Friday, 18 May 2018

Pakaian ke pejabat

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pemakaian ke pejabat atau tempat pekerjaan yang formal.. Memerlukan kita bergaya bersederhana tanpa berlebihan..

Antara tips yang boleh diberikan bagi yang baru memulakan hari dalam alam pekerjaan :-

1. Maksimum rona warna adalah 3 warna yang lembut atau sedikit gelap..dan bukannya warna yang menonjol.

2. Pilihan warna yang sesuai  adalah seperti rona hitam, coklat, kelabu, biru tua ataupun krim. Warna-warna pastel juga merupakan warna yang sesuai.. Misalnya merah jambu atau biru muda.. Yang pastinya, hindari warna putih polos.

3. Tidak memilih  pakaian yang mengikut bentuk badan.. Boleh juga mengenakan baju dengan skirt labuh atau memakai pakaian tradisional seperti baju kurung sekiranya tidak mahu memakai pakaian seperti kemeja bersama blazer dan seluar slek.

4. Mengelakkan dari memilih pakaian yang bermotif atau bercorak keterlaluan.
5. Pilihlah pakaian yang polos bersama rona tegas bagi menampakkan diri seseorang lebih profesional.

6. Sebenarnya, blazer tidak sesuai digayakan bersama baju kurung kerana baju kurung sudah menampakkan impak profesional pada diri seseorang. Malah baju kurung juga lebih sesuai untuk dipakai ketika menghadiri sesi temuduga.. Nampak manis gitu.

7. Pemilihan aksesori yang tepat dan kasut yang bersesuaian menjamin keyakinan diri dan tampak lebih sempurna. Kasut yang sesuai adalah berjenis 'pump shoes' .

8. Pemakaian stokin amat penting bagi menampakkan kekemasan diri seseorang. Warna stokin yang sesuai seperti warna kulit atau warna hitam atau gelap.

9. Yang penting sekali, keyakinan diri dan buatlah pemilihan sendiri supaya nampak lebih segar dan bersemangat untuk bekerja..
Selamat menempuh alam pekerjaan dari hakak yang dah lama menceburi bidang kerja ni..

Yang paling, ajar diri untuk cepat belajar sesuatu perkara dan cuba sesuaikan diri dalam alam pekerjaan..

Salam sayang dari si mawar merah jambu. 

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday, 30 November 2016

5 perkara penting dalam memilih pasangan hidup.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
🎵🎵 🎤 Carilah pasangan hidup betul-betul..
Bahagia bersemi..
Rumah tangga akan harmoni.. 🎤🎵🎵
Checklist :
1. Sekufu ke?

Kufu atau kafa'ah adalah suatu darjat atau kemuliaan yang jika tiada pada calon pemuda kemuliaan tersebut, maka jatuh darjat si isteri.. Maksudnya kalau tak sekufu, boleh hilang rasa kehormatan atau kemuliaan antara pasangan tersebut.

Kufu ini dinilai dari segi agamanya.. Sekiranya agama kedua pasangan ini sama, jadi keduanya mudah memahami antara satu sama lain.. Berbanding berlainan agama. Kalau kita pilih seseorang yang jaga agama, jadi mudahlah untuk kita berkongsi kelebihan berpahala dalam rumah tangga kerana masing-masing faham tentang tanggungjawab masing-masing. Benda ni paling penting sekali, sebab apa? Takkan kita sebagai isteri nak mengajar suami tentang agama.. Mungkin ada yang boleh.. Tapi seperti yang kita tau lelaki ni ada ego nya.. Susah untuk kita membentuk mereka melainkan dengan rela hati mereka sendiri.. Kadang-kadang sampai nak kejut solat pon payah. Jadi kita kena juga main peranan..macam mana lah kita nak kawin berlainan agama.. Fikirkanlah..

Keduanya, kufu juga dinilai dari segi keturunannya sama ada dia dari keturunan raja atau keturunan rasul atau keturunan biasa ..

Ketiganya, kufu itu dinilai dengan iffah atau sikap seseorang yang menjaga diri daripada maksiat.. Hal ini bagi menjaga keturunan dan diri daripada penyakit. Kalau tak kisah si dia dah ada hiv, tapi tetap nak kahwin jugak tak mengapa lah.. Tapi ingatlah risiko amat tinggi terhadap diri dan anak kita. Tapi tak salah kalau nak bagi peluang kedua untuk si dia.. Mana tau Allah tunjukkan keajaiban. Who knows...

Keempat, kufu dinilai dalam pekerjaan kerana kerjaya menjadi titik keharmonian rumahtangga.. Sekiranya tidak sehaluan boleh menimbulkan perselisihan faham tentang kerja dan gaji masing-masing. Ada setengah laki , depa jenis kisah kalau kahwin dengan wanita yang lebih berpangkat berbanding mereka.. Jadi elakkan dari berlaku perkara tak diingini selepas berkahwin.. Tapi kalau hati tak kisah dan dah suka, kahwin je la..

Kelima, kufu dilihat dalam status seseorang sama ada dia seorang yang merdeka atau hamba sahaya.. Untuk point ni banyak dilihat masa zaman dulu-dulu, sekarang dah tak de dah hamba hasil tawanan perang ni..


2. Keluarga redha ke?

Imam al-syafii berkata, " Apabila seorang ayah menikahkan anak perempuannya secara paksa maka di syaratkan hendaklah ia menikahkannya dengan lelaki yang sekufu. namun apabila anaknya redha dijodohkan dengan lelaki yang tidak sekufu maka pernikahannya sah."

Maksudnya.. Ciri-ciri pemilihan calon kat atas tak semestinya kena ikut 100% cuma , kalau ada tu bonus, kalau tak dak tapi kedua-dua pasangan redha tak menjadi masalah la.. So, jangan lah risau sangat ye.. Janji ampa kahwin ye.. Halalkan hati yang kau curi.. Ceh.. Hahaha..
3. Ada potensi cerai ke tak lepas kahwin?
Ha.. Ni la pentingnya sekufu ke tak, sebenarnya syarat yang diberi untuk pilih pasangan ni bukanlah terlalu ketat tapi sebagai tanda aras supaya kita tak memilih orang yang salah untuk berkahwin.. Orang tua-tua cakap kawan biar beribu, kahwin biar satu.. Biar lah potensi cerai tu kurang atau sifar.. Benda paling penting toleransi dan saling memahami.. Jangan susah hati, lepas kahwin kita akan kenal lebih mendalam siapa sebenarnya pasangan kita.. Cuba terima baik buruk pasangan kita..
4. Majlis kahwin tu bersederhana atau berlebihan?
Pada pendapat saya, better kita kahwin tu bersederhana sebab dapat elakkan diri kita membazir dan berhutang.. Majlis perkahwinan saya sendiri pon banyak benda saya buat sendiri saja terutama majlis nikah saya. Alhamdulillah semua dah selesai dengan baik.. Saya pon dah nak masuk setahun berkahwin bulan depan. Masih setahun jagung.. Rezeki anak pon belum sampai..in shaa Allah harap-harap tahun depan bertiga lah kami.. Aamiin..
5. Kejujuran tentang hutang piutang sebelum berkahwin?

Benda paling penting sebelum berkahwin, kena berkongsi apa sahaja hutang yang kita telah lakukan terutamanya tentang hutang pembelajaran ke hutang perkahwinan ke hutang perumahan atau kenderaan supaya kita tidak bergaduh dengan pasangan kita di kemudian hari.


Harap tips ni sedikit sebanyak dapat bantu semua bakal pengantin.. Buat lah pilihan yang tepat supaya kita tak menyesal di kemudian hari.. Bincang dengan ibu bapa dan perkenalkan pasangan impian kita kepada ibubapa kita.. Tanya pendapat mereka dan buatlah solat hajat serta doakan yang terbaik untuk diri kita. Barulah kita buat pilihan yang terbaik.

Kita adalah siapa diri kita.. Jangan risau ye..

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Adab pergaulan wanita bekerja di luar rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Dalam islam, wanita dikedudukan yang terhormat dimana hajatnya dan nafkahnya ditanggung dan dijamin. Wanita sentiasa berada di bawah tanggungan lelaki sama ada bapanya ketika dia masih gadis atau adik-beradik lelakinya jika dia berada dibawah jagaannya setelah kematian bapanya, atau anak lelakinya jika dia sebagai ibu, atau suami jika dia sebagai isteri. Wanita wajib ditanggung oleh lelaki yang berada pada kedudukan yang telah dinyatakan menurut hukum nafkah yang diatur oleh syariat islam dan ia wajib dipatuhi (al-Qaradawi, 1997) . Hal ini menunjukkan perlindungan yang berbentuk tanggungjawab lelaki terhadap wanita amat dititikberatkan oleh islam bagi menjaga kepentingan dan kesejahteraan kaum wanita dan masyarakat islam seluruhnya.

Walaupun islam menempatkan wanita dirumahnya, namun bukanlah bermakna wanita tidak boleh keluar langsung. Mereka boleh keluar atas tujuan-tujuan  tertentu. Malahan jika sekiranya terdapat kaum lelaki yang tidak dapat menanggung nafkahnya maka wanita boleh mencari nafkahnya sendiri. Kebenaran untuk wanita bergiat aktif di luar rumahtangga bukanlah suatu kebenaran yang mutlak malahan ianya bergantung kepada beberapa keadaan yang tertentu tetapi hal ini tidak menafikan bahawa isteri tersebut mesti menunaikan peranannya terhadap rumahtangganya dan bekerja untuk kebaikan masyarakat islam seluruhnya. Bagi membolehkan wanita keluar mencari nafkah diluar rumah, islam telah menggariskan beberapa perkara untuk menjaga batas pergaulan wanita tersebut dan maruah suaminya.
Adab pergaulan wanita bekerja di luar rumah :
  1. Wanita hendaklah menutup aurat.
Merujuk kepada firman Allah dalam surah Al-Ahzab, ayat 59 yang bermaksud, “ Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka menghulurkan jilbab-jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali , kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

“ perempuan itu aurat. Apabila ia keluar, mendongaklah syaitan memandang akan dia” – Riwayat At-Tirmizi

  1. Wanita dikehendaki menjaga pandangan.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud, “ ..dan katakanlah (Wahai Muhammad) kepada perempuan-perempuan yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mata mereka, (daripada memandang lelaki yang ajnabi) dan memelihara kemaluan mereka. – surah An-Nur : 31


  1. Tidak memakai bau-bauan yang kuat.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “ mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan, kemudian keluar lintas melintasi suatu kaum (lelaki ajnabi) agar tercium bau harumnya, maka ia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata ( yang memandang) itu berzina. “ – Riwayat Tabrani, Baihaqi dan Al-Hakim.




  1. Tidak bertabarruj atau berlebih-lebihan dalam kecantikan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “ perempuan yang melabuhkan pakaiannya, dalam keadaan berhias-hias ( atau memakai perhiasan) adalah seumpama gelap gelita pada hari kiamat, tiada nur baginya.” – Riwayat Tarmidzi.



  1. Pergaulan wanita dan lelaki terbatas.
Wanita itu hendaklah mengelakkan daripada fitnah dengan tidak bertemu lelaki di tempat sunyi walaupun atas urusan kerja dan tidak bersalaman dengan lelaki yang bukan mahramnya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud, “ .. dan apabila kamu (lelaki beriman) meminta sesuatu keperluan kepada mereka ( isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang hijab (atau tabir). Cara yang demikian itu lebih mensucikan hatimu dan hati mereka.” – surah al-Ahzab : 52.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “ perempuan tidak berhak keluar rumahnya melainkan jika terpaksa ( kerana sesuatu yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan tepi-tepinya.”


  1. Isteri hendaklah meminta kebenaran suami sebelum keluar bekerja di luar rumah. Sekiranya wanita tidak mendapat keizinan suaminya tetapi dia melakukannya juga, dia akan dikutuk oleh Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “sesungguhnya telah diizinkan Allah bagimu (iaitu wanita) keluar untuk sesuatu hajatmu ( yang sebenar, yang tiada maksiat). – Riwayat Al-Bukhari.


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “mana-mana perempuan yang keluar daripada rumahnya tanoa izin suaminya adalah ia di dlaam kemurkaan Allah sehingga ia kembali ke rumahnya atau suaminya redha dengannya.” –Riwayat Al-Khatib dari kitab Al-Tarikh.


  1. Wanita hendaklah bijak membahagikan masa di rumah dan di luar rumah. Wanita perlulah memikirkan pendidikan anak-anak secara serius dan mengajar anak-anak tentang akhlak yang baik, pergaulan yang baik dengan masyarakat dan keintelektualan di dalam pemikiran dan keaktifannya. Wanita juga perlu bijak membahagikan masa untuk melayani suami nya dan melengkapkan keperluan suaminya.


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

derma darah ( bahagian 3 )

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

sambungan entry

http://solehahkahaku.blogspot.my/2016/10/derma-darah-bahagian-2.html




Org tnya aku.. " awat asyik nk derma darah.. ang tu dah kuruih.. nanty tinggai tulang ja."

Aku derma darah sbb

1. Masa arwah ayah aku sakit dulu, susah nk dptkn darah yg ssuai dgn bdn abah.. aku kesian kalau2 ada org alami nasib mcm abah dulu.. dialisis bukan bnda main2.. xtukar drah.. kuman merebak.
2. Terutama penerima darah jenis 0 ni ramai.. tapi bekalan utk penderma darah 0 sikit.. sbb org darah 0 hanya bleh trima darah 0 jugak. Kesianlah kat mereka ni.. sementara sihat, kita bantu depa.. bila kita sakit, ada org lain bantu kita pulak.
3. Bnyk kelebihan klu kita derma darah.. ada mcm2 reward... dpat renew darah baru dlm badan... dapt renew pahala.. dapt reward hospital.. 



Jangan risau psal nak jadi kurus kering tu.. sbb sya rasa sya xde masalah pon utk itu.. gemuk sama ja.. hahaha.. 

Banyakkan mkn makanan yg ada iron dgn asid folic.. ni utk tambah darah... 

Kalau tak lalu mkan sayur mcm2 tu, buat mcm sya.. minum susu kambing ( mmg dh ada iron )... then amik tablet iron dgn asid folic kat farmasi..

Alhamdulillah setakat ni sy punya bacaan darah dh okey dh.. kalau tak dulu tk lepas.  

Jangan  risau darah akan berkurang ke tak.. kita kan sedia maklum , apabila kita menderma, darah baru akan terhasil dalam masa 3 bulan. jadi tiada apa yang perlu dirisaukan.




So jgn takut ye nak derma darah..

" Sakit ke?"

Seriously xsakit pon.. yg penting tahu teknik dy... nnty sya ajar ye. In shaa Allah smooth ja msa nk derma darah tu.

Jom... jalani fardu kifayah anda .. Saya sudah . . 

Anda bila lagi,? 

Next donation : Feb 2017 😘😘😘 

Serius wey, benda ni ketagih kot.. patut lah org pakat dok cucuk sendiri.. hahaha. 😉😜

#kempendermadarah 
#dermadarah💉
#gengdaraho

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Monday, 7 November 2016

kenapa wanita kini perlu bekerja walaupun berumahtangga?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

hari ni saya ingin mengulas tentang fenomena wanita bekerjaya masa kini.. 

ya , sememangnya kita sedia maklum, kemajuan dan pembangunan sangat mengajak agar wanita turut berganding bahu dengab lelaki keluar rumah.

Jika kita lihat Era  tahun 2000 ini dilihat sebagai era teknologi yang menuntut golongan wanita muslim agar turut aktif dalam kerjaya sama ada (Ghazali, 2001) :

  1. Untuk menambahkan sumber pendapatan dari segi kewangan. Ini adalah disebabkan keperluan semasa yang semakin hari semakin tinggi harganya. Meskipun pemulihan ekonomi telah dilakukan dan ekonomi di negara kita semakin pulih, namun harga barangan dari sehari ke sehari semakin meningkat.
    Jadi, perbelanjaan rumah tidak cukup sekiranya hanya suami sahaja yang mencarinya apatah lagi dengan keperluan hidup dan kos sara diri masa kini yang semakin tinggi.

  1. Menuntut wanita muslim semakin aktif dan sibuk dalam politik , sosial dan sebagainya. Ini adalah disebabkan banyak masalah , berbangkit berkaitan dengan wanita yang perlu diselesaikan oleh wanita yang berkaliber dan mempunyai pandangan yang bernas serta pemikir wanita yang bijak.
  2. Menuntut wanita muslim untuk turut sama mempunyai sijil aatau kelulusan yang membolehkannya memegang jawatan tinggi dan gaji yang lebih lumayan dan mengalakkan kaum wanita untuk mempunyai ilmu pengetahuan supaya tidak ketinggalan dalam masyarakat. Hal ini kerana tanpa gaji yang lumayan agak sukar untuk menampung keperluan hidup kerana pendapatan suami kadangkala tidak mampu menampung kehidupan sekeluarga.
  3. Terpaksa mengeluarkan tenaga yang lebih berbanding lelaki. Misalnya setelah penat di tempat kerja , terpaksa pula berpenatan di dalam rumah tangga untuk mengguruskan anak-anak, melayani suami, memasak dan sebagainya.
  4. Menuntut wanita muslim mempunyai ilmu yang lebih tinggi memandangkan pendidikan atau sosial di zaman ini yang terlalu tinggi. Tanpa ilmu yang cukup akan menyebabkan anak-anak kurang mendapat didikan agama dan mudah terjebak di dalam budaya kuning.
  1. kaum wanita diperlukan dalam bidang-bidang kritikal yang memang hanya layak disandang oleh kaum wanita dan bukanlah layak untuk kaum lelaki. Hal ini kerana jika kita lihat  suasana dimana wanita muslimah diperiksa oleh kaum lelaki atau doktor lelaki, malah diantaranya ada yang bukan beragama islam yang sepatutnya dilakukan oleh kaum wanita terutama bahagian sakit puan. Ertinya bila tidak ada wanita yang tampil untuk mengisi jawatan tersebut,maka seluruh wanita ditempat itu berdosa. Jika ada seorang yang tampil, maka terlepaslah dosa wanita seluruh tempat itu.
Hal ini kerana masyarakat kini menganggap bahawa wang adalah segala-galanya. Fenomena ini menyebabkan sesebuah keluarga itu menuntut agar wanita dan anak-anak perempuan yang telah tamat belajar atau berhenti sekolah untuk keluar rumah mencari kerja. Sehinggakan ada yang menganggap wanita juga adalah seorang penganggur sekiranya tidak bekerja di luar rumah. Sedangkan menurut perspektif islam, wanita yang tidak bekerja itu tidak boleh dianggap sebagai pengganggur kerana sememangnya tugas utama wanita adalah menjaga persekitaran rumah tangga. Jika mereka tidak melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan rumahtangga, maka barulah mereka dianggap sebagai penganggur.
Rujukan : Ghazali, N. A. (2001). Wanita Muslim di Alaf Baru. Johor Darul Takzim: Perniagaan Jahabersa.


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tuesday, 11 October 2016

Bukti wanita itu lemah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sudah lama rasanya saya tidak menulis diblog ni... rasa macam dah bersawang dah..
sekali tulis, nah amik hampa, baca lah sampai muntah na,.. hahahaha..

Untuk entry kali ini saya akan menerangkan isu yang sering diperkatakan dan dikaitkan dengan wanita.

 Baiklah, wanita sering dianggap lemah oleh kaum lelaki dan diperakui pernyataan ini sejak azali kewujudan manusia.

Ya, wanita itu lemah dari segi fizikalnya namun wanita kuat dari segi mentalnya berbanding lelaki.

Ada  beberapa bukti yang mengaitkan tentang kelemahan wanita ini.

apa bukti nya? habaq mai sikit.. hehehe..

1.       Wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki yang bengkok seperti mana firman Allah dalam Al-Quran.


2.       Menurut kajian perubatan moden, wanita lebih mudah dijangkiti penyakit berbanding lelaki. Wanita juga berisiko menghadapi tulang reput dan wajah yang dimamah usia lebih awal berbanding lelaki. 


3.       Wanita mempunyai satu akal dan sembilan nafsu iaitu keinginan terhadap kecantikan, kewangan dan lelaki.


4.       Wanita dinyatakan lebih ramai menjadi penghuni di neraka berbanding lelaki.


5.       Wanita tidak tahan dengan pujuk rayu dan mudah menerima pengaruh dari lelaki.

Ini adalah beberapa bukti yang wanita itu lemah , 

namun begitu wanita juga berkemampuan dan kuat dalam menghadapi cabaran dan dugaan berbanding lelaki kerana kebiasaannya lelaki akan bergantung harap lebih kepada wanita dalam kehidupan sehariaannya. 

Hal ini lah yang menyebabkan lelaki memerlukan wanita sebagai pelengkap dan pendamping sehingga ke syurga.

Istimewakan wanita?

Walaupun lemah tapi tetap ada yang ingin bertaut dan berkasih sayang..


Hebat wanita ni..

Nak tau kenapa kata wanita ni istimewa sangat?

sebab ada jugak lelaki yang tukar hampir sepenuhnya anggota badan untuk menjadi seperti wanita.. 

hebatkan penangan wanita ni.. hahahaha...

laki pon sanggup tukar jantina kot... hahahaa.. :P

okey, papai... jumpa nanti next entry pulak ye.. :*



  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Masalah cirit birit ? keracunan makanan?? jom buat ini..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

bagi sesiapa yang ada  mengalami cirit birit dan ada tanda-tanda keracunan makanan.. 

jom cuba salah satu daripada cara kat bawah ni.. in shaa Allah , boleh cepat sembuh.. yang penting, niatkan kerana Allah dan percaya dengan kuasa Allah.. kita cuma ikhtiaq ja.. okey,,

  • Masak lobak dengan api kecil selama 2 jam ( 1kg lobak dengan 1 ½ liter air) .. tambahkan 3g garam halus dan minum setelah sejuk.
  • Goreng  2/3 sudu besar beras tanpa minyak sehingga hangus, masukkan ke dalam secawan air panas, biarkan selama beberapa minit kemudian minum ke semuanya.
  • Celur beberapa biji kurma dengan sedikit air mendidih. Lumatkan dengan cara menekannya menggunakan sudu. Campurkan sedikit madu kemudian minum 3 kali sehari.
  • Basuh dan bersihkan akar anggur. Rendam dalam air masak selama beberapa minit kemudian minum.
  • Buang kulit dua biji delima putih. Panggang sehingga kering dan tumbuk halus. Masukkan satu sudu besar bahan ini ke dalam air panas, kacau hingga rata lalu minum 3 kali sehari.
  • Makan buah delima putih muda dengan madu lebah.
  • Tumbuk halus kulit batang delima dan 3 sudu besar biji habatussauda. Masukkan air perahan rizom halia dan madu. Kacau hingga rata. Minum satu sudu besar setiap kali selepas makan setiap hari.
  • Campurkan daun , kulit berbatang kayu, buah muda, dan kulit buah delima yang masak. Rebus sehingga mendidih. Setelah sejuk, tapis lalu minum.
  • Rebus kulit buah delima sehingga mendidih. Setelah sejuk, tapis lalu minum.
  • Kupas 7 – 9 biji epal, kemudian parut setelah dibersihkan dan buang biji yang ada di dalamnya. Berikan kepada kanak-kanak sehingga kenyang sebanyak 3 kali sehari dalam tempoh 2 hingga 3 hari. Jika terdapat tanda untuk pulih, kurangkan jumlah epal dan tambahkan rebusan oat. Jauhi daripada pemakanan lain selain epal selama dia cirit-birit.
  • Hiris 3 biji epal dengan kulitnya, kemudian rebus dalam 1 liter air selama ¼ jam. Minum rebusan tersebut sebanyak 4 gelas setiap hari. In shaa Allah dapat mengubati segala penyakit dalam perut.
  • Kupas epal dan parut kemudian rebus dengan air bercampur gula. Setelah sejuk, berikan kepada kanak-kanak yang cirit birit tanpa mencampurkan dengan makanan lain.
  • Parut lobak merah dan campurkan ke dalam makanan atau susu kanak-kanak. Kemudian berikan sesudu madu selepas bangun tidur dan sebelum tidur.
  • Kupas kulit 2 ulas bawang putih, cuci kemudian rebus dengan segelas air. Setelah sejuk, minum air rebusan sebelum makan. Lakukan 3 kali sehari sehingga sembuh.
  • Kupas kulit 5 ulas bawang putih dan remdam didalam air panas selama 10 minit dan makan. Lakukan 2 kali sehari.
  • Kupas kulit kunyit , bawang besar dan bawang putih lalu rebus. Minum air rebusan tersebut.
  • Bakar 5 ulas bawang putih, kupas kulitnya dan makan. Lakukan dua kali sehari.
  • Makan biji habatussauda ( 7 biji) setiap pagi bersama sesudu madu.


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tiada sambutan hari lahir untuk anakku

Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hai semua, susah nak nyatakan kat sini tapi terpaksa aku luahkan juga..  Mintak maaf ye anakku sayang...