Wednesday, 24 May 2023

Wean off baby cradle

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku nak berkongsi sedikit tentang kejayaan aku wean off anak aku dari tidur buaian..

Sebenarnya memang dah lama aku nak buat cuma belum ada kesempatan saja.. 

Alhamdulillah selepas anak aku thaqif yang comel ni menunjukkan tanda- tanda nak tidur bawah.. aku pon makin bersemangat nak terus kan misi aku ni..hahaha..

Mungkin terlalu awal untuk dibanggakan tapi apa-apa pon aku tetap berbangga kerana dapat juga bagi anak aku tidur di bawah tanpa cradle net.. 

Ye, susah sangat wey..

Hampir-hampir putus asa.. 

Tapi alhamdulillah aku pujuk diri aku.. kalau aku tak buat sekarang bila lagi nak cuba buat kan..

Okey, thaqif pon sekarang dah umur 1 tahun 10 bulan.. elok la kiranya dia belajar-belajar tidur bawah.. nanti dah ada adik dia nak kena tidur dalam buaian pulak ... Pengganti dia..Hahaha.. tapi kalau boleh adik dia pon aku nak try ajar tidur bawah jugak .. sebab sekarang aku dah tau caranya sikit2..

Sebenarnya sebelum ni aku tak tahu cara yang betul nak wean off anak aku dari cradle net ni.. lepas tu aku dapatkan nasihat dari beberapa orang yang dah ada anak beberapa orang kan..

Ramai yang bagitau.. sampai masa anak kita sendiri yang akan menolak untuk naik buaian ni.. mungkin faktor ketinggian dan ketidakselesaan..

Macam mana kita nak tau anak kita dah bersedia untuk tidur tanpa buaian?
1. Mengamuk bila dimasukkan ke dalam buaian
2. Mengunjurkan kaki seolah-olah ingin turun dari buaian
3. Menangis-nangis ketika berada didalam buaian..

Apa yang aku buat untuk pastikan anak aku boleh tidur dibawah?
1. Pastikan suasana bilik atau ruang tamu sedikit gelap atau malap pencahayaannya..
2. Try untuk buat bedtime stories
3. Try buka cartoon yang paling disukai anak tapi volume yang perlahan..
4. Tepuk anak 
5. Pastikan anak kenyang sebelum tidur
6. Buat-buat tidur semasa tidurkan anak.. andaikata tertidur sekali itu rezeki namanya.. hahahaha..

Alhamdulillah.. semoga anak aku terus wean off dari buaian.. senang sikit nak bawak berjalan 😂🤣

Okey, sampai sini saja setakat ni.. kalau ada progress yang baru.. nanti aku update dalam entry lain ye..

Terima kasih semua reader sudi blogwalking kat blog aku ni.. 

Semoga Allah murahkan rezeki kita semua di dunia dan diakhirat..aamiin..

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments: