Wednesday, 8 May 2013

~~~ sabar itu indah ~~~ syafakallah ~~~


Ainul     :   Ya Allah..aku tidak menyesal menjadi wanita..tapi sekurang-kurangnya Kau kurangkanlah sakitku ini dan Kau tabahkanlah hatiku dalam menerima ujianMu ini...sesungguhnya aku,hambaMu yang lemah dan tidak berdaya...amin..(kata Ainul sambil meraup tapak tangan ke wajahnya)..

dalam ucapan perlahan..
Ainul membaca bismillah (3 kali)
doa ketika sakit : a'uzubillahi waqudratihi min syarima u'jidu wa u'hazir (7 kali) (sambil memicit-micit perutnya yang sakit..ditambah pula kesakitan di bahagian pinggang dan paha...)...


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

ada 2 jenis ujian...
* ujian berbentuk kesenangan

ramai yang tidak menyedari bahawa kesenangan  dan kebahagiaan  yang dialami oleh seseorang itu sebenarnya adalah antara ujian Allah untuk mnguji sejauh mana ketakwaan dan keimanan hambaNya.. lalu terus alpa akan erti kesyukuran atas nikmat kebahagiaan yang dikecapi. sehinggakan tiada daya usaha dalam mempertingkatkan diri ke arah lebih baik kerana menganggap yang berada di depan mata sudah mencukupi dan bersikap riak dan sombong terhadap insan yang memerlukan pertolongan dan golongan miskin serta anak yatim...lalu kesenangan itu sedikit demi sedikit diambil semula oleh Penciptanya.. lalu..barulah penyesalan kian terasa..itulah cara Allah untuk menguji hambaNya supaya mengingat kembali kepadaNya dan tidak lalai di dunia...jadi...jika kita menerima kesenangan, kita perlulah sentiasa bersyukur..

* ujian berbentuk kesusahan..

tidak kurang juga yang diuji dengan kesusahan...kebiasaanya apabila seseorang itu diuji dengan kesusahan,barulah dia akan mencari cahaya petunjuk dari Allah..mencari keredhaan Allah siang dan malam tanpa jemu..kesusahan ini ada pelbagai...misalnya..kesakitan..kelaparan..kesulitan..kedukaan...menahan sabar daripada mengeluh dan marah...kemiskinan...dan lain-lain...bukan senang untuk menghadapi ujian sebegini..namun..jika kita menghadapi kesusahan ini..ingatlah..seseorang itu diuji selaras dengan kadar agamanya (kemampuannya)...
jika iman itu kuat...maka Allah akan memperberatkan ujian..
jika iman itu lemah...maka Allah akan memperingankan ujian...

jika kamu menyedari betapa besar pahala yang dijanjikan bagi mereka yang menahan sabar atas ujian yang dihadapi.

tidaklah Allah menurunkan cubaan kepadamu melainkan kerana cinta-Nya padamu... <3





~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Monday, 6 May 2013

Pesanan Nabi Muhammad s.a.w yang pertama kepada kaum wanita





Diriwayatkan dari Sa'id r.a, dia berkata : " pada hari Aidilfitri atau Aidiladha, Rasulullah s.a.w pergi ke Musolla. di pertengahan jalannya, baginda melewati sejumlah kaum wanita lalu bersabda : " Wahai kaum wanita, bersedekahlah dan perbanyakkanlah istighfar, sesungguhnya telah diperlihatkan kepadaku, -kaum kalianlah yang lebih banyak menghuni neraka".

kemudian mereka bertanya : " kerana apa wahai Rasulullah?"

Rasulullah s.a.w menjawab : " (kerana) kalian sering mengutuk dan menolak bergaul. Aku tidak melihat kekurangan-kekurangan akal dan agama yang dapat menghapuskan kecerdasan seorang lelaki yang cermat dari salah seorang di antara kalian."

mereka bertanya : " apakah kekurangan agama dan akal kami, wahai Rasulullah?"

Dijawab oleh Rasulullah s.a.w : " Bukankah kesaksian seorang wanita nilainya hanya separuh dari kesaksian seorang lelaki?

mereka membenarkannya..

Rasulullah s.a.w bersabda: " itulah di antara kekurangan akal seorang wanita."

Rasulullah s.a.w bersabda lagi : " Bukankah ketika wanita sedang haid, dia tidak solat dan tidak pula berpuasa?"

mereka membenarkannya..

Rasulullah s.a.w bersabda : " itulah di antara kekurangan agama seorang wanita."



~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

masakan ku menjadi????

assalamualaikum dan salam sejahtera..

alhamdulillah... happy sgt hari ni bila masakan yg saya teringin sangat nak buat..akhirnya tertunai jugak..dan alhamdulillah...masakan saya telah mendapat tempat di hati kawan-kawan saya..saya rasa gembira sangat bila tengok kawan-kawan makan hasil air tangan saya..rasa puas hati sangat2...dengan respon yang positif daripada mak abah, kak  dan abang ipar.. membuatkan saya rasa terharu sangat...dan rasa macam makanan yang saya buat tu benar-benar dihargai..' mungkin mereka hanya ingin mengambil hati..' itulah kata-kata nakal yang bermain di kotak pemikiran saya...namun..hati saya menyangkal dan mengingatkan untuk tidak bersangka buruk terhadap orang lain..mungkin mereka ikhlas memuji untuk menambahkan semangat ku untuk terus mencuba masakan baru...

Mungkin bagi sesetengah orang menganggap pengalaman ini suatu yang biasa,..namun bagi orang yang menghargai pengalaman berharga ini yang mementingkan ekspresi orang lain..erm...alhamdulillah...semua makanan yang ku bawa telah habis...terima kasih kawan-kawan.. rasa kenyang pula bila melihat kawan-kawan makan masakan sendiri..puas hati sangat..nak tahu tak..apa yang saya masak tadi..

Sambal Hitam Pahang....
saya jatuh cinta kepadanya sejak kawan saya perkenalkannya.. my roomate... Nur Haziyah Zainal Abidin...

thanks my frenz...

sayang ampa...


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Friday, 3 May 2013

berita tergempar... kematian tidak mengenal usia, tempat mahupun situasi kita...


assalamualaikum dan salam sejahtera...
disini saya nak ceritakan kesihan saya atas kematian Tutor saya semalam.. En. Jasmadey ...
semoga roh arwah dicucuri rahmat daripada Allah dan ditempatkan bersama kekasih Allah dan orang-orang yang soleh..
saya juga nak mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga En. Jasmadey..
saya sendiri tidak pasti akan punca sebenar kematiannya..apa yang saya tahu arwah meninggal kerana kegagalan jantung untuk berfungsi..
arwah telah banyak membantu kumpulan saya untuk mendapatkan maklumat mengenai rakyat rohingya di Malaysia. saya amat terhutang budi dengannya... segala ilmu yang telah diberikannya kepada kami diberkati dan menjadi salah satu aset baginya di akhirat kelak..

kematiannya banyak menyedarkan saya betapa hidup ini hanya sementara dan kita tidak dapat nak meramal bila kita akan pergi menghadap-Nya...saya berharap sya akan meninggal dalam keadaan tenang dan dalam pengekalan keislaman dalam diri saya..saya juga berharap agar sebelum saya pergi..sya dapat menjadi anak yang baik dan membanggakan kepada kedua ibubapa saya..adik dan kakak yang dicontohi kepada adik-beradik saya..pelajar yang mumtaz dalam pelajaran...kawan yang memahami dan setia mendengar keluhan seorang kawan serta seorang kawan penyimpan rahsia yang disayangi..isteri yang solehah dalam rumahtangga saya..ibu yang mithali kepada anak-anak saya..hamba yang diterima amalan dan tarafnya disisi Allah s.w.t.. harap-harap saya dapat capai semua tu sebelum saya meninggal kelak..

sebelum saya berhenti menaip ni..sya minta agar semua mendoakan tutor saya ini..

Al-fatihah buat En. Jasmadey..

amin...



~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tuesday, 16 April 2013

Jadual harian seorang hamba Allah

Saya amat kagum dengan seorang hamba Allah tu..nak tau kenapa..
jom ikuti jadual sehariannya...


( pagi )
 bangun tidur --> baca doa bgun tidur (mintak supaya Allah bntu untuk kurangkan berat bdn) --> minum air masak secukupnya (sebelum kumur gigi) --> solat subuh ( ni pon merupan senaman yg penting kita solat betul2) --> buat senaman ringan (cth : regangan bdn kiri dan kanan, buat push up, buat sit up, angkat dumble yg 1 kg, senaman aerobik) ...semua ni tak lama amik masa selama 30 minit je... --> buang bedak sejuk --> gosok gigi --> wapkan muka --> cuci muka dgn pencuci muka --> mandi (klu boleh guna air suam) --> (8.30 pg) solat dhuha --> makan pagi --> pegi keje..

(tengah hari)
 balik umah --> mkn dulu tpi mkn yg ringan je mcm roti ke biskut ke --> tidur kejap --> solat zohor (senaman lagi dlm solat) --> pegi keje ... InsyaAllah bila kene air wuduk...segar je rasa..bertenaga balik...

(petang) 
dah abis keje pukul 4.30 tu --> kemas barang --> pukul 5 balik --> solat asar dulu (senaman lagi 15 minit dlm solat) --> masak untuk mkn petang @ beli je (cth : karipap ke (tak bnyak minyak kn)...@ mkn benda yg kukus je..pau ke...) -->pegi joging jap @ klu segan...buat je lari setempat @ senamrobik dlm bilik smbil pasang lagu..cukup 30 minit..berhenti...bukan lama pon... --> habis bersenam... --> bnyakkan minum air  (tapi ingt...jgn minum air msa joging nnty cepat semput ) -->rehat kejap --> masak untuk mkn malam...


(malam) 
mandi --> makan malam (pukul 6.30 / 7.00)... jgn lebih drp wktu ni ye,.. --> rehat jap sementara tunggu solat (boleh nak buat keje rumah @ keje pejabat) --> 7.45 mlm solat maghrib (senaman lagi) --> baca yasin @ al-Quran (senaman rohani kene ada jugak sementara nak tunggu solat isyak) --> minum air masak lagi --> solat isyak (senaman lagi) --> sambung buat keje yg tertunda tadi...

(tengah mlm)
 siapkan kata-kata terakhir keje tadi --> lakukan senaman ringan (buat regangan bahu, kepala , tangan dan mata) --> minum air susu bercampur madu --> rehatkan minda --> basuh kaki --> cuci muka --> gosok gigi -->ambil wuduk --> baca surah Al-Mulk --> buat solat taubat --> tutup lampu --> baca doa tidur dan 3 Qul (sapu seluruh badan) --> tidur..


susah sikit la nak ikut cara dy..tapi tetap nak cuba..


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Thursday, 28 March 2013

~~~ Jom kenali Qasidah ~~~

assalamualaikum dan salam sejahtera..

kali ni kmi nak cerita pasal Qasidah pulak...

nak tau tak..

sebelum ni kami tak kenai pon Qasidah tu apa...

selepas Muhamad Hanif bin Kamaruzzaman kenalkan..

bru kami tau..hehehe..

Qasidah pertama yang kami tau...

Ya Badrotim (Wahai Purnama)




lepas tu...

kami dah mula search Qasidah sendiri...

dan kmi jumpa lagi satu Qasidah yang amat menyentuh kalbu...

Ya Hanana ( kalau tak silap kmi..maksudnya.. beruntungnya kami)



jom la dengar..

InsyaAllah..apa yang kmi tau..kmi akan kongsikan dengan kawan2...

semoga terhibur..




~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Monday, 25 March 2013

kucing kesayanganku

~~ meow...meow....meow ~~~

iskh..nape ni ciko sayang???
pergilah main jauh2 sikit...
rimas lah...


~~~ meow...meow....meow ~~~ 
( ciko mnyodol2 kakiku...
menunjukkan kemanjaan nya yang lain daripada hari biasa...)


tak nak lah ciko mcm ni geli la...
(aku mengangkat ciko dan meletakkan ciko atas ribaku)
ha...ciko lapar ek??

~~~ meow...meow..~~~
(makin perlahan tangisannya seolah-olah meraih simpatiku)


lapar sgt la ni...
(aku menggaru2 bawah leher ciko..
aku tau ciko senang diperlakukan mcm tu..
lalu aku cium ciko..dan bawa ke dapur)...
jom,..kita ke dapur ye...

(ciko hanya diam saja apabila aku memegangnya
 dan membawanya ke dapur)..


erm....
(aku meletakkan ciko di bawah..
aku membuka pintu kabinet dapur tapi tak de plak makanan ciko..
buka dalam peti ais..ikan yang mak rebus dah habis..
ciko sekarang memang makan kuat...dah besar kot..)
erm...nak bagi ciko makan ape ek?? peningnye.....
cian ciko...sabar ek syg...makanan habis...

~~~ meow....meow...meow ~~~

(aku hanya memerhatikan ciko dgn rasa empati)..
peningnye...


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

anda berasa pening dan bimbang apabila si manja anda tidak mendapat makanan yang secukupnya?? 
jangan bimbang...
WHISKAS akan membantu anda...memberikan nutrien yang seimbang dan makanan yang berkualiti kepada si manja anda...
ikuti percubaan WHISKAS MALAYSIA secara percuma....
cepat sementara promosi masih ada,...






kini...anda tidak perlu risau lagi... :)



~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tiada sambutan hari lahir untuk anakku

Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hai semua, susah nak nyatakan kat sini tapi terpaksa aku luahkan juga..  Mintak maaf ye anakku sayang...