Tuesday, 31 October 2023

Doa buat saudara kita di p4lestin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Marilah kita bersama-sama berdoa untuk saudara kita di p4lest1n.. Semoga Allah menghancurkan pakatan tentera zi0n1s 1sr4el laknatullah..

QUNUT NAZILAH 🇵🇸 🤍

اللهم إنا نجعلك فى نحور اعداءنا
Allahumma inna naj ‘aluka fi nuhuri ‘ada ina
و نعوذ بك من شرورهم
Wana’u dzubika min syururihim
اللهم بدد شملهم. و فرق جمعهم
Allahumma baddid syamlahum. Wafarriq jam ‘ahum
وشتت کلمتهم. و زلزل أقدامهم
Wasyattit kalimatahum. Wazalzil aqda mahum
وسلط عليهم کلبامنکلابك
Wasallitt ‘alaihim kalbam mingkila bik
يا قهار ياجبار يا منتقم يا الله يا الله يا الله
Ya qahhar ya jabbar ya muntaqimu ya allahu ya allahu ya allah
اللهم يا منزل الکتاب يا مجري السحاب
Allahumma ya munzilalkitab ya mujriyas saahab
يا هزم الأ حزاب اهزمهم وانصرنا عليهم
Ya hazimal ahzab ihzihum ihzihum ihzihum wansurna ‘alaihim

Ya Allah , Kami letakkan Kamu di batang leher musuh musuh kami
dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan mereka....
Ya Allah hancurkan kumpulan kafir zionis Israel...
Ya Allah pecahkan pakatan mereka...
Ya Allah leburkan pendirian mereka...
Ya Allah musnahkan langkah mereka...
Cengkamkan anjing-anjingmu kepada mereka..
Ya Allah yang maha memaksa, Ya Allah yang maha perkasa, Ya Allah yang maha membalas, Ya Allahu, Ya Allahu...
Ya Allah, Yang turunkan kitab, yang gerakkan awan, yang tewaskan tentera Ahzab, Kalahkan mereka...kalahkan mereka..kalahkan mereka dan kemenangan untuk kami .

--------------------


Doa berdarah buat Isr4el Laknatullah

اللهم أَرْسِلْ عَلَيۡهِمۡ طَيۡرًا أَبَابِيلَ تَرۡمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ فَجَعَلَهُمۡ كَعَصۡفٍ مَّأۡكُول
Ya Allah, hantarkan tenteramu menghancurkan mereka seperti binasanya tentera bergajah.

___________

حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ
Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.”

آمين.. آمين.. آمين
يا رب العالمين

jangan lupa doa ni ❤️ saudara kita kat sana perlukan doa dari kita❤️🇵🇸🇲🇾

Kalau berkesempatan, marilah kita sama-sama membaca yaasin untuk saudara kita di sana.. semoga Allah membantu mereka dalam segala aspek sehingga beroleh kemenangan ke atas umat islam.. aamiin..

Terima kasih semua ..
Semoga Allah permudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat.. aamiin..

Okey semua.. jumpa di next entry ye.. ,❤️

Wednesday, 18 October 2023

Tips untuk kuruskan badan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku nak kongsikan macam mana aku buat untuk aku kuruskan badan ...

Aku dah pernah kurangkan berat badan selama 3 bulan sebelum aku termengandung anak sulung aku ... 

Jadi yang mana tengah ttc tu .. jom kita mula kuruskan badan . Dia akan auto pregnant kalau kena caranya.  😘😘🥰🥰 Yang penting jangan la tengah on contraception.  🤭🤭😁😁

Dengar betul2 .. 

Mungkin apa yang aku buat hasilnya takkan serupa dengan apa yang hampa buat..

Bergantung kepada kita punya semangat dan tekad.. ingat.. kata kunci dia kena semangat dan tekad nak berubah..

Tak dak dua ni .. aku kata bohong ja ..

Sebelum kita start turunkan berat badan..

Benda pertama kita perlu ada apa??

Ilmu.. ya ilmu..

Ilmu tentang apa???
Ilmu tentang senaman.. 
ilmu tentang pemakanan.. 
Ilmu tentang penyakit dalam badan kita ..
Ilmu tentang pengambilan kalori..
Ilmu tentang ketahanan mental dan fizikal kita..
Ilmu tentang menepati masa..
Semua ni saling berkait rapat..

Meh aku kongsi apa kaitan semua ni..

Kita cerita bab senaman dgn pemakanan last sekali.. sebab ramai yang bila dah dengar bab senaman mereka dah tak nak dengar ilmu yang lain..

Okey... first sekali .. Ketahanan mental dan fizikal.. bila kau dah tetapkan azam nak kurangkan badan.. kau kena janji dengan diri kau .. lepas kau dah kurus kau akan maintain berat tu.. nak buat cheat day bleh.. tapi aku sarankan better 2 minggu sekali atau sebulan sekali.. jangan perdaya org cakap cheat day seminggu sekali.. sbb minggu pertama tu kau tengah training diri kau untuk elak makanan manis . Once kau dh minggu pertama kau pergi bedal benda manis tu kau dah buat silap besar... Probability untuk kau rasa nak makan manis for the next days tu akan jadi lebih extreme.. please bagi diri kau break atau gap dulu untuk kau adapt dengan hidup kau tanpa gula atau benda manis..at least 2 week first.. kau kena tegas dengan diri kau. Tak boleh nak lembik sangat.. say no! No sugar! No fast food! No overlimit cheat days!

Next sambung dalam next entry ye.. sesiapa yang tak sabar lagi nak tunggu next entry boleh komen kat bawah ye.. ❤️🥰

Terima kasih sudi blogwalking kat sini.. 

Semoga Allah murahkan rezeki kita semua dan berikan kebahagiaan di dunia dan akhirat untuk kita semua.. aamiin ya rabbal ala min..

Jumpa di next entry.. 🥰❤️

Papai..

Assalamualaikum..

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tuesday, 26 September 2023

Avon ❤️

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Lama rasanya tak post kat dalam blog aku ni kan..

Mesti hampa tunggu tunggu kan .. mana la entry baru ni.. hahahaha.. perasan.. 🤭🤭

Hari ni saja la aku nak kongsi sikit ..

Hampa ingat lagi tak company Avon..

Company Avon .. company yang dah lama menapak dalam negara kita ni untuk provide barangan kewanitaan dan barangan rumah.. barangan lelaki pon ada tapi almost barangan company ni jual lebih fokus kepada wanita la.. macam skincare.. macam perfume.. macam barangan dapur.. barangan hiasan rumah.. pakaian dalam..

Dulu company avon ni ada hired orang persendirian yang nak join venture untuk buat marketing. Contohnya macam ada la orang yang meniaga bawa barang dari rumah ke rumah terutamanya dulu kawasan kampung la.. memang meriah la dulu.. kira sapa ja yang tak kenal Avon kan dulu.. memang jenama yang setiap rumah akan ada satu produk avon.. aku sendiri pon salah seorang ahli avon.. 

Dulu banyak jugak barang aku beli kat avon ni.. sbb dulu mudah ja nak beli.. sbb dekat dgn rumah aku.. dekat dgn kawasan universiti aku..

Meh aku reveal..

Antara perfume2 yang aku suka kat avon :-

1. Butterfly ... https://shope.ee/6zsEBKUV0M
2. Vanila musk .. https://shope.ee/7UoUmIwBKk
3. Sweet honesty .. https://shope.ee/5079nognv0
4. Far away .. https://shope.ee/2fjF1eqvLH
5. Women of earth.. https://shope.ee/5079o2wjdD
6. Imari .. https://shope.ee/1LDrRPz4CR

Semua kat atas tu bau sedap sangat.. tapi kalau tanya yang paling minat.. far away dgn butterfly..  bau dia tahan lama..

Kalau hampa nak try boleh la beli yang mana berkenan.. seriously walaupun avon skrg org dh familiar mana... Tapi bau dia tetap di hati..

Avon ni.. aku berkenan satu ja.. barang dia ada kualiti dan tahan lama.. contoh mcm pakaian dalam ke barang rumah ke perfume ke.. ❤️

Saja ja nak mengimbau balik kenangan lama..

Terima kasih ye sudi blogwalking kat sini.. 

Love u all .. 🥰🥰

Jumpa lagi di next entry ye..

Jgn pernah serik ye kunjung blog ni.. 

Terima kasih semua..

Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa hisab.. aamiin..

Papai semua.. 🥰🥰 👋👋


Thursday, 24 August 2023

senarai barangan baby yang dibeli

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hai semua ibu kat luar sana.. hari ni nak kongsi kan tentang senarai barangan bayi yang aku beli semasa aku mengandung anak yang pertama dulu..

okey , kat bawah ni aku dah letakkan beberapa item yang aku memang belikan untuk anak aku.. untuk kali ni aku tak nak cerita lagi apa pro and cons dia takut jadi lagi panjang entry ni.. cuma kali ini aku nak cerita tentang betapa excited nya aku untuk menjadi ibu.. dan macam biasa lah kan .. sesiapa pon akan google dan cari apa barang yang perlu untuk baby 1st kan sebab kita tak de guideline yang betul atau orang kata tak dak experience langsung la kan.. jadi, apa saja yang orang lain cadangkan kita akan beli tanpa memikirkan yang kita perlu atau tak untuk baby kita dan yang paling penting sekali, kita terlupa sama ada benda tu sesuai atau tak untuk anak kita..

Nursery furnishing checklist

  • Stroller
  • Car seat
  • Baby Carrier
  • Baby cot
  • Crib bumper baby cot
  • Bouncer
  • Playpen mat
  • Walker
  • High chair
  • Changing table
  • Baby clothes cabinet
  • Mosquito net
  • Potty trainer
  • Harnessess
  • Baby mattress

 Checklist baby daily

  • Short  sleeved shirts
  • Long sleeved shirts
  • Sleeveless shirts
  • Baby eyelet shirts
  • Rompers
  • Sweaters
  • Baby mitten
  • Baby caps
  • Sock
  • Baby booties
  • Baby silicon bibs
  • Baby binders
  • Legging
  • Baby muslin swaddle zip
  • Blanket
  • Air filled rubber cot sheet
  • Waterproof mat non toxic
  • Comforters
  • Washcloth
  • Pillows
  • Bolster
  • Hoodies towel
  • Baby nest
  • Baby mattress
  • Mattress coverings
  • Disposable diapers
  • Changing pad

Feeding & nursing essential

  • Breastpump
  • Nursing pads
  • Nipple cream
  • Nursing pillow
  • Nursing cover
  • Milk storage bag
  • Milk storage bottles 9oz (bpa free)
  • Milk storage bottles 5oz (bpa free)
  • Bottle brush
  • Drying bottle rack
  • Milk containers
  •  Nursery bag
  • Baby pacifier
  • Ice pack box
  • Ice bag
  • Nursing bra

 

Bathing & grooming essentials

  •  Baby towels
  • Sponge
  • Baby tub
  • Basin
  • Water dipper
  • Bathing support net
  • Finger toothbrush
  •  Baby travel toiletries set
  • Baby bath cases
  • Baby soap 100ml
  • Baby shampoo 100ml
  • Baby oil 100ml
  • Baby powder 100ml
  • Baby cream
  • Baby lotion
  • Mosquito repellent
  • Cotton swab / balls/ buds
  • Baby wipes
  • Nappy liners
  • Diapers ointment
  • Diapers rash powder
  • Baby thermometer
  • Medicine spoon
  • Nasal aspirator
  • Essential oil air humudifier
  • Baby nail clipper/trimmer
  • Baby comb and brush set
  • Baby detergent and softener
  • Water spray
  • Diapers litter basket
  • Baby laundry basket
  • Baby powder puff

 

Playing time

  • Baby toys
  • Learning and activity toys
  • Water filled teether
  •  Inflatable water baby mat
  • Baby bath toys

 

Delivery & Confinement time

  •  Luggage
  • Vacuum flask
  • Kain batik
  • Batu tungku
  • Tudung sarung
  • Basket
  •  Stokin tebal
  •  Sweater
  •  Getah rambut
  • Makanan dan minuman (milo, biskut)
  • Kurma dan air zam-zam
  • Urutan pantang
  • Set berpantang nona roguy ( tukar dengan jenama bidan kampung - mil yang arranged)
  • Set pengurusan uri baby ( tak beli sebab mak mertua kata boleh buat sendiri ja)
  •  Mini alquran
  • Charger
  • Buku pink
  • Kad pengenalan
  • Kad nikah & sijil nikah
  • Bengkung zip
  • Bepanthen cream (tukar guna drapoline cream sebab lagi sesuai dengan anak)
  • Overnight panties maternity (libresse / kotex)
  • Panties biasa & bra
  • Toiletries
  • Minyak angin mestika
  • Tuala
  • Selipar jepun
  • Minyak telon
  • Minyak tyt

okey.. untuk kali ini aku cuma senaraikan dulu ye.. nanti untuk next entry aku ceritakan apa yang perlu dan apa yang tak perlu sebenarnya bila kita dah ada anak ni.. dan barang apa yang kita dah boleh delete dari list ni..

sebabnya.. bila anak dah ada depan mata dan membesar ni..baru kita perasan.. aduhai banyaknya barang yang kita beli tapi kita tak guna.. membazirnya la hai.. jadi untuk next child,.. aku memang akan beli barang yang betul-betul perlu saja..

ermmm.. apa barang yang betul-betul perlu tu ye???

ha,,. nanti aku cerita dalam next entry ye..

stay tuned...

papai semua..

terima kasih sebab sudi blogwalking kat sini..

semoga semua readers dimurahkan rezeki dan diberikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.. aamiin...



  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Saturday, 19 August 2023

Jadual susu untuk bayi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Okey, kali ni aku nak bercerita sedikit tentang cara aku bagi susu kat Thaqif.. tetapi perlu diingatkan setiap bayi berbeza.. yang aku cerita ni, atas pengalaman aku sendiri..

Entry ni jugak merupakan kesinambungan dari entry sebelum ni.. klik sini.. 

Dalam entry ni aku ceritakan mengenai perjalanan aku menyusukan thaqif suhail ..

Bagi yang malas nak baca panjang2, meh aku ringkas kan..

Sebaik sahaja lahir, Thaqif dimasukkan ke wad nicu untuk pemantauan kerana Thaqif dilahirkan tanpa menangis dan tidak bergerak..

Jadi , Thaqif dipantau selama hampir seminggu di NICU.. Masa tu jugak waktu pkp covid fasa 2.. memang agak straight peraturan untuk melawat bayi.. Aku xpernah melakukan ssc atau sentuhan kulit ke kulit dengan Thaqif..
 Menyebabkan bila Thaqif kluar dari wad NICU tidak dapat menyusu dengan baik kerana terbiasa minum susu di dalam botol atau tiub... Tapi aku tak pernah putus asa untuk mencuba buat ebm atau susu perahan.. malangnya.. disebabkan Thaqif asyik menangis pada 3 hri pertama seolah2 tak cukup susu dan tidak menyusu dengan baik.. jadi kami telah bersetuju untuk bagi susu formula...

Aku dinasihatkan oleh kakak kandungku supaya memulakan dengan memberi susu yang tidak begitu mahal dan melihat dahulu reaksi pada anak.. dari segi tahi , dari segi perutnya dan kondisi kekerapan menyusu.. setelah mencuba beberapa jenama termasuk jenama dutch baby, dupro dan lactogen.. akhirnya kami memilih lactogen kerana sesuai dengan Thaqif.. tidak berak keras , tidak meragam dan nampak thaqif lebih suka.. laju ja dia menghisap susu..

Jadual penyusuan bayi  (sebagai rujukan sahaja bukan wajib follow.. ikut keperluan anak masing2)

Dari usia Thaqif dalam 3 minggu sehingga usia 3 bulan Thaqif minum dalam 3oz untuk setiap 3 jam.. dalam 8 kali sehingga ke 9 kali Thaqif menyusu sehari termasuk tengah malam..

Dari usia Thaqif 4 bulan.. Thaqif mula menunjukkan ciri yang dia tak puas minum susu.. dimana masa tu Thaqif akan menangis setelah susu habis sebotol.. jadi kami decided untuk tambah lagi satu oz menjadikannya 4oz untuk setiap 4 jam.. dan jumlah ini bertambah seiring pertambahan bulan.. sebelah malam Thaqif minum susu sebanyak 3 kali tanpa diminta.. malam Thaqif akan start tidur pukul 9 malam selepas isyak.. jadi pukul 9 sekali.. pukul 2 pagi sekali dan pukul 7 pagi sekali..

5oz untuk usia 5 bulan.. tapi kali ni corak masa telah berubah mengikut permintaan.. dalam 4 atau 5 jam sekali kami akan berikan susu.. sehari dalam 6 kali sehari.. kalau Thaqif tak mintak, kami tetap akan memberikannya susu bila cukup 5 jam..  waktu malam masih sama..

Untuk 6 bulan .. dah start bagi makanan berat macam nasi atau puree atau sup.. jadi susu tu kami tambah jadi 6oz tapi bagi dalam 5 jam atau 6 jam sekali.. sebab dah selang seli dengan makanan.. sehari dalam 6 kali Thaqif menyusu.. 2 kali makan berat.. malam masih macam biasa .

Usia Thaqif 9 bulan , Thaqif minum susu dalam 7 oz setiap 6 jam sekali dalam 5 kali sehari.. makanan berat start bagi 3 kali sehari.. malam start bagi susu 2 kali saja..

Usia Thaqif 12 bulan sehingga usia 20 bulan.. Thaqif minum susu dalam 8 oz dalam 5 kali sehari..malam masih sama..

Usia Thaqif 21 bulan sehingga sekarang.. Thaqif minum susu dalam 9oz untuk 4 kali sehari.. malam hanya minum sekali sahaja.. sbb dah ada makanan berat..

Alhamdulillah syukur..

Sekarang Thaqif dah mudah nak jaga... alhamdulillah.. 

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu dalam mengurus bayi.. in shaa Allah..

Jumpa lagi di next entry..

Papai... 

Monday, 14 August 2023

Selamat hari lahir anakku...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hari ni aku nak bercerita sedikit mengenai sambutan birthday anakku semalam..

Alhamdulillah dapat jugak kami jayakan sambutan birthday kami walaupun hanya untuk family kami ja.. tapi aku bersyukur sebab aku dapat gembirakan anakku.. tapi malangnya dalam dok seronok-seronok..
tak sangka pulak akan jadi jugak perkara yang menyedihkan dan mengecewakan aku.. yang pada asalnya aku ni nak buatkan anak aku happy.. lain pulak jadinya.,.

mengikut perancangan asal kami nak buat di sebelah petang sebabnya sebelah pagi Thaqif ada appointment kat klinik wakaf stan dan jugak klinik kota bharu... tapi disebabkan kelantan dapat cuti peristiwa untuk hari mengundi .. alhamdulillah rezeki Thaqif jugak la kan .. 

jadi, kami telah tukar perancangan kami untuk bawak Thaqif pergi indoor playground.. jadi sebelah paginya aku buatkan sarapan nasi goreng cili padi  dan buatkan kek birthday untuk Thaqif.. memang sebenarnya niat aku nak buat kek dekat Thaqif.. alhamdulillah.. Allah permudahkan segalanya yang asalkan aku tak jadi buat kek sebab perlu ke klinik pagi dan petang.. bila dah klinik cancel appointment, jadi memang menjadi la niat aku tu.. alhamdulillah.. syukur sangat.. semuanya kebetulan.. memang rezeki Thaqif..


kami beli barang untuk birthday decoration di kedai Eco Plus Tunjung.. selepas tu, kami bawa Thaqif bermain indoor playground di H Elite Hotel Tunjung.. seronok sangat tengok Thaqif dok main.. rezeki Thaqif jugak.. time kami sampai .. kami group 1 yang masuk dalam playground tu.. Playground dia tak la besar sangat dan tak jugak terlalu kecil.. sangat berpatutan untuk anak-anak kita.. harga hanya RM20 saja untuk kanak-kanak  dan ibubapa boleh masuk secara percuma.. swimming pool jugak boleh walk in di hotel ni.. hanya RM15 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak.. pool dia besar.. terletak di bahagian atas rooftop..dengan kecantikan 360 view.. kami belum berkesempatan untuk stay kat hotel ini.. pernah booking bilik sekali dengan sahur & iftar tapi disebabkan time tu time covid ada mco tahun 2019 .. jadi pihak hotel cancelkan booking kami.. mereka refund secara berperingkat.. dan kali kedua kami booking tahun lepas.. tapi disebabkan ada beberapa perkara kami tak dapat nak booking jugak.. tapi  kami join jugak untuk iftar ramadan tahun lepas.. memang meriah sangat.. 

bagi sesiapa yang nak stay kat H Elite Hotel.. aku boleh katakan pilihan yang sesuai sebab kat sini dah ada macam-macam dah.. mydin pon dekat.. ada al-khatiri kafe.. ada eco.. ada diy.. pendek kata dah lengkap dah.. macam-macam ada keliling tu.. tambah pulak nanti mesti akan jadi tempat tumpuan .. sebabnya sekarang pon tengah dok buat projek ECRL .. senang la nak pergi KL lepas ni..

Okey dah melalut dah.. sambung balik bab sambutan birthday anak aku.. hehehe..

kami sampai kat playground tu dalam pukul 2 lebih dan kami keluar dalam pukul 4 lebih sebab Thaqif sibuk nak peluk anak orang (actually baby bawah 1 thn budak tu) .. aku tak berapa suka Thaqif buat macam tu sebab kita nak jadi privacy orang lain yang datang kat situ.. jadi aku cepat-cepat ajak suami aku balik.. risau pulak budak tu kena lepuk dengan Thaqif.. nampaknya anak aku ni nak main dengan adik.. tapi kami belum ada rezeki lagi untuk dapat zuriat kedua.. :(    sedih sangat.. doakan kami ye.. mana tahu berkat doa semua aku boleh mengandung sekali lagi.. teringin sangat nak pregnant lagi.. tambah teringin bila tengok orang lain ada baby girl.. doakan aku ye.. tapi aku tak kisah.. laki ka pompuan asalkan ada rezeki anak pon dah besar rahmat.. sebab aku ni ada pcos jadi nak boleh pregnant tu aku tahu macam agak sukar.. banyak yang aku perlu korbankan.. doakan aku berjaya ttc kali ni..

lepas balik dari playground , kami balik rumah dan siapkan decor untuk birthday Thaqif.. seperti dijanjikan.. kami pon bersiap-siap.. bukan apa nak ambil gambar kenang-kenangan untuk Thaqif.. 
Jadi lah serba sedikit majlis Thaqif.. alhamdulillah.. 

Aku bagi hadiah train kat Thaqif dan suami berikan hadiah basikal kat Thaqif.. seronok sangat tengok Thaqif suka.. tapi tak sangka dalam dia suka tu.. terjadi lah perkara yang menyedihkan..

aku beli Train  tu murah ja kat kedai Eco Plus dalam RM 9.00 jer harganya.. aku pon dah sedia maklum yang train tu memang takkan bertahan lama .. mungkin paling lama setahun atau setengah tahun.. tapi malangnya.. tak sampai sejam.. train dah start rosak.. sedih sangat.. Thaqif menangis-nangis.. hancur hati aku tengok Thaqif menangis terkulai.. rasa sedih sangat-sangat,.. menangis sampai terlelap dan terjaga menangis lagi,,aku mintak suami aku sorokkan sebab dah rosak ,, tak sangka Thaqif menangis sampai macam tu sekali.. last-last aku mintak suami aku berikan train tu kat Thaqif sebab nampak Thaqif dah terkulai dengan  tak makan apa-apa lagi.. lepas tu, Thaqif dah okey dah.. alhamdulillah.. dia main-main train tu.. dia sendiri tengok train tu rosak.. baru dia tak main dah.. rupanya dia tak percaya kami cakap train tu dah rosak.. hahaha.. haqu la anak aku sorang ni..

lepas makan, terus ja bawak naik atas katil.. tak sampai 10 minit terus tido awang kenit ni.. hahaha.. letih sangat la tu bokali.. hahaha..

okey, setakat ni saja al-kisah kelmarin... hahaha.. macam-macam.. mama sampai takut dan sedih tengok Thaqif macam tu.. siap suruh papa bukak surah yaseen lagi.. hehehe..

terima kasih semua sebab sudi baca sampai habis.. alhamdulillah segala puji bagi Allah.. kita hanya merancang tapi Allah maha Mengetahui segala nya..

begitu lah kehidupan seharian kita.. sentiasa lah bersyukur dengan apa yang ada dan jadi dalam hidup kita.. bila kita bersabar, Allah akan berikan apa yang kita nak melebihi apa yang kita bakal dapat.. alhamdulillah..

Terima kasih sudi blogwalking ye..

Jgn pernah jemu ye.. kalau ada apa-apa soalan atau cadangan tajuk.. boleh komen kat bawah ye.. terima kasih.. 

Akhir kata..
Marilah kita sama-sama berdoa..

Semoga kita semua dan seluruh keturunan kita diampunkan segala dosa.. menjadi anak yang soleh dan solehah penyejuk mata, menjadi ibubapa yang penyayang..bertakwa, kuat imannya, dijauhkan dari marabahaya, malapetaka, penyakit berjangkit, binatang liar, dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah dan dapat memasuki syurga Allah tanpa hisab.. aamiin ya rabbal ala min...

Jumpa lagi.. papai.. ❤️🥰


     ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Friday, 11 August 2023

Meja makan cantik untuk dilepaskan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hari ni aku nak lelong meja makan kami.. 

Sejujurnya meja makan ni kesayangan aku.. aku yang pilih sendiri sewaktu kami mula membeli barangan perabut untuk rumah kami...

 tapi atas sebab kami nak kosongkan ruangan rumah jadi kami terpaksa menjual meja makan ni supaya dapat memberi ruang kepada anak kami bermain memandangkan keluasan rumah yang agak kecil.. aku terpaksa lepaskan meja ni.. 

Masa beli dulu, kami hanya tinggak berdua,. Jadi tak pernah terpikir rumah akan menjadi terlalu padat dan menyukarkan anak aku untuk bergerak dan bermain..

Setelah berbincang, kami berdua bersetuju untuk menjual meja makan kami ni.. 





Harga asal meja ni semasa dibeli pada awal tahun 2019 .. RM 1699..

Harga yang kami ingin jual dalam RM700.. setengah daripada harga asal meja ini.. kerana dijual berasingan tanpa kerusi.. harga masih boleh dirunding lagi.. sekiranya bersesuaian kami akan lepaskan dengan harga yang dipersetujui..

Boleh datang ambil sendiri ( self pickup)..

Meja makan jenis marble.. berat.. padu.. berkualiti tinggi..

Muat  untuk  6 buah kerusi..

 Harga boleh dirunding lagi..


Terima kasih semua yang sudi baca sampai habis..

Alhamdulillah . Dah sold out ye meja ni.. tq semua. 

Jumpa lagi, papai..

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tiada sambutan hari lahir untuk anakku

Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hai semua, susah nak nyatakan kat sini tapi terpaksa aku luahkan juga..  Mintak maaf ye anakku sayang...