Wednesday, 21 July 2021

Pengalaman kena covid semasa mengandung

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hai semua pembaca blog aku yang aku sayangi.. okay, kali ni aku nak ceritakan mengenai pengalaman aku kena covid time pregnant ni.. aku cerita balik ni tumpang dok ingat lagi apa yang jadi.. hehehe.. saja nak kongsi dengan semua orang terutamanya bagi mereka yang sedang mengandung pada ketika ini.. 

Kepada semua ibu yang sedang hamil, tolonglah jaga diri anda sebaik mungkin sebab kita ni ada membawa satu lagi nyawa dalam rahim kita.. jadi penting untuk kita berjaga-jaga setiap masa tambah-tambah dengan pandemik covid19 sekarang ni.. sebab virus ni kita tak nampak dengan mata kasar..

saranan aku, pakai lah pelitup muka dengan sempurna.. bila keluar ke tempat awam, pastikan kita sentiasa memakai hand sanitizer setiap kali keluar terutamanya melakukan transaksi pembayaran di kaunter-kaunter pasar raya.. jaga penjarakan sosial yang telah ditetapkan.. tidak bercakap dengan jarak dekat dengan orang lain..

okey, bab tu mestilah korang tau kan.. tapi kadang-kadang dah tahu pon ada orang buat tak tahu ja dengan sop time covid ni.. ramai yang merasakan covid ni palsu.. nak tau palsu ke tak... korang kena rasa sendiri macam mana rasanya kena covid ni.. nasib baik mungkin hanya terkena stage 1.. kalau nasib tak baik boleh kena yang teruk terus stage 5.. jangan cakap besar dan jangan cabar kuasa Allah.. better kita mencegah daripada merawat.. once u dah kena, penyembuhnya mcm susah la..

Berbalik kepada cerita aku.. masa aku dalam fasa terakhir trimester pertama dalam bulan 2 macam tu.. aku kena covid stage 2.. masa kena tu aku demam saja .. tinggi jugak bacaan dalam 39.7.. tapi tak de batuk atau selesema.. malam tu aku buat keje macam biasa sebagai seorang isteri... sediakan makan malam.. kemas rumah sikit-sikit.. siap saja makan tu.. aku makan awal sikit malam tu.. dalam pkul 8 malam macam tu.. lepas tu, naik atas bilik.. mandi apa semua.. lepas tu dah start badan jadi lembik sangat-sangat.. macam nak pitam macam tu.. naik je atas katil terus tertido.. aku terjaga masa suami masuk dalam bilik pukul 12 malam macam tu.. dia pegang badan aku.. katanya badan aku panas.. aku memang tak rasa macam demam pon.. cuma rasa tak larat yang teramat sangat.. sampai asyik menangis ja..sbb terlalu penat.. suami tanya, nak pergi hospital tak..aku masa tu tak rasa macam aku ni larat nak jalan.. jadi aku decide nak berehat dulu kat rumah..

tapi start dari pukul 3 pagi tu, aku dah mula rasa boleh angkat badan untuk bergerak.. terus ajak suami ke hospital..jadi kami ke hospital macam biasa lepas dah siap-siap tu.. (masa ni tak tahu lagi kena covid).. dah pergi bahagian kecemasan husm .. dengan suhu yang tinggi .. lepas tu depa detect nadi aku kuat degup.. di tanya macam-macam soalan bab covid.. tapi memang masa tu aku tak de plak kontek dengan siapa-siapa yang positif covid ni.. sebab nya aku ni pergi kerja, balik kerja,. tu je yang aku tahu.. jadi memang tak de jumpa sapa-sapa yang positif pon... tak tahu lah kalau-kalau dapat dari customer aku kan. then, demam aku kuat jugak.. sampai mengeletar duduk dalam zon kuning tu.. lepas tu doktor bagi aku panadol untuk kebahkan demam aku tu.. makan dua biji panadol lepas tu tak sempat nak tidur.. nurse mai cek ECG kat badan aku..untuk nak monitor jantung aku.. sebab kuatkan nadi masa bacaan kat bahagian saringan kecemasan tu. 

ECG

Lebih kurang macam gambar atas tu la.. tapi bukan mesin macam tu. lepas tu, doktor mai pantau lagi.. ada rasa berdebar ka macam mana.. aku cakap tak pon biasa ja.. ha.. memang waktu tu rasa biasa ja.. tak tahu kenapa nadi tinggi.. lepas tu doktor tanya aku ada sakit mana-mana lagi tak.. kebetulan masa tu memang ada sakit kat bahagian rahim sikit. doktor pon bawak aku ke tempat scan ultrasound. Dia buat 3 benda.. pap smear.. ultrasound scan dengan transvaginal scan tu.. semua sample diambil. Alhamdulillah tak de apa-apa.. cuma doktor suspek aku ni kena kencing kotor ja.

Disebabkan demam aku masa tu tak kebah lagi, jadi doktor pindahkan aku ke wad biasa.. under wad gynae.. masa lawatan pakar yang pertama kat wad.. dia ambik bacaan suhu aku.. dia kata aku still demam lagi even dah turun sikit suhu daripada mula-mula sampai husm sebelum tu. Then dia pon tanya aku, kat emergency ward tu ada buat swab test tak? aku cakap la tak de plak.. lepas tu, doktor pakar tu dok bebel kat staf dia yang aku ni sepatutnya kena buat swab dah kat bawah tadi.. dia pun arahkan staf dia buat swab test kat aku yang RTK-antigen tu.. tak sampai 2 jam.. doktor tadi mai kat aku, dia bagitahu, " Puan, puan dan suami jangan pergi mana-mana tau, puan positif.. kita kena pindahkan puan ke wad covid sementara." 

Masa tu, rasa gelap dunia aku.. aku menangis semampunya..mujur suami aku ada menenangkan aku masa tu.  Dalam air mata berjurai-jurai tu tiba-tiba rasa nak terkencing pulak. then suami pon bagitau nurse pasal aku nak toilet tu. tapi nurse tak bagi ke mana-mana.. last-last nurse bagi pampers dewasa.. untuk pertama kali nya aku pakai pampers dan suamilah orang yang tolong pakaikan dan tanggalkan.. terima kasih suami sudi jaga masa sakit.. i love u syg..

Masa nak pindah ke wad covid tu, nurse dah tutup semua kipas kat laluan ward tu....dan ada dua orang staf yang handle bahagian mop lantai dan sorang lagi staf untuk sembur sanitizer kat lantai masa aku dan suami jalan nak ke wad covid sementara tu. sebabnya rtk-antigen tu kan macam rapid result jadi kena tunggu next 3 days untuk buat PCR punya. masa depa bawak naik atas tu, aku dah nangis dah.. rasa macam h*** jugak la... ni just perasaan aku ja masa tu.. yela, sedih tahu tak, tiap kali jalan, org akan sanitized lantai yang baru kita jalan tu.. sedih sangat-sangat.. mybe masa tu aku terlalu emo.. hahaha.. 

Masa sampai kat wad covid sementara tu.. aku dok sorang-sorang dalam bilik tu.. suami aku kena balik.. sebab keesokannya dia kena buat swab test dulu untuk tahu result dia.. tinggal lah aku sorang-sorang kat situ. sedih sangat.. hari-hari nangis. doktor akan datang melawat.. tengok nadi dan ajarkan untuk exercise bangun duduk.. sebab kes nadi aku laju tu kan.. Alhamdulillah lepas tu, doktor check tengok nadi dah okey dah.. suami aku punya result pon negatif tapi dia kena kuarantin kat rumah lagi..masa kat wad sementara ni, disebabkan terlalu takut dan insaf atas semua dosa yang lepas.. memang aku banyak habiskan masa dengan mengaji al-quran, dengar ceramah dan mintak maaf dari semua orang.. sebabnya ya lah.. bagi aku .. kesakitan yang Allah bagi ni mestilah Allah nak uji tahap keimanan dalam diri kitakan.. memang dah lama tinggalkan al-quran.. bila kena ujian macam ni, terasa kerdil sangat.. barulah nak buka al-quran.. maafkan aku ya Allah.. aku ni teruk sangat.. :'(

Selepas berlalu 3 hari yang penuh mendebarkan, aku pon kena swab test lagi sekali..PCR pulak.. keesokkannya baru keluar result. aku pon terus duduk kat wad sementara tu lagi.. alhamdulillah nurse dan doktor sentiasa pantau dengan keadaaan kita.. rasa bersyukur sangat. aku diberikan kesempatan oleh Allah untuk baca al-quran dan dekatkan diri aku dengan ilmu agama asbab kena covid ni.. kalau tak kena covid ni, rasanya tak de kesedaran lagi.. :'( 

masa aku dengan husband aku lebih banyak dengan video call.. rasa macam zaman bercinta  dulu-dulu.. hehehe..rasa macam disayangi... hehehe... ceewahh....

Hari yang ditunggu-tunggu pon tiba, keputusan aku time tu,,,... jeng jeng jeng... positif..!

Aku pon dipindahkan lagi ke wad covid sebenar.. hahaha.. sedih wey.. masa aku masuk wad covid tu.. ada dalam 4 orang ja.. 3 lelaki dan aku sorang pompuan.. 3 lelaki tu sorang doktor dan 2 orang nurse @ ppk mcm tu la.. xpasti sangat.. dengar ni pon dari nurse yang jaga wad covid tu ja.. lepas tu esok tu masuk lagi sorang baby dengan mak dia ... kesian anak dia.. baby umur dalam 6 ke 9 bulan macam tu.. sesak nafas.. asyik nak mengempeng je.. yela , dah tak sihat kan,.. memang macam tu.. 

Aku jalani hidup di wad covid selama 10 hari.. selama aku duduk di wad covid tu, aku dipantau dari segi kesihatan seperti biasa.. dan diberikan ubat kumur mulut dan ubat antibiotik ( yang ni sebab aku ada kencing kotor tu kan) yang ni doktor bagi makan ubat selama seminggu.. lepas tu, aku keluar dari wad.. esok tu, suami aku pula swab test,.. dia pulak positif... dia pulak kena masuk wad covid tu.. bergantian la kami.. sedih sangat.. baru je balik jumpa suami.. tup-tup suami kena masuk wad pulak.. sedih tu Allah je tahu.. 

suami duduk wad selama 5 hari kalau tak silap.. aku masa tu punyalah sedih sampai aku tak boleh langsung duduk dalam rumah.. tengok laptop ja menangis.. kes suami aku ni rajin main game dalam pc.. jadi bila tengok lappy pon boleh nangis rindu kat tuan dia.. tengok kusyen tempat suami duduk pon boleh nangis.. cerita dia sebab lepas je kahwin memang kami jarang berenggang.. memang banyak masa habiskan berdua.. masa awal kahwin ja terpisah kejap.. pjj tak sampai dua minggu.. hahaha.. yang tu sebab dia keja kat penang.. kesian dia ulang alik.. jadi, mak mertua aku ada nasihat kan aku jangan sedih lama-lama kesian baby.. mak kata buat la apa-apa yang boleh lupa rasa sedih.. aku rasa pembawakan budak sama kot.. sebab dulu tak de la nak menangis sampai macam ni bila aku kena tinggal suami nak buat on call... hehehe..  

Jadi, selepas sehari yang aku balik dari kuarantin husm tu.. esok tu, aku cuba ambil semangat balik.. try untuk tak bersedih.. aku pon takut jadi apa-apa kat baby.. memandangkan dulu aku pernah keguguran.. aku pon menjahit tilam , comforter dan selimut untuk anak aku... alhamdulillah habis je kuarantin kat umah tu aku mampu siapkan kesemuanya.. alhamdulillah.. masa hari terakhir aku kat umah tu, alhamdulillah suami dah boleh balik  untuk kuarantin dekat rumah saja sebab aku kan positif jugak,.. jadi doktor bagi kebenaran untuk kami duduk serumah.. alhamdulillah lega sangat rasa.. kalau tak asyik nangis ja.. tengok katil kosong pon nangis.. hahaha.. symptom mak-mak kot.. hahaha..

lepas seminggu habis kuarantin kat rumah dan dah start keja pa semua.. aku kena terus kan balik appointment dengan klinik kesihatan macam biasa.. untuk pantau baby dan aku.. masa jumpa doktor , doktor scan lagi sekali untuk tengok perkembangan baby.. takut ada effect apa-apa kat baby.. sebenarnya lambat lagi scan.. tapi disebabkan atas kes macam ni.. doktor scan jugak.. takut apa-apa jadi.. alhamdulillah baby aktif dan sihat.. jantung baby pon dah makin kuat dah.. alhamdulillah.. 

setakat ni saja pengalaman aku kena covid time pregnant.. diharapkan semua para ibu lebih berhati-hati dan menjaga diri dengan baik semasa musim covid ni.. semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak memberikan gambaran untuk para ibu survive sekiranya terjadi perkara seperti ini terhadap diri masing-masing.. :)

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tuesday, 13 July 2021

Cara nak guna pregnancy test clear blue (UPT)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hari ni saya nak kongsi sikit mengenai pregnancy test (UPT).

Pregnancy test atau ujian kehamilan ini dilakukan oleh seorang wanita yang pernah atau telah melakukan hubungan kelamin bersama pasangannya dalam tempoh 24 jam ke atas.

Tujuan ujian ini dilakukan bagi memeriksa sama ada seseorang wanita itu hamil atau tidak hamil hasil persetubuhan tersebut.

Ujian kehamilan ini boleh dilakukan ke atas ujian air kencing wanita tersebut atau lebih dikenali sebagai Urine Pregnancy Test (UPT).
Ujian kehamilan ini untuk menguji tahap kandungan hormon human chorionic gonadotropin (HCG) yang dirembeskan oleh seorang wanita semasa hamil. Hal ini kerana hormon ini berkait rapat dengan placenta bayi sebaik sahaja berlaku persenyawaan dan perlekapan janin pada dinding rahim.

Ujian kehamilan ini boleh dilakukan sendiri tanpa pengawasan doktor atau pendek kata boleh dilakukan sendiri di rumah atau di mana saja. Malah tidak memerlukan modal yang mahal.

Kalau kitaran haid yang normal pada setiap bulan iaitu antara 21 - 35 hari untuk haid yang seterusnya. Kalau kitaran haid tidak normal, kita akan menghadapi kesukaran sikit untuk pregnant namun boleh berbincang dengan doc untuk solusi yang terbaik.

Contoh macam saya sendiri, kat bawah ni saya ambil kitaran haid tahun lepas. Maaf bukan niat saya nak buka aib tapi ni cuma sebagai panduan untuk setiap wanita yang baru berkahwin seperti saya.. Sebab bila kita baru berkahwin, kita akan malu nak bertanya mak-mak kita bab ni semua kan. So, saya kongsikan sedikit apa yang saya tahu..

Okey, boleh tengok bawah ni ye.. Period cycle saya tak stabil.. Kalau nak tengok yang hampa punya boleh try kat sini.. https://whenmybaby.com/menstrual_cycle_calculator.php



Kitaran haid yang normal membolehkan kita melakukan ujian kehamilan seawal hari pertama lewat period yang berikutnya itu. Tetapi kalau nak ujian kehamilan yang lebih tepat seelok nya selepas 2 minggu lewat period.

Sebenarnya upt ni ada banyak jenis sama ada jenis kaset atau stick dan semuanya boleh digunakan cuma sama ada tepat atau tidak saja..

Jenis kaset

Jenis strip


Seperti yang kita sedia maklum, brand clear blue ni antara jenis pregnancy test kit yang membolehkan kita tahu status yang tepat sama ada pregnant atau tidak . Ada dua jenis..

Yang jenis ni ada buat simbol .. Tanda + menunjukkan pregnant, - menunjukkan tidak pregnant

Clear blue jenis ini ada tulis siap-siap sama ada pregnant atau not pregnant.. Kira lagi tepat la.. 

Macam biasa.. Mula-mula kena baca arahan kat box tau setiap kali nak guna UPT tak kisah jenis apa pun.

Period saya tidak normal jadi guna dua2 jenis UPT biasa ni semua tak yakin. Tahun ni saja dah 5 bulan tak period. Jadi saya amat risau.. Saya dah buat scan rahim atau ultrasound , doc cakap saya tiada masalah rahim dan rahim saya tiada sebarang ketumbuhan.

Lepas tu saya ada beli upt brand clear blue ni..

Ni cara-cara nak guna clear blue ni..



1. Kena bukak penutup atas pregnancy test ni.
2. Celup dalam urine cup selama 20saat ( kira slow-slow tak pe)
3. Angkat dan tutup penutup pregnancy test ni..
4. Letak di tempat yang rata.
5. Biar dia loading  result selama 2 minit macam dalam video kat atas ni..

Nanti dia akan bagi result sama ada pregnant atau tidak.

Ni pulak penanda aras dia ye..




Pregnancy test brand clear blue ni boleh didapati di watson atau guardian.. Atau pun boleh tengok kat lazada ke shoppee ke..

Kalau kat farmasi jarang ada.. Saya dah tanya banyak farmasi area sungai petani.. Kebanyakkan farmasi pun bagi cadangan beli kat watson ke guardian ke.

Selamat mencuba ye..

Saya ni dah test tapi negative.. Lepas ni nak kena jumpa doc balik la ni..

Apa-apa nanti saya sambung cerita balik ye.

Terima kasih sudi luang masa baca coretan hati saya ni.. Mintak semua doakan saya murah rezeki dan cepat dapat baby ye.. 😘

Okey , papai..

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday, 7 July 2021

Pengalaman Mengandung ( time pkp ) Part 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 
hari ni aku nak ceritakan tentang perjalanan aku follow up pregnancy di klinik kesihatan yang berdekatan dengan rumah aku.

Masih lagi dalam perjalanan mengharungi trimester pertama aku..

semasa appointment yang kedua, aku dan suami perlu ambil darah untuk hiv test dan sebagainya. 

pada hari yang sama, aku jumpa doktor untuk periksa kandungan aku.. alhamdulillah masa ni kandungan dah hampir 8 minggu. dah nampak jantung baby berkelip-kelip dah.. kalau mengikut tarikh period aku.. 
LMP EDD aku jatuh pada 1/8/2021.. masa ni memang teruja sangat.. masa scan baby kat klinik kesihatan suami tak boleh masuk. kiranya suami tengok baby masa kat klinik swasta untuk confirm pregnant hari tu je. Masa ni doktor tak boleh nilai lagi tarikh sebenar. tapi doktor ada la bagi anggaran tarikh ikut anggaran besar janin masa tu.. so, dapatlah lagi dua tarikh.. dalam 17/8 dengan 19/8 .. doktor kata next scan masa 20 week pulak...then, nurse bagi tarikh kat aku untuk minum air gula.. yang ni nak check gdm ada ke tak..

Appointment yang ketiga tu untuk minum air gula.. 

Malam sebelum aku pergi minum air gula tu.. aku kena start puasa pukul 10 malam.. sebelum minum air gula tu, nurse akan ambil darah dulu.. alhamdulillah disebabkan alahan aku bukannya jenis loya sangat.. jadi aku mampu habiskan air gula tu dengan jayanya.. air gula tu pon sedap.. sebab time tu aku dapat yang air oren punya.. sedap..  habis je minum air gula tu.. terus aku minum air biasa.. dan macam biasa, bila banyak minum air banyak jugak la ke toilet.. hahaha.. lepas 2 jam tu, ambil darah sekali lagi dan boleh balik dah.. alhamdulillah .. next appointment lepas tu dapat result kata aku tak dak gdm.. alhamdulillah syukur sangat .. tak perlu ulang alik ke klinik  buat bsp..

bila nak hujung-hujung trimester pertama tu aku kena covid.. kena covid time pregnant kot.. aku memang down gila masa tu.. sikit-sikit menangis ja.. memang rasa macam tak lama ni aku hidup.. kebetulan masa aku masuk hospital tu, statistik kematian berkaitan covid ni memang tinggi jugak la.. itu yang menakutkan aku dan apa yang lebih membimbangkan adalah keselamatan anak aku sepanjang aku pregnant ni. sapa tak risau kan benda boleh bawa maut.. tapi alhamdulillah sepanjang aku berada di hospital , family aku dan family mertua tambah-tambah suami dengan mak mertua antara insan yang sentiasa bagi sokongan kat aku.. sentiasa bagi semangat kat aku untuk aku tak down masa tu..

cerita bab aku kena covid tu.. hampa boleh baca dalam link entry kat bawah ni...

okay, setakat tu dulu hari ni.. aku cerita sampai penghujung trimester 1 aku.. tak de yang menarik pon.. cuma bila aku cerita ni, sedikit sebanyak dapat bantu orang lain yang first experience dalam pregnancy macam aku ni.. lagi pun, boleh la anak-anak aku baca pengalaman mak dia bila dia dah besar nanti.. hehehe.. semoga anak-anak ummi jadi anak yang soleh dan solehah di dunia dan di syurga.. aamiin.. 

next entry, kita akan sambung lagi pregnancy journey aku tu.. hehehe.. tak sabar nak cerita part yang paling excited nanti.. tungguuuu.. hehehehe...



  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Thursday, 1 July 2021

Pengalaman Mengandung ( time pkp ) Part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 
Hai semua.. dah lama rasanya tak buat entry baru.. nak buat je mesti ada halangan.. hehehe.. so, apa yang aku nak cerita ye kali ni..

okay, kita sambung dari entry sebelum ni ye.. Part 1 ...

lepas je dah siap buat buku pink kat klinik kesihatan tu, bermulalah sesi tca dengan nurse kk..

Alhamdulillah aku diberikan tarikh untuk berjumpa doktor pada minggu berikutnya awal bulan januari 2021.. sebabnya aku kan walk in untuk  buat buku pink jadi procedure lambat sikit la.. 

masa aku daftar buku pink tu pon dah kesian tengok nurse kena catat satu-satu apa yang berkaitan aku.. 

1. check air kencing ( untuk check kencing kotor), 

tq google. (lebih kurang mcm ni la nurse akan check)



2. ambil timbangan berat badan, 
 
3. ambil bacaan tekanan darah (bp)




4. ambil bacaan sel darah merah (hb)




5. nurse akan tanya sejarah family kita bab penyakit ye.
6. nurse akan terangkan apa perlu buat dan apa yang tak boleh buat semasa mengandung.

lepas dah nurse check semua , nurse akan label buku ikut kondisi kita.




Dah settle part tu, nurse akan check kita.. 
1. check leher in case ada tiroid ke tak ke
2. check nipple kita sama ada tenggelam atau timbul
3. check bahagian rahim kita

sebelum balik tu nurse akan bagi acid folik untuk kita consume. boleh je kalau nak makan vitamin luar tapi kena minta pandangan dari nurse dan doktor dulu la..

untuk appointment yang kedua, nanti kita akan ceritakan untuk next entry.. takut lama-lama baca bosan pula.. hehehe.. 

terima kasih semua sebab sudi blogwalking kat sini.. sayang semua.. 

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Thursday, 17 June 2021

sekitar sambutan birthday aku dan birthday suamiku

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 


Hai semua.. untuk entry kali ni special sikit sebab nya nak cerita pasal birthday aku sebagai owner blog ni dan juga birthday suamiku...hehehe.. nasib la korang la kena baca.. hahahaha....

Tahun ni tahun kedua sambut masa penangan covid ni.. macam biasa sambut ala kadar.. nak sambut macam biasa tak boleh.. selalunya birthday aku, kami akan pergi jalan-jalan tak pon kalau jauh sikit pergi mana-mana hotel untuk release tension.. erm.. kali ni.. jangan harap la.. 

Birthday aku tahun ni dalam pkp dan dalam bulan puasa ramadan.. macam tahun lepas je.. tapi tahun ni.. awal-awal bulan 4 lagi suami aku dah bagitahu dia ada tempah hotel untuk kami menginap kat sana.. dia kata ada pakej buffet untuk sahur dan buka puasa.. aku pon excited gila.. masa ni yang dia tempah ni bukan pkp lagi.. jadi  tu yang pihak hotel buat promo macam tu.. dekat H Elite Hotel Kota Bharu..



then tup tup.. pkp pulak start.. sampai lah 29/4/2021. sedih yang teramat sangat.. baru je nak happy boleh duduk hotel.. last-last jadi macam ni pulak.. sedih sangat.. pihak hotel cakap dia akan refund balik duit.. tapi sampai ke hari ni (17/6/2020) belum dapat sebarang refund balik.. bila tanya pihak hotel jawab by pringkat.. aku on je.. tapi masalah nya aku baru ni antar meseg.. dah tak reply dah.. seen je.. nak suruh suami aku call lagi sekali sebab atas nama dia.. kalau dia tak bagi feedback yang munasabah untuk kes ni.., aku dan suami aku takkan teragak-agak lagi untuk buat polis report.. bukan soal duit sebenarnya.. soal management hotel.. habis nanti kalau kami tak report polis , mungkin akan ada orang lain yang kena macam kami.. cukup lah setakat kami yang teraniaya..

Okey back to my birthday.. bila dah sampai birthday aku tu, suami aku mintak maaf dengan aku, dia kata tak sangka nak jadi macam ni.. aku tak kisah pon sebenarnya.. aku faham bukan salah suami aku.. cuma dalam hati tu sedih jugak la.. sebab memang dah lama rindu nak release tension kat hotel.. last-last dia kata sebagai ganti hadiah birthday, dia belikan microwave.. alhamdulillah,.. aku lega jugak la.. dengan adanya microwave tu lagi mudah la keje aku.. tq suami susah payah buat macam-macam dan spend duit untuk hadiah birthday aku.., tak sangka sangat,... sayang suami ketat-ketat,. hehehe..

Baru-baru ni birthday suami aku yang ke 29 tahun , 11/6/2021 .. aku sebenarnya dah rancang lama dah nak buat candle light dinner lagi dekat rumah,, tapi memandangkan sejak-sejak pregnant ni rasa macam tak larat sangat. aku buat yang simple-simple ja.. aku buat laksa kedah , beli kek sikit dengan hadiah untuk suami aku.. alhamdulillah mujur suami suka.. aku cadang nak buat masa betul-betul tarikh birthday suami aku tu tapi memandangkan cuti aku tak lulus.. jadi aku buat awal sikit laksa dan kebetulan suami aku cakap dia kena kerja malam masa tu.. balik dari kerja, suami aku cakap memang dia teringin nak makan laksa,. kebetulan sungguh,.. hahaha.. maaf lah suami ku.. buat tak ikut tarikh sebenar.. 

ha.. setakat ni dulu entry kali ni.. nanti aku sambung lagi cerita lain plak.. terima kasih kerana sudi blogwalking kat sini.. semoga Allah memurahkan lagi rezeki semua yang sudi membaca blog ni.. aamiin.. papai.. tq..


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tuesday, 15 June 2021

Ilmu Penyusuan oleh Dr. Nurhaya Lactation Centre ( page FB)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hai semua.. rasa seperti sudah lama tidak menulis tentang entry baru ni.. okey, hari ni aku nak kongsikan sedikit ilmu yang aku dapat dari Dr. Nurhaya Lactation Centre melalui tajuk ' Kalau terpisah dengan bayi, apa perlu ibu buat?' 

Aku tertarik sangat dengan tajuk ni sebab aku rasa lebih dekat dengan aku yang bakal melahirkan cahaya mata sulung aku ni. In shaa Allah aku bakal bersalin dalam bulan 8 ni  dalam kurang lebih 2 bulan lagi.. alhamdulillah cahaya mata yang ditunggu-tunggu sekian lama.. dari perkahwinan kami 2017 sehingga lah sekarang 2021.. Alhamdulillah.. mintak doa semua supaya perjalanan aku melahirkan bayi nanti berjalan dengan lancar, mudah dan selamat serta secara normal.. trima ksih ye.

Berbalik kepada ilmu penyusuan yang aku dapat hari ni.. aku nak kongsikan sedikit dengan semua pembaca blog aku ni..

( Dari perkongsian Dr. Nurhaya secara langsung )

Menurut Dr. Nurhaya, sejurus selepas melahirkan anak, biasanya kita akan mengalami dua keadaan, dimana sama ada bayi yang tidak sihat atau ibu yang tidak sihat.. 

banyak faktor bayi tidak sihat - jaundice tinggi, bayi tertelan najis , jantung bayi lemah.. yang memerlukan rawatan di NICU atau pemantauan di nursery..

namun sebaliknya sekiranya bayi sihat tetapi ibu yang sakit, misalnya ibu mengalami pendarahan dan sebagainya..

jadi akan berlakunya perpisahan antara ibu dengan bayi mungkin beberapa hari atau mungkin beberapa minggu.. 

menurut Dr. Nurhaya, walaupun anak tidak berada disamping kita, kita perlu juga melakukan ransangan ke atas payudara untuk membolehkan susu badan keluar seawal hari pertama bayi dilahirkan.. seeloknya setelah beberapa jam melahirkan sekiranya badan ibu telah cergas dan bertenaga untuk melakukan proses pengepaman susu..  

pada kali pertama, memang agak sukar sedikit kerana susu yang keluar adalah susu kolustrum yang agak pekat. jadi agak memerlukan kesabaran untuk mengeluarkannya..

langkah-langkah untuk memulakan ransangan ke atas payudara yang disarankan oleh Dr. Nurhaya adalah seperti berikut :-

1. keadaan sekeliling ( environment )
- mindset kena positif atau boleh dapatkan sokongan moral dari suami 
- tutup curtain katil
- Duduk dengan selesa di atas katil
- (sesetengah hospital) ada ruang khas untuk menyusu boleh ke ruang tu untuk menyusu
- pastikan kawasan sekeliling lebih bersifat privacy

2. Persiapan barangan
- alat untuk tadahan susu ( picagari/ botol/ bekas)
- sapu tangan / kain kecil
- alat untuk tuaman payudara ( kain/ botol susu bayi/ warmer kit )

3. Perkara perlu buat untuk mulakan penyimpanan susu
- basuh tangan dengan sabun 
-  tuamkan bahagian payudara dengan alat tuaman panas
- tutup bahagian atas payudara dengan kain semasa menuam supaya haba tidak keluar 
- tunggu sehingga kain atau alat tuaman tu mulai sejuk
- boleh start buat urutan payudara 
- boleh start melakukan perahan tangan melalui kaedah marmet seperti dibawah..



cara perahan marmet



Cara perahan marmet :-

1. menjarakkan jari sejauh 2 jari  dari kawasan areola (kawasan puting)
2. letakkan jari di jam 12 dengan 6 atau di jam 3 dengan 9.. kiranya kena guna dua jari yang lain ja..
3. dah letak jari.. tekan masuk kedalam payudara.. ke arah dada.. 
4. ulang tekan sehingga susu keluar..

ulang urut dan perah payudara sampai lah berjaya.. 

semoga perkongsian aku ni membantu dapat membantu semua yang memerlukan ilmu ni.. in shaa Allah aku pon akan gunakan tektik ni nanti bila dah bersalin.. saja kongsikan kat sini untuk review balik bila duduk dalam wad nanti.. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada doktor pakar penyusuan kita iaitu Dr. Nurhaya Lactation Centre kerana sudi menyampaikan ilmu secara percuma tambah-tambah dalam musim pandemik c19 ni kita tak boleh nak pergi kelas antenatal.. Alhamdulillah.. rasa syukur sangat-sangat bila dapat ilmu ni.. 

Semoga aku dapat menyusukan anak aku secara langsung tanpa penggunaan susu formula sehinggalah umur anak ku 2 tahun.. aamiin..

kalau ada sesiapa yang ingin mengikuti kelas bersama Dr. Nurhaya, boleh ke page beliau di Facebook.. 

terima kasih ye kepada semua pembaca blog yang sentiasa setia menunggu post-post terbaru.. trima kasih sgt-sgt.. <3


     ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday, 9 June 2021

Pengalaman terakhir dengan arwah mak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 




Hai semua.. setiap orang ada kenangan masing-masing dengan arwah mak atau ayah kan.. termasuk la jugak aku... benda paling sedih nak cerita ni..

Teringat  kembali saat suka duka bersama arwah mak.. tak semua dapat rasa.. sebab aku dibesarkan dan dijaga oleh tok aku.. dari kecil sehingga darjah 6.. memang jarang la aku duduk dengan mak.. sebab mak dengan abah buka kedai.. jadi, banyak masa habis kat kedai. mak harapkan tok dan mak cik yang jagakan aku dan adik aku.. tapi benda yang aku tak lupa.. setiap kali mak hantar kat rumah tok mesti bagi sekali mainan.. hehehe.. 

Aku jugak membesar di sekolah berasrama dan menyebabkan masa aku dengan  mak abah sangat terhad.. mungkin cuti hujung minggu ja boleh tolong mak dengan abah di kedai.. masuk je universiti pon sama jugak.. aku lebih banyak masa di kampus kecuali waktu cuti sem tu pon kadang-kadang terbatas dengan aktiviti palapes. 

Arwah abah meninggal pada tahun 2014... masa tu aku tengah belajar lagi .. ingat lagi masa arwah abah meninggal.. faiz dengan abg jan (abg ipar) aku mai la kat desasiswa aku pkul 3 pagi untuk bagitau yang abah dah meninggal.. tapi masa tu aku baru ja habis buat assignment pukul 1 pagi.. kira baru ja tidur.. memang tak dengar langsung handphone dok bunyi. kesian faiz dengan abg ipar aku kena tunggu lama.. last sekali aku terjaga masa subuh.. boleh bayang tak berapa lama mereka call aku.. ermm.. aku memang terkejut beruk la tengok banyak misscall.. bila aku call balik.. mujur mereka berdua masih ada kat parking lot.. aku pon siap2 terus naik kereta dan balik ke bukit selambau.. alhamdulillah Allah bagi kesempatan untuk tengok arwah abah untuk kali terakhir..

Habis je belajar.. alhamdulillah aku banyak duduk di rumah dengan mak dan bekerja di kilang yang berdekatan dengan rumah.. kalau time cuti biasanya aku akan bawa mak ke kedai talha kat sungai petani tu untuk beli barang-barang kedai.. 

Keinginan mak tercapat untuk pergi umrah pada usia 45 tahun.. alhamdulillah Allah permudahkan segala hajat mak.. lepas habis mak pergi umrah dan buat upah haji kat arwah abah.. mak menyatakan hasratnya untuk berhenti kerja ( tutup kedai ).. aku menawarkan diri aku tapi mak kata nak bagi faiz yang sambung kerja mak kat kedai tu.. tapi at last, faiz tak nak.. dan mak terpaksa jual kedai dan barang-barang dalam kedai..

Benda ni paling aku sedih.. sebabnya mak kata kedai tu mak dengan abah usahakan dari mereka zero to hero.. aku faham sangat-sangat apa yang mak rasakan.. bukan senang kita nak maintainkan perniagaan kita.. Allahu robbi.. semoga Allah memberikan seribu satu kebaikan atas segala pengorbanan arwah mak dengan abah..aamiin..

Aku berkahwin dengan suami aku setelah mak yang nasihatkan tentang jodoh aku.. alhamdulillah mak restu hubungan kami.. majlis perkahwinan kami buat sekali dengan adik faiz.. mak kata tak membazir.. lagipon boleh buat kat dewan.. tak perlu kacau kawasan rumah dah.. aku ikut saja la..

selepas berkahwin, aku duduk dengan mak mertua aku 2 minggu... dengan mak aku 2 minggu.. lepas tu, suami dapat kerja kat penang.. aku pon ikut suami ke sana.. habis kerja kat sana.. hujung minggu mesti balik kampung.. dah dekat kan..hehehe..

tak lama lepas tu, suami aku dapat kerja kat kelantan ni.. kami pon pindah pulak ke kelantan.. setelah 2 bulan kami di kelantan.. aku pujuk mak untuk tinggal dengan kami kat kelantan ni. mula-mula mak berat hati.. tapi last sekali, mak setuju nak ikut.. aku sedaya upaya bawa mak ke hospital dan klinik untuk follow up kencing manis dan cari tempat untuk mak buat dialisis.. malah kami dah ke klinik kesihatan kota bharu dah untuk daftar mak dalam senarai dialisis.. tapi sayang, mak duduk dengan kami dua minggu ja.. lepas tu, faiz datang ambik mak balik ke rumah mak.. 

pada mulanya, mak mengadu sakit kaki sebab ada benda masuk dalam kaki.. lepas jumpa doktor Rosli kat klinik bersatu bakar arang ( klinik ni memang pakar handle bab kencing manis).. alhamdulillah.. setelah dirawat mak dah makin sembuh.. sehinggalah...




 Dua bulan sebelum mak meninggal.. aku baru ja dpt kerja kat tmpat baru. seminggu selepas masuk kerja.. mak masuk ke hospital sbb buah pinggang mak dah makin merosot. aku mintak izin kat suami dan hod tmpt keje nak mintak balik ke kampung. alhamdulillah  aku jaga mak kat hospital dan tinggalkan suami tercinta di negeri orang..

Masa jaga mak, mak mintak aku bukak surah yasin dlm tepon dy dan letak kat telinga dy setiap hri mcm tu...time jaga tu macam-macam dugaan Allah bg nak uji aku.. tiap hari aku akan update la apa jadi kat mak dlm group kmi..suatu malam tu setelah hampir seminggu lebih jaga mak di dalam wad.. makan dan tidur di atas kerusi.. jadi aku meminta pertolongan adik aku untuk jagakan mak di wad sementara aku pulang ke rumah mandi dan tidur seketika di atas katil.. tapi adik aku xmampu tinggalkan kerjanya masa tu. aku pon mintak izin dengan mak nak tido di rumah tamu dlm kwsan parking lot hsah,.. mlm tu setelah bg mkn mak.. aku pon turun tido kat rumah tamu.. lpas subuh tu aku naik smula ke atas. 

makcik depan katil mak aku panggil aku... dia kata mak aku panggil ' siti.. siti ' pkul 2 3 pagi mcm tu la .. pastu, aku g kat mak .. tnya mak nak makn apa.. mak merajuk dgn aku.. diam ja.. serba salah pulak aku.. aku belikan mee / kueh teow mcm yg mak slalu pesan kat aku.. dan betik kegemaran mak.. 

lepas tu dktr ckp mak kena buat pembedahan kat perut untuk dialisis secepat mungkin.. bagitau kak, adik dgn abg smua ok.. mak buat tu dlm wad tu jugak.. selesai je pembedahan.. mak dah start cuci air dh.. dah start xleh mkn bnyak dah.. dah start pakai pampers dah.. 

3 hari selepas tu, mak macam dah okey.. dah nampak berselera mkn.. muka nampak berseri2.. dktor ckp nnty mak dah bleh balik dah.. mak saudara pa smua pakat mai tgk mak.. cuti aku dah nak habis dah masa tu.. nak cukup 2 minggu dah.. lepas tu aku dah kena masuk keja balik.. aku mintak tlg kak aku.. kak aku balik keesokkannya.. 

malam tu aku pun minta izin mak nak balik dah naik bas.. mak angguk je.. aku ckp kat mak, "faiz ada mlm ni.. esok kak ila mai dah tgk mak ye.. siti kena balik dah ni.. syg mak sgt2." selesai mintak maaf apa smua kat mak.. adik aku pon amik aku bawak gi stesen bas dan balik ke kelantan.. 

3 hri lepas tu, kak aku tepon kata mak dah nazak dah.. aku pon rushing balik dengan suami aku.. sampai rumah mak masa tu pkul 5 ptg mcm tu la.. tgk dah ramai yg ada.. abg pali pon ada mybe kak bgtau awal sikit kat abg suruh balik.. mak sedara terutamanya mak lang yg bnyak tlg kmi adik beradik.. aku sempat bagi mak makan dan kmi adik beradik angkat mak ke bilik air untuk mandi.. kmi gilir2 ajar mak mengucap dan bacakan yasin kat mak.. 

mlm tu.. dlm pkul 11 mlm mak dah tak de.. pemergiaannya seolah2 sedang tidur.. tak sedar langsung.. tiba2 mulut mak dah xbergerak.. panggil dressa kk.. depa sahkan mak meninggal.. rupanya mak tunggu aku sorg lagi yg last je balik mlm tu.. mlm tu kmi pakat baca yasin .. keesokkanya baru kebumikan..

 Al-fatihah untuk arwah mak.. kenangan jaga mak yg tak akan aku lupakan sampai bila2.. sempat jugak berbakti kat mak.. sbb dulu masa abah xsempat jaga.. :'(  

terima kasih utk semua yang membantu mempermudahkan urusan pengebumian dan majlis tahlil arwah mak terutamanya pak jang , makcik, mak lang, mak teh, mak tam, paksu dan semua mak & pak saudara yg lain yang tak berhenti2 tlg kmi sekeluarga.. terima kasih sgt2 ye..


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tiada sambutan hari lahir untuk anakku

Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hai semua, susah nak nyatakan kat sini tapi terpaksa aku luahkan juga..  Mintak maaf ye anakku sayang...