Tuesday, 7 October 2014

Keluargaku = keluarganya

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat hari raya aidil adha, nak ucapkan kepada semua yang mengenali diriku..

Bersempena hari raya ni, kak saya telah bagi cadangan untuk beraya bersama dengan keluarga tunangku..
Subhana Allah.. tak terungkap ucapan alhamdulillah ke hadrat Allah. .. syukur sangat. .
Memang dah lama saya nak pergi ke rumah si dia.. tapi kerana rasa hormat dengan perintah mak..
Saya tak berani nak kata apa apa pun.. saya faham apa yang mak buat untuk kebaikan dan menjaga maruah keluarga kami juga. .. jadi, saya layankan saja..
Bila mak  dah setuju... then kami decided nak pergi rumah si dia. .

Saya beritahu En. Tunang tentang kedatangan kami...si dia sangat happy.. tak terungkap..
Mau tak nye.. saya belum pernah menjejakkan kaki ke rumahnya sebelum ini..
Petang tu, selepas semua tetamu balik.. kami bersiap siap dengan segera.. takut kalau kalau akan ada lagi tetamu yang hadir.
Lebih kurang pukul 5 lebih kami bertolak ke rumah si dia..
Nasib dekat je.. Gurun Sahara ja pon.. hehehe..
Rumah saya kat bukit selambau jadi lebih kurang 30 minit sampai la..

Alhamdulillah. . Keluarga si dia melayani keluarga saya dengan baik sekali..
Terharu sangat..
Saya dah anggap keluarganya = keluarga saya sendiri..
Masakan bakal MIL pon sedap sedap belaka..
Nasi daging dgn bihun sup..
Memang meleleh air liur..
Patutlah En. Tunang makin mem 'Bam Bam' kan diri..

Abg jan merangkap abg ipar saya kata.. " mampuih la ang siti, mak dia dah la pandai masak,. Ang belajaq la masak sedap sedap lepas ni..."...
Saya senyum je.. ada betulnya apa yang abg ipar cakapkan tu..
InsyaAllah saya akan cuba sedaya upaya untuk belajar masak..
Respon En. Tunang, " tak pa la tak pandai masak,  nanti boleh belajaq dengan mak"...
Yelah awak...

Memang rancak la sembang dengan mak dan ayah si dia.. keluarga si dia pon sporting. ...
Alhamdulillah. . Happy sangat...
Dah rasa macam sebahagian keluarga sendiri dah..
Sampai balik layanan yang diberikan sangat mengharukan hati saya..
Sebelum balik sempat berborak dengan ayahnya..
Ayah si dia kata " ha, dah ingat ka jalan nak mai sini?"..
Saya senyum ja.. dan kata " pernah mai, tapi dulu garaj lain.. sekarang dah lain.. hehhee"
Memang la pernah pergi ke rumah si dia sebab kat depàn rumah si dia selalu jadi pot untuk berkumpul sebelum pergi mana mana. . Cuma tak pernah masuk rumah si dia ja..

Balik ja rumah.. perasaan sedih menyelubungi diri sendiri. .
Sedih + marah pada diri sendiri sebab terlupa nak ambil gambar ramai ramai dengan keluarga si tunang..
Sedih sangat.. mungkin ada hikmahnya kot.. husnuzon..

InsyaAllah,..
kalau ada sumur diladang,
boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita bersama lagi. . ♡ ♡ ♡ ♡ ♡

#maaf  *no pictures here!

Friday, 19 September 2014

Sewa baju tunang

Saya nak sewakan baju tunang saya. .. Jubah Maxi Dress. .. my own design. ..
Material : heavy satin
Tudung : halfmoon chiffon ( manik handmade )
Veil : not included
Colour : soft pink + grey
Kasut : included (grey)
For more detail : whatsapp me at 0125705495 or email me : haniey_style@yahoo.com

Wednesday, 6 August 2014

Perfect day for me ( u ~~ part of me)


assalamualaikum dan salam sejahtera..

hari ni nak review je bagi ampa semua tengok..
nanti balik upsi saya cerita ye..
sekarang busy sikit la...
tapi tak sabar dah cerita... :)








~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

My E-dAYS

assalamualaikum dan salam sejahtera...

alhamdulillah.. syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya sya dapat juga bertunang pada 1 ogos 2014 bersamaan dengan 5 syawal 1435h iaitu hari jumaat.. 

alhamdulillah...sekarang saya dengan rasminya telah menjadi tunang Mr. T. aka Mr. Muhammad Termizi bin Mohamad Jamil..

harap-harap hubungan kami akan membawa satu ikatan yang kuat sehingga bergelar suami isteri yang sah di dunia dan di akhirat.. sehingga ke syurga... amiin...insyaAllah.. doakan senjata orang mukmin... jadi saya akan terus berdoa kepada Allah.. tolong doakan kebahagiaan, kejayaan dan rezeki yang melimpah ruah untuk kami ye..

alhamdulillah... segalanya berjalan dengan baik.. sebenarnya banyak lagi yang saya nak ceritakan tapi nanty dulu la.. simpan.. bagi semua ternanti-nanti.. heheheh..

disini saya nak bagi tengok sedikit cebisan masa hari pertunangan saya yang lalu..







~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday, 16 July 2014

My Secret is All About Me ( Part 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya masih ingat lagi setelah saya putus cinta dengan Mr. T, kehidupan saya banyak berubah dari segi pemakanan dan penjagaan kesihatan. Perubahan ini ketara pada bulan pertama setelah kami berpisah pada 27/12/2011.
Kenapa kami putus??  Biarlah rahsia ~~~lagu siti berkumandang~~~
Erm.. sebenarnya sukar untuk menerima kenyataan ini sebab kami dah bersama hampir 4 tahun sebelumnya lagi. Jadi, pendek kata dah macam kamcing dah. Banyak benda yang saya buat mengingatkan saya kepada mr. T.  Selepas kami putus, saya cuba untuk contact si dia kembali. (tak malu kan).. entah lah,.. saya beranikan diri.. tapi responnya negative..
selepas beberapa hari, si dia menghubungi saya kembali, tapi saya tidak dapat menerimanya kembali sebab saya rasa si dia tidak betul-betul bersedia untuk menerima saya kerana saya berpendapat kalau dia ingin menerima saya mengapa tidak dia member respon positive masa saya hubungi dia kembali.. walaupun di mulut saya cakap tidak mahu sambung balik tetapi hati saya sebenarnya menginginkan kami bersama lagi walaupun sekadar kawan rapat sebab saya dapat rasakan apabila kami putus cinta, kami seolah-olah putus kawan sekali. Dia seolah-olah menganggap saya orang asing. Saya tak nak la macam tu.
Selepas daripada kejadian saya tidak menerima ajakan si dia untuk menjalinkan hubungan percintaan, dia terus menyepikan diri tanpa khabar berita. Saya sangat sedih dengan keadaan ini. Saya menganggap bahawa sememangnya dia tidak serius sewaktu menginginkan kami bersama semula. Saya amat sedih waktu itu. Kesedihan saya berlanjutan sehingga 3 bulan lebih. Kemudian, saya mendapat keputusan stpm. Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi. Sejak itu saya jarang bersedihan lagi, kak saya cakap tak guna sedih untuk orang yang tak tahu menghargai kita. Saya ambil kata-kata kak saya dan saya simpan dalam minda saya. Setiap kali saya bersedih, saya akan ingat kata-kata kak saya itu.
Pada bulan mac 2012, saya mengenali seorang lelaki (Mr. X) dari laman sosial. Saya bertanyakan pendapat kak saya mengenai hubungan melalui laman sosial . kak saya tidak menyetujui akan hubungan sebegitu, katanya hubungan sebegini hanya akan mengundang padah. Aku berkawan dengan lelaki itu dengan harapan aku dapat bina hidup baru. Tak nak lagi sedih2 macam dulu.  Selepas aku mengenali lelaki itu dalam beberapa hari, suatu hari mr. X memberitahu bahawa dia akan menghadapi peperiksaan pada sebelah petang, saya membacakan yasin untuknya sewaktu exam itu bermula. Apabila dia habis menjawab exam, dia memberitahu bahawa dia dapat menjawab soalan dengan baik dan saya terberitahu tentang surah yasin yang dibacakan itu kemudian dia berasa sangat terharu sehingga meminta saya menjadi pasangannya. Saya pada ketika itu belum dapat menerima mr. X kerana hati saya masih lagi ada pada mr. T. Susah saya nak tafsirkan.
Pada penghujung bulan mac itu, saya mendapat tawaran ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Seri Kandi. Saya tidak begitu kerap mesej mr. X kerana sangkaan saya, kami Cuma kawan biasa tak lebih dan tak kurang. Lagipon, kami hanya mesej menggunakan fb saja. Di rumah saya tiada kemudahan internet jadi agak sukar untuk berkomunikasi tetapi sebelum saya bertolak ke plkn sri kandi, saya membuka fb sekejap sebelum pergi ke sana. Kebetulan dia online, saya beritahu dia yang saya hendak pergi latihan plkn. Dia meminta nombor telefon saya , alasannya supaya dia dapat menghubungi saya lagi.
Bulan April - Apabila sampai di plkn, saya terpaksa menyerahkan handset kepada warden yang bertugas. Hujung minggu, bila saya bukak handset, saya dapat banyak mesej dan miscall. Saya tidak memberitahu dia dengan andaian dia Cuma kawan tak perlu tahu apa-apa pon. Dia bertanyakan tempat saya menjalani latihan dan sebagainya. Saya menjawabnya seperti kawan biasa yang ingin tahu mengenai diri saya. Lagipon masa tu saya sentiasa teringat kepada mr. T. Teddy bear yang mr. T berikan saya bawa bersama untuk mengubat rindu saya kepada tuan yang memberinya. Mungkin sebab itu juga saya tidak begitu mengambil serius dengan mr. X.
Minggu kedua saya berada di PLKN, saya terkejut dengan kehadiran mr. X ke tempat latihan saya. Dia datang pada hari sabtu dan sememangnya hari itu merupakan hari lawatan kepada ahli keluarga penghuni sepi ini. Saya sangat terkejut. Dia sanggup datang dari jauh semata-mata untuk melihat keadaan saya di sana. Saya sangat terharu. Hari itu, dia menyatakan hasrat hatinya untuk lebih serius dengan saya tapi saya belum dapat menerimanya sebab saya masih mengingati mr. T. Dia memahami saya dan dia tidak memaksa saya membuat keputusan. Dia telah memberikan sim kad baru kepada saya supaya dia dapat menghubungi saya dengan mudah. Ketika itu, digi buat promosi 24 jam berbual.. tapi bukan 24 jam pon kami berbual sebab saya masih terikat dengan latihan dalam PLKN tu. Jadi kami hanya berkesempatan berbual hujung minggu sahaja.
Pada detik 12 malam, semasa hari lahir saya, dia telah menghubungi saya dan menyatakan keinginan hatinya untuk menjadikan saya tunangnya.  Saya bergurau dengannya sambil memintanya agar menelefon ibu saya dan beritahu keinginannya itu. Keesokkan harinya selepas solat jumaat, dia menelefon saya semula dan memberitahu bahawa dia telah menghubungi ibu saya. Saya menelefon ibu saya bagi memastikannya kerana saya ingatkan dia hanya main-main saja. Ibu saya memberitahu bahawa dia telah menghubungi ibu saya. Dia memberitahu saya bahawa ibu saya memintanya menjaga saya dengan baik dan menjaga batas pergaulan kami. Dia memberitahu bahawa dia serius dengan saya. Memandangkan ibu saya telah memberi restu kepadanya untuk bertunang dengan saya. Saya menjadi serba salah sama ada saya patut terima atau tidak. Saya bimbang kalau-kalau dia ingat saya Cuma nak permainkan dia sedangkan saya tidak berniat begitu. Cuma malam tu saya hanya ingin menguji ketulusan hatinya untuk mengambil saya menjadi tunangnya. Sebab saya tak nak jadi macam saya dengan mr.T dulu. Saya serik sangat sbb saya dapat rasakan mcm mr.T hanya nak mempermainkan saya kerana bila saya Tanya dia, dia buat mcm endah tak endah ja. Sbb tu la saya mintak putus dengan mr.T sbb perhubungan kami seperti tiada matlamat kea rah perkahwinan sehingga membuatkan saya benar-benar kecewa.
Saya minta masa 7 hari untuk memikirkan hal tersebut, sepanjang seminggu tu kmi langsung tidak berhubung. Kerana saya perlukan masa dan ketenangan untuk berfikir tentang perkara ini. Rasa sangat serba salah. Pada hari ke 7 saya menelefon mak saya, mak memberitahu agar saya menerima dia kerana mak saya khuatiri selepas ini tidak akan ada orang lain datang meminang saya lagi. Jadi mak saya menyuruh saya menerima dia. Saya dengan rasa serba salah memberitahunya melalui mesej yang saya menerimanya. Saya tidak dapat meluahkan dengan kata-kata kerana saya tak sanggup sedangkan masa tu hati saya masih ada pada mr.T lagi. Saya mendakap erat botet sambil menangis. Saya berkata pada hati saya usah dikenang kepada orang yang tak sudi.. kalau betul mr.T sukakan aku, sudah tentu dia takkan pernah putus asa mencari aku kembali. Ini tidak.. sudah 5 bulan berlalu, dan mr.T pon berlalu bersama masa yang beredar.
Saya ambil al-quran tafsir dan membaca yasin memohon agar Allah memberikan petunjuk. Saya Cuma mengenang kembali jasa mr.X terhadap saya. Dia sangat baik. Setiap malam sebelum tidur dia akan menelefon saya dan membacakan doa untuk kebahagiaan kami. Selepas dia membaca doa, dia akan menerangkan tentang sepotong hadis kepada saya. Memang saya akui dia sangat baik sampai saya tak sanggup nak buat dia macam ni. Tapi Allah itu maha kaya.. 
Dia telah menelefon saya pada hujung minggu itu dan memberitahu rasa kesyukurannya kepada saya. Saya hanya mengiyakan dan mendiamkan diri. Tak nak bercakap banyak. Sejak hari itu kami banyak berkongsi suka dan duka tentang kehidupan kami sehinggalah saya masuk ke universiti. Dia datang ke USM dan menemui saya bagi melihatkan keadaan saya di sana. Dia menyatakan rasa seriusnya untuk menyunting saya menjadi isterinya, dia telah memperkenalkan saya dengan ibunya dan membelikan saya sebentuk cincin untuk dijadikan cincin tunang. Dia minta saya menyimpankannya sehingga ibunya menetapkan tarikh untuk kami bertunang. Saya memegang cincin tersebut dan serba salah dengan perasaan saya. Sebenarnya macam mana perasaan saya ni? Saya sukakan dia dengan kebaikan yang dia dah buat kepada saya tetapi pada masa yang sama, saya masih mencintai mr.T. saya menerimanya hanya kerana ibu saya sahaja.
pada hujung tahun, dia telah menghidapi jangkitan kuman dalam darah. Saya tidak sampai hati untuk meluahkan kepadanya yang saya masih mencintai mr.T. Selama sebulan mr.X sakit, saya hanya membantunya melalui doa dan yaasin sahaja. Saya tak mampu menjenguknya kerana kekangan masa dan wang. Selepas seminggu mr.X sembuh dari sakitnya, saya telah mintak dilepaskan kerana saya tak sampai hati untuk terus bersamanya sedangkan hati saya ada pada insan lain.
Kepada Mr. X,

Saya minta maaf atas segala kesilapan saya ke atasmu. Saya amat menghargai segala yang telah dilakukan kepada saya. Saya minta dihalalkan segala yang telah saya makan dan minum dari yang telah dibelanjakan kepada saya. Saya amat bersyukur kerana pernah mengenali insan sebaikmu. Saya mendoakan agar Allah mengurniakan isteri yang solehah kepadamu. Untuk cincin tu, nanti saya akan pulangkan kembali. Cincin ini bukan hak saya. Ia merupakan hak bakal isterimu. Maafkan saya ye. Saya Cuma ingin melakukan yang terbaik untuk mu.. maafkan saya ye..


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Monday, 16 June 2014

Father's day

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

saya rasa sebak sangat sebab bila bukak fb ramai je yang ucap untuk father's day.
seriusly, terasa sgt..
rasa mcm sedih yang teramat sgt..
mesti ada yang tertanya-tanya.. mengapa ek??

saya macam ni sebab saya sudah kehilangan hero hati saya pada tanggal 25hb Mei 2014.. pada jam 2.05 pagi..saya sangat sedih pada ketika itu. sukar saya hendak gambarkan macam mana perasaan hati saya ini. amat sukar..

saya masih ingat lagi.. waktu itu, pada pukul 1.30 saya baru saja menyiapkan dua assignment saya sekaligus. dengan hasrat nanti saya dah tak perlu lagi nak tengok assignment itu lagi. memang saya sedar ayah saya sakit.. malah pernah tidak sedarkan diri selama seminggu sebelum ini.. hati ini pon teringin nak berjumpa ayah tapi nak buat macam mana saya terpaksa menyiapkan assignment dulu sebelum pulang ke kampung dan sememangnya saya telah bercadang untuk pulang ke kampung pada 28hb. itu cadangan sebelum semua ini terjadi. memang saya tak sangka. tapi saya tak terkilan sebab masa ayah saya sedar dari koma ari tu, saya dah mintak maaf dah kat ayah saya masa hari tu. ayah saya pon cakap dia dah maafkan saya. saya amat rindukan ayah tika ini..

saya masih ingat kata-kata ayah.. belajar rajin-rajin ye.. sambil menangis.. rasa macam sebak sgt..seriusly, masa tu mmg saya nangis sampai balik usm.. sebab ayah rapat dengan saya jadi saya tak dapat nak bendung air mata yang keluar masa tu sebab terlalu sayangkan ayah..

saya dah tak mampu nak cerita panjang-panjang. saya rasa sedih sangat. maaf ye.. lain kali saya cerita lagi ye..

cuma apa yang saya nak sampaikan ini, saya harap kawan-kawan jagalah ayah dan ibu baik-baik..jaga hati depa baik-baik. saya sekarang cuma ada ibu saja di dunia ini. saya harap lepas ni saya akan jumpa dengan ayah saya di syurga nanti. Moga roh ayah tergolong dalam golongan orang-orang yang soleh dan solehah di syurga. semoga kubur ayah diluaskan dan dikurangkan seksaan kubur terhadap ayah. amin.

Al-fatihah.

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tuesday, 6 May 2014

My Secret is All About Me ( Part 1 )

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini saya ingin mengimbau kembali kenangan atau memori yang pernah terpahat dalam ingatan saya. Seperti yang telah saya perkatakan sebelum ini, saya bukanlah seorang wanita yang lengkap serba serbi. Saya pernah melakukan kesalahan seperti orang lain. Pernah juga melakukan kebaikan yang mungkin kebanyakan orang tidak nampak akan kebaikan itu. Namun, hari ini saya bukanlah ingin menceritakan perihal kebaikan dan keburukan diri saya ini. Apa yang ingin saya kongsikan hari ini lebih kepada saya ingin berkongsi apa yang telah saya alami. Itu sahaja. Bukan bermaksud ingin menunjuk-nunjuk jauh sekali untuk menceritakan aib orang lain atau aib diri saya sendiri. Minta supaya Allah jauhkan dari saya terlepas cakap atau terlepas pandang dengan apa-apa perkara yang saya anggap remeh yang saya tercerita dalam blog ni.

Baiklah.. Tanpa membuang masa, saya teruskan dengan penceritaan saya. Ini tentang diri saya. Jadi, siapa yang tidak mahu membaca atau melihat entry ni. Boleh la terus ke entry lain yang lebih berfaedah. Saya tidak memaksa anda dari terus membaca entry ini. Entry kali ini lebih bersifat Flashback je... Macam biasalah umur 20 tahun ke atas ni sering dikaitkan dengan berkahwin la bertunang la.. Jadi, Saya pun tidak terlepas dari situasi ini..

Selepas saya selesai menduduki STPM, kira beberapa bulan setelah saya bekerja di bawah company ibu bapa saya ( ceewah.. *company* macam besar sangat je.. padahal kedai runcit biasa je..hehehe).. Kalau tak silap masa bulan 1 tahun 2012.. tapi tak ingat pulak berapa hari bulan. Sebab masa tu, tak ambik kisah sangat pon mak dok cakap tu. Petang tu... mak saya datang ke arah saya sambil menyapu sampah.

Mak : Siti, semalam ada orang tanya mak ang ada orang dak lagi?
Saya : Yaka? lepas tu mak jawab apa kat dia?
Mak : Mak kata tak tau. lepas tu, dia tanya mak kalau ang tak dak orang lagi, dia nak mai minang.
Saya : Erm...
Mak : Ang mau ka dak?
Saya : Tak tau la.. tak mau kot.
Mak : Mana boleh kot-kot.. orang dok tanya nu.. dia kata kalau ang mau, nak bertunang sebelum ang masuk belajaq la.
Saya : Tak tau la ikut mak la.
Mak : (diam)...

Mungkin ada yang kata kurang ajaq kan. Saya bukan pe, takut-takut mak sengaja nak test saya je.. Tapi, serius masa tu, saya belum bersedia lagi menerima mana-mana lelaki memandangkan saya baru saja putus cinta pada bulan 12 sebelum tahun sebelumnya. Saya masih lagi ingat pada yang lama takkan semudahnya untuk terima yang baru. Dah la saya seumpama mayat hidup je selepas putus cinta tu.. Pergi kerja boleh la lupakan masalah. Balik je ke rumah bila ternampak gambar si dia (Mr. T) terus je laju air mata bercucuran. Bagi saya lebih baik menderita sebelum kita dapatkan si dia.. tapi sebenarnya bila putus dengan si dia, lagi lah menderita. sebab sebelum kita kenal si dia, si dia tak tahu pun kita suka kan si dia ke tak.. lagi happy.. at least, bila kita tengok si dia, kita syok sendiri pon dia tak tahu. hehehe (gelak gatai) ..Dah sikit-sikit...

Sambung balik cerita tadi...

Keesokkannya, semasa tolong mak dekat dapur..

Mak : Siti, lagu mana ni? Ang mau ka dak kat dia? (Dalam hati : wah macam seyes benar je mak ni)..
Saya : Tak tau la mak. tengok la dulu macam mana..

Saya pening la kepala masa tu tak tau dah nak kata macam mana. Saya masuk bilik dan tengok gambar si dia. ' Kenapa buat orang macam ni? kenapa tak pernah serius dengan orang?' Saya dok cakap sorang-sorang dengan gambar yang kaku tu. Masa tu tak bagi lagi kat tuan dia lagi. Bagi balik masa raya haji, kalau tak silap hujung bulan dua kot ke bulan satu cam tu la. Tak ingat sangat sebab dah tak tahan. Lepas daripada tu, bila rindu sangat-sangat, baca yasin. setiap kali macam tu. Sekarang dah tak amal dah.. teruk kan.. Masa tu saya tak tanya pulak siapa gerangan orang tu kat mak sebab malas nak amik tahu.

Beberapa hari lepas tu, mak ajak saya pergi rumah kawan mak kata mak buat kenduri kesyukuran. Saya pun ikut la ke rumah kawan mak tu dengan abah. Kami sampai sudah agak lewat petang kat rumah tu. Saya tidak tahu agenda mak nak kenalkan saya dengan laki tu. Bila sampai je di rumah tu, dari jauh nampak seorang lelaki memakai topi jerami.. macam bawah ni..

* GAMBAR SEKADAR HIASAN * thanks en.google..

Tapi topi jerami lelaki tu pakai agak lebar la sampai menutup muka. Dia tengah sapu daun-daun depan rumah dia tu. Lepas tu, saya agak terkejut dengan sikap abah yang tidak semena-semena berjalan laju ke arah lelaki tu dan membuka topi jerami yang dipakai oleh lelaki tu. Saya berkesempatan la juga tengok muka laki tu tapi tak ingat la rupanya macam mana walaupun dalam keadaan terkejut sebegitu. lelaki itu tersenyum memandang abah tanpa reaksi marah. Terdengar suara abah menjerit kecil, " ooh.. ang ka.." Lelaki itu senyum. Masa tu, saya belum mengenali siapa laki itu. Lepas itu, mak terus mengajak saya masuk ke dalam rumah untuk jumpa tuan rumah. Memang adat orang kampung sebegitu. Sebelum makan, jumpa dulu tuan rumah baru la manis sikit. Tetapi saya tengok trend zaman sekarang tak kira lah di rumah kenduri kahwin atau apa-apa majlis, orang sekarang lebih senang masuk makan lepas tu bila nak balik baru bersalaman dengan tuan rumah. Mana boleh macam tu, tak manis la..

Lepas habis makan dan mak sempat menyembang dengan tuan rumah, saya dengar je. cuma ada jugak sekali-sekala jika diajukan pertanyaan, saya jawab dengan ikhlas. Bukan nak tunjuk pendiam, tapi takkan lah orang tua-tua menyembang kita nak masuk campur pulakkan. Nanti orang kata tak dak adab pulak. Semasa dalam perjalanan pulang, saya tergerak hati untuk bertanya mak dan abah.

Saya : Abah, lawak la tadi abah buat kat budak laki tu macam tu.. (ketawa)
Abah : Mana abah perasan. Abah ingat sapa dia. Abah buka la topi yang dia pakai sebab abah tak nampak orang dia.
Mak : hang tau dak dia tu sapa? tu budak laki yang mak kata kat ang tu la.
Saya ; (terkejut) betul ke? Ooo..
Mak : hang nampak tak muka dia tadi?
Saya : tak perasan pulak. (diam)

Sepanjang perjalanan selepas itu, semua mendiamkan diri. Saya cuba mengingati kembali rupa lelaki itu tetapi agak sukar.

Beberapa minggu selepas itu, saya bertemu dengan ibu lelaki itu. Kebetulan ibunya sememangnya gemar ke kedai mak untuk berbual mesra dengan mak. Ibu lelaki itu sering menceritakan tentang anak bongsunya itu kepada saya. Saya hanya mendengar dan sekali sekala berkata sepatah dua. Pelbagai perkara yang diceritakan kepadaku mengenai anaknya itu. Banyak juga perkara yang saya tertarik dengan anaknya itu tapi hati saya masih  mengingati mr. T walaupun kami telah berpisah. Setiap hari saya titipkan doa supaya kami bersama semula tapi tidak ada sebarang petanda untuk bersama.

Mak tidak lagi berbicara dengan saya mengenai lelaki itu selepas saya menyatakan saya masih belum bersedia lagi. Kononnya nak study dulu, malas nak pikir pasal cintan cinton ni.. hehehe...Ketika itu, masa bulan 3, 2012.  Saya merasakan masa berlalu dengan pantas. Sedar tidak sedar sudah 3 bulan saya berendam air mata dan menyerahkan takdir kepada Allah tentang hubungan saya dengan mr. T yang telah musnah itu. Surah Yasin tidak lekang meniti hari-hari sepi.. Kalau bekerja tidak rasa sangat kehilangan orang tersayang, tapi bila sudah balik dari tempat kerja dan duduk sendirian, perasaan sedih itu mula menguasai minda. Susah nak digambarkan. Mak pun dah tak sebut pasal hal itu. Mak cik tu pun dah jarang datang ke kedai, mungkin ibu lelaki itu sibuk atau mak dah ceritakan hal sebenar dekat ibu lelaki itu. Rasa ringan sikit kepala bila beban hilang satu persatu. Alhamdulillah..

Harap saya akan bertemu lagi dengan Mr. T sebagai seorang isteri kepadanya di dunia dan di syurga. itulah doa saya saban hari..malah sampai sekarang..


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tiada sambutan hari lahir untuk anakku

Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hai semua, susah nak nyatakan kat sini tapi terpaksa aku luahkan juga..  Mintak maaf ye anakku sayang...