Wednesday, 19 March 2014

Adab-adab dan perkara sunat | NIKAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. tengok tajuk pon dah tau kan.. jadi tak perlu lah saya bercerita panjang kan.. ampa baca je la ye...


1.       Apakah itu nikah?
Akad @ perjanjian antara lelaki dan perempuan bagi menghalalkan hubungan mengikut kaedah dan syarat tertentu dalam bentuk yang kekal.

2.       Adakah perlu bagi seseorang itu bernikah?
ya. Pada asasnya, Perlu selagi mana kamu memerlukannya.

3.       Mengapa perlunya pernikahan?
Untuk memelihara kehormatan diri, melaksanakan tuntutan agama, menyempurnakan iman, mewujudkan ikatan kasih saying antara suami isteri dan mendapatkan zuriat.

4.       Pemahaman mengenai nikah?
Sesuatu perkara yang tidak boleh dihadkan tempohnya dan merupakan ikatan perjanjian untuk memegang amanah dan menyempurnakan tanggungjawab besar masing-masing.

5.       Perkara yang perlu dititikberatkan dalam pemilihan pasangan.
# UNTUK LELAKI
- kerana Pegangan agama nya   (pilihan utama : akan mendapat keberkatan & kebahagiaan)
-  kerana rupa parasnya                 (pilihan utama : kecantikan akan pudar-bila tua-jemu)
- kerana kedudukan @ keturunannya    (pilihan utama : itu saja yang diperoleh)
- kerana hartanya            (pilihan utama : apabila harta habis- papa- kasih sayang kurang)

P/S : perempuan yang cantik tetapi jika berada di persekitaran yang buruk ibarat pohon merimbun di kawasan lumpur yang kotor kerana tiada didikan agama yang sempurna.

#UNTUK WANITA
- beragama
- berakhlak mulia
- amanah
- menjaga hak dan kehormatan wanita lain
- takut kepada Allah s.w.t ( beriman)

P/S :  jika ada pemuda yang agamanya diredhai, datang kepadamu, maka kahwinlah dengannya. Jadi, jika terdapat pemuda yang memiliki ciri-ciri di atas datang meminang,terimalah pinangan mereka. Jika pinangan mereka tidak diterima, akan berlaku fitnah dan kemusnahan yang besar di muka bumi ini.

6.       Perkara penting sebelum berkahwin
* merisik – proses pemilihan pasangan dan melihat bakal pasangan hidup dan keluarganya untuk tujuan berkenalan tanpa berdua-duaan serta melakukan persetujuan dalam pemilihan. Semasa ini, tarikh pertunangan akan ditetapkan.
(amalan ini untuk menambahkan kemesraan antara keluarga pasangan dan diri sendiri dan keinginan untuk bersama bertambah)

7.       Apakah perkara sunat semasa proses bertunang yang telah dilupakan ( amalan Nabi Muhammad s.a.w) ?
orang yang hendak berkahwin atau wakilnya pergi ke rumah wali tersebut – mengadakan majlis yang dihadiri oleh orang-orang islam yang dijemputnya – maka pengerusi majlis ( orang yang ingin berkahwin atau wakilnya ) hendaklah memulakan majlis dengan memuji-muji Allah s.w.t – berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w – dan memberi peringatan kepada hadirin untuk bertakwa kepada Allah s.w.t  serta menyebutkan hasratnya untuk berkahwin – seterusnya meminta keizinan dari bapa atau wali perempuan untuk melangsungkan pertunangan.

P/S : perkara yang sama juga perlu dilakukan oleh wali bakal pengantin perempuan seterusnya menerima lamaran daripada pihak lelaki jika wali tersebut mendapati bakal suami itu memiliki sifat yang diredhai Allah s.w.t. Wali perempuan hendaklah mendapatkan keizinan anak daranya dahulu sebelum bersetuju dengan lamaran tersebut. Jika lamaran itu diterima, maka si wali hendaklah memberitahu kepada wakil tersebut bahawa ianya diterima.

setelah keizinan telah diterima, maka hendaklah kedua-dua pihak memanjatkan doa kepada Allah s.w.t  - kemudian, tarikh pernikahan, mahar dan hantaran akan dibincangkan dan  ditetapkan – akhirnya, majlis pertunangan tersebut akan ditutup dengan bacaan Al- Fatihah dan hidangan jamuan ringkas.

8.       Apakah perkara penting yang perlu diketahui semasa bertunang?
- tidak menghalalkan sebarang perhubungan seperti keluar berdating
- tidak boleh berdua-duaan
- setiap pertemuan hendaklah ditemani dengan mahram si perempuan ( seelok-eloknya pertemuan di rumah perempuan itu)
- sebarang perbincangan hendaklah dielakkan dari unsur nafsu dan syahwat.
- menjaga aurat dan tingkah laku masing-masing
-  bagi perempuan : jangan bercakap terlalu manja dan menggoda
- bagi lelaki : jangan anggap wanita itu telah menjadi hak milik dan boleh melakukan apa saja
- meminta izin daripada kedua ibubapa si perempuan, jika ada keperluan untuk berjumpa dan berbincang.

9.       Bagaimanakah mahar ditentukan?
Mahar ditentukan dengan cara melihat harga mahar semasa bagi setiap negeri @ mengikut kehendak bakal suami. Bukan sahaja dalam bentuk wang, tetapi juga mashaf Al-Quran.

10.   Kenapa mahar tidak boleh diletakkan begitu mahal?
- akan menyebabkan masalah yang besar kepada pihak perempuan dan pihak lelaki
- pihak lelaki akan terbeban dengan hutang
- hubungan masa hadapan mungkin tidak begitu baik

11.   Mengapa Mahar perlu diberi?
Mahar = pemberian wajib oleh pihak suami kepada bakal isterinya bagi menunjukkan rasa kasih sayangnya kepada si perempuan itu dan bagi membolehkan seorang lelaki menguasai seluruh anggota badannya ( mengikut pendapat imam syafie). Selain itu juga, mahar sbg suatu tanda kehormatan bagi seorang wanita.

12.   Apa perkara sunat dalam majlis akad nikah?
* wali @ wakil bagi wali perempuan akan memulakan majlis akad nikah dengan bacaan khutbah nikah.
* diteruskan dengan upacara akad nikah
* bacaan taklik daripada pihak lelaki

13.   Antara Perkara Sunat Yang Jarang dilakukan Selepas Akad Nikah ;

#  Solat Sunat 2 Rakaat ( boleh dilakukan Selepas Akad Nikah atau pada malam pertama atau kedua-duanya sekali).
Niat : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’atainilillahi Ta’ala”Allahu Akbar”Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala.Rakaat pertama: Membaca surah Al-Faatihahdan surah Al-Kafiruun Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas Membaca doa selepas salam


# Sujud Syukur.

# Suami menyerahkan mas kahwin kepada isteri sama ada dalam bentuk wang atau barangan.

#  Suami Memegang Atau Meletakkan Tapak Tangan Diatas Ubun-ubun Atau Kepala Isteri & Berdoa."Apabila salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya (isteri)sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan: ‘ Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. YaAllah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya’"(Riwayat Abu Daud) 

#  Isteri Salam Tangan Dengan Suami Sambil Cium Tangan Dan Mengucapkan 2 Kalimah Syahadah.



14.   Amalan sunnah dalam perkahwinan – Walimah
·         Mestilah dihadiri dengan orang-orang baik dan soleh.
·         Menjemput sanak saudara dan jiran tetangga
·         Menjaga perkara-perkara kemungkaran dan kelalaian daripada berlakunya dalam majlis perkahwinan tersebut
·         Tiada percampuran antara kaum lelaki dan wanita
·         Tidak berhias dengan perkara yang tidak diredhai Allah s.w.t
·         Tidak berlakunya pembaziran
·         Penggunaan kompang dan alat muzik yang tidak melalaikan adalah sunnah nabi
·         Para wanita diharuskan menari sesame mereka melalui tarian yang tidak menghilangkan adab mereka dan para lelaki diharuskan menari sesame lelaki dengan tarian yang bersesuaian dengan kelakian mereka. (berasingan)
·         Perlu ada selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
·          kedua ibu bapa dan sanak saudara mempelai dituntut memberikan nasihat yang berguna untuk panduan mereka kelak.

15.   Adab dan perkara sunat pada malam pertama
# menjumpai si isteri dengan didahulukan dengan ucapan salam
# si suami menatap mata isteri dan memegang ubun-ubun kepala si isteri dan berdoa.. “ Ya Allah, jadikanlah ubun-ubunnya kebaikan dan keberkatan.”
# tunaikanlah solat sunat 2 rakaat dan sujud syukur bersama isteri.
# mendatangi kepada si isteri dan meminta keizinan si isteri sambil menyerahkan mahar @ air susu
# berdoa..
“ Ya Allah, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau kurniakan kepada kami.”
# mengauli si isteri dengan lemah lembut

Sumber :



~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Sunday, 2 March 2014

Seribu Tahun vs a Thousand Years

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

hari ini saya nak bukak mata semua orang... 
sebelum tu jom layan lagu yg saya bagi ni... 

VERSI LELAKI :

SERIBU TAHUN

Relaku menunggu mu, seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup ku kan selama ini
Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia...

Relaku mengejar mu seribu batu jauh lagi
Tapi benar kah kaki ku kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan
Tenang lah gelombang lautan
Ku masih setia

Chorus
Ada kah engkau yakin ini cinta
Ada kah engkau pasti ini tuk selama lama nya
Rela ku menunggu mu seribu tahun lama lagi
Tapi benar kah hidup ku kan selama ini
Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia


VERSI WANITA :

A THOUSAND YEARS

Heart beats fastColors and promisesHow to be braveHow can I love when I'm afraid to fallBut watching you stand aloneAll of my doubt suddenly goes away somehow

One step closer

[Chorus:]I have died everyday waiting for youDarling don't be afraid I have loved youFor a thousand yearsI'll love you for a thousand more

Time stands stillBeauty in all she isI will be braveI will not let anything take awayWhat's standing in front of meEvery breathEvery hour has come to this

One step closer

And all along I believed I would find youTime has brought your heart to meI have loved you for a thousand yearsI'll love you for a thousand more

One step closer
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Anda dah mendengar kedua-dua lagu kan?lagu ini mungkin berbeza..tetapi..mempunyai hasrat yang sama...
bila la agaknya kan....entahlah.....


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Friday, 28 February 2014

kayangan dunia

assalamualaikum dan salam sejahtera...

lama dah rasanya aku tak menjengok keadaan blog aku ni. kebelakangan ni aku sibuk sikit dengan aktiviti palapes.. my netbook pulak nak manja-manja.. time ni la dy nak manja-manja.. tapi alhamdulillah la..aku dah guna netbook tu 2 1/2 tahun dah.. tu yg sayang nak cari pengganti tu.. memang stail aku klu aku dah suka yg tu walaupun dy sakit, aku ttp akan jaga.. tapi org ckp apa.. klu benda tu kita jaga tera mana pon klu dah ditakdirkan satu hari nanty nak ke laut.. ke laut jugak.. macam tu gak dengan org.. kalau sekalipun kita sayang dy bagai nak rak sekalipun, entah ya atau tak dy akan jadi milik kita sampai syurga..aku sedar hakikat tu.. sedangkan ada je org yg baru nak kawin 24 jam je lgi, then tak jadi.. astaghfirullah hal azim... mintak simpang la kan sumo tu.. kalau boleh biar lah apa yg dirancang berlaku dengan baik dan pantas, sbb kalau dah berlaku tak gaduh risau dah.. at least lepas tu kita pikiaq mcm mna nak kekal ja.. entah la, kuasa Allah s.w.t.  insyaAllah.. kalau dah jodoh tak kemana kan..

tapi sekarang ni sya bukan nak bincang pasal jodoh..
sya nak cerita yang saya teringin sgt nak pergi tempat-tempat kayangan dunia... * KAYANGAN DUNIA * ... mesti semua terkejut kan.. tak de la sya je yg panggil tempat tu kayangan dunia sbb nampak cantik mcm dekat kayangan.. eewah..cakap mcm pernah pergi langit ke-7 je.. heheheh... pengaruh animasi kuat ni..hehehehe...

 ampa sumo nak tau benda pa?  *mesty suspen kan*

ampa pernah dengar tak pasal aurora borealis @ northen light.. cantik kan.. mmg cantik.. kuasa Allah..

latar belakang  : 
Aurora ini merupakan fenomena cahaya terang yang dapat dilihat dilangit malam terutamanya di kawasan kutub. fenomena aurora ini di utara dikenali sebagai aurora borealis yg dinamakan sempena nama dewi mereka, dewi fajar rom, aurora dan nama greek untk angin utara, boreas. di selatan pula dipanggil sbg aurora australis atau cahaya selatan yang mempunyai sifat yg serupa. antara warna asas yg sering timbul adalah warna hijau, biru, dan merah. apabila dy berkombinasi wujudlah warna pink dan ungu. kita boleh lihatnya dengan jelas pada bulan ogos sehingga bulan april.. aurora ini terjadi di saat medan magnet bumi bergabung dgn udara yang mengalir dari matahari. gesekan itu menyebabkan perpindahan tenaga yang dapat menghasilkan belahan bumi utara yang bersinar. hal ini kerana kawasan kutub utara dan kutub selatan memiliki tarikan graviti yang agak lemah berbanding kwsn khatulistiwa.

# nak tahu lebih lagi mcm mna pembentukannya boleh baca sendiri kat sini . dan di sini..bukan sya tak nak cite tapi sya tak nak pandai buat ajaran sesat..hehehe.. #


yang ni warna hijau 


merah, ungu , hijau dan pink

* wrna pink tu yg mengancam sebenarnye *

tempat-tempat menarik :

saya nak kongsikan dengan anda ttg tmpat yg ada benda ni.. dy ni ada kat ALASKA, NORWAY, FINLAND, ICELAND, KANADA dan lain-lain lagi. pendek kata kat kutub utara dengan selatan la senang.

sya sebenarnya teringin nak pergi norway..
 ni saya dapat sedikit info ttg aurora di norway...


Norway menjadi tempat terbaik diantara tempat lainnya untuk melihat cahaya utara. Ada beberapa kota di Norway yang menawarkan pemandangan aurora, namun yang terbaik adalah Tromso. 



Tromso menyajikan festival yang ditujukan untuk menghormati dewa fajar. Pada saat fajar pertama menyentuh tanah Tromso, festival cahaya utara dimulai. Festival ini dirayakan di seluruh wilayah Tromso dan diisi dengan musik, makanan.

Tromso terletak di 571 km dari lingkaran Artik. Aurora Borealis boleh dilihat sekitar pukul 6 ptg sampai pukul 1.00 malam setiap dua kali sehari. Cuaca memiliki peranan penting dalam pertunjukan aurora, jadi sering-seringlah melihat perkiraan cuaca. 

Januari adalah bulan terbaik untuk berkunjung. Ingat, udara Tromso benar-benar sejuk, pastikan Anda membawa persediaan baju sejuk yang cukup.


* kenapa dalam banyak-banyak tempat aku pilih NORWAY??

sebabnya kat norway ada ICEHOTEL.. yg boleh nampak cahaya aurora ni dengan jelas...

best kan..

cuba bayangkan dpat duduk kat anjung hotel tu malam2.. lpas tu, tgk ke arah langit yg mcm kayangan.. wah! bestnye!

# tambah-tambah kalau pergi dengan suami tercinta dan ibu bapa tersayang #  :)




subhanaAllah..cantik kan?? kuasa Allah..
Allah itu Maha Besar dan Maha Mengetahui 
segala rahsia di langit dan di bumi..
ni kita baru dapat teroka sikit ja..
yang lain tak tau lagi..

# sebenarnya benda ni sahabat saya la bagitau.. Hafika Hanis..dy belajar geografi... kalau tak aku pon ngok jgak pasal benda2 macam ni.. hehehehe.. #


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tuesday, 31 December 2013

angan-angan.............................ku ( ambang 2014 )

assalamualaikum dan salam sejahtera..

aku cuba nak lepaskan tension aku selepas study yg tak sampai sejam...
itulah diriku..
baru baca kejap dah mengantok..
jadi aku ambil langkah untuk menulis blog yg super simple ni..hehehe..
erm... malam ni aku nak menceritakan tentang angan-angan ku...
oleh kerana dalam masa sejam lebih lagi kita akan ke gerbang 2014..
bukan gerbang perkahwinan tau..hehehe..
jadi banyak la kiranya idea-idea untuk aku menaip malam ni..
ampa layan je la na apa yg aku nak cakap ni..hehhee..
ofcoz la apa yg bakal aku cakap ni memang totally bout me..
erm.. aku memang ada niat nak berubah..
aku fhm bila org selalu dok tnya aku..
 " ang ni bila la nak berubah..cuba jadi matang sikit. "
mak pon ada cakap benda yg sama jugak..
aku tgh mencuba la ni..
aku ni bukannya baik sangat..
tapi tak salahkan kita cuba nak berubah jadi baik..
mesty ada org cakap..
ala..dia ni cakap je...
kan dah nama pon azam 2014..
ikut suka i la nak azam pe pon..heheh..
janji kita ada jugak inisiatif untuk berubah..
jangan sampai tak pikir langsung nak berubah..itu sgt rare,...
azam aku mungkin ada yg sama dengan tahun lepas..
kerana banyak lagi tak tercapai..

apa azam aku taun lepas yg tak berjaya???
nak jadi anak yg baik..
mmg sampai skrg pon susah lagi nak capai status tu..
bukan senang nak memenangi hati ibubapa kita..
bila kita dah tackle hati abah..hati mak pula yg terluka..
ya Allah..aku takut nnty Allah tak nak terima segala amalan aku,..
hanya kerana aku pernah menderhaka kat mak aku...
serius tak bermaksud pon aku nak buat macam tu...
kadang2 aku terpikir kat mana salah aku..
tapi ntahlah..mungkin mak ngan abah betul..
aku tak nak la..disebabkan aku ni ( like anak derhaka ni)..
mak dgn abah susah nak masuk syurga sbb kena soal bnyak dgn Allah nnty..
aku kalau boleh nak jumpa mak ngan abah kat syurga nnty..

kedua..
aku nak jadi adik @ kakak yg baik..
yg ni memang dri dulu lgi aku dok pegang..
tapi entah knp skrg aku dah jadi fed up nak jadi kakak yg baik..
sbb aku salahkan diriku yg sampai skrg tak mampu nak didik adik aku..
aku takut kalau mak ngan abah kena soal ttg adik aku nnty..
tapi sikap adik aku yang membuatkan aku putus asa untuk ajaq dia..
insyaAllah taun depan aku akan buat balik..
aku takkan putus asa..
seyesly..aku nak tgk adik aku berubah..
bila aku dpt tgk adik aku berubah..itu adalah kejayaan terbaik aku..

ketiga..
aku nak berusaha lebih lagi untuk jadi pelajar yg bukan sahaja berjaya di dunia tetapi insyaAllah berjaya di akhirat jugak..
tapi susah untuk capai matlamat ni...
perlukan banyak pengorbanan..
seriusly kadang2 aku rasa macam aku tak mampu nak pikul...
aku ni banyak sgt main...
tu yg jadi lagu ni..

keempat...
aku akan cuba jadi kawan yg baik..
insyaAllah..aku akan cuba sedaya upaya...
mungkin aku bukan roommate yg baik..
terhadap roommate aku yg skrg atau bekas roommate aku dulu..
tapi insyaAllah...aku akan jadi roommate yg terbaik 
untuk my future roommate...  ( wink...wink... ! )..ehehhehe...

kelima...
yg ni mungkin lambat lagi...
tapi akan cuba yg terbaik dari sekarang..
ilmu aku bab2 ni pon tak banyak lagi..
aku masih dan sedang mempelajari ilmu2 ke alam yg baru ini..
aku pernah berhasrat untuk pakai macam ni...


masa hari bersejarah aku nanty...
tapi entah lah...
dari sekarang pon banyak benda lgi yang nak kena perbetul..
kena perbetul niat...
cara berpakaian...
cara pergaulan..
dari segi fardu ain kena mantap..
fardu kifayah kena ambik tau...
macam-macam lagi..

aku amat menghormati ada sesetengah pihak yang boleh berubah dengan mudah dan segera..
silakan..
aku tak kata langkah yg mereka ambil itu salah...
tapi bagi aku..
nak berhijrah ni bukannya mudah..
pengorbanan yg besar diperlukan..
aku ni..
mcm mna nak berubah..
sedangkan perkara asas (hubungan kekeluargaan) aku pon aku tak mampu nak perbaiki lagi..
dengan diri sendiri asyik dok buat benda salah yang aku sedar salah tapi aku dok buat jugak kesalahan yg sama..
teruk ke tak teruk aku ni kan...

biarlah aku berubah slow2..
aku nak sekali aku dah berubah..
aku takkan berpatah balik ke takuk yg lama..
biar org tau yang  aku memang serius nak berubah...
dan biar masa tu..
walaupun langit berputar..aku takkan ubah pendirian aku..
dan aku paling tak suka kalau ada org yg nak mempengaruhi dalam perubahan yg bakal aku lakukan..
aku nak bila aku buat sesuatu tu ikhlas kerana Allah..
bukan sebab alasan tertentu..
bagi aku..
apa-apa pun niat tu yang penting kan..

apa pula azam anda tahun 2014??
cuba check blik..
jom muhasabah diri sama-sama dengan aku malam ni..   :)

~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Friday, 27 December 2013

Orang lain sudah...aku?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entry malam ni just nak luahkan isi hati kecil ku...
Seyes aku sgt2 jeles dgn kwn2 aku yg dpt kawin awal...

Tambah2 lepas baca blog ni...
http://myraluvherlife.blogspot.com/2011/12/truth.html..

Lagila...
Pemilik blog tu sama umur dgn aku...
Tapi...dpt kahwin msa 19 tahun..
Lagi awal drp aku...
Simple je diorg kawin..tanpa hantaran..juz maskahwin...
Ni yg bertambah minat aku untuk meneruskan hasrat hati ku..
Perasaan nak berkahwin awal tu mmg dah terpahat dlm hatiku ini dari form 2 lgi,,.
Sbb ada satu perasaan yg aku yakin dia jodoh aku...
Tapi... Bila? Mak abah aku bagi ka?

Entah bila la turn aku...

Mmg aku dh lama fikirkan hal ni...
Tapi aku tak pasti ttg jodoh aku..
Malah aku memikirkan keluarga aku yg terlalu mementingkan adat melayu...
Aku rasa agak sukar untuk aku mendapat persetujuan drp kedua ibubpaku..
Dan mmg tak semudah yg disngka..
Sedangkan sebelum ni bila ada je org tnya pasal diriku...
Mak aku akan cepat2 menyatakan " tunggulah dia abis belajar dulu... "
Bila aku dgr ayat mak aku mcm tu...
Aku dah cuak dah...
kompom mak takkan bagi aku ni kawin awal punya...
Aku tahu nak kahwin bukan senang...
Tapi aku rasa cara yg pemilik blog tu buat sangat bagus,..
Aku pun sebenarnya ada niat nak buat mcm tu...
Tapi..tak bleh... kluarga aku amat mementingkan adat...
Jadi, pendek kata banyak benda yg perlu diikuti yg akan menelan banyak belanja..
Sebenarnya,...kalau ikut aku,,,aku tak nak yg terlalu merumitkan keadaan...simple pon cukup la...janji syariat terjaga,..
Aku bukannya baik sangat...tapi tak salah nak cari keberkatan dalam rumah tangga,..
Kalau buat yg grand2 pon..klu tak bahagia wat pa...
Tapi nak wat cam ne..
Aku bukannya ditakdirkan jodoh awal..
Tapi ustaz ckp..takdir boleh ubah..
Yg penting kita usaha...
Aku sentiasa doakan supaya Allah membukakan pintu hati kedua ibubapaku terutamanya untuk menerima keputusan aku untuk berkahwin awal...
Harap2 akan ada keajaiban yg berlaku..
Aku percaya dengan kuasa Allah..
Bila Allah cakap kun fayakun..
Aku percaya Allah tak pernah memungkiri janji..
Aku hanya mampu berdoa..
Robbi yassir wala tuassir robbi tammin fil khair...
Semoga Allah memudahkan segala urusan ku..
Aku tak sanggup lagi hidup dalam melakukan dosa2 kering..
Aku hanya mengharapkan Allah memahami setiap apa yg aku hajati..
Tidak lebih dr itu...
Keranaa aku percaya rezeki itu drp Allah...
Kalau sekali pun aku kawin masa umor 30 ..kalau ditakdirkan Allah tak de rezeki dan keberkatan..tak guna jugak,..
Sbb tu la aku berharap sgt dpt kawin awal..
Sbb bg aku..kawin awal ke lambat ke sama ja klu bab rezeki ni...
Tapi kalau org dh tak restu...takkan aku nak wat jugak...
Sbb tu la...aku sentiasa doa supaya Allah buka mata hati org2 yg aku syg..untuk kebaikan aku..
Salah ka klu aku nak wat benda yg baik? Kalau aku dah bersedia...

Tuesday, 24 December 2013

Abah kat hospital

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bukan senang, nak senang...
Tapi susah bila susah...

Ntah la..kadang2..kta nampak mcm senang...tapi yg jalani yg susah...

Susahla kalau kita nak puaskan hati semua org kan...
Amboi...berleter panjang..hehehe...

Entry kli ni juz nak kongsi pasal keadaan abah je,..
Alhamdulillah selepas tebuk beberapa kali di bahagian perut dan paha..
untk predialisis...

Then..abah dah dapat cuci dah...
Lpas ni nak buat dialisis je la...
3 kali seminggu..

Tapi tak tau lgi kat mana..
Thanks kepada semua yang mendoakan abah supaya sembuh...
Terima kasih sgt2...
Sayang semua...

Wednesday, 18 December 2013

Pendermaan & Pemindahan Organ dalam Islam

assalamualaikum dan salam sejahtera..

saya memang teringin sangat nak pindahkan organ saya mahupun darah saya kepada orang-orang yang memerlukan. setiap kali ada aktiviti pendermaan darah, saya selalu teruja nak derma..tetapi saya rasa sedih sebab setiap kali saya nak pergi derma ..dah 4 kali dah pergi try..tapi tak boleh sebab berat tak cukup 45kg.. padahal masa tu cuma 44.8 kg je pon..saya marah sangat kat nurse tu..saya tahu bukan salah dia tapi saya terkilan sebab tak dapat nak derma darah. saya pernah derma darah sekali saja..tu pon darah saya diambil setengah botol saja sbb dr takut sya pengsan. tapi serius saya tak rasa apa-apa pon..tak sakit mcm org dok takutkan tu pon..cuma lepas derma darah tu rasa pening sikit la... dan kawan cakap muka saya sangat pucat. masa tu saya tak terus sambung ke kelas sbb kawan saya suruh saya balik rest kat bilik. tapi anyway..pengalaman tu serius best..

disebabkan saya tak boleh sgt nak derma darah..tiba2 saya terpikir.. kan bagus kalau dapat derma organ..ayah saya sakit buah pinggang..yang memerlukan RM33,000 setahun untuk dibelanjakan bagi rawatan mencuci darah..tidak termasuk pengangkutan, masa yg sekurang-kurangnya 6 jam dan makanan. saya pernah menyuarakan hasrat hati saya kat my future roommate . tapi dia tak menggalakkan saya..katanya kita boleh derma tapi ikut kepada keperluan.. macam abah mungkin akan guna sekejap ja..jadi sama je hasil dia..lain la kalau derma kat budak2 sbb dengan usia dia macam tu..mungkin dia akan guna lebih lama..kalau la saya guna sebelah je nanti..nak hidup lama lagi..kalau rosak yg sebelah tu kena tunggu org lain dermakan pulak. lagi susah.

bukannya saya tak sayangkan abah..sayang sangat2.. tapi betul jugak cakap dia..lepas tu..saya ada search kat website tertentu dan beli buku mengenai pemindahan dan pendermaan organ ni...ni antara ilmu yg boleh saya kongsikan.

Derma : bantuan yang berupa wang kepada kumpulan dan lain-lain iaitu pemberian ikhlas dan sedekah kepada orang miskin.
Pendermaan : perihal@ perbuatan mendermakan.
penderma : orang yang menderma.

manakala..

Pindah : mengalihkan sesuatu @ melakukan perubahan ke atas sesuatu.
Pemindahan : perbuatan memindahkan / mengalihkan

organ : alat dalam tubuh (manusia, binatang, tumbuhan) yang mempunyai tugas yg penting.

transplan (umum) : memindahkan, mengubah, menanam dan pindahan.
transplan (tersirat) : penukaran organ yang telah rosak dan digantikan dengan organ penderma untuk diberikan kepada pesakit yang memerlukan.

definisi pemindahan organ ini terbahagi kepada dua ;-
# pengalihan organ drp penderma kepada penerima untuk mengambil tempat organ yang rosak pada badan penerima.
# menggantikan organ yg gagal berfungsi dengan baik pada tubuh badan seseorang dengan organ baru daripada seorang penderma.

antara yang boleh didermakan :-
* organ : buah pinggang, jantung, hati, paru-paru atau tulang

* tisu : kulit, kornea, injap jantung dan lain-lain.

sumber : google

ada dua pandangan mengenai hal ini...

# situasi pertama : diharuskan #
pemindahan organ manusia yg telah mati kepada yang hidup dengan empat syarat...

  1. hendaklah orang yang diambilkan organnya telah mengizinkannya sebelum matinya dan dia waras, sudah baligh dan tiada paksaan atau diizinkan oleh walinya setelah kematiannya.
  2. hendaklah terbukti bahawa pemindahan itu akan berjaya @ berhasil pada umumnya.
  3. hendaklah dipastikan bahawa pemindahan itu semata-mata untuk berubat dan bukan untuk maksud dan tujuan lain.
  4. tidak ada unsur kontrak jual beli dalam pemindahan organ tersebut.
# situasi kedua : tidak diharuskan @ dibolehkan dalam beberapa keadaan berikut. #
  • mengambil organ daripada org yg telah mati demi menyelamatkan manusia lain yg memerlukan dengan syarat org yg diambil itu telah mengizinkan dan seorang mukallaf.
  • mengambil organ drp binatang yg halal dimakan dan telah disembelih atau selain itu, dalam keadaan darurat untuk digantikan kepada manusia yg memerlukan.
  • mengambil sebahagian drp badan manusia untk menampalkan atau dipindahkan ke bahagian lain daripada badannya sendiri mengikut keadaan yg diperlukan,
  • memasukkan sesuatu benda ke dalam badan manusia sebagai cara berubat daripada penyakit..contohnya : memasukkan besi ke tulang.
4 syarat pemindahan organ yang perlu dipatuhi sebelum menjalani pemindahan organ orang yg hidup kepada orang yg memerlukan iaitu...
  1. hendaklah persetujuan memberi itu atas kerelaannya bukan dengan paksaan.
  2. hendaklah pemindahan organ itu merupakan usaha yg terakhir serta dalam keadaan darurat bagi mengubati pesakit.
  3. hendaklah dipastikan bahawa operasi mengambil organ dan memindahkannya kepada pesakit itu umumnya berjaya menghasilkan faedah yg diharapkan.
  4. janganlah orang yg mengambil organnya itu menempuh bahaya yg akan mengganggu keadaan hidupnya yg biasa.hal ini kerana bahaya tidak boleh dihapuskan dengan melakukan sesuatu yg mendatangkan bahaya lain yg sama berat dengannya. jika berlaku demikian, bererti org itu mendedahkan dirinya kepada bahaya dan hukumnya adalah tidak harus dari segi syarak.

kunjungi laman sesawang utama : http://www.dermaorgan.gov.my/
Derma Organ

Sumber : Buku Pemindahan & Pendermaan Organ
Oleh : Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
~ Terima kasih Dr. Zulkifli atas info ni ~



~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tiada sambutan hari lahir untuk anakku

Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hai semua, susah nak nyatakan kat sini tapi terpaksa aku luahkan juga..  Mintak maaf ye anakku sayang...