidak lagi berbicara dengan saya mengenai lelaki itu selepas saya menyatakan saya masih belum bersedia lagi. Kononnya nak study dulu, malas nak pikir pasal cintan cinton ni.. hehehe...Ketika itu, masa bulan 3, 2012.  Saya merasakan masa berlalu dengan pantas. Sedar tidak sedar sudah 3 bulan saya berendam air mata dan menyerahkan takdir kepada Allah tentang hubungan saya dengan mr. T yang telah musnah itu. Surah Yasin tidak lekang meniti hari-hari sepi.. Kalau bekerja tidak rasa sangat kehilangan orang tersayang, tapi bila sudah balik dari tempat kerja dan duduk sendirian, perasaan sedih itu mula menguasai minda. Susah nak digambarkan. Mak pun dah tak sebut pasal hal itu. Mak cik tu pun dah jarang datang ke kedai, mungkin ibu lelaki itu sibuk atau mak dah ceritakan hal sebenar dekat ibu lelaki itu. Rasa ringan sikit kepala bila beban hilang satu persatu. Alhamdulillah..

Harap saya akan bertemu lagi dengan Mr. T sebagai seorang isteri kepadanya di dunia dan di syurga. itulah doa saya saban hari..malah sampai sekarang..


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments: