Thursday, 2 July 2015

Ciri- ciri wanita solehah


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dah lama rasanya saya tak update entry baru.. entry kali ni menyentuh tentang fiqh wanita.. kat bawah ni ada senarai ciri2 wanita yang saya cedok dari buku yang sangat hebat.. buku WANITA DAMBAAN SYURGA.. in shaa Allah.. ilmu yang saya perolehi  daripada buku ni.. saya akan cuba kongsikan bersama dalam entry2 seterusnya.. tapi tak kesemuanya yang akan saya perkatakan.. kat sini saya hanya bagi point penting saja.. untuk pembacaan lanjut boleh beli buku tersebut.. sangat menarik dan berguna sampai bila2.. saya kongsikan bukan untuk kepentingan diri saya tetapi untuk ajak wanita2 di luar sana untuk kita sama2 muhasabah diri.. kita ni dah sampai takat mana?..

In shaa Allah.. sambil saya berubah pelan2.. tak salah kiranya saya bantu orang lain yang berniat seperti saya..

1) ketaatan kepada Allah s.w.t dan RasulNya
2) ketaatan kepada suami ataupun ibubapanya
3) mengerjakan solat 5 waktu
4) berpuasa di bulan Ramadan
5) menjaga aurat dan berpakaian sopan serta tidak terpengaruh dengan hiasan dan perangai wanita jahiliah
6) tidak bermusafir sendirian sekiranya terdedah kepada fitnah
7) tidak bersama dengan lelaki asing melainkan ditemani mahramnya.
8) membantu lelaki dalam perkara kebenaran dan kebajikan.
9) sentiasa bersahabat dengan wanita solehah lain
10) memperbanyakkan sedekah
11) bersikap baik terhadap jiran tetangga
12) menunaikan kewajipan dan tanggungjawab terhadap suami dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan
13) menjaga kehormatan diri, harta suami dan anak-anak
14) tidak menolak ajakan suami untuk bersama
15) tidak keluar rumah atau mengizinkan orang lain masuk ke dalam rumah melainkan dengan izin suami
16) merendahkan suara dan tidak membantah suami dalam kebenaran
17) sentiasa redha dengan kemampuan suami dan bertanggungjawab memelihara diri, kebersihan dan kecantikan diri serta rumahtangga.
18) sikap malu yang menebal dan tidak pernah ada rasa riak atau menunjuk-nunjuk dalam diri
19) berbuat baik kepada ibubapa bagi mereka yang belum bersuami
20) mengamalkan perkara makruf dan menghindarkan perkara mungkar

Alhamdulillah dah selesai menyenaraikan beberapa ciri wanita muslimah sejati.. in shaa Allah.. kita dah tau kan.. jadi kita amalkan satu persatu secara berperingkat supaya kita jadi lebih istiqamah dengan penghijrahan kita tu.. amiin..

No comments: