Sayap kiri kepada Muhammad Termizi bin Mohamad Jamil.... Bismillah hi rahman ni rahim .... All praises belong to Allah Taala and may His choicest mercies and blessing be on His noble Messenger, Nabi Muhammad s.a.w ( Peace be upon him )..... 'O our Rabb! Accord to us the coolness of our eyes from our spouses and children, and make us leaders of the pious. Aameen.... Semoga ilmu yang dikongsikan bermanfaat untuk semua orang dan memberikan sedikit pahala buat diri ini.. aamiin..
Friday, 28 May 2021
Pengalaman TTC aku : My TTC Journey (11) - Allhamdulillah.. I'm pregnant!
Wednesday, 19 May 2021
Pengalaman Mengandung ( time pkp )
Wednesday, 5 May 2021
Air teh kulit kayu manis ( cinnamon tea )
![]() |
| tq google |
![]() |
| yang ni antara kebaikan dalam air teh ni |
Jamu jus asam kunyit
![]() |
| tq google. |
Saturday, 20 March 2021
Pengalaman TTC aku : My TTC Journey (10) - Yeah! we did it!!
Kesinambungan dari entry ttc sebelum ni,
Nak tahu ke
apa yang saya buat lepas dari bulan 9, 2020 tu?
Korang pon tahu kan dah macam macam aku try. Orang suggest itu, aku buat. Orang tu suggest ini, aku buat. Kira boleh tanya aku, apa ja aku tak try? Semua aku try wey.
Disebabkan masa bulan 9 tu aku belum lagi dapat panggilan dari bahagian O&G HUSM berkenaan dengan iui yang aku nak buat tu. Korang boleh baca balik kat entry aku yang sebelum ni. https://solehahkahaku.blogspot.com/2020/05/pengalaman-ttc-aku-my-ttc-journey-7.html
Sepatutnya aku buat iui bulan 7, 2020 tapi dah masa tu pkp. Jadi, aku dah call bahagian O&G tanya, katanya diorang tak ambil lagi untuk buat iui. aku pun masih tunggu sehingga bulan 9, 2020. Dalam masa aku dok tunggu tu, aku bagitau suami aku perancangan aku untuk kami usaha kan secara natural. Sebab mungkin kami ada peluang yang kami sendiri tak tahu. Jadi aku terangkan secara terperinci dekat suami aku even aku dah tau dia mesti dah belajar bab-bab menstruasi , ovulasi dan sebagainya kan. Tapi kali ni aku ambil masa bincang dengan suami aku, apa yang kena buat.. apa yang tak kena buat.. memang stail aku dari dulu lagi suka ajak suami aku bincang dari hati ke hati supaya mudah masing-masing faham keadaan semasa dan keadaan diri aku.
Lupa nak terangkan aku ni yang jadi masalah bab pregnancy dan period ni sebab aku ni ada pcos. Korang boleh search sendiri apa tu pcos.. Sebab sekarang ni aku lebih excited nak cerita pasal benda yang lebih menarik lepas ni.
![]() |
| TQ google |
Okey! Patah balik cerita aku pasal aku terangkan situasi aku kat suami aku tu kan. Aku bukan apa, aku nak dia faham apa sebenarnya yang kami lalui. Alhamdulillah, suami aku seorang yang memahami aku dan dia sanggup susah senang bersama aku. Aku bagitau suami aku ‘jadual ttc’ kami yang kami perlu lakukan. Serius aku memang straight kali ni. No excuses. Malah kalau suami aku berani ubah jadual tu pon aku dah start marah dia. Kesian suami. Maaf ye, orang buat untuk kita jugak.
Pasal jadual ni, first sekali yang korang kena buat adalah study dulu part penyakit korang tu.. macam aku ada pcos. So, aku cari info dan ilmu berkenaan dengan pcos. Apa yang aku boleh makan, apa yang aku kena elak makan, apa yang aku ni perlu buat dengan suami, exercise apa yang sesuai untuk orang pcos yang gemuk macam aku ni (perlu untuk aku mention gemuk ni sebab tak semua orang yang ada pcos tu semestinya gemuk, tidak! Ada orang yang kurus pon boleh ada pcos.) dan aku cuba buat ‘jadual ovulasi’ sendiri seperti yang disarankan oleh para doktor O&G. tapi, sebelum buat jadual ovulasi ni, wajib study dulu period korang. Kena lihat corak perubahan yang berlaku hampir tiap bulan bagi aku better tengok dalam tempoh 6 bulan sebelum start ttc tu. Jadi korang akan tahu, period korang berapa hari, hari ke berapa boleh ‘berbadminton’ dengan suami, bila waktu ovulasi (yang ni wajib guna opk test kalau korang period tak stabil macam aku) dan bila waktu kena rehat sekejap sebelum period seterusnya.
Ha, kita ni yang nak ttc ni wajib buat research
banyak sikit, nak anak kan? Kena lah usaha. Allah pun dah kata kalau nak sesuatu
kena usaha, lepas tu berdoa, bila dah berdoa, baru lah bertawakal. Bukan hanya
doa dan tawakal. Tadi aku ada sentuh bab period tak stabil kan, period tak stabil
ni bermaksud seseorang yang purata period normal dia setiap bulan melebihi 28
hari. Macam aku, ada yang sampai 40 hari baru lah period semula tu pon kalau
tak makan ubat. Kalau makan ubat, confirm lah stabil kan.
Tapi start dari bulan 9 ni, aku dah start stop ubat period tu. Perlu diingatkan , period aku tak stabil ye.. okey, Dari bulan 9 tu, aku dah start makan madu setiap hari yang ni kawan aku yang ajar.., madu tu aku letak dalam cinnamon tea aku. Nanti aku buat entry pasal cinnamon tea aku tu. Aku pastikan aku minum setiap pagi tanpa gagal.
Kalau ada yang nak tau pasal resepi cinnamon tea aku ni.. boleh klik kat sini ye.. CINNAMON TEA FOR PCOS.
Sebelum tidur malam, aku amalkan sesudu cuku delima jenama fars yang dibancuh ke dalam setengah gelas air. (baca elok-elok tu). Jangan terus sudukan cuka ke dalam mulut. Ingat hanya sekali saja sehari minum.
![]() |
| ni contoh cuka delima yang aku makan (boleh je try jenama lain) |
Dalam masa yang sama, aku dan suami buat
ikut ‘jadual ttc’ dan ‘jadual opk’ aku tu sejak dari period last bulan 9 tu dan
aku amalkan senaman 3 kali seminggu tu. Ingat tak dulu aku pernah cerita bab alatan
senaman aku dulu tu. Ni dalam entry ni. https://solehahkahaku.blogspot.com/2020/06/rancangan-diet-aku.html
Rupanya berguna jugak la treadmil ni. Hahaha.. terima kasih suami belikan. Love u. 💓
Dalam masa aku amalkan cinnamon tea dengan cuka delima ni, ada seorang sahabat baik suami tag nama aku dan suami aku kat facebook dalam satu ceramah pasal susu kambing dengan kurma ni yang dikategorikan sebagai makanan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Dalam ceramah ustaz tu, ustaz kata kena buat jus susu kambing ni. selepas tengok video ceramah tu, terus aku beli susu kambing asli dan kurma. aku buat sebiji macam ustaz tu sebut. sambil minum, sambil selawat dan niatkan supaya kami dapat anak seperti orang lain. aku paksa suami aku minum jugak.. ustaz tu cakap wajib buat sekali seumur hidup bagi orang-orang yang ikhtiar hamil macam kami. Alhamdulillah kami pon cuba,. tak harap banyak pon masa ni.. mintak Allah mudahkan segala urusan kami saja. terima kasih kepada Asmawi, sahabat suami yang sudi tag kami berdua.. terima kasih ustaz sebab dah turunkan ilmu yang penting ni.. nanti saya akan sharekan resepi susu kambing tu ye.
Pada awal bulan 10, aku dikejutkan dengan berita kawan aku dah start pregnant. Kawan usm. Then, aku tanya dia, apa yang dia makan dan dia buat untuk pregnant. Dia ada ceritakan tentang jus asam kunyit yang dia consume sebelum dia pregnant. Lepas tu aku try buat macam yang dia ajar kan tu. Alhamdulillah dalam pertengahan bulan 10, aku berjaya period tanpa ubat. Tanpa ubat wey! Suatu kejayaan bagi aku. Aku masih teruskan semua yang aku buat kat atas tu Cuma time period aku stop sebentar jus asam kunyit tu. Okey, nanti aku sharekan bab jus asam kunyit ni. Ni cara aku sendiri ye.
Edited : korang boleh baca new entry pasal jus asam kunyit ni kat sini.. JUS ASAM KUNYIT .
Tak pon, korang boleh search kat youtube yang bonda rozita
punya tu. Serius wey menjadi. Aku ada baca kalau dalam perubatan ayurveda,
kunyit merupakan agen penting untuk sesiapa yang ada pcos macam aku ni. So, korang
boleh try la ye.
lagi satu, aku ada try amik pregnacare,, yang ni aku makan selama sebulan lebih mcm tu.. tup2 pregnant.. then aku stop la mkn yg ni.. ada lagi 1 papan tak abis.. hehehe
![]() |
| tq google |
Penat pulak
menaip.. hahaha.. korang pon penat kan membaca.. okey, kita break dulu kejap. Nanti
aku sambung balik macam mana aku boleh pregnant tu.. hehehe.. alhamdulillah
sekarang dah nak masuk 5 bulan dah. Alhamdulillah.. semoga Allah mempermudahkan
segala urusan siti suhani dari semasa pregnant, masa bersalin sehinggalah
berpantang nanti. Aamiin.. tq korang tolong aminkan. Tunggu tau janji temu kita
next entry. 😊
Wednesday, 30 December 2020
Best Marriage Advice - Nasihat untuk pengantin baru
![]() |
Pengalaman TTC aku : My TTC Journey (9)
Hai semua..
Rasanya dah lama tak buat content untuk entry baru kat blog ni kan. Ha, susah
sikit sekarang suami kite tu asyik nak main game je. Jadi kita korbankan lah
masa dengan laptop ni sekejap. Tak delah sekejap sangat. Rasa dah beberapa
bulan kan tak update. Okey! Dah la membebel lama-lama.. nak sambung cerita
pasal ttc aku dari entry yang sebelum ni.. journey 8.
Aku ni merupakan
salah seorang PCOS Fighter. Jadi, memang agak susahlah untuk aku nak pregnant
dengan ‘mudah’. Pengalaman aku pregnant sebelum ni memang mengajar aku ‘something’
yang kalau aku nak pregnant memang kena usaha lebih sikit. Kalau ada yang ikuti
kisah ttc aku yang sebelum-sebelum ni, mesti akan tahu betapa strugglenya aku
ni untuk pregnant. Aku kena diet dulu. Kena hold dulu banyak makanan kegemaran
aku. Maybe time aku pregnant yang kali pertama tu sebabnya kita puasa kan
sebulan bulan puasa tu. Jadi mudahlah aku untuk kawal pemakanan dan sebab tu
jugak lah kot aku ‘tersangkut’ double line tu. Alhamdulillah.. tapi bila keguguran
tu, benda yang paling sedih bila kau dah usaha jaga tapi tetap nak gugur jugak.
Tu lah yang buat aku rasa sedih sangat-sangat.
Okey back
to the topics, lepas je bulan Jun 2020.. then aku dah tak ambil provera tu
sebabnya call pihak O&G HUSM pon dia cakap dia tak ambil dah untuk nak buat
IUI. So, kena tunggu sehingga diberitahu oleh pihak hospital sendiri. Lagipon,
pihak hospital ada que list untuk iui. Jadi, incase pon dah boleh terima pesakit
untuk rawatan iui ini , mereka akan lebih utamakan que yang before aku
mendaftar tu la. Jadi aku redha ja.
Sebab utama
yang menghalang dari rawatan iui ini diteruskan pihak hospital sebab masa ni
kes covid19 masih meningkat diseluruh negara. Yela, baru je start covid19 ni
dalam bulan 3 mcm tu. Jadi masa ni negara dalam tempoh pemulihan kalau tak
silap.. but end up, ramai warga asing pakat masuk masa awal bulan Julai
menyebabkan covid19 ni naik semula secara mendadak.. kluster yang masih aku
ingat masa tu yang mencetuskan controversi ‘ kluster sivagangga’ yang
menyebabkan ahli keluarga aku jugak terkena tempias dan mengalami penderaan
emosi oleh netizen di kampung ku terhadap ahli keluargaku. Kesannya amat
mendalam, apabila adik beradik aku buat bisnes makanan pon dikatakan ada covid19
didalamnya. Padahal keluarga aku bebas covid19 masa tu dan mujurlah aku sempat balik
ziarah kubur mak abah dan pergi rumah mak mertua dan keluarga kat kedah masa bulan
Jun tu.. alhamdulillah sempat jugak. Terima kasih Ya Allah sebab dah melindungi
kami sekeluarga.
Eh, dah
masuk cerita bab covid19 plak dah… hehehe.. okey, masa bulan Ogos, aku ada lah dok
buat IF (Intermidiate Fasting).. tapi memang tak tahan sangat-sangat. Then aku
banyak cheat day je. Lepas tu, aku dah start fed up sebab dok check pregnancy
test tak de apa-apa pon.. bukan sekali tau.. hampir tiap kali lepas period..
kali ni yang aku perasan period aku macam dah okey sikit. . Maybe sebab treatment iui tu kot. aku, tak delah
okey sangat. Tapi okey lah cara aku. Maksudnya macam ni, biasanya aku kalau
makan ubat tak kisah lah provera ke pil perancang ke baru lah ada period untuk
bulan tu. Tapi sekarang aku tak makan ubat pon boleh period walaupun 2 bulan
sekali baru period. Sebab sebelum ni (since aku kahwin) , kalau aku period pon
dalam 4 bulan sekali, 3 bulan sekali ataupun paling lama 6 bulan sekali. Giler tak..
giler kan.. sebab tu lah kes aku ni dirujuk under infertiliti dan bawah pcos. Dah
memang tu pon simptom dia.
One day ni
dalam bulan 9 atau hujung bulan 8 macam tu, aku ada jumpa dengan ex colleague
aku. Guess what??? She’s pregnant. Dia pon kahwin dah setahun lebih baru lah mengandung
tu. Katanya dia ada makan madu turkey wawa tu. Dia makan sebulan terus lekat
pregnant. Aku masa tu pitih tak kepuk. Jadi aku beli madu biasa yang Syuib ( jenis
strip) tu.. hari-hari aku makan satu. Biasa saja aku rasa. tak de apa-apa perubahan pon, maybe sebab aku tak ikut betul-betul petua kawan aku tu kan..
lepas tu apa yang aku buat?? nanti aku cerita next entry, takkan lah semua nak cerita dalam satu entry kan orang baca pon letih kan.. tunggu next entry ye.. papai.. :)
Tiada sambutan hari lahir untuk anakku
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hai semua, susah nak nyatakan kat sini tapi terpaksa aku luahkan juga.. Mintak maaf ye anakku sayang...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. kali ini saya masih nak berkongsi ilmu bersama kawan-kawan lagi tentang penggunaan 'sesuatu...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sudah banyak hari tak menaip untuk entry baru ni. Rindu lah pulak sebab tulah yang buka balik bahag...
-
1 . Kesukaran untuk menurunkan gaji Gaji minimum ini merupakan gaji yang dikuatkuasakan oleh undang-undang kepada pihak majikan...




















