Monday, 16 May 2016

Percutian Bajet di Langkawi ( part 1 - hari 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama sudah rasanya jari ini tidak menaip untuk mengindahkan blog ini.. ceewah ayat aku.. ahhahaa..

kali ini aku nak bagi tips macam mana nak bercuti tapi bajet..

bagi aku, kalau nak bercuti by grouping ni, better hampa pi dalam 5 orang ke atas kalau tak tak berbaloi untuk bajet ciput.. so, dalam kes aku, kami pi dalam 6 orang macam tu..

masing-masing bajet comey bila orang nak tangkap gambar..hahaha..

Melalui dalam gambar di atas, aku nak perkenalkan sahabat aku merangkap beberapa biro dalam trip kami kali ni.. Dari kiri....

Bahagian Makanan : Aku ( sebab aku ni makan banyak , almost tempat makan aku yang pilih.. hahaha)..
Bahagian Pengangkutan : Nabilah.. comel je orang nye.. (pesss.. masih single lagi tu..)
Bahagian Trip Advisor : Maziani.. orang sabah baa.. manis saja orangnya..
Bahagian Gambar : Atiera.. memandangkan oppo ni camera dia cantik (amboi promo pulak).. kami selalu pau handphone tira.. maaf tira kami tak sengaja.. hahaha
Bahagian Waze / Maps : Wahida.. kami serah kat dia ja bagi tau jalan.. sebab akai dia macam ada maps tu.. hahaha..
Bahagian Kewangan : Zamharirah .. kami rasa rara lebih berkalibel bab2 duit ni.. jadi tanpa segan silu kami dah paksa rara untuk jaga duit.. dia pon macam redha ja,.. hahaha.. anyway rara good job na.. you did well on our trip... :)

alhamdulillah tu la antara agen rombongan kami..semua ada part memasing..

sepanjang tiga hari kami kat sana, aku berjaya mengehadkan sebanyak rm400.. ni pon kira terlebih jugak sebab asalnya bawak cukup2 rm300.. tapi disebabkan nak beli coklat punya pasal sampai sanggup tambah rm100 lagi..  jadi, kepada yang nak pergi langkawi tu, jangan jadi boros macam kami kalau nak jimat na,.. hahaha.. alamak bocor rahsia.. hahaha...

Malam sebelum kami bertolak tu, kami berkumpul di USM dulu dan kami start kumpul duit untuk tambang dan bagi rara pegang rm180/pax , lepas tu truih pi rumah aku..aku ajak depa mai tidoq  kat rumah.. aku ajak tidoq dalam bilik tak mau, masing2 nak tido sama2.. tapi serius rindu moment tu macam aku nak kawin ja esok tu.. hahaha...alhamdulillah semua rasa selesa..syukur sangat.. hampa mai kat kampung , hidangan pon ala kampung la.. maaf la ye sayang2 semua..

terliuq la pulak tengok masakan mak sendiri ni.. tambah2 buah murunggai tu.. ,

Pandai jugak kawan2 aku makan buah munggai tu.. walaupun baru 1st time.. tahniah kengkawan..
Mak aku cakap mai la lain rumah kami, nanti kami masak special punya.. :*

Esok paginya kami bertolak dari rumah aku dalam pukul 5.40 pagi.. mak bangun awal lagi dalam pkul 4.00 pagi macam tula.. semata-mata nak siapkan bekal nasi goreng untuk kami.. i love u, mum.. you are the best in the world..

kami  bertolak dari Bukit Selambau..melalui tol Gurun.. lepas tu, kami singgah kat rnr gurun tu untuk solat subuh..sempat pulak kami bergambar.. hahaha..

ada lagi sorang yang belum siap make up..hehehe.. bye2 awak kami tinggal awak.. hahaha.. 

Habis ja solat, kami memecut laju kereta kami menerusi kedinginan embun pagi.. kami sampai di jeti dalam pukul 7.30 dah.. kiranya kami tak sempat nak naik feri pukul 7.40 pagi yang paling awal tu.. tapi tak pe , kami sempat la rest sikit sekurang-kurangnya.. masing-masing mata kuyu je.. mana tak nye.. malam sebelum tu masing2 tidoq pukul 2 pagi, kes aku paksa pakai inai.. hahaha.. kesian hampa dapat kawan lagu aku ni... haru,, haru,... yang bestnya, depa layankan ja.. hahaha.. thanks my frenzz..

macam biasalah dah sampai ja jeti Kuala Kedah tu, kami cari parking dulu..

kami dapat parking rm15 sehari.. so, 3 hari dalam rm45..

kami guna duit yang kami kumpul kat rara tu la..means rara tolong bayarkan semua segala tambang..hehehe..thanks rara.. walaupun ada ja tempat parking yang rm10 tapi kami risau jugak dengan keselamatan kereta bapak abil (nabilah).. so, lepas bincang kami setuju untuk parking kat situ..

masing-masing muka excited bila bau laut.. hehehe..

ni la parking lot tu, ada pakcik2 yang tolong jagakan.. tengok macam teratur jugak la.. terurus ja parking.. bagi aku berbaloi la kan..

aku nak ingatkan, jangan mudah menerima pelawaan untuk island hoping kat bahagian jeti tau.. bukan tak boleh terima, boleh, tapi kalau hampa macam kami student yang nak bajet2 ni, tunggu tau.. nanty aku cerita part tu okey.. hehehe.. surprise tak?

then kami terus beli tiket.. lepas beli tiket, kami terus sarapan nasi goreng yang mak aku buatkan tu sementara nak tunggu feri.. ha, nampak tak dah jimat dah kat situ.. hehehe.. elok-elok ja kami habis sarapan, feri baru saja sampai.. kami terus angkat barang dan masuk ke dalam  feri.. muka semua kepenatan ja.. pastu masing-masing jetlag dalam feri..

masuk je feri kawan aku sorang ni, Tira si comel dah masuk alam mimpi dah... senang pulak kawan aku ni tidur.. hahahaha... macam biasa bila dah masuk feri sedia plastik takut mabuk laut..

stakat tu dulu untuk entry kali ini.. nanty kita sambung part 2 plak.. :)


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Friday, 13 May 2016

Rahsia Cemerlang dalam Pelajaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

pejam celik, pejam celik .. sekejap ja nak habis dah sem akhir ni..  mesti semua pakat prepare untuk nak hadapi minggu study week yang semakin hampir ni kan.. Ada lagi beberapa minggu saja untuk hadapi peperiksaan.

sebelum nak hadapi peperiksaan yang mendatang, persiapan kena mantap walaupun dah last minit ni kan.. hahaha.. :p

padan muka aku!!! awal-awal tak nak belajar... dah hujung-hujung ni menyusahkan diri sendiri je... hahaha..

aku nak kongsi sikit lah petua dari buku 101 Adab dan Petua Kecemerlangan Pelajar yang disediakan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah, Ustaz Zahazan dan Ustazah Mahfuzah. Buku ni dihadiahkan oleh kak kandung aku sewaktu aku bakal menduduki peperiksaan PMR 2007. Thanks kak.. :)

Dulu masa aku masih sekolah menengah dulu, hampir semua petua ini aku cuba ikut. Alhamdulillah aku dapat keputusan yang cemerlang, aku dulu bukan budak pandai.. masa percubaan aku dapat 2A saja B ada 3 yang lain C dan D.. Alhamdulillah selepas aku ikut semua petua dalam buku ni, aku dapat 4A, 4B.. Alhamdulillah.. semua dengan izin Allah jugak. mungkin bagi hampa , " alah... dapat pon 4A nak gebang ja lebih".. tapi bagi aku, daripada aku dpt 2A dan ada D dalam result sampai mak dengan abah aku cakap, " ang pi sekolah ang belajaq ka dak?" .. aku menangis kot.. hampa ingat tak rasa down ka..
tapi aku belajaq daripada kesilapan, tambahan pulak orang yang aku sayang budak yang rajin belajar.. jadi aku banyak ambil semangat daripada dia.. terima kasih kepada semua yang membantu sepanjang kecemerlangan aku. Petua ini aku gunakan sampailah aku SPM dan STPM. Alhamdulillah, menjadi sangat.. semoga petua ini juga bermanfaat untuk hampa semua.

okey, sudah2 la ye membebel sikit2..

now...

Bagi seseorang yang ingin berjaya dalam pelajaran, first sekali hampa kena buat  sentiasa berfikiran dan bersikap positif.

1. Ciri- ciri menjadi insan positif
  • ·        Seorang itu hendaklah sentiasa ikhlas dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya.
·         Seseorang itu hendaklah belajar menjadi seorang individu Muslim yang soleh dan taat.
·         Seseorang itu hendaklah mempunyai matlamat hidup dan mempertingkatkan usahanya untuk berjaya.
·         Apabila seseorang itu memiliki ilmu , hendaklah dia beramal dengan ilmu yang dipelajarinya itu.
·         Seseorang yang ingin berjaya dalam hidupnya , dia haruslah taat kepada perintah kedua ibubapanya selagi tidak melanggar perintah Allah s.w.t.
·         Seseorang itu juga hendaklah menghormati guru atau tenaga pengajarnya serta menunjukkan minat terhadap pelajarannya.
·         Seseorang itu hendaklah menggunakan masa dengan melakukan perkara yang berfaedah dan meninggalkan perkara yang sia-sia.
·         Seseorang itu hendaklah mendekati  orang yang berjaya dan positif serta meninggalkan untuk berkawan dengan orang yang buruk perangainya.
·         Seseorang itu hendaklah sentiasa meminta pertolongan dan perlindungan daripada Allah serta  bersangka baik kepada Allah.
·         Seseorang itu hendaklah sentiasa menjaga solat dengan solat diawal waktu dan khusyuk di dalam solatnya.
·         Seseorang itu hendaklah menjauhi maksiat dan perkara-perkara yang haram supaya ilmu itu akan dekat kepadanya.
·         Seseorang itu mestilah memiliki akhlak yang terpuji ( mahmudah) dan menjauhi sikap mazmumah.
·         Seseorang itu hendaklah sentiasa kemas dalam pemakaian sehariannya dan menjaga kesihatan tubuh badannya.
·         Seseorang itu jugak hendaklah istiqamah atau konsisten dengan perubahan dan usaha yang dilakukan tanpa mengenal erti putus asa.
·         Seseorang itu hendaklah rajin membantu sesiapa yang memerlukan pertolongannya.
·         Seseorang itu hendaklah sentiasa mengingati Allah dan membaca al-Quran dan bersederhana dalam ketawanya.

2. Tip Mengulang Kaji Pelajaran
Mengambil wuduk sebelum memulakan sesi mengulang kaji.
·          Tempat belajar yang kondusif seperti bilik perpustakaan, bilik yang berhawa dingin, bilik belajar yang dikhaskan di rumah atau dewan masjid atau surau semasa luar waktu solat.
·         Beristighfar daripada dosa.
·         Membaca doa dalam surah taha ayat 114.
·         Baca topik-topik utama kemudian diikuti subtopik dan mengingati fakta-fakta penting.
·         Cuba untuk mengingati dan mengulang fakta yang telah dihafaz itu.
·         Cuba untuk menulis fakta yang telah anda ingati di atas buku nota. Jika tidak dapat mengingat sepenuhnya, maka buka kembali bab yang telah dibaca tadi.
·         Pastikan anda mengulang kaji pelajaran dalam masa 24 jam selepas mempelajari subjek tersebut.
·         Ambil peluang untuk mengulang kaji pelajaran  pada masa lapang.
·         Gunakan hari cuti hujung minggu untuk mengulangkaji pelajaran.
·         Ringkaskan fakta-fakta  yang anda baca agar mudah diingati.
·         Kaji soalan-soalan terdahulu kerana biasanya soalan akan berulang.
·         Wujudkan study group yang dapat mewujudkan semangat belajar.
·         Dapatkan idea-idea utama ( main points) dari topik yang kita sedang pelajari itu.
·         Catatkan perkara yang kurang  atau tidak difahami untuk ditanyakan kepada orang yang lebih memahaminya.

3. Aktiviti-aktiviti menghilangkan tekanan, kebosanan dan rasa bimbang ketika mengulangkaji pelajaran:
·         Depakan tangan
·         Angkat bahu
·         Tarik nafas sedalamnya
·         Pusingkan tangan dan kaki
·         Rehatkan otot-otot
·         Pejamkan mata
·         Rehatkan diri
·         Bayangkan suasana indah yang pernah dilalui dan yang akan anda lalui lagi.
·         Beriadah bersama rakan-rakan
·         Minum air masak
·         Berdoa dengan doa yang ma’thur
·         Bersolat
·         Membaca al-Quran
·         Berzikir
·         Berselawat ke atas Nabi s.a.w
·         Lakukan aktiviti yang anda gemari dan harus serta boleh menghilang keresahan.

4. Rahsia menguatkan ingatan
·         Penumpuan perhatian
·         Membuat  kaitan antara subjek pembelajaran dengan keadaan sekeliling.
·         Mengemaskini fakta
·         Membuat  latihan
·         Mengadakan  study group
·         Memohon kepada Allah agar dikurniakan ingatan yang kuat

5. Tip berkomunikasi dengan minda dalam mengulangkaji pelajaran
·         Susun kerja-kerja anda yang perlu disiapkan di  atas meja mengikut keutamaan.
·         Sekiranya anda perlu menyiapkan kerja-kerja ulangkaji dalam satu masa, mulakan dengan yang paling susah.
·         Sematkan dalam minda anda bahawa anda pasti akan menyiapkan kerja itu dalam waktunya.
·         Jika anda perlu mengulangkaji di tempat lain, maka pastikan tempat tersebut menjadikan anda fokus kepada subjek.
·         Pastikan anda mengulangkaji subjek yang berat dilakukan di tempat yang senyap dan tenang
·         Tetap duduk mengulangkaji sehingga anda menyiapkan kerja itu sepenuhnya.
·         Jangan membiasakan diri untuk pergi meninggalkan kerja sebelum ianya selesai.
·         Jika anda merasa mengantuk, rehatlah sebentar sehingga hilang rasa mengantuk itu.
·         Berubah tempat duduk juga boleh menyebabkan anda berasa lebih segar.

6. Tip menghadapi hari peperiksaan
·         Pastikan anda telah mendapat tidur yang mencukupi.
·         Bangun awal.
·         Amalkan solat sunat hajat sebelum masuk waktu solat subuh pada hari peperiksaan ataupun pada malamnya.
·         Bersihkan diri, mandi, bersolat subuh dan berpakaian kemas.
·         Bersarapan dengan menu berkhasiat.
·         Pastikan segala peralatan periksaan yang mencukupi.
·         Bacalah doa sebelum memasuki peperiksaan.
·         Jangan cuba mengulangkaji pelajaran sebelum memasuki dewan peperiksaan.
·         Baca keseluruhan soalan dan kenal pasti soalan yang wajib dijawab terlebih dahulu. Kemudian pilih soalan-soalan pilihan yang akan dijawab.
·         Jangan bazirkan masa menghabiskan masa dengan soalan yang susah kerana perbuatan ini akan membuang masa.
·         Mulakan dengan soalan yang senang dijawab dahulu kemudian baru kembali kepada soalan yang susah itu .
·         Para pelajar mestilah membahagikan masa dengan bilangan soalan supaya dapat berfikir dan mengingati fakta-fakta untuk dikemukakan dalam kertas jawapan.
·         Ketahuilah menipu merupakan tidak percaya kepada diri sendiri dan takut gagal.
·         Tulislah jawapan dengan tulisan yang terang dan jelas supaya mudah difahami dan dibaca.







  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday, 11 May 2016

Kasihnya terbahagi ( POLIGAMI )

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ni, kita akan bincang tentang poligami...

Poligami sememangnya sah dalam agama dan merupakan jalan yang lebih baik dalam perhubungan kekeluargaan kerana ia dapat membendung penceraian dalam kalangan rumahtangga. Poligami ini bukanlah sesuatu yang harus dilakukan tetapi ianya hanyalah rukhsah ( keringan ) dalam keadaan darurat sahaja. 

sebagai contoh : 
1) isteri pertama nya tidak mampu memberikan zuriat kepadanya kerana kemandulan, sakit dan sebagainya.
2) terdapat wanita lain yang terpaksa hidup bersusah payah kerana kematian atau kehilangan suami.
3) nafsu suami terlalu kuat sehingga sukar untuk ditunaikan oleh isteri pertamanya. kerana nafsu wanita semakin berkurang selari dengan pertambahan usia mereka manakala nafsu suami semakin bertambah walaupun usianya bertambah.

bagi membolehkan berpoligami, rasa tanggungjawab dan keadilan yang tinggi perlu ditanam dalam diri. Keadilan yang dimaksudakan menyentuh soal giliran, pemberian nafkah zahir dan batin, makan minum , pakaian , jaminan keselamatan dan tempat tinggal. tetapi sekiranya seorang lelaki tidak mampu berbuat adil cukuplah hanya ada seorang saja isteri untuknya.

Si suami hendaklah meminta kebenaran terlebih dahulu daripada isteri secara jelas . maksudnya isteri menyedari akan perbuatan suami untuk meminta dimadukan. seterusnya membuat kebenaran bertulis daripada mahkamah. sekiranya gagal melakukan dua perkara ini, denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. 

mengapa perlu berdaftar??

supaya dapat menjaga hak wanita atau isteri pertama si suami dan anak-anak bagi isteri pertama dan kedua atau yang seterusnya kerana apabila berlakunya kematian, jika tidak didaftarkan akan menyebabkan kesulitan dalam menuntut harta pusaka dan pada masa akan datang banyak proses yang terpaksa dilakukan untuk menuntut harta pusaka itu. hal ini kan melambatkan lagi proses tersebut disebabkan tiadanya bukti pernikahan yang didaftarkan.selain itu juga, sekiranya berlaku penceraian isteri kedua sukar untuk menuntut nafkah zahir daripada suami selepas bercerai begitu juga dengan isteri -isteri yang lain. jadi , sebagai seorang suami yang bertanggungjawab, BERDAFTARLAH ...
dan jika anda merupakan wanita kedua atau ketiga atau keempat itu, ambil tahu sama ada bakal suami anda sudah berdaftar atau tidak. jangan main redah je janji halal ke pe ke.;.

sekiranya anda sebagai suami yang menjalankan poligami, seeloknya buatlah jadual yang teratur untuk isteri-isteri anda sebagai usaha anda untuk berlaku adil kepada pasangan anda.

# INFO UNTUK SUAMI : BAGAIMANA UNTUK BERLAKU ADIL?

1.Penempatan 
- jika ditempatkan isteri-isteri dalam sebuah rumah , pastikan mereka berada dalam bilik yang berasingan.
- jika isteri pertama rumah teres dua tingkat, maka begitu juga isteri yang lain.

2. Pakaian
- jika isteri kedua dibelikan baju bernilai rm200 maka, suami perlulah memberikan isteri pertamanya baju yang sama atau baju berlainan pada nilai yang sama.
- sekiranya isteri pertama tidak mahu menerima baju berkenan, suami tetap perlu memberi rm200 tersebut dalam bentuk note.

3. Nafkah
- jika isteri kedua @ ketiga @ keempat mendapat wang perbelanjaan daripada suami bernilai rm500 sebulan maka isteri pertama juga perlu mendapat jumlah yang serupa. jika mereka memiliki anak, wang yang harus diberikan perlulah dibahagi sama rata dan dikira dengan teliti. serta dicatat penggunaan perbelanjaan nya.

4. Giliran Bermalam
- Sunnah : jika lelaki itu berkahwin dengan anak dara lalu dia bermalam dengannya selama 7 malam sekiranya wanita itu janda, selama 3 malam. ( kelonggaran ini diberikan pada awal- awal perkahwinan tanpa perlu mengqadhakan balik kepada isteri-isteri yang sedia ada.
- selepas beberapa bulan pertama, everything back to normal ,okey.. sekiranya isteri pertama 3 malam,. isteri yang lain pon tiga malam. kecuali ada isteri bermurah hati bagi malam-malam yang sepatutnya dia bersama suami nya kepada isteri lain.

5. Bermusafir
- suami wajib membuat undian sekiranya dia menginginkan salah seorang mengikutnya bermusafir.

lelaki, amacam berani ke nak berpoligami... ni yang saya terangkan baru sedikit bukan secara detail lagi, nak detail lu pikir la sendiri .. hidup ini tak semudah dan seindah yang kita harapkan.. nampak poligami ini macam mudah tetapi bila dah alami sendiri baru akan tahu, betapa susahnya sehingga kadang-kadang terpaksa korbankan kepentingan peribadi.

# NASIHAT KEPADA ISTERI PERTAMA

Teringat lagu yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi indonesia , Astrid - Mendua

Ku tak habis pikir, kurangku di manaKau tega melepaskan aku
Jauh ku menatap, namun terlalu jauhImajinasiku terberaiTerdiam aku beku tanpamuDimanakah letak hatimu?
Kau putuskan tuk menduaDengan dia di belakangkuPadahal ku pilih kamuJadi cinta terakhir


Begitu sekali penangan rasa sakit ketika diduakan atau ditigakan atau diempatkan.. huhuhu.,. :'(

Sebagai isteri pertama, anda ada 3 hak utama yang perlu di pertahankan iaitu
1. Anda boleh mempertikaikan kewajaran tindakan suami untuk berpoligami terutama apabila si suami selama perkahwinan mereka telah pun gagal menunaikan tanggungjawab sebagai suami kepada anda mahupun anak2.. anda boleh melawan tuntutan suami anda di mahkamah.  Yang penting ,anda ada bukti yang kukuh dan juga saksi..bukan sekadar luahan emosi.. tambahan pula kalau suami anda si pendera,. Ambil bukti deraan dan simpan. . Sangat penting!!!

2. Anda boleh mengenalpasti pembahagian perbelanjaan yang patut dilakukan untuk anda dan anak2 oleh suami anda dan juga menetapkan syarat tertentu tentang pembahagian waktu bermalam.

3. Kenal pasti dan bahagikan terus harta2 yang dikumpulkan bersama sepanjang tempoh perkahwinan anda dan suami.  Walaupun sekadar suri rumah, anda ada hak 1/3  ke atas harta suami anda. Anda juga berhak menerima hak yg sama seperti isteri  kedua atau ketiga atau keempat.

Apa yang perlu anda lakukan sebagai isteri pertama?

1. Emosi sedih anda boleh dilayankan tapi jangan sampai menyiksa diri.. tidak makan, tidak minum dan sebagainya,, bangkitlah...

2. Sekiranya anda mengetahui suami anda ada org ketiga daripada org luar, jgn brtindak melulu menyerbu suami dan menyerang teman wanita suami itu. Tanya kan dahulu sama ada betul atau tidak apa yg telah anda tahu.. Begitu juga kalau anda tahu daripada suami anda sendiri,.

3. Berbincang dengan suami dan bertanyakan, apa kelemahan dan kekurangan diri anda.

4. Pertimbangkan semua komen dan kritikan yang suami lontarkan kepada anda. Jika benar, bertindak utk berubah.

5. Cuba ubah sikap dan penampilan diri atau apa jua yang tidak disukai oleh suami tetapi jangan sampai melampaui batasan syariat..

6. Jika komen suami anda langsung tiada kaitan, pertahankan lah diri anda.  Cuba lah sedaya upaya untuk kembali memikat suami anda.

7. Perkara yang perlu anda elakkan ialah mengapi2 kan suami anda dan mengutuk teman wanitanya, melakukan keganasan fizikal ke atas suami, atau memaki suami.

8. Jalan terakhir sekiranya suami anda bertegas utk berkahwin lagi,  terdapat peruntukan undang2 yang boleh digunakan dan membenarkan anda melawan org ketiga. Caranya :-

=》Anda perlu mengemukakan aduan ke Unit Penguatkuasaan dan Pendakwaan, Jabatan Agama Islam yang berdekatan dengan tempat anda.
=》Jelaskan dengan terperinci mengenai hubungan suami anda dengan teman wanitanya yang telah memporak-perandakan rumah tangga anda.
=》 Kemukakan segala bukti yang berkaitan dengan hubungan mereka sama ada bentuk SMS atau gambar.
=》 Aduan akan diselidiki dan jika berkaitan,  pertuduhan dan pendakwaan anda akan dilakukan oleh pihak pendakwa, Unit Penguatkuasaan dan Pendakwaan tersebut. 
=》 Sekiranya disabitkan bersalah, lelaki atau wanita yang terlibat akan dikenakan hukuman yang telah ditetapkan. 

9. Sekiranya semua cara diatas tidak berjaya, dan mahkamah telah memutuskan untuk membenarkan suami anda berpoligami, apa yang perlu anda lakukan adalah :-

* Redha dengan ketentuan Allah s.w.t
* Jangan rasa kehilangan sebab anda bukan kehilangan suami anda, anda hanya berkongsi sahaja.
* Jika suami mampu untuk melaksanakan tanggungjawab nya tanpa mengabaikan hak anda dan anak2,  berserahlah kepada Allah yang Maha Berkuasa, Dia lebih mengetahui akan hikmah disebalik semua ini.
* Jangan sesekali berfikir untuk berpisah kerana tidak sanggup berkongsi kasih. 
* Janganlah melakukan amalan syirik seperti bomoh dan memuja selain Allah. Bersainglah secara sihat.. lakukan yang terbaik untuk suami anda dari segi fizikal dan mental,, sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada suami.. jadi lah yang lebih baik daripada sebelum bermadu kerana ada kes suami cerai dgn isteri nom.2 dan kembali ke pangkuan isteri pertama kerana merasakan isteri pertama lebih memahami. Jadi teruskan usaha pikat hati suami..
* Berikanlah peluang kepada diri anda untuk menerima hakikat perkongsian kasih tersebut.
* Jangan bermusuh dengan madu anda kerana anda dan dia adalah sama seorang isteri kepada seorang lelaki.
* Bantulah suami anda untuk menjadi seorang suami yang bertanggungjawab. 
* Jika anda mahukan hak anda dipelihara, Peliharakanlah juga hak madu-madu anda.
* Jangan bersikap tamak hingga mengawal semua harta benda kerana itu adalah sikap seorang perampas..jangan jadi perampas.. biar lah teman wanita suami anda saja yang digelar perampas bukan anda,. Okey.. jaga maruah diri,. :*

# PANDUAN BERCINTA DAN BERKAHWIN DENGAN SUAMI ORANG

Perbualan antara si A dengan si B (kaunselor)

A : Salahkah bercinta dengan suami orang?
B : Tidak salah malah dalam fatwa mazhab dan ijmak ulama juga tidak menyatakan bahawa mencintai suami orang adalah suatu kesalahan.  Tetapi yang salahnya kalau wanita itu isteri orang, bercinta pula dengan suami orang. Ha! Yang ni memang salah!!!

Mengapa ada segelintir wanita yang begitu berminat untuk dimadukan atau mudah jatuh cinta dengan suami orang? Hal ini kerana mereka beranggapan :-

1. Rasa cinta yang dirasai sukar untuk dibuang setelah terbina.
2. Mempunyai pekerjaan dan kewangan yang sudah kukuh berbanding lelaki bujang.
3. Suami orang lebih banyak PENGALAMAN.
4. Konon suami orang lebih baik dan lebih berharga
5. Mereka lebih pandai menjaga hati, lebih pandai memikat dan pandai melayan perempuan berbanding lelaki bujang.
6. Ada yang menyatakan lelaki yang sudah berkahwin lebih romantik daripada lelaki bujang.

Orang ketiga dalam sebuah perhubungan memang biasanya dianggap sebagai perampas atau pemusnah kebahagiaan orang lain. Saya faham, anda yang sedang bercinta itu mesti sudah bersedia untuk dimadukan tetapi pernahkah anda terfikir jika anda berada di tempat isteri pertama itu? Apa agaknya yang anda rasa? Kepada gadis dan wanita di luar sana yang sedang berhubungan dengan suami org,  fikir gunakan akal bukan dengan hati. Jangan mudah percayakan kata2 suami org. Anda rasa dia semudahnya akan ceraikan isteri dia kerana memilih anda? Anda rasa semudahnya isterinya membiarkan suaminya main kayu tiga?

Tidakkah anda terfikir yang anda akan dikenakan tindakan undang2 sekiranya isteri pertama membuat aduan di mahkamah?  Maksudnya kat sini, kalau seseorang wanita itu menjadi sebab berlakunya ketidakharmonian perkahwinan orang lain, anda bolen disabitkan melakukan kesalahan jenayah.

Terdapat 3 Akta Kesalahan Jenayah Syariah ( wilayah2 persekutuan) yang telah  diperuntukan bagi membolehkan sesiapa saja yang ingin memfailkan aduannya  tentang adanya orang ketiga dalam rumahtangga ke muka pengadilan iaitu:-

SEKSYEN 36 - MEMUJUK LARI PEREMPUAN BERSUAMI

"Mana-mana org yg memujuk lari seorang perempuan bersuami atau membawanya keluar dari atau dengan apa2 cara mempengaruhinya supaya meninggalkan kediaman suami isteri yang di tentukan oleh suami nya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5k atau dipenjarakan selama tempoh tidak termasuk 3 tahun atau kedua-duanya sekali,  dan  Mahkamah boleh memerintahkan perempuan tersebut supaya kembali kepada suami nya."

SEKSYEN 37 - MENGHALANG PASANGAN YANG SUDAH BERNIKAH DARIPADA HIDUP SEBAGAI SUAMI ISTERI

" Mana-mana org yg menghalang sesuatu pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri yang sudah bernikah dengan sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM2k atau dipenjarakan selama tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali dan Mahkamah hendaklah memerintahkan pasangan itu supaya hidup sebagai pasangan suami isteri yg sudah bernikah dengan sah."

SEKSYEN 38 - MENGHASUT SUAMI ATAU ISTERI SUPAYA BERCERAI ATAU MENGABAIKAN KEWAJIPAN. 

" Mana-mana org yg menghasut, memaksa atau memujuk mana - mana org lelaki atau org perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawab nya sebagai suami atau isteri adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5k atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. 


Kalau anda betul2 yakin dengan pilihan anda ni iaitu untuk bermadu, ni tips untuk anda :-

1. Bersifat jujurlah dan belajarlah untuk ikhlas sejak dari mula anda berkenalan dengan suami orang.

2.  Jangan sesekali menyokong sikap bakal suami anda yang ingin merahsiakan hubungan anda berdua walau apa jua alasan untuk kebaikan masa depan. Anda perlu ingat, kalau bakal suami anda berani menipu isterinya, bermaksud dia juga boleh menipu anda.

3. Berjumpalah bakal madu anda atau diperkenalkan kepada bakal madu anda, terimalah dahulu apa saja luahan perasaannya dan  barulah berterus terang dengannya.

4. Ketepikan rasa bimbang dan risau. Bincanglah secara baik tanpa pergaduhan. Terangkan hasrat hati anda dengan baik.

5. Berusahalah menyakinkan bakal madu anda bahawa anda bukan ingin merampas kasih tetapi hanya ingin berkongsi saja. Ingat! Hati anda kena benar2 ikhlas.

6. Dalam masa yang sama, berdoalah, mohon supaya Allah memudahkan segala urusan anda dan bakal suami anda. 

7. Sekiranya anda telah berusaha , namun hasrat anda masih tidak kesampaian, terimalah dan redhalah. Mungkin ada jodoh yang lebih baik yang sedang menanti anda.. berdoalah yg terbaik.. Allah maha mendengar.. 

P/S :

 Jangan sesekali melakukan perkara terkutuk ( seks luar nikah ) kemudian memaksa isteri sedia ada menerima anda kerana anda telah mengandung anak kepada bakal suami anda.

Kalau hal itu berlaku, jangan salahkan isteri suami anda sekiranya dia langsung tidak dapat menerima anda. Atau anda berjaya pisahkan suami isteri tersebut dengan perkara sebegini..

 Jangan ingat anda menang kerana berjaya meruntuhkan kebahagiaan rumahtangga orang lain! 

Jangan ingat anda pandai kerana berjaya memisahkan sepasang suami isteri!

Jangan berbangga diri konon anda boleh menjadi ibu yang baik untuk anak2 tiri kerana anda belum tahu bagaimana sebenarnya menjadi ibu.

saya tahu, anda berhak memilih dan membuat keputusan tetapi anda perlu ingat, di dunia ini, bukan hanya anda tetapi masih ada insan lain yang ingin bahagia. Berwaspadalah kepada doa mereka  yang teraniaya,  doanya pasti akan di makbulkn Nya.

# saya bukan anti poligami
#bukan juga penyokong poligami

* ILMU DARIPADA BUKU BUATMU WANITA OLEH SUZANA GHAZALI..

Semoga kita mendapat sedikit ilmu tentang poligami ni.. 

ISLAM MENGGALAKAN POLIGAMI BUKAN MEWAJIBKAN , BUKAN JUGA MENGHARAMKAN PENCERAIAN.


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tuesday, 10 May 2016

Perigi cari timba atau timba cari perigi?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Entry kali ni nak bincang jodoh macam mana yang perlu kita titikberatkan..

Perigi cari timba atau timba cari perigi? Mana satu pilihan kalbu??

org slalu ckp, " pilih lelaki yg suka kita jangan pilih lelaki yang kita suka!"

bagi aku, aku lebih suka pilih lelaki yg aku suka berbanding lelaki yg suka aku.. untuk jadi suami aku...

apa hujah aku?

# bila kau sukakan seseorang, ofkos kau akan ambil tahu segalanya pasal dy kan yg bukan melaluinya tetapi melalui org terdekatnya.. sapa keluarga dy.. asal mana.. (bukan tnya tuan punya bdn ye, sbb tuan punya bdn boleh je menipu)..

# bila kau sukakan seseorang, kau lebih tahu tahap kesabaran kau dan tahap cinta kau untuk si dia bila mana si dia menguji kesabaran kau..

# bila kau sukakan seseorang,  kau akan menolak unsur seks ke atas diri org tu dan kau akan mencintainya melebihi keperluan seksual itu..

# bila kau sukakan seseorang, kau akan lebih tahu apa yg perlu kau buat untuk menghargai dan menghormati orang yg kau cintai itu..

perkara yg paling penting, aku akan lebih senang dan rela hati untuk memperhambakan dan mempersiapkan diri aku sebagai seorang isteri kepada seorang suami yang menjadi kecintaan aku..

sebab apa aku tak suka kenyataan 'pilih lelaki yang sukakan kita' ?

# lelaki kebanyakan pandang luaran dulu..

biasanya lelaki suka kita ni atas 2 faktor penting, first dy akan tengok muka kita (bentuk bdn ni tak semua laki anggp penting).. dan second,  dy akan tgk perwatakan atau personaliti .. ada laki bila dy tgk muka terus berkenan,. Tak pon tgk je macam sofistikated terus tertawan,. Nak pulak anak org kaya.. yg tu yg rembat dulu.

# ada jugak lelaki main rembat je atas faktor usia

No,. No.. no.. aku mmg tak brapa setuju kalau yang stail ni.. tambah plak laki yang jenis rembat ja kahwin dengan seorang wanita tu atas faktor usia.. dia rasa dia tu dah tua dah.. umur lingkungan 30 ke atas dah.. matlamat dia mesti kahwin!! Jadi dia pon meminang sesiapa saja yang dia nak, dan dia boleh ungkapkan kata cinta sesuka hati dia..

# lelaki sukakan seorang wanita atas faktor keinginan syahwat yang tinggi

yang ni paling benci., terutama bila dia konon suka kat wanita tu, then bila kahwin dia buat tempat tempiaskan nafsu dia sahaja.. sama ada nafsu amarah atau nafsu seks,. Mintak simpang la laki macam ni ya Rabbi..

Tapi semua ni bergantung kepada pilihan masing-masing..

Aku tak kata salah, tapi kita perlu pikir ke depan,,

Nak jugak aku flashback, masa zmn Rasulullah s.a.w dulu, ada seorang wanita yang telah menawarkan diri untuk berkahwin dengan Nabi Allah , tapi telah ditolak dgn baik oleh Baginda s.a.w.  Kemudian, ada seorang wanita lain yang mencemuh tindakan itu dengan menyatakan wanita tadi tidak malu menawarkan diri pada seorang lelaki..Rasulullah s.a.w berkata kepada wanita itu bahawa wanita tadi lebih mulia daripada wanita lain kerana dia menawarkan dirinya untuk berkahwin supaya menjaga agamanya.

Begitu juga , tindakan Saidatina Khadijah yg telah melamar Rasulullah s.a.w melalui Maisarah yang merupakan seorang pekerja khadijah yang setia dan jujur.. Malah perkahwinan itu lebih diagungkan dan diingati oleh Baginda s.a.w berbanding perkahwinan Baginda dengan isteri yang lain sehingga Saidatina Aisyah sendiri cemburu dgn Siti Khadijah walhal Siti Khadijah sudah mengadap Ilahi.

Lelaki yang bagaimana untuk kita tawarkan diri untuk berkahwin dengannya?
1. Lelaki yang ada pengetahuan tentang agama (akhirat) dan dunia
2. Lelaki yang sentiasa berbaik sangka dengan Allah
3. Lelaki yang bijak menguruskan emosinya terutama sikap sabarnya.
4. Lelaki yang tidak bertindak hanya menurut nafsu
5. Lelaki yang sentiasa menjaga hubungan nya dgn Allah dan manusia ( kaum keluarga, jiran tetangga, sahabat2 nya atau masyarakat sekeliling)
6. Lelaki yang tidak kekok memberikan bantuan dan mudah bertoleransi
7. Lelaki yang tidak kedekut
8. Lelaki yang tidak mudah berasa bosan
9. Lelaki yang setia dan tidak curang
10. Lelaki yang jujur dan amanah dalam tanggungjawab.

Ciri- ciri lelaki ini kalau ada JANGAN LEPASKAN!!!

Lelaki sebegini mampu membimbing dan menghormati kita sebagai wanita..

Setakat ni saja tips kali ni..

Tepuk dada tanya hati dan iman..

Apa khabar agaknya..?

Moga lebih tetap ke jalan Allah sehingga kiamat.. aamiin. .

Sekian dulu, terima ksih..

Thursday, 5 May 2016

Wanita : Jom kenali diri anda ( Bhg. 5 - Mengenal Secara Perinci Anggota Peranakan Wanita)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

pada kali ini saya akan menyambung entry daripada yang sebelum ini ... http://solehahkahaku.blogspot.my/2016/01/wanita-jom-kenali-diri-anda-bhg-4.html

semoga apa yang saya kemukakan dapat membantu serba sedikit untuk menikmati dan mengagungkan kuasa Allah.. in shaa Allah..

Dibawah menunjukkan beberapa gambaran mengenai anggota peranakan wanita.





Pada kali ini saya akan berkongsi ilmu yang saya perolehi melalui Buku Panduan Perkahwinan ( Kunci Syurga Yang Terbuang) oleh Drs. Kasmuri Selamat.

1) Dua sarang telur (ovari)
- terletak di sebelah kiri dan kanan berhampiran rahim
- sebesar buah badam yang telah dikupas kulit
- bertugas : keluarkan telur yang telah matang
- tiap-tiap bulan sebiji telur sahaja dan dilakukan secara bergilir-gilir
- asda ketika dua biji telur keluar sekali dan membolehkan seorang wanita mengandungkan anak kembar.

2) Tiub falopin
- dua saluran yang bersambung dengan bahagian anggota rahim pada sebelah kiri dan kanan.
- dihujung saluran ini ada jari-jari halus terletak berhampirqan dua sarang telur.
- tugas jari-jari ini untuk memungut telur yang keluar dari sarang telur kemudian memasukkannya ke dalam saluran itu.
- tugas tiub falopin ini untuk memungut telur yang keluar dari sarang dan membawa masuk ke dalam rahim. apabila telur itu bercampur dengan benih lelaki ( sperma) , ia akan terus tinggal di dalam aras rahim yang lembut itu.

3) Rahim
- anggota yang terletak di bawah perut wanita dan ianya berada pada hujung sebelah atas saluran kemaluan , tersusun dari anggota-anggota yang halus dan mengandungi buli-buli serta takung darah yang halus.
- tempat bayi berdiam didalam perut ibunya.
- boleh mengembang dan membesar sebesar anak yang ada dalam kandungan dan boleh menguncup apabila ia akan menolak darah haid atau menolak keluar anak yang dikandungnya.

4) Leher rahim
-bahagian rahim yang terkebawah sekali, ianya bersambung langsung dengan saluran kemaluan.
- mempunyai buli-buli yang bertugas memberikan kesenangan kepada benih lelaki untuk memasuki rahim.
- kulitnya dialas dengan daging-daging lembut dan urat-urat daging yang kental.

5) Mulut rahim bahagian dalam
- tempat lubang rahim dinamakan mulut rahim bahagian dalam.
- untuk menjaga bayi di dalam bendungan dari gangguan luar.
- terdiri daripada urat-urat yang halus serta sangat terasa bila disentuh.
- apabila disentuh sedikit sahaja , ia akan terasa sakit disebabkan itu lah apabila melakukan persetubuhan secara kasar dan ganas, akan menyebabkan mulut rahim dalam ini melecet dan terluka.

6) Mulut rahim bahagian luar
- lubang sebelah bawah yang terletak di saluran kemaluan dipanggil mulut rahim bahagian luar.
- ianya hampir-hampir tidak mempunyai deria rasa berbeza dengan mulut rahim bahagian dalam.
- apabila bayi dilahirkan, mulut rahim luar ini akan pecah dan terkoyak tetapi ia akan berdaging semula.
- sesudah persetubuhan dilakukan air mani kan terus mengalir dari saluran kemaluan perempuan menuju masuk ke dalam rahim melalui leher rahim ini.

7) Saluran kemaluan
- sebuah tiub yang lembut serta bergetah, tersusun daripada urat-urat berahi, dindingnya bergetah, diselaputi oleh pengalas lembut dan berlendir.
- mempunyai kekuatan untuk menyedut dan mengemut yang dimainkan peranannya apabiala melakukan persetubuhan kerana daging ini boleh mencengkam, menghisap serta menyedut batang zakar sehingga mendatangkan kelazatan kedua-kedua pihak.
- panjang saluran ini diantara 8 - 10cm
- kelihatan tertutup rapat namun akan mengembang apabila teransang sehingga sebesar-besar zakar.
- bibir luar saluran kemaluan ini ada beberapa buli-buli yang mengeluarkan air lendir bagi meminyakkan saluran kemaluan semasa persetubuhan.

8) Selaput dara
- selaput dara ini sangat nipis seperti getah bulat yang menutupi mulut-mulut botol.
- selaput dara ini menutup sebahagian daripada lubang kemaluan perempuan.
- letaknya arah ke dalam sedikit dari mulut kemaluan perempuan.
- bentuknya bergantung pada tubuh badan seseorang, dan tidak sama bagi semua perempuan.
- pada kali pertama persetubuhan, selaput nipis ini akan terkoyak dan akan mengeluarkan sedikit darah serta rasa ngilu bagi perempuan tetapi tidak menyakitkan.
- apabila selaput dara ini pecah, maka tepi-tepinya yang terkoyak itu akan perlahan-lahan mengecut.
- biasanya seorang suami yang bertimbang rasa tidak akan melakukan persetubuhan kali kedua selepas pecahnya selaput dara sehingga bahagian saluran kemaluan ini pulih daripada kesan terkoyak tadi yang biasanya mengambil masa 2 - 3 hari untuk sembuh dari luka.
- terutama sekiranya persetubuhan itu dilakukan ke atas anak dara tua lingkungan usia 30 tahun ke atas kerana agak susah sedikit untuk memecahkan selaput daranya ( semakin tua wanita itu, selaput dara akan menjadi bertambah keras dan kejal)

9) Bibir Kemaluan
- ada dua iaitu sepasang bibir besar sebelah luar dan sepasang bibir kecil sebelah dalam.
-  bibir besar sebelah luar : dua belahan daging lembut dan tebal, diliputi oleh bulu-bulu halus disekitarnya.bibir ini memanjang ke atas dan bertaut diantara kedua-duanya menjadi sebuah bonggolan daging yang terus ke bawah dan bersambung dengan saluran tempat buang najis.
-  sepasang bibir kecil sebelah dalam : terletak arah ke dalam dibawah bibir besar. panjangnya kira-kira 25mm - 35mm. tingginya 8mm - 15mm. tebalnya antara 3mm - 5mm. disebelah atas bibir memanjang sampai ke kelentit.

10 Saluran Kencing
- lubang kencing terletak pada sudut atas diantara dua bibir kecil.
- lubangnya agak kecil.

11) Kelentit
- satu tunas daging yang terletak pada bahagian atas bibir besar kemaluan di atas lubang kencing.
- apabila tersentuh, ia akan berasa geli dan sedap.
- ini adalah sebesar-besar pusat nafsu bagi wanita.
- bila nafsu meningkat, tunas ini akan dipenuhi darah dan terus mengembang serta memanjang kemerah-merahan menjadi lebih besar dan lebih panjang sekali ganda jika dibandingkan waktu tenangnya seperti zakar lelaki.

12) Buli-buli air berahi
- apabila nafsu wanita tinggi, segala buli-buli kecil didalam saluran kemaluannya akan giat bekerja untuk mengeluarkan air berahi bagi membasahkan kawasan untuk melicinkan bagi memudahkan kemasukan zakar lelaki kedalam saluran kemaluan perempuan.


Baiklah ini sahaja yang dapat saya kongsikan kali ini.. terima kasih kerana sudi membaca.. alhamdulillah, mudah-mudahan kita sebagai wanita memahami diri kita sendiri.. :)

terima kasih..


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday, 13 April 2016

Medicine of reducing Anger

Assalamualaikum dan salam sejahtera. .

Kali ni saya nak kongsi tips macam mana nak kurangkan adegan kemarahan dalam rumahtangga dan menjadikan rumahtangga seperti ada 'Noor' .. Petua ni saya ambil dari buku yang sama seperti yang saya bagitau sebelum ni.. Dah nak kahwin kan,, mestilah kena belajar banyak bab rumahtangga supaya kita lebih bersedia..

Seperti dalam lagu nasyid yang kita selalu dengar tu.. nak nyanyi sikit la,, hahahaha,,

" tak perlu aku ragui..
Sucinya cinta yang kau beri,,
Kita saling kasih mengasihi dengan setulus hati..
Ayah ibu merestui..
Menyarung cincin dijari..
Dengan rahmat dari Ilahi..
Cinta kita pon bersemi..
Sebelum diijab qabul kan..
Syariat tetap membataskan..
Pelajari ilmu rumahtangga...
Agar kita lebih bersedia..
Menuju hari yang bahagia.."

Orang tua2 selalu cakap, ingat kahwin ni senang ka?
For me, kalau kita rasa susah dalam apa jua benda pon, benda tu akan jadi susah la,. Kalau mind set kata senang, jadi senang la,,
Lagi satu, kalau kita asyik dok pikir susah nya kahwin ni, abis tak payah kahwin sampai bila2 la kalau nak senang,, <ini bukan ayat suruhan tapi utk difikirkan>

Dah, dah,, asyik membebel je.. hahhaa,,,

Tips utk redakan kemarahan ada kat bawah ni ye,, selamat mencuba,,

Sebelum tu nak bagi tau, kenapa saya bagi tips ni ? Sebab hampir kebanyakan penceraian atau kegagalan dalam perkahwinan disebabkan oleh pertengkaran suami isteri.. tapi ada jugak kajian yang menyatakan bahawa pertelingkahan antara suami isteri wajar diadakan seminggu sekali supaya masing2 tahu ketidakpuasan hati pasangan masing2.. namun perlulah dilakukan secara berkala atau secara musyawarah.. done membebel tambahan,, sorry,, hahahaha,,

Step 1 : teach the du'a for entering the home to your husband and children. . (Doa masuk rumah supaya syaitan tak dapat nak masuk rumah kita jadi kita tak dak la yang nak hasut untuk bergaduh)

" O Allah Ta'ala, I ask you for the good of entering and the good of leaving.  We enter with the name of Allah Ta'ala and we leave with the name of Allah Ta'ala and in Allah Ta'ala Alone do we trust. "

Step 2 : when one becomes extremely angry,  one should recite,

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم و بسم الله الرحمن الرحيم

Step 3 :  the Ahadeeth mention that when one becomes angry while standing, one should sit down. If one is sitting, one should then lie down. When the couple are having an argument,  each one should try to remind the other to sit down and lie down.. if not working, straight forward to next step..

Step 4 : Immediately drink water. If one's husband is also angry, he should also be given water to drink.

Step 5 : if anger still, make wudhu..

Step 6 : swallows their anger and forgive people.

" whoever swallows his anger while in the position to vent it, Allah Ta'ala shall call him before the entire creation on the Day of Qiyamah and permit him to choose whichever damsel of Jannah he pleases"

Step 7 : Imaam Ahmad ( May Allah be pleased with him ) has reported a hadith in which Messenger of Allah ( Peace be upon him ) said, " When any of you becomes angry, he should remain silent ".

When husband and wife start getting an angry, the wife should remind her husband about this instructions and encourage him to abide by this instructions because one's success in this world and in the Hereafter shall be guaranteed when one follows the commands of Messenger of Allah ( Peace be upon him ).  She should admit her fault and tell him that it will not happen again.  The couple should then engage in some other activities so that the matter is forgotten.

Step 8 : when the couple are about to start an argument,  they should leave the place immediately.  The wife may step awhile outdoors and the husband may go to the Masjid..

Step 9 : They may then perform salah or recite a bit of the Quran until their anger subsides..

Step 10 : A person who frequently gets angry should write down the problem in diaries and should write the following sentence on a paper and hang it on where you will see it often.

The sentence is :

" Allah Ta'ala has more power over you than you have over others. "

By writing down the above sentence and keeping it in mind,  one will be able to keep one's temper well under control.

Alhamdulillah. . Selesai dah kongsi sikit tips rumahtangga daripada buku A GIFT FOR MUSLIM BRIDE. . Best tau tak buku ni,, kalau sapa2 yang nak mendirikan rumahtangga tu, memang rekomen sgt buku ni sebagai panduan.. bukan hanya ada untuk pengantin perempuan tau,, pengantin lelaki pon ada,. Tajuk dia,, A GIFT TO GROOM..

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membuatkan kita mampu mengawal kemarahan kita,, saya pon senang belajar untuk kawal nafsu marah ni.. dalam islam ada 4 tahap kemarahan,, janganlah biar diri kita berada pada tahap yang terakhir. . Nak tahu apa? Cari la sendiri,, hehehe,, penat dah la nak menaip panjang2 ,, ayookk,, hehehe,,

Papai sayang2 sekelian,, :)

Tuesday, 12 April 2016

A woman without a husband is a pauper. .?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. .

Lama dah tak update blog ni.. dah berhabuk,. Bersarang tebuan dah.. hahaha...

Hari ni just nak kongsi apa yang saya dah baca tentang kahwin..

Bertunang lama memang menyebabkan kita rasa putus asa nak kahwin.. Aku dah bertunang almost 2 years.. but nothing progress for get married. .
Terlalu banyak dugaan kena tempuh sampai kadang kadang rasa macam, " Argh, tak nak kahwin la macam ni.. "
" Kenapa makin lama aku rasa dia tu macam ada orang lain je?"

Macam macam rasa tu mai.. rasa tak tentu plak .. rasa sedih ada,,, tambah pulak macam macam buat untuk nak halalkan hubungan ni,,
Pergi kerja la apa la..
Allahu robbi. . Allah saja tau macam mna perasaan tu,. Rasa kadang kadang tu fed up dah nak usaha untuk kahwin,. Rasa macam tak de dah perasaan nak kahwin tu,, dan makin hilang perasaan tu.. tiba tiba mai pulak perasaan ' be single is the best choice i think '..

Seronok plak tengok orang lain yang single yang tak perlu pikir usaha nak kahwin.. boleh keluar jalan jalan dengan kawan tanpa pikir duit tu nak simpan untuk kahwin.. heaven kan masa single korang.. aku ni je yang tak free.. nak pi jalan jalan, duit nak simpan utk diri sendiri dan nak kahwin.. sedangkan pihak sebelah sana tak de nak bagi kata putus apa pon dan tak de plak nak usaha macam mana kita usaha., sumpah rasa down sangat bila kau penat penat bekerja sambil belajar tapi tak de hasil.. setiap hari masa baca al-quran, aku rasa sebak sangat,,selalu tanya Allah, ' kenapa Kau buat macam ni kat aku? Tak nampak lagi ka usaha aku'.. Ujian yang Allah uji bagi aku sangat besar..

Dulu masa arwah abah masih hidup tanya abah, " abah, boleh tak adek ti nak bertunang?"
Abah kata, " boleh kah nak belajar sambil bertunang?"..
Aku, " In shaa Allah,  boleh abah! " . Dengan confident nya aku jawab macam tu.. lepas tu siap pujuk abah, " boleh la abah ye, boleh laaaa'..
Abah, " kalau rasa boleh tak pa la bertunang la.. "

Seminggu lepas tu aku bagi tau kat budak kelantan tu cakap abah bagi bertunang, then kami keluar cari cincin..

Bila abah tanya, " nak bertunang dengan sapa?"..

Aku jawab , " bertunang dengan orang kelantan, abah. " ..

abah  dgn mak menolak mentah, katanya mak tak mau nanti ang jadi macam orang kampung kita, laki dia orang kelantan, orang klantan ni bila dia dah kahwin dengan orang tu bila dia bawak pi dok kelantan, depa takkan bagi balik kedah dah.. dok la sana terus..

Pertunangan pertama tak jadi,. Disebab kan tak dak restu mak dengan abah, aku bagitau dia dan kami putuskan hubungan.. cincin tu aku bagi balik kat dia..

Ni pertunangan kedua aku, alhamdulillah semua setuju.. tapi masalahnya sampai sekarang kami masih tak boleh kahwin lagi dengan alasan kami belum bersedia...

Aku cuba terima hari demi hari.. mungkin salah aku jugak sebab bertunang awal.. ermmm.. aku ingatkan bila bertunang awal at least akan membuatkan pernikahan dipercepatkan padahal sama ja.. kalau tahu nak jadi mcm ni, aku tak bertunang pon tak pa,, rasa down sangat..

Lepas tu, aku ada baca buku A GIFT FOR MUSLIM BRIDE , saja baca walaupun belum jadi bride sebab ingat nak tambah ilmu sikit bab kahwin...

Aku kan dah rasa down sangat bab bertunang dan nak kahwin ni kan, jadi aku perlukan kekuatan untuk bangkit kan semula rasa keinginan nak kahwin tu,,

Dalam buku tu aku terjumpa la bawah ayat ni..seolah2 Allah nak suruh aku bersabar sikit je lagi dengan ujian yang dia bagi ni.. sebab bila kita nak dekat nak kahwin, syaitan memang suka nak kacau tak mau bagi kahwin.. kuatkan aku ya Allah, ..

Messenger of Allah ( Peace be upon him ) : A man without a wife is a pauper.
Companion of the Prophet : Even if he is wealthy?
Messenger of Allah ( Peace be upon him ) : He is a pauper even though he is wealthy. A woman without a husband is a pauper.
Companion of the Prophet : Even if she is wealthy?
Messenger of Allah ( Peace be upon him ) : She is a pauper even though she is wealthy.
Messenger of Allah ( Peace be upon him ) : If you have not married despite having the ability and the wealth to marry, you must be one of Shaytan's brothers.
Messenger of Allah ( Peace be upon him ) : I also marry.  Whoever is averse to my practices is not from me.

When a man or woman is ready for marriage,  the Shariah of Islam does not approve of their decision to remain single. The Shariah has laid  tremendous emphasis on marriage so that many evils and sin should not take place at all.  Marriage seals the avenues to immorality,  fornication and a range of other evils that have devastating consequences.

Abdullah bin Mas' ood ( May Allah be pleased with him ) reports that Messenger of Allah ( Peace be upon him ) said, " Seek wealth through marriage "..

According to Allah Ta'ala says, " Marry those from you who are unmarried and those slave men and women who are righteous.  If they are poor then Allah Ta'ala will make each of them wealthy by His grace. Allah Ta'ala is of ample means,  All knowing."

Aa'isha ( May Allah be pleased with her ) narrated that Rasulullah (Peace be upon him ) said, " Get married because women will be a source of wealth for you."

Semoga selepas aku berkahwin dengan bakal suami aku yang entah sapa2 lagi tu, aku mampu menjadi sumber kekayaan untuk bakal suami aku..

Sebab apa aku cakap macam ni, sebab walau pun aku dah bertunang tapi kita belum tahu sapa jodoh kita yang sebenarnya selagi belum sampai ijab qabul..

Aku redha sapa saja yang akan jadi suami aku... sebab aku dah letih terlalu berharap sesuatu yang tak pasti..

Hari tu aku ada jumpa kat surat khabar yang Roonie tu dia bertunang dengan isteri dia dulu selama 10 tahun.. lama tu, aku yang 2 tahun pon dah tak sanggup dah,. Macam mana la dia boleh bertahan.. Allahu robbi. . Menitis air mata.. semoga aku jugak mampu kuatkan hati ni.. dan terus bertahan daripada rasa down,,

Maaf la kali ni punya entry lebih kepada luahan isi hati sikit,, maaf ye,, next time kite kongsi tips ye,, :*

Thanks sudi baca.. tolong doakan Allah permudahkan dan percepatkan segala urusan ijab qabul saya ye,, :*

Sekian, papai semua,,.. emm..muah,, com siked,, hehehe,.

Tiada sambutan hari lahir untuk anakku

Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hai semua, susah nak nyatakan kat sini tapi terpaksa aku luahkan juga..  Mintak maaf ye anakku sayang...