Sayap kiri kepada Muhammad Termizi bin Mohamad Jamil.... Bismillah hi rahman ni rahim .... All praises belong to Allah Taala and may His choicest mercies and blessing be on His noble Messenger, Nabi Muhammad s.a.w ( Peace be upon him )..... 'O our Rabb! Accord to us the coolness of our eyes from our spouses and children, and make us leaders of the pious. Aameen.... Semoga ilmu yang dikongsikan bermanfaat untuk semua orang dan memberikan sedikit pahala buat diri ini.. aamiin..
Friday, 5 July 2013
Thursday, 4 July 2013
Darahku... personalitiku...
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kali ini saya ingin membuat pendedahan
mengenai kaitan antara jenis darah dengan personaliti seseorang.
Darah jenis A = individu yang mampu melakukan
sesuatu ke tahap yang Terbaik.
Darah jenis B = individu yang boleh
berkomunikasi dengan baik tetapi agak mementingkan diri sendiri.
Darah jenis O = individu yang tegas dan mampu
membuat keputusan yang bijak.
Darah jenis AB = individu yang berfikiran
lebih kompleks dan banyak terlibat dalam bidang kesenian dan penyelidikan.
Kalau saya...darah jenis O ... saya rasa
keterangan itu agak tepat dengan diri saya,..
anda pula bagaimana??
mungkin ada individu yang saat ini berkata.. “
tak sama pon dengan aku...”
Keterangan di atas mungkin tidak sepatotnya
kita mempercayai 100% tetapi ia hanyalah hasil kajian semata-mata..
jumpa lagi...
~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~
BENGKEL MENGHADIRI TEMUDUGA..
Sebelum menghadiri temuduga
1.
Fahami diri sendiri
·
Ketahui kelebihan dan kekurangan
diri sendiri
·
Ketahui juga kemahiran dalaman dan
luaran diri sendiri
2.
Kenali dan meneka soalan yang
bakal diajukan
·
Ketahui tentang syarikat yang
telah diminta itu
·
Ketahui lokasi untuk ditemuduga
·
Ketahui tugas-tugas bagi kerja
yang diminta itu
·
Ketahui juga gaji yang sepatotnya
diperolehi untuk kerja tersebut.. ( sbb kdg2 penemuduga nak uji tentang gaji
kat kita..hati-hati soalan trick ini)
·
Buat summary tentang apa yang kita
faham dengan kerja tersebut.
3.
Sediakan resume yang secara detail
dan menarik
·
Utamakan personal detail
·
Highlight kebolehan diri sendiri
·
Gunakan ayat yang simple and sweet
untuk buat summary tentang diri korang
·
Nice spacing ( 1.5 -2.0 ) *
memudahkan pembacaan
·
Boleh buat dalam bullet list
·
Ceritakan serba sedikit tentang
pengalaman bekerja
·
Nyatakan kemahiran dalaman dan
luaran korang
·
Senarai pendekkan anugerah yang
pernah diperolehi
·
Selitkan dengan kurikulum dan
kokurikulum yang pernah korang ceburi
·
Letakkan sekali reference contact
4.
Persediaan dalaman dan luaran
·
Membuat solat hajat sebelum @
selepas solat subuh
·
Membuat solat dhuha (jika sempat)
·
Ketahui pengalaman daripada
individu lain yang pernah mengikuti sesi interview jika korang baru 1st time
nak pi interview..
·
Memakai pakaian yang kemas dan
tidak berwarna warni..
·
Seeloknya pakaian formal seperti
baju kurung , baju kemeja , baju batik..
·
Warna pakaian yang digalakkan :-
hijau muda, hijau , biru dan putih. (warna pastel dan nampak lembut je tau..jangan terlalu menonjol seperti warna
oren, merah dan kuning terang...sbb kita nak pi temuduga..bukan nak pi
menggoda..)
·
Pastikan kasut bertutup dan
memakai stokin
·
Pastikan korang menjamah sedikit
makanan.. ( kdg2 ada orang yang terlalu ketaq..sampai tak lalu nak makan..kene
makan sikit tau..sikit pon jadi la..)
·
Minumlah air secukupnya (jangan
minum air sejuk)
·
Pastikan semua dokumen telah
disusun rapi dan salinan dokumen juga dibawa.
·
Jangan lupa membawa kad pengenalan
dan lesen memandu (sbb ada sesetengah syarikat yang ambil berat mengenai lesen
ni..ikut kepada tugas yang korang mintak la).. oh ya,.. kena fotostat jugak tau
yg ni..
Semasa ditemuduga
·
Sampai ke tempat temuduga lebih
awal daripada waktu yang ditetapkan.. ( ini menunjukkan attitude kita)
·
Duduk diam-diam di tempat
menunggu...tunggu giliran sehingga dipanggil..
·
Masuk ke dalam bilik penemuduga
dengan sopan.. ( ketuk terlebih dahulu.. yang penting, jangan menghempas pintu
tersebut.. ketika berjalan ke hadapan penemuduga, jgn membelakangkan
penemuduga)
·
Bersalaman dengan penemuduga yang
bersamaan jantina saja
·
Gunakan bahasa badan
·
Mengucapkan kata-kata aluan kepada
penemuduga..
·
Jangan duduk selagi penemuduga
tidak suruh duduk
·
Jika penemuduga membenarkan untuk
duduk.. duduklah dengan sopan dalam bentuk H.. jangan cross leg tau...
·
Mendengar dengan teliti apa yang
diperkatakan oleh penemuduga
·
Jaga eye contact
·
Sell yourself ( bukan menjual
maruah tau..tetapi meyakinkan penemuduga dengan kebolehan dan kemahiran yang
kita ada)
·
Bersikap jujurlah dalam setiap
persoalan yang diutarakan
·
Bercakap mengikut mood penemuduga
·
Jangan cakap banyak sangat ( takut
nanty penemuduga hilang tumpuan dan mula boring)
Selepas ditemuduga
·
Ucapkan terima kasih
·
Bersalaman dan memberikan senyuman
yang paling manis
·
Hantarkan ucapan terima kasih
melalui email dan surat
·
Keluar dari bilik tersebut dengan
baik
·
Lakukan solat syukur kerana
melepasi tahap genting
·
Teruskan melakukan solat hajat dan
istiqarah
~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~
Mahligai impianku...
1. Syurga Firdaus
Syurga yang diciptakan dari emas yang merah
dan diganjarkan kepada orang yang
khusyuk dalam solatnya (kosongkan
minda...minta perlindungan daripada Allah dari syaitan..memandang ke arah
tempat solat sahaja..membaca surah lazim sekadar didengari oleh telinga sendiri
dengan memahami maknanya..tidak banyak pergerakan dalam solat yang membolehkan
terbatalnya solat..tidak solat dalam keadaan terlalu lapar atau terlalu letih)
, menjauhkan diri daripada perbuatan sia-sia
, sentiasa menunaikan zakat ( zakat zahir = zakat harta, zakat emas,
zakat pelajaran dan sebagainya... zakat jiwa = sentiasa berzikir kepada Allah..sentiasa
memohon keampunan daripada Allah.. sentiasa berselawat keatas Nabi Muhammad
s.a.w ) , sentiasa menjaga kemaluannya (tidak melakukan zina :- zina
kecil iaitu zina mata = melihat perkara yang diharamkan, zina telinga = tidak
mendengar sesuatu keburukan dan keaiban , zina mulut = memperkatakan tentang
sesuatu perkara yang mengaibkan diri sendiri mahupun orang lain , zina hati =
berkeinginan untuk melakukan perkara yang diharamkan yang akhirnya membawa
kepada zina besar..yakni disaat seseorang tidak lagi menjaga kemaluannya) , memelihara
amanah , menepati janji , dan
memelihara solatnya ( solat di awal waktu ).
2.
Syurga ‘Adn
Syurga yang diciptakan dari intan putih dan
diganjarkan kepada orang yang bertakwa kepada Allah , orang yang beriman dan beramal soleh , banyak membuat kebaikan dan meninggalkan
perkara keburukan , sentiasa bersabar , sentiasa menginfaqkan
hartanya (zakat) , dan membalas kejahatan dengan kebaikan.
3.
Syurga Naim
Syurga yang diciptakan dari perak putih dan
diganjarkan kepada orang-orang yang benar-benar bertakwa kepada Allah
dan orang yang beramal soleh.
4.
Syurga Ma’wa
Syurga yang diciptakan dari zamrud hijau dan
diganjarkan kepada orang-orang yang bertakwa kepada Allah , orang
yang beramal soleh , seseorang yang takut dan mempercayai dengan
kebesaran Allah , dan seseorang yang mampu menahan hawa nafsu.
5.
Syurga Darussalam
Syurga yang diciptakan dari yakut merah dan
diganjarkan kepada orang-orang yang mempunyai keimanan yang kuat dalam
keislamannya , sentiasa membaca dan melihat ayat-ayat suci Allah ,
dan beramal soleh.
6.
Syurga Darul Muaqaamah
Syurga yang diciptakan daripada permata putih
dan diganjarkan kepada orang yang sentiasa bersyukur kepada Allah.
(orang-orang yang tinggal di dalamnya tidak pernah merasa lelah dan lesu )
7.
Syurga Al- Maqamul Amin
Syurga yang diciptakan daripada permata putih
dan digandarkan kepada orang-orang yang sentiasa bertakwa kepada Allah.
8.
Syurga Khuldi
Syurga yang diciptakan daripada marjan merah
dan kuning dan diganjarkan kepada orang yang taat menjalankan perintah Allah
dan menjauhi segala larangan-Nya.
semua orang memiliki impian yang sama sepertiku..
jadi...janganlah kita mensia-siakan kehidupan kita yang sementara ini...
marilah kita sama-sama memenuhinya dengan beribadah kepada Allah supaya kita dapat tinggal mahligai yang serba indah itu..semasa kita berada dalam kehidupan baru selepas dihidupkan kembali sesudah kita meninggal dunia..
insyaAllah...amin..
~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~
Aku...kamu..kita... apa bezanya???
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ini saya terasa tertarik untuk
membincangkan mengenai persahabatan...
“ Aku
lebih gemar bersendirian dan bagi aku, bersendiri tu adalah satu kebebasan. Tak
banyak buat dosa.”
Luahan kata-kata daripada seorang gadis yang
pendiam yang ku kenali..
Mungkin kata-kata ini membuatkan kita
menganggap si dia sebagai seorang yang sombong atau mungkin seorang yang ulat
buku atau mungkin seseorang yang tak pandai berkomunikasi dalam sesebuah
masyarakat...mereka juga merupakan golongan
yang sukar menolak perlawaan orang lain dan lebih senang menerima
perlawaan tersebut..pendek kata, golongan ini senang didiskriminasi oleh
golongan tertentu..
Saya percaya ‘ MENYENDIRI’ ini agak penting
kerana kita dapat mengelakkan diri kita daripada perkara-perkara yang akan
menjurus kita ke arah kerosakan dan kejahatan. Jadi, kita perlu tahu waktu bila
kita nak bersama kawan...waktu bila kita nak bersendirian... kita juga dapat
memuhasabah diri dikala kita bersendirian.
Tidak pula saya menyokong 100% konsep
menyendiri ini...
Mengapa
saya katakan begini???
Sedar atau tidak... apabila kita sering
bersama dalam satu kumpulan, kita akan lebih cenderung untuk membuat fitnah ke
atas orang lain. Hal ini akan membuatkan jiwa kita mati dari mengingati Allah..
Tetapi ada sebahagiannya yang bertindak dalam
satu kumpulan..memiliki perwatakan yang unggul dan berintegrasi...
Semuanya bergantung kepada pemilihan kawan @
sahabat @ rakan @ teman @ member yang dapat membawa kepada kebaikan.. hal ini
kerana individu lain yang mendampingi kita akan menjadi cermin kepada diri
kita...
Maksudnye????
Pengaruh rakan sebaya ini besar pengaruhnye
dalam diri seseorang.. sebagai contoh, apabila kawan kita ingin mengikuti
sesuatu majlis agama..sudah tentu dia akan mengajak kita...hal ini secara tidak
langsung akan mempengaruhi pemikiran dan sikap kita...begitulah sebaliknya..
Apa bezanya kawan, teman, rakan, member dan
sahabat ni???
Kawan - orang yang bersama-sama melakukan sesuatu
kegiatan @ pekerjaan yang sama dalam satu organisasi.. ( dalam pergaulan
seharian)..mengenali tetapi tidak begitu rapat @ tidak mengenali kita secara
detail.. kebiasaannya bukanlah golongan yang sesuai untuk kita ceritakan rahsia
mengenai diri kita.
Teman – orang yang bersama-sama melakukan
sesuatu kegiatan dalam kehidupan seharian sehingga ke akhir hayat.. atau lebih
tepat kawan akrab.. TERHAD kepada seorang sahaja...golongan ini biasanya
menjadi pelengkap hidup individu lain..boleh jadi golongan ini merupakan suami
sendiri... atau mungkin kawan lelaki (bagi lelaki yg bujang)... kawan perempuan
( bagi wanita yg bujang)..golongan ini kebiasaannya diberikan kepercayaan penuh
terhadap sesuatu rahsia..mereka sering berkongsi suka dan duka..dan menjadi
tempat luahan hati individu lain..kebiasaannya mereka tinggal bersama dibawah
satu bumbung @ mungkin rumah bersebelahan..sentiasa menerima kelebihan dan
kekurangan individu lain..
Rakan – kawan dalam sesebuah perkongsian
(persatuan, jabatan @ organisasi dll)..golongan ini kita hanya mengenali mereka
dari segi rupa paras..bentuk badan.. cara pertuturan..maksudnya kita hanya
menyedari kehadiran golongan ini....tidak begitu mengenali golongan ini malah
ada sebahagiannya kita tidak tahu nama dan alamat mereka..
Member – golongan@ ahli @ pengikut yang
menganggotai sesebuah kumpulan @ persatuan.. perkataan member ini dikutip
daripada istilah bahasa inggeris yang berperanan sama seperti kawan..maksudnya..kita
mengenali mereka tetapi bukan secara detail...
Sahabat -
golongan yang bersama-sama melakukan setiap aktiviti ke arah kebaikan
dan mengajak meninggalkan keburukan... peranan nya sama seperti teman.. tetapi
tidak terhad kepada seorang..boleh jadi 2 orang @ 3 orang @ lebih..mengikut
kepercayaan kita kepada mereka..Cuma mereka tidak tinggal sebumbung atau
tinggal berdekatan.. tapi cukup dihubungkan melalui teknologi moden dan sering
bertemu dan bersama..
Jadi ... yang mana yang patot kita percayai???
Jawapannya ialah ‘ sahabat ‘ dan ’ teman
‘......
Ciri-ciri SAHABAT @ TEMAN ini ialah.....
·
Sentiasa mengajak ke arah kebaikan
·
Mampu menasihatkan kita
·
Bersama tak kira waktu susah atau
senang
·
menziarahi sahabatnya sama ada
diwaktu sahabatnya sakit atau tidak
·
mengecapi kejayaan dan kebahagiaan
bersama-sama
·
saling bantu-membantu
·
boleh dipercayai
·
sentiasa menerima kelebihan dan
kekurangan seseorang lain
·
membantu membaiki kekurangan orang
lain dengan hikmah..
·
sentiasa bertoleransi
·
saling sayang-menyayangi...
·
segera memohon kemaafan antara
satu sama lain juga tercetus perselisihan faham
·
tidak menganggap sesuatu masalah
itu sbg serius..
·
mampu berfikir secara rasional
·
tidak menyebarkan keaiban dan
rahsia individu lain
Akhir kalam.... TWO IS BETTER THAN ONE...
Berjuang di Medan ilmu
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Kali ni saya nak menceritakan bagaimana untuk
kita berjuang habis-habisan di medan ilmu...
Memandangkan saya telah habis peperiksaan,
jadi saya ingin kongsikan serba sedikit amalan yang selalu saya lakukan pada
musim peperiksaan..
Ok...kita sedia maklum...study week ni... antara
seminggu atau seminggu setengah kan.. ikut kepada subjek yang telah habis
dipelajari..
Sebelum
study week (buat jadual)
·
Senaraikan jumlah buku dan topik
yang perlu dipelajari
·
Aturkan juga sesi ulangkaji
bersama kawan2..
·
Agihkan jumlah buku mengikut hari
Sbg contoh : katakan ada 5 subjek..
hari
|
buku
|
ahad
|
sejarah
|
isnin
|
ekonomi
|
selasa
|
geografi
|
Rabu
|
Falsafah sains sosial
|
khamis
|
Pendidikan islam
|
·
Agihkan topik mengikut jumlah jam
dalam sehari..
Masa
|
Jumlah jam
|
aktiviti
|
Tandakan (/) bg yg siap
|
6.00 pg – 7.30 pg
|
1 1/2 jam
|
Sej – bab 1 dan 2 (hafal)
|
/
|
7.30 pg – 8.00 pg
|
½ jam
|
Rehat (uruskn diri)
|
(dalam proses)
|
8.15pg – 10.15pg
|
2 jam
|
Sej – bab 3 dan 4
|
|
Semasa study week
·
Follow je table yang dah dibuat..
·
Kalau ada perubahan apa-apa, means
korang ada event yang kena ikut ka...maksudnya akan menyebabkan perubahan dalam
time table.. korang boleh tambahkan jam pada waktu yang korang tetapkan untuk
rehat... ( berkorban sikit apa salahnya kan)..
·
Jangan study lewat malam..
sekiranya keesokkan harinya ada peperiksaan...
·
Study smart dan gabungkan dengan
study hard.. maksudnya... study smart = kita ada jadual terancang.. study hard
= kita belajar dengan lebih gigih sedikit berbanding hari biasa..
·
Mulakan perbincangan dengan
kawan-kawan dan pensyarah subjek yang
berkenaan.
·
Sebelum mula study..amik wuduk dan
baca doa penerang hati terlebih dahulu...sediakan sebotol air putih..
·
Subjek yang perlu penekanan dan
hafalan yang banyak...ulangkajilah di waktu pagi sesudah subuh..
·
Subjek yang perlukan pengiraan dan
penelitian, eloklah diulangkaji pada sebelah petang..
·
Banyakkan ulangkaji soalan past
year.. (sbb kebiasaannya soalan dy ada yang ulang-ulang)
·
Sebelum tidur, ingat kembali
formula yang telah dihafal.. (refresh minda)... * awas... kadang2 boleh jadi
tertidur tau tak..hehehe...
Sehari sebelum peperiksaan
·
Semak semua nota.. dan soalan past
year..
·
Pastikan alatan penting seperti
alat tulis.. kad matrik... kad pengenalan... slip pengambilan
peperiksaan..kalkulator.. semua tersedia di atas meja study..
·
Mohon maaf dan juga restu daripada
ibu bapa,..ahli keluarga.. pensyarah..penasihat akademik..kawan-kawan..
·
Jangan banyak berbual kosong dan
bergelak ketawa keterlaluan..
·
Pastikan sudah siap diseterikakan
baju untuk dipakai keesokkan harinya..
Semasa musim peperiksaan.
·
Membawa semua alatan dengan
lengkap ke dewan peperiksaan..
·
Membaca doa sejak dari mula keluar
dari rumah..sehingga duduk didalam dewan peperiksaan.
·
Elakkan mempunyai perasaan gemuruh
yang keterlaluan..
·
Untuk elakkan gemuruh..
beristighfar banyak-banyak...dan bacalah.. rabbi yasir wala tu assir..
·
(30 minit ke bawah) Sebelum masuk
dalam dewan peperiksaan.. elakkan daripada menyemak kembali nota.. (tindakan
ini akan menyebabkan diri kita lebih nervous)..
·
Masuk dewan dengan melangkah
menggunakan kaki kanan terlebih dahulu dan membaca bismillah..
·
Duduk di kerusi dengan tenang..
dan mula membaca doa.. jgn buka kertas soalan lagi..( utk elakkan diri jadi
cemas)
·
Bila bukak kertas soalan...1st
thing... semak muka surat betul ke tak.. ada soalan macam kabur2 ke tak...baca
semua soalan sepintas lalu..baca arahan yang paling penting..memang la kita dah
faham format peperiksaan..tapi mana lah tahu dia ubah soalan pulak..then..barulah
mula menjawab..
·
Kalau soalan berbentuk esei @
karangan..lakarkan dulu point kat kertas soalan..
·
Kalau soalan berbentuk fakta tapi
dy mintak dalam point..tetap kena hurai macam biasa tau..
·
Kalau soalan berbentuk
kira-kira..nyatakan jalan kira dari A to Z ... kita anggap je pemeriksa macam
budak baru belajar...
·
Kalau soalan berbentuk
graf...pastikan paksi y dan paksi x dy betul dan semak kembali semua titik yang
digabungkan.
·
Yang paling penting, pastikan kita
memenuhi kehendak soalan...bukan soalan yang ikut kehendak kita,,.hahahha...
Selepas musim peperiksaan
·
Banyakkan berdoa dan melakukan
solat hajat
·
Bertawakal setelah berusaha
bersungguh-sungguh
·
Tunggu result dengan sabar ye...
Itulah diantara tips untuk korang semua...
saya sayang sangat anda-anda sekelian..
Monday, 1 July 2013
Kehadiranmu, impianku...
saya nak ambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih kepada "seseorang" kerana telah hadir kembali dalam hidup saya..
bersyukur sangat2 kerana Allah mendengar rintihan hati saya...
alhamdulillah...
(entry terpendek...tapi penuh makna)
~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~
Subscribe to:
Posts (Atom)
Tiada sambutan hari lahir untuk anakku
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hai semua, susah nak nyatakan kat sini tapi terpaksa aku luahkan juga.. Mintak maaf ye anakku sayang...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. kali ini saya masih nak berkongsi ilmu bersama kawan-kawan lagi tentang penggunaan 'sesuatu...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sudah banyak hari tak menaip untuk entry baru ni. Rindu lah pulak sebab tulah yang buka balik bahag...
-
1 . Kesukaran untuk menurunkan gaji Gaji minimum ini merupakan gaji yang dikuatkuasakan oleh undang-undang kepada pihak majikan...
