Thursday, 28 March 2013

~~~ Jom kenali Qasidah ~~~

assalamualaikum dan salam sejahtera..

kali ni kmi nak cerita pasal Qasidah pulak...

nak tau tak..

sebelum ni kami tak kenai pon Qasidah tu apa...

selepas Muhamad Hanif bin Kamaruzzaman kenalkan..

bru kami tau..hehehe..

Qasidah pertama yang kami tau...

Ya Badrotim (Wahai Purnama)




lepas tu...

kami dah mula search Qasidah sendiri...

dan kmi jumpa lagi satu Qasidah yang amat menyentuh kalbu...

Ya Hanana ( kalau tak silap kmi..maksudnya.. beruntungnya kami)



jom la dengar..

InsyaAllah..apa yang kmi tau..kmi akan kongsikan dengan kawan2...

semoga terhibur..




~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Monday, 25 March 2013

kucing kesayanganku

~~ meow...meow....meow ~~~

iskh..nape ni ciko sayang???
pergilah main jauh2 sikit...
rimas lah...


~~~ meow...meow....meow ~~~ 
( ciko mnyodol2 kakiku...
menunjukkan kemanjaan nya yang lain daripada hari biasa...)


tak nak lah ciko mcm ni geli la...
(aku mengangkat ciko dan meletakkan ciko atas ribaku)
ha...ciko lapar ek??

~~~ meow...meow..~~~
(makin perlahan tangisannya seolah-olah meraih simpatiku)


lapar sgt la ni...
(aku menggaru2 bawah leher ciko..
aku tau ciko senang diperlakukan mcm tu..
lalu aku cium ciko..dan bawa ke dapur)...
jom,..kita ke dapur ye...

(ciko hanya diam saja apabila aku memegangnya
 dan membawanya ke dapur)..


erm....
(aku meletakkan ciko di bawah..
aku membuka pintu kabinet dapur tapi tak de plak makanan ciko..
buka dalam peti ais..ikan yang mak rebus dah habis..
ciko sekarang memang makan kuat...dah besar kot..)
erm...nak bagi ciko makan ape ek?? peningnye.....
cian ciko...sabar ek syg...makanan habis...

~~~ meow....meow...meow ~~~

(aku hanya memerhatikan ciko dgn rasa empati)..
peningnye...


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

anda berasa pening dan bimbang apabila si manja anda tidak mendapat makanan yang secukupnya?? 
jangan bimbang...
WHISKAS akan membantu anda...memberikan nutrien yang seimbang dan makanan yang berkualiti kepada si manja anda...
ikuti percubaan WHISKAS MALAYSIA secara percuma....
cepat sementara promosi masih ada,...






kini...anda tidak perlu risau lagi... :)



~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Thursday, 21 March 2013

~~~ StReSSsss ~~~



Rasa stress dengan keadaan sekeliling???

mungkin kerana ada sesuatu yang tidak dapat dielakkan berlaku dan mungkin juga apa yang ingin kan tidak mudah didapati dengan mudah..jadi kita senang untuk berasa stress akan sesuatu...mungkin juga kerana kita tidak mampu menahan rasa marah terhadap seseorang lantas menjadikan kemurungan yang dahsyat dalam diri kita,..hal sebegini tidak dinafikan boleh berlaku dalam diri kita..tambahan pula, hidup kita sebagai seorang pelajar yang sekaligus memerlukan kita komitmen terhadap pelajaran dan juga tanggungjawab sebagai seorang anak....

Stress ini juga mungkin akan berlaku terhadap seseorang yang sering dipertangggungjawabkan terhadap banyak perkara seperti menjadi ketua dalam sesebuah organisasi atau sebagainya..tidak kurang juga terdapat segelintir para pelajar sekarang yang lebih gemar berkahwin awal dan ada juga yang telah memegang status ibu muda @ janda muda pada usia yang terlalu muda dan mentah...jadi tanggungjawab yang dipikul adakala membuatkan diri berasa tertekan dengan kehidupan yang dilalui...

kenapa saya cerita tentang stress ye ari ni??? ermmm... bukan sebab ari ni ari stress sedunia ye tapi sebab tergerak hati nak cerita tentang hal ini...yang saya rasakan sekarang masih ramai yang tidak tahu mengawal stress dengan betul.... kalau ada masalah skit..orang sekeliling boleh jadi mangsa..bahaya kan macam ni...

korang tau tak sebenarnya..bahaya kalau selalu stress ni..
macam om putih cakap .....
"Stop the world, I want to get off!" 
ini menunjukkan rasa panik @ stress yang membuatkan seseorang itu mahu menghentikan apa saja yang dilakukannya..cuba untuk bertindak tenang (relax)...

STRESS ???
apa itu stress.???
stress adalah suatu tindakbalas dari segi mental, fizikal  dan emosi seseorang terhadap sebarang perubahan @ tuntutan. stress juga merupakan perasaan yang tidak tenang @ seseorang itu mengalami tekanan (berasa tertekan). stress ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan jantina.

Tahap Stress :
* Eustress - tekanan yang baik yang dapat dikawal oleh seseorang dalam jangka masa yang sikit mahupun sederhana.
* Distress - tekanan yang tidak dapat dikawal sehingga seseorang mengalami kesugulan. (tekanan yang memudaratkan)

Kategori Stress yang memudharatkan :-

  • Tekanan jangkaan (Anticipatory Stress) -berkaitan kerisauan dengan perkara yang belum berlaku
  • Tekanan semasa (Situational Stress) - ketika benar2 berhadapan dengan masalah
  • Tekanan Kronik (Cronical stress) - hasil dari masalah @ konflik yang berlarutan
  • Tekanan Lampau ( Residual Stress) - berkaitan pengalaman pahit di masa lampau

Punca stress :
- tekanan dalam sebarang tanggungjawab yang dipegang
- masalah yang ditangguhkan 
- terlalu merendah diri
- semasa musim peperiksaan
- mengalami masalah kewangan
- kehilangan orang yang disayangi
- keyakinan diri yang rendah
- penyakit keturunan @ berjangkit yang dialami
- kehendak individu yang tidak tercapai

Perubahan dalam diri seseorang yang stress...

  1. perubahan fizikal
  • terlalu kurus @ gemuk
  • hilang keceriaan diri
  • tidak berhias langsung @ selekeh
  • agresif
  • sering mengelamun
  • sering lupa
  • mengasingkan diri @ menyendiri
2. Perubahan sikap
  • mudah marah
  • mudah bosan
  • tidak mampu menguruskan diri
  • suka mengalikan kemarahan terhadap orang yang berada dekat dengannya
  • sentiasa berpandangan negatif
  • mudah hilang pertimbangan
3. Perubahan emosi
  • terlalu cemburu
  • sedih dan sensitif
  • ego dan mementingkan diri sendiri
  • kemurungan
Stress ini sebenarnya boleh memberikan kesan dalam jangka pendek, sederhana dan yang paling teruk dalam jangka panjang.

Kesan terhadap anggota badan :
  • jantung - Tekanan darah tinggi
  • sistem pernafasan - asma, sukar bernafas
  • perut - mengalami sakit perut dan mengalami masalah penghadaman
kesan-kesan lain :-
  • 'burn-out' - hilang semangat
  • menjejaskan aktiviti sosial @ pengelakan sosial
  • mengalami kekecewaan yang teruk
  • cepat berasa letih
  • terdedah kepada risiko bunuh diri
  • hilang kesabaran diri
  • rasa bersalah
Teknik dalam menguruskan stress dengan kaedah yang betul ;
  1.  sentiasa senyum (senyum kan satu sedekah)
  2. mempertingkatkan ketahanan fizikal
  3. menjaga diri sendiri sama ada aspek kesihatan dan kebersihan
  4. berdialog dengan diri sendiri
  5. sentiasa bertolak ansur dengan sebarang ketidakpastian
  6. mengurangkan permintaaan yang keterlaluan
  7. berfikir secara positif
  8. menyelesaikan perkara yang belum selesai
  9. memahami personaliti diri sendiri
  10. meningkatkan jaringan sokongan sosial
  11. beriadah dan bersenam 
  12. mendengar muzik 
  13. melihat persekitaran yang hijau dan bersih
  14. dapatkan nasihat pakar kaunseling
tindakan yang sesuai bila stress ikut cara saya sendiri :-
  1. keluar dari tempat yang menyebabkan kita stress...
  2. cari kawasan yang lapang dan banyak tumbuhan hijau
  3. melakukan regangan badan sedikit
  4. tarik nafas dengan betul
  5. lepaskan nafas dengan betul
  6. pandang sekeliling
  7. merenung dan muhasabah diri sebentar
  8. lastly,...senyum...
  9. kemudian baru sambung buat keje...
kalau kaedah islam pulak :
  • mendengar azan dekat masjid juga mampu kurangkan stress
  • ambik wuduk
  • menunaikan solat taubat @ hajat
  • berdoa @ baca mathurat
  • zikir
  • membaca Al-Quran


okey lah..itu je untuk hari ni...rasa letih pulak badan ni...nak rehat jap...semoga apa yang saya kongsikan dapat dimanfaatkan oleh semua...sory la kalau ada apa-apa yang salah..

" sayang-sayangku sekelian..jangan tension2 dah tau... tak baik untuk kesihatan... sayang semua..."



~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Sunday, 7 October 2012

~~~ A mother's power ~~~

If I teach a child to read at school, I'm called a Teacher.
If I teach my child to read Qur'aan and his sunnah Du'aaz at home, then I'm just a mother.

If I plan lessons for a class, I'm called a Curriculum Coordinator.
If educate my child home, then I'm just a mother.

If I sit and talk to children an hour each, a week, addressing their needs, I'm a Speech Therapist.
If I engage and help my child with sabr every minute of every day, instill proper aadaab n akhlaaq, then I'm just a mother.

If I look after a patient in the hospital, I'm called a Nurse.
If I nurse my child when they're ill, awake all night: none able to replace my reassuring presence, then I'm just a mother.

If I manage my boss's office, I'm called a Secretary
If I organise my children's lives and my home, a place for everything and everything in its place, then I'm just a mother.

If I prepare a meal in a restaurant, I'm called a Chef.
If I cook nutritious meals daily, made with love, remembered forever, then I'm just a mother.

If I work late worrying about a deal for clients, how to make them as much money as I can, I'm a Career Woman.
If I stay up worrying and planning my children's deeni future, the deeni future of our world, then I'm just a mother.

If I went out with colleagues and peers for dinner, comparing notes on the industry, I'd be Networking.
If I went out picnicking with a local mother & her toddlers, comparing notes on parenting, I'd just be a mother.

If I sing on a stage, I'm an Artist. If I sing a nasheed or azkaar every night, the only voice that they want, the only voice that will do, then I'm just a mother.

But we often tend to forget and realise that being a mother n bringing up our children with the correct tarbiyat is the hardest profession of all.

May Allah make it easy for all the mumz-to-be n all those who are already mummyz, and grant/make our children Daees/Duaat

“If a beautiful woman is a jewel...a pious woman is a TREASURE.” 


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Saturday, 15 September 2012

~~~ DiArY HaTiKu ~~~

~~ klu tak suka jgn baca ye...sya tak tahu nak lepaskn kat mana lagi..dlm solat sya dah lepaskan tapi hati sya masih tak tenang ~~

Ya Allah...
ku tahu ku bukan yang terbaik untuk dirinya.
namun..aku berusaha untuk jadi yang lebih baik daripada sekarang,..
aku tahu dirinya berasa terkilan kerana tidak dapat memiliki seorang wanita yang jauh lebih sempurna daripadaku..aku mengerti akan desakan hatinya..tetapi apakan daya, kerana hanya ini yang ku ada..aku tak mampu berikan apa jua keistimewaan untuknya..jauh sekali aku berharap yang lebih baik drp dirinya kerna ku mengerti aku tiada apa yang istimewa..aku telah musnahkan harapannya..maafkan aku..aku tak sengaja..
benar! aku sering berasa yang aku langsung tidak layak untuknya malahan untuk mana-mana lelaki..hatiku kerap kali menangis bila dia menyatakan betapa dia menghitung hari untuk membuktikan betapa cintanya dia terhadapku..kerana katanya dia tidak mahu mengungkapkan sekarang..dia ingin merasai kebahagian ungkapan cinta itu dilafazkan setelah ijab kabul..aku hanya mampu menahan sebak dan keterharuanku terhadap dirinya..aku menangis kerana aku rasakan diriku tidak layak untuk dirinya..Astaghfirullah hal azim..aku menangis lagi di saat engkau menitipkan doa-doa hampir setiap malam dengan harapan doa kita dimakbulkan...aku fhm klu kita berusaha dan berdoa untuk hubungan kita tidak mustahil kita akan bersama...namun..maafkan aku kerana aku tak mampu menjadi wanita yang terbaik untukmu seperti wanita yang lain...engkau selalu menyatakan bahawa engkau merasakan kehadiranku adalah drp tulang rusuk kirimu..tapi aku minta maaf kalau aku katakan yang aku selalu mendoakan engkau mendapat seorang wanita yang lebih sempurna..lebih baik..lebih berketrampilan..lebih bijak.. lebih matang dan mampu menjadi ketua bidadari buatmu..bertepatan dengan janji Allah..lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik...sya amat yakin dengan jnji Allah...sya cuma mahukan yang terbaik untuk awk... tolong jangan pilih sya..sya tak layak untuk awk..awk terlalu baik bagi saya..tak pe..awk jgn risaukan sya..biarlah sya hidup dalam kenangan kita..sya tak nak awk kecewa dlm hidup awk..maafkan sya kerana terlanjur mencintai awk..sya tahu sya tak layak untuk awk..maafkan saya..
carilah wanita yang lebih baik drp sya..sya merayu dgn awk...
sya tak nak awk menyesal..maafkan saya..

****************************************************************************


Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa digenggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati... 

Tersiksa jiwa merindu
Bagai terkurung dibasah tengkujuh
Kewangian aroma bunga
Tak menggugah keteguhan iman... 

Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
Pada redup renung mata yang menipu
Tuntas ku mendaki
Puncak cinta teragung... 
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/i/in_team/setanggi_syurga.html ]
Izinkan aku melafazkan kata
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh
Untuk bernaung... 
(Kerna awan itu rapuh)

Bahagia buat mereka
Yang bertemu cinta yang teragung
Yang membawa ke syurga yang hakiki
Dan abadi... 

Dendam tak marak dan menyala
Oleh putih salju yang berguguran
Kerna dosa itu
Lebih hitam dan kelam... 

Ku anyam rindu menjadi hamparan
Kerna ku pasti adanya pertemuan
Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan
Tak bertemu pengucapan... 

Kata janjiMu... 
Seharum setanggi syurga...


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Saturday, 11 August 2012

~~~ HaRgAi JaSa kErETaMu ~~~

Cam mana kita nak pastikan kereta kita dapat dijaga dengan baik...sebagai bukti kita amat menghargai kereta kita dalam setiap situasi..

  1. letak kereta di tempat yang tidak terlalu terdedah dengan cahaya matahari dan hujan kerana ia akan merosakkan kereta anda..jadi anda perlulah memastikan kedudukan garaj dirumah anda berada pada posisi yang terbaik yang terlindung drp cahaya matahari secara terus-menerus.
  2. sapukan cairan pembersih cat, tayar dan dashboard yang memiliki pelindung untuk menahan panas.
  3. segera mengelap badan kereta anda apabila terkena hujan @ embun pagi hari untuk mengelakkan timbulnya kulat dan karat pada kereta anda
  4. ketika mencuci kereta anda, pastikan anda menggunakan 'syampoo" yang khusus untuk kereta..
  5. hindari penggunaan detergent. jangan biarkan buih2 sabun terlalu lama menempel di badan kereta kerana akan menimbulkan warna yang tidak sekata.
  6. ketika mencuci kereta..elakkan penggunaan kain lap dari bahan yang berpori besar dan kasar kerana ia boleh menyimpan kotoran @pasir di pori-porinya sehingga menggores cat kereta..
  7. jaga kebersihan kereta drp kotoran-kotoran degil misalnya najis burung, debu, minyak petrol dan lain2...
  8. lindungi kereta dengan bahan anti karat
  9. jangan mengilatkan badan kereta hampir setiap hari...lakukan bila perlu sahaja..
  10. pilih bahan cat yang mengandungi lapisan pelindung cat sekali gus dengan anti karat..



~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tiada sambutan hari lahir untuk anakku

Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hai semua, susah nak nyatakan kat sini tapi terpaksa aku luahkan juga..  Mintak maaf ye anakku sayang...