Friday, 28 May 2021

Pengalaman TTC aku : My TTC Journey (11) - Allhamdulillah.. I'm pregnant!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ni baru ada kelapangan sikit untuk aku cerita serba sedikit mengenai perjalanan aku untuk hamil ni. (ttc journey). 

mungkin apa yang aku nak sampaikan ni ada orang akan kata yang aku ni terlalu over bab nak pregnant ni tapi itu lah bila orang tak duduk tempat kita dan tak merasai betapa struggle nya kita ni untuk pregnant memang akan mudah berkata-kata dan mencemuh. Aku masih ingat lagi bila mana ada orang yang tanya aku, " Kak su memang mandul ka?" .. Tau tak macam mana perasaan aku masa dengar tu.. aku terlalu sedih sampai balik kerja pon airmata asyik mengalir ja,.. Allah je tahu macam mana perasaan aku masa tu. tapi aku ambil positif sebab orang yang cakap tu masih lagi bujang dan belum pernah berkahwin. Jadi aku assume dia memang tak tahu apa-apa.. Aku ikhlas maafkan dia atas kata-kata dia kat aku tu.. cuma siapa ja yang boleh lupa kenangan tu kan..

Now! Alhamdulillah, aku dah berjaya hamil dan dia pulak asyik kata, 'seronoknya kalau dapat pregnant macam kak su'.. Alhamdulillah syukur ya Allah Kau telah buktikan padanya betapa aku ni juga boleh mengandung seperti wanita lain.  Bila kita belum hamil lagi kan selepas fasa perkahwinan, perkara yang paling membebankan adalah perasaan kita untuk jadi wanita yang terbaik untuk suami kita tu terhalang dan kita merasakan diri kita ni tak berguna sangat sebab belum mampu berjasa dengan melahirkan zuriat kesayangan suami. Ya , itu yang aku rasakan.. Rasa diri sangat-sangat down. Hari-hari menangis mengenang nasib.. sampailah aku buat keputusan untuk jumpa doktor sendiri.. Punyalah nak tahu apa masalah aku ni.. Alhamdulillah Allah mempermudahkan segala urusan aku.. Boleh baca entry-entry sebelum ni..

okey, dah la crita part sedih-sedih.. sekarang kita sambung sikit cerita yang lebih menarik lepas ni .. sambungan dari entry yang sebelum-sebelum ni.. Journey 10 ..

Semasa bulan 10 , period aku kembali normal seperti biasa dan aku masih lagi konsisten dengan diet pemakanan yang aku bagitau sebelum ni.. Aku masih amalkan sehinggalah aku stop seketika semasa kucing aku mengalami penyakit lumpuh badan. nanti part ni aku cerita dalam entry lain. Aku fokus time tu untuk jaga kucing aku tu.. memang dugaan betul masa tu.. kos rawatan dan penyembuhan kucing aku tu agak pricey., tapi alhamdulillah pada minggu pertama selepas kami balik dari klinik haiwan dan macam nak okey dah sebab nampak mcm tompok (tom) lalu makan.. elok lepas 2 3 hari badan dia makin merosot sakit dan terus lumpuh terus dari bahagian kaki belakang , kaki depan dan last bahagian muka.. mcm strok manusia juga.. makan pon dah tak mampu dah.. last skali dia meninggal pada penghujung bulan 11. kami kebumikan dia depan rumah kami.. Allahu akbar.. masa tu rasa kehilangan sangat.. sebelum kami balut (kafankan) dia tu, aku sempat mintak dia doakan aku dan suami untuk dapat baby.. 

Sebulan jugak la aku dan suami jaga tom.. setiap kali nak bagi makan dia.. aku selalu mintak dia doakan kami suami isteri ada anak. " tom, cepat-cepat sembuh ye.. lpas tu, doakan ummi dengan abi ye dapat baby yang soleh solehah ye." Dalam masa yang sama jugak, airmata mengalir laju.. memang aku rasa kesian tengok keadaan dia.. bagi aku, dia anak kami jugak even dia bukan manusia.  Hari-hari aku ulang ayat yang sama masa jaga dia..

lepas kematian tom, aku buat balik rutin ttc aku seperti biasa.. aku dah cuba buat yang terbaik dan termampu.. aku start balik buat workout dengan lari atas treadmill dan buat balik intermidiate fasting (IF).. aku baru teringat aku ada buat sauna session kat spa pasir tumbuh ni.. Beauty Touch Spa.. servis dia memang terbaik..  sebab aku ada baca.. bila kita bersauna, buang segala toksik dalam badan.. bantu lawaskan period dan sebagainya yang ni korang boleh google manfaat dia.. hehehe..

Akhirnya semasa hujung bulan 12 , kiraan sepatutnya aku period tu.. aku delay dulu dalam 2 ke 3 hari macam tu (hari yang sepatutnya period).. hari ke 4 tu aku try check upt.. 

Alhamdulillah ... I'm pregnant!!!! 

nampak la double line terang sangat. aku guna opk pon nampak double line.. 

alhamdulillah.. syukur sangat-sangat..

Aku test upt sampai 3 hari .. semuanya double line.. hari ke 7 tu , aku tak sabar sangat nak tengok berapa week.. aku pon beli yang clear blue tu.. alhamdulillah macam dah 6 week macam tu.. 

Aku rasa asbab kucing aku tom jugak rasanya.. rasanya mesti dia dengar aku mintak tolong dia doakan aku pregnant tu.. hehehe.. alhamdulillah... terima kasih Allah .. terima kasih untuk semua yang sudi mendoakan kami suami isteri.. semoga Allah membalas semua kebaikan tu dengan kebaikan jugak..aamiin.. 

untuk yang nak tau pengalaman aku pregnant kali ni.. boleh check out kat entry baru-baru ni.. klik je sini... Pengalaman Mengandung..  yg penting kalau nak pregnant, please jangan tinggalkan folic acid.. sgt penting.. klu lepas dah pregnant dalam trimester 2 atau ke 3 bleh la tukar ubat yang lain..

jangan lupa jugak untuk sentiasa bersedekah baik suami mahupun isteri.. bila  kita bersedekah, kita ajar diri kita untuk lebih ingat tentang insan lain yang tak berkemampuan dari kita.. dulu suami aku amat rigid bila nak bersedekah, dia akan pilih untuk bersedekah di tempat-tempat tertentu yang berlesen atau di masjid-masjid saja.. tapi Alhamdulillah pada start pertengahan bulan 9 2020 tu aku dah nampak perubahan dengan suami aku.. siapa saja yang datang minta sedekah time kami tengah makan kat kedai makan , dia akan hulurkan duit.. Alhamdulillah asbab tu jugak kot aku boleh pregnant. kalau nak bagi sedekah dekat orang persendirian contohnya macam mak cik tepi bank ke pe ke.. jangan lupa minta dia doakan sekali.. kalau bagi dalam tong masjid ke surau ke.. jangan lupa letak note sekali.. mana tahu bila ramai yang mendoakan , awak akan dapat baby kembar.. :)


setakat ni sahaja ttc aku selama ni.. 

lepas anak aku lahir dan cukup setahun lebih.. kita buat ttc lagi ye.. hehehe.. tapi kalau aku bersalin normal, nak ttc lepas anak 6 bulan pon tak pe.. hehehe.. 

Amboi.. bukan main.. entah-entah nanti trauma bersalin pon tak habis lagi.. hahaha..

" Ya Allah Ya Tuhanku, Kau permudahkanlah dan perlancarkanlah segala urusan persalinan Siti Suhani untuk melahirkan anak yang soleh dan solehah dengan cara normal dan cepat . aamiin ya rabbal ala min.." 

Nak mintak tolong semua doakan agar kelahiran anak kami yang ke 2 ni berjalan dengan lancar, mudah dan secara normal ye..  terima kasih ye semua..

Saya doakan semoga Allah memberikan kebahagiaan, kejayaan dan rezeki yang melimpah ruah di dunia dan di akhirat kepada semua pembaca blog saya ni. Aamiin ya rabbal ala min..

Terima kasih sebab sudi mengikuti semua perjalanan ttc saya.. :)

Dibawah ni saya sertakan semua entry ttc saya.. semoga bermanfaat kepada semua ye..



Selain dari aspek diet pemakanan, senaman dan jadual ttc yang ketat.. kena jugak bergantung kepada Allah.. solat tahajud tu kalau boleh buat la tiap malam.. solat hajat seminggu sekali atau sebulan sekali ka.. buat bacaan yaasin berjemaah dengan suami.. suami pon kena bagi support jugak.. bab tawakal ni kira bab terakhir selepas kita dah doa dan usaha.. jangan hanya tawakal je tak jadi jugak ye..
 cth nya macam kita tak nak usaha apa-apa, lepas tu kita kata.. " kalau ada rezeki, ada lah tu." 
mana boleh macam ni.. perlu diingatkan, rezeki takkan jatuh tergolek tanpa usaha ye.. 

kalau nak ttc ni memang banyak main dengan masa, duit, dan kudrat.. 
sebelum aku pregnant ni, untuk ttc sahaja.. beribu dah habis bab duit ni dengan supplement, jumpa doktor dan sebagainya.. 

Jadi, memang kena ada pengorbanan, semangat dan keazaman yang tinggi untuk ttc dan  kena bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk terima sebarang tomahan dan cakap-cakap kosong orang lain.. kena ambik sikap.. masuk telinga kiri.. keluar telinga kanan.. kadang-kadang kaedah ini berkesan jugak untuk mengelak daripada berlakunya permainan emosi dan menyebabkan kita down dan mudah putus asa..

ttc ni memang kita tak boleh putus asa.. kena  cari ilmu lebih dan bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan.. semoga yang berttc tu.. terus berusaha.. jangan putus asa ye..

Semoga doa semua wanita yang ingin memiliki zuriat secara halal dipermudahkan oleh Allah,. aamiin,,,

Jumpa lagi di lain entry ye.. :)


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday, 19 May 2021

Pengalaman Mengandung ( time pkp )

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Hari ni aku nak kongsi sikit pengalaman aku mengandung. Alhamdulillah diizinkan Allah kali ni aku mengandung lagi untuk kali yang kedua.. kali pertama aku mengandung sebelum ni tidak kesampaian apabila aku mengalami keguguran dan disahkan kandungan aku berada di luar rahim. Namun alhamdulillah semua nya berakhir dengan baik dan selamat. tenanglah anakku disyurga ye syg walaupun keguguran pada usia 6 minggu tapi bagi aku, anak aku tu still ada kat syurga tunggu aku. ye aku rindu. Dia penghuni pertama rahim aku. trima kasih anakku kerana memberikan aku satu pengalaman baru ketika itu. 

Masa tu aku mengandung dalam bulan puasa. Aku baru mengetahui tentang kandunganku itu.. tup- tup 5 hari lepas tau mengandung, ectopic dan keguguran pulak.. sedih sangat-sangat. mujur tak sempat buat larascopic lagi.. sbb bacaan hcg makin menurun, scan kandungan tak ada, kantung pun tak ada, tak da pendarahan apa-apa masa tu.. sbb tu doc suggest untuk buat larascopic.. malam tu pkul 10 malam nurse ada bagitau tengah malam nnti kena puasa sebab esok tu kemungkinan kena buat larascopic. lepas tu aku pon makan sikit pa smua dan nak start puasa la.. 

bila aku nak tido tu,  tup-tup rasa sakit perut yang teramat sangat macam senggugut. saya pon panggil nurse mintak ubat tahan sakit. nurse cakap dia tak boleh bagi ubat tanpa arahan doktor. Jadi dia minta saya bersabar dan tunggu sehingga doktor sampai. malangnya masa doktor ada dalam wad tu, aku tertido sbb dok tahan sakit. jadi xjumpa dengan doktor.. lepas tu, perut aku sakit balik sampai subuh.. sakit , tertido.. terjaga ja sakit balik.. then tertido balik..

lepas tu tetiba terasa macam nak kencing.. pergi toilet.. tup-tup kelepuk jatuh dalam mangkuk tandas.. satu ketulan darah seruas ibu jari.. lepas tu mula keluar darah macam period dan sakit perut macam sengugut teruk macam tu..serius sakit sangat. pergi semula ke katil ambil pad yang memang ada dalam beg tangan aku ( kira aku memang spare tiap bulan even tak period) .. mujur ada.. lepas tu terus ke toilet dan selesaikan apa yang patut masa tu pukul 7 pagi macam tu. aku kira aku dah keguguran dah.. lepas tu, aku bagitau nurse dan doktor.. tunjuk gambar pa.. lepas tu doktor sahkan kata keguguran. petang tu dah boleh discharged dh.

Begitulah serba sedikit memori yang takkan aku lupakan tentang penghuni pertama rahimku. 

Pregnant Gr 2 - 5

Alhamdulillah kali kedua mengandung ni aku dah nak masuk trimester 3 dan berada penghujung trimester 2.. baru lah berani sedikit untuk kongsi tentang pengalaman mengandung kali ni. ye la, risau plak kalau post awal-awal nanti jadi apa-apa susah kan.. pertama skali, syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan.

Trimester 1

Sebelum aku mengandung, aku dan suami sebenarnya bercadang untuk pregnant secara iui.. tapi atas kekangan covid , kami xdapat nak buat iui. tapi semua procedure treatment untuk iui semua buat kecuali iui ja. Dalam masa yang sama, aku berusaha keras untuk mengubati kucing kesayangan aku yang sakit masa tu. jadi kami tak pikir sangat bab nak pregnant ni.. tapi aku buat jugak benda-benda asas.. contohnya jaga pemakanan dan sebagainya. bab aku ttc ni boleh tengok dalam post sebelum ni.. Journey 10 . sehinggalah selepas kematian kucing kesayangan aku baru lah kami mulakan strategi kami. bab kucing aku yang meninggal ni in shaa Allah kalau ada masa terluang yang lain aku akan ceritakan. in shaa Allah..

selepas sebulan kematian kesayangan kucing aku tu, dalam hujung bulan disember 2020, aku mengalami tanda-tanda seolah-olah orang pregnant tapi aku tak nak berharap sangat masa tu. aku still tunggu period aku. masa ni aku tak tau lagi ye aku pregnant.

Tanda-tanda aku pregnant yang aku ingat :-

1. Aku dan suami suka lapar tengah malam.
Yang ni memang kerap sangat. Pukul 2 pagi dah lapar dah.  Padahal kami tak pernah macam ni ye. kami dua pon turun lah makan maggi pagi-pagi buta.. hahaha,,

2. Aku tak boleh bau makanan kucing
Bila aku nak bagi makanan kucing mesti nak termuntah bau dia.. padahal sebelum ni okey ja.. sbb selama ni pon aku yang dok bagi makan.

3. Badan aku rasa sejuk melampau.
Badan aku rasa sejuk sampai ke tulang. rasa macam nak demam. kena air sikit pon dah menggigil..pijak lantai rumah rasa sejuk macam dok dalam iglo. hahaha.. suami pasang aircond kejap je aku dah tutup balik dah.. hahaha.. tak lama lepas tu dia pasang balik bila aku tertido.. aku tersedar rasa sejuk, aku tutup balik.. hahaha,,

4. Start sakit kepala
Yang ni memang tak leh nafikan. even sebelum tau kata pregnant tu aku dah start sakit kepala.. tiap malam pakai kokyok..memang tak leh bawak bincang..

5. Ofcoz la tak datang haid kan
Aku tak datang period masa ni dari hujung bulan 10 smpai la hujung bulan 12. tapi masa ni aku tak pelik mana pon sebabnya aku memang besa jadi dah tak period.  dan yang membuatkan aku tak tahu aku pregnant tu sebabnya tak de plak spotting ke pe ke macam orang lain bagitau.

6. Buang air kecil kerap
Aku rasa yang ni ni memang dari dulu lagi aku macam tu.. jadi tak tahu nak beza mcm mna.. hahaha..

7. Rasa penat sangat
Rasa penat tu memang ada.. hari-hari aku penat.. tapi still under control lagi la.. hehehe..

Masa ada semua tanda ni aku tak ambil port sangat.. cuma bab period tu aku alert jugak la.. lepas tak datang period yang sepatutnya hari ke 3 period untuk bulan tu kalau ikut kalender period aku. aku pon start check upt. kali pertama cek upt tu .. alhamdulillah dapat positif.. terang jugak la dua line tu.. tapi aku tak puas hati.. aku cek smpai 4 hari.. alhamdulillah semua positif . 

Lepas tu, perasaan nak tahu berapa minggu membuak-buak sangat. Aku pun beli clear blue yang harganya dalam rm45 mcm tu. tak de promosi masa tu. beli kat watson.. hehehe..  Alhamdulillah dy tunjuk dah 3+ .. maksudnya dah 6 minggu ke atas.. 

Masa ni aku belum bagitau suami aku lagi.. esoknya aku plan nak surprisekan suami aku.. aku beli kek dan ajak suami aku pergi makan kat Gino Pizza , KB .. serius sedap pizza dia.. pizza besar dan homemade plak tu.. makanan western dia pon sedap.. spaggeti dia sedap.. banyak pulak tu portion macam untuk dua orang makan.. 

Sebelum buat surprise tu, gigih aku pukul 2 pagi bangun buat kad ucapan kat laki aku.. hahaha,.. biarlah huduh pun, janji matlamat sampai.. hehehe..

Alhamdulillah malam tu lepas surprise dinner tu, terus dia ajak pergi klinik.. bila sampai klinik, kmi pon confirmkan balik pregnant ke tak dengan doktor.. pastu buat test upt dan scan... doktor kata confirm dah.. dah boleh buat buku pink dah.. bila scan tu, nampak la jantung baby dok kelip-kelip dan ada kantung dah.. alhamdulillah lega sangat-sangat bila dengar doktor cakap dah nampak kantung dan jantung,. suami punya seronok dan hampir menjerit.. best sangat moment tu.. masa tu sebenarnya risau tak nampak kantung macam yang dulu.. tapi bila doktor kata dah nampak tu yang rasa lega sangat-sangat. suami punya la seronok. balik tu terus bagitau kat family dia dan buat group untuk baby lagi.. hehehe..  terus dia tanya bila nak pergi buka buku pink ni,.. hehehe,,excited sgt kami dua..

Minggu selepas tu, baru kami pergi ke klinik untuk buka buku pink. kami ke klinik kesihatan kubang kerian tapi mereka tak nak terima. katanya kena daftar di klinik berdekatan tempat tinggal..  disebabkan kawasan pasir tumboh ada dua klinik jadi aku pilih yang dekat dengan rumah.. klinik kesihatan wakaf stan.. kami sampai tu agak lewat jugak sebab ada masalah sikit.. dalam pukul 12 tgh hari macam tu,.. 

Pada mulanya nurse tu tak nak bukak lagi buku pink sebab katanya dia nak kena pergi melawat rumah pesakit dia. lepas tu, agaknya dia kesian kot, dia pon ambil jugak walaupun banyak benda nak kena buat. alhamdulillah, Allah permudahkan urusan untuk bukak buku pink.. 

okey, nanti bila-bila saya sambung cerita lagi pengalaman saya.. klik sini. 

kepada yang sedang mengandung seperti saya, saya ucapkan tahniah..
kepada yang sedang berusaha untuk dapat anak, saya ucapkan semoga berjaya mendapat zuriat yang soleh dan solehah...aamiin.. teruskan berusaha, jangan putus asa.. cepat atau lambat, Allah akan bagi juga selagi kita ada rahim.. in shaa Allah.. jangan risau ye..

Good luck ye! :)


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday, 5 May 2021

Air teh kulit kayu manis ( cinnamon tea )

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 


Hari ni ada masa terluang sikit jadi boleh aku ceritakan tentang cara aku untuk atasi pcos aku ni. Ya, seperti semua wanita lain.. kita takkan tahu yang kita ni ada masalah bab kewanitaan selagi kita belum berkahwin atau selagi kita belum mempunyai anak. 

secara jujurnya, aku sendiri pon rasa macam sebelum kahwin aku tak dak masalah untuk mempunyai anak. tapi siapalah kita untuk dustakan kejadian tuhan kan. 

Aku dapat tahu aku pcos setelah aku tidak datang period seperti sebelum berkahwin means macam pelik la bila sebelum kahwin tiap bulan kau period, then bila lepas kahwin kau ingat kau tak period sebab pregnant. but big nooo.. sebabnya, aku check pregnancy hampir setiap hari dan setiap minggu. 

then bila aku tak period selama berbulan-bulan almost 5 bulan tak period masa tu. then aku agak curious nak tau apa punca aku tak period dan tak pregnant. aku pergi husm dengan suami, check itu check ini.. 

Dr sahkan aku ada pcos dan aku perlu rawat dulu period aku before get ready untuk pregnant. nak tau pasal ni.. korang boleh rujuk kat Journey 2 aku ni. aku malas nak cerita panjang-panjang sebab dah cerita dah sebelum ni.

Dari situ lah aku mula tahu yang aku ada pcos. serius lah baru tahu time tu! yes.. memang pon, so means that dah lama.. sekarang dah 2021 dah pon, dan dr cakap mungkin pcos ni dy susah nak hilang even aku dah pregnant sekarang ni pon akan still ada lagi pcos tu lepas bersalin nanti.

Antara usaha yang aku buat untuk atasi pcos aku dan ttc my second pregnancy..  kalau ada yang nak tahu pasal first pregnancy aku bleh klik kat sini.. Journey 4 .. 

okey, sambung balik,..ni lah salah satu nya.. sebab dalam perubatan india ayurveda.. ada dua bahan yang elok untuk ttc iaitu cinnamon dengan tumeric. memang dalam perubatan mereka banyak kait dengan dua benda ni. so, tak salahkan kita mencuba.



tq google 

Cinnamon tea

5 batang   Kulit kayu manis (diketuk)
1 sudu besar  jintan hitam ( biji habatusssauda )
madu (apa-apa jenis madu)
air seliter

Cara-cara :-

1. Rebus air bersama kulit kayu manis dan habatussauda
2.  tapiskan dan masukkan air rebusan ke dalam botol mineral kecil ( semasa sejuk )

Cara minum :-

1. panaskan air rebusan cinnamon tea
2. tunggu sedikit suam 
3. masukkan madu ( satu sudu kecil )
4. sedia untuk dinikmati.


yang ni antara kebaikan dalam air teh ni





Cinnamon tea ni sehari minum sekali saja.. sama ada waktu pagi selepas bangun tidur dalam keadaan perut kosong ataupun sewaktu hendak tidur. Alhamdulillah aku amalkan sebulan lebih sebelum aku tahu aku pregnant. alhamdulillah. korang try la , mana tahu berjaya jugak. better start lepas habis ramadan la ye.. 

good luck ..  :) 



  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Jamu jus asam kunyit

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 
Hari ini nak kongsi sikit tentang pemakanan aku untuk try to conceive (ttc) tahun lepas . Antaranya Jamu asam kunyit ni. Petua ni aku dapat dari kawan aku yang berjaya hamil dengan natural. Sebenarnya pada permulaan aku nak minum jamu ni sebab aku nak stabilkan period. Sebelum nya, aku ni kalau nak period kena makan ubat baru period kalau tidak, tak de la period. jadi aku try la buat jamu ni sebab banyak yang aku study bab pcos ni. bagus jus kunyit ini untuk bantu rawat pcos.


tq google.


Jadi aku cuba  yakinkan diri untuk minum benda alah ni, walaupun hakikatnya memang tak lalu sangat-sangat. Aku cuba yang terbaik untuk ttc. ada dua benda yang aku minum masa ttc kali ini,. aku minum air jamu asam kunyit ni dengan air cinnamon tea untuk menjayakan lagi  usaha aku untuk pregnant. tapi bab air cinnamon tea tu nanti aku ceritakan semula dalam entry lain ye. bukan apa, tak nak korang boring baca lama-lama. 

Disebabkan aku buat jamu ni untuk ttc dan period bukan tujuan untuk kurus ke awet muda ke pe ke.. jadi dalam jamu aku.. aku buat yang ringkas saja.. tak perlu banyak bahan.. barang pon mudah dapat kat kedai. 



JAMU ASAM KUNYIT 

6 ketul kunyit hidup
asam jawa semangkuk kecil (buang biji ye, nak ambil air asam saja)
gula melaka / gula kabung / madu (secukup rasa)
garam (sedikit saja)
air (seliter mcm tu)

cara-cara :-

1. kunyit hidup tu kena blend halus dan tapis air nya.
2. didihkan air di atas api.
3. masukkan air kunyit dan air asam jawa sehingga mendidih.
4. letakkan gula / madu dan sedikit garam
5. setelah sedikit suam, bleh masukkan ke dalam botol mineral kecil dan simpan didalam peti sejuk atau bahagian beku (untuk tahan lama).



Bagi aku, jus kunyit ni sesuai minum waktu suam. so, korang boleh buat macam aku. In case nak minum, bawak keluar peti sejuk dan panaskan semula atas api. Bolehlah nikmati suam-suam. sedikit sebanyak membantu la jugak aku yang tak lalu minum ni., 

Jus ni bukan minum hari-hari ye. seminggu dalam 2/3 kali saja. boleh minum sehinggalah datang period. bila period kena stop minum dulu sekejap. habis je period boleh sambung minum lagi.. sehinggalah pregnant macam aku. then kena start stop terus sampai dalam pantang pulak baru boleh minum. 

Kalau untuk kecantikan atau kurus, boleh lah tambah manjakani, halia, atau daun sirih dalam menu ni. tapi untuk yang ttc jangan tambah semua ni ye.. bahan-bahan ni panas sikit. takut susah lekat.. ha,.. gittew.. faham-faham sendiri lah.. :p 
nak mention jugak kat sini, untuk bulan puasa ni, elak dulu kot jamu asam kunyit ini, sebabnya kalau nak minum air ni, dlm masa sehari kena minum air banyak. biasalah jamu kan,..

Rasanya ini je nak kongsi untuk resepi jamu asam kunyit yang simple tapi menjadi ni.. korang yang mana yang ttc tu boleh try macam aku ni.. mana tau berjaya dpt zuriat. kita ni merancang ja, Allah yang tentukan.. tak salahkan ikhtiar. untuk air cinnamon tea.. nanti aku ajar dalam entry lain ye.. jangan risau semua resepi yang aku bukan.. senang-senang dan mudah untuk dibuat. nak minum je susah.. hahahaha..

so, i wish.. good luck u'olls.. :)

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Saturday, 20 March 2021

Pengalaman TTC aku : My TTC Journey (10) - Yeah! we did it!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kesinambungan dari entry ttc sebelum ni, 

Journey 9

    Hari ni aku nak cerita serba sedikit pengalaman ttc aku beberapa bulan sebelum aku disahkan pregnant pada hujung tahun 2020. Alhamdulillah walaupun tahun 2020  dulu pernah digembar gemburkan dengan kereta yang boleh terbang ke sana ke mari dengan adanya teknologi canggih yang melangkaui akal masa tu. Tapi itulah kisah dongeng kanak-kanak ketika aku berada di tahun 6 , 2004 suatu ketika dulu. Namun, pengalaman yang dilalui oleh semua rakyat Malaysia amat berbeza tahun ni dengan adanya virus covid-19 yang menyerang hampir ke semua negara di dunia ni. Sungguh sesuatu yang perit untuk ditelan oleh rakyat Malaysia khasnya. 

    Mungkin ada hikmah mengapa berlakunya semua ni kepada seluruh manusia di atas muka bumi ni. Mungkin Allah nak kita semua muhasabah diri dengan apa yang berlaku dan kembali semula ke jalan Allah.. bersyukur lah kita kerana kita masih bernafas sehingga ke hari ini dimana covid-19 ni telah menyerang kita hampir setahun lebih lamanya.

Dengan adanya covid-19 ni, PKP, PKPB, PKPP dan sebagainya telah dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan kes covid-19 ni menurun. Sengaja aku cerita kan di entry kali ni tentang covid-19 supaya menjadi ingatan kepada kita semua dan anak-anak cucu kita pada masa hadapan supaya mengingati bahawa kuasa Allah tu luas. Dan disebabkan covid-19 dan adanya program PKP dan sebagainya itu telah membolehkan rakyat Malaysia menambahkan jumlah ahli keluarga… hehehe… 

    serius wey.. yang ni nurse sendiri yang complain.. ramai yang bukak buku pink ni sejak pkp mac 2020 ari tu.. hahaha.. alhamdulillah.. rezeki dari Allah.. tidak kurangnya kami suami isteri tidak melepaskan peluang untuk berusaha untuk dapat rezeki Allah yang amat kami tunggu-tunggu tu.. hahaha.. jangan salah faham.. kami ni setiap tahun cuba, tapi nak buat macam mana belum ada rezeki. Biasalah, bila kita takde rezeki anak lagi ni memang mindset kena kuat even kita ni tak sekuat yang disangka.

     Sapa nak kan dikatakan sebagai mandul? Pernah wey.. ada sorang ni tegur aku, aku ni mandul ke dia tanya. Kau tahu apa perasaan aku masa tu? Fuh, rasa menitik air mata aku ni kat pipi aku. Jadi aku cuba pertahankan diri aku dengan beritahu yang aku ni  pernah je pregnant. Benda yang paling aku pegang selama ni, kalau ada rahim, mesti boleh ada baby. Aku percaya yang tu. Allah je tahu macam mana aku usaha untuk dapatkan anak. 

Berbagai cara aku dah try wey.. Cuma dalam banyak-banyak cara, aku tak try mengurut sebab dulu mak aku pernah pesan yang aku ni masih belum pernah melahirkan anak jadi jangan biasakan diri dengan mengurut sebelum dapat anak pertama. Ya, korang mesti marah aku kan? ‘Eh, mak saya suruh mengurut baru lekat’.. ha.. yang ni hak masing-masing tapi aku lebih percayakan kata-kata mak aku dari orang lain. Mak ni bila dia cakap ada aura dia yang tersendiri.. korang pon faham kan.. kata-kata mak ni doa. Jadi aku ikut je kata mak aku. 

Okey, banyak pulak merepek entry kali ni! Hahaha..

    Nak tahu ke apa yang saya buat lepas dari bulan 9, 2020 tu?

    Korang pon tahu kan dah macam macam aku try. Orang suggest itu, aku buat. Orang tu suggest ini, aku buat. Kira boleh tanya aku, apa ja aku tak try? Semua aku try wey. 

Disebabkan masa bulan 9 tu aku belum lagi dapat panggilan dari bahagian O&G HUSM berkenaan dengan iui yang aku nak buat tu. Korang boleh baca balik kat entry aku yang sebelum ni. https://solehahkahaku.blogspot.com/2020/05/pengalaman-ttc-aku-my-ttc-journey-7.html

    Sepatutnya aku buat iui bulan 7, 2020 tapi dah masa tu pkp. Jadi, aku dah call bahagian O&G tanya, katanya diorang tak ambil lagi untuk buat iui. aku pun masih tunggu sehingga bulan 9, 2020. Dalam masa aku dok tunggu tu, aku bagitau suami aku perancangan aku untuk kami usaha kan secara natural. Sebab mungkin kami ada peluang yang kami sendiri tak tahu. Jadi aku terangkan secara terperinci dekat suami aku even aku dah tau dia mesti dah belajar bab-bab menstruasi , ovulasi dan sebagainya kan. Tapi kali ni aku ambil masa bincang dengan suami aku, apa yang kena buat.. apa yang tak kena buat.. memang stail aku dari dulu lagi suka ajak suami aku bincang dari hati ke hati supaya mudah masing-masing faham keadaan semasa dan keadaan diri aku. 

       Lupa nak terangkan aku ni yang jadi masalah bab pregnancy dan period ni sebab aku ni ada pcos. Korang boleh search sendiri apa tu pcos.. Sebab sekarang ni aku lebih excited nak cerita pasal benda yang lebih menarik lepas ni.


TQ google


tq google

 Okey! Patah balik cerita aku pasal aku terangkan situasi aku kat suami aku tu kan. Aku bukan apa, aku nak dia faham apa sebenarnya yang kami lalui. Alhamdulillah, suami aku seorang yang memahami aku dan dia sanggup susah senang bersama aku. Aku bagitau suami aku ‘jadual ttc’ kami yang kami perlu lakukan. Serius aku memang straight kali ni. No excuses. Malah kalau suami aku berani ubah jadual tu pon aku dah start marah dia. Kesian suami. Maaf ye, orang buat untuk kita jugak. 

    Pasal jadual ni, first sekali yang korang kena buat adalah study dulu part penyakit korang tu.. macam aku ada pcos. So, aku cari info dan ilmu berkenaan dengan pcos. Apa yang aku boleh makan, apa yang aku kena elak makan, apa yang aku ni perlu buat dengan suami, exercise apa yang sesuai untuk orang pcos yang gemuk macam aku ni (perlu untuk aku mention gemuk ni sebab tak semua orang yang ada pcos tu semestinya gemuk, tidak! Ada orang yang kurus pon boleh ada pcos.) dan aku cuba buat ‘jadual ovulasi’ sendiri seperti yang disarankan oleh para doktor O&G. tapi, sebelum buat jadual ovulasi ni, wajib study dulu period korang. Kena lihat corak perubahan yang berlaku hampir tiap bulan  bagi aku better tengok dalam tempoh 6 bulan sebelum start ttc tu. Jadi korang akan tahu, period korang berapa hari, hari ke berapa boleh ‘berbadminton’ dengan suami, bila waktu ovulasi (yang ni wajib guna opk test kalau korang period tak stabil macam aku) dan bila waktu kena rehat sekejap sebelum period seterusnya. 

    Ha, kita ni yang nak ttc ni wajib buat research banyak sikit, nak anak kan? Kena lah usaha. Allah pun dah kata kalau nak sesuatu kena usaha, lepas tu berdoa, bila dah berdoa, baru lah bertawakal. Bukan hanya doa dan tawakal. Tadi aku ada sentuh bab period tak stabil kan, period tak stabil ni bermaksud seseorang yang purata period normal dia setiap bulan melebihi 28 hari. Macam aku, ada yang sampai 40 hari baru lah period semula tu pon kalau tak makan ubat. Kalau makan ubat, confirm lah stabil kan.

    Tapi start dari bulan 9 ni, aku dah start stop ubat period tu. Perlu diingatkan , period aku tak stabil ye.. okey, Dari bulan 9 tu, aku dah start makan madu setiap hari yang ni kawan aku yang ajar.., madu tu aku letak dalam cinnamon tea aku. Nanti aku buat entry pasal cinnamon tea aku tu. Aku pastikan aku minum setiap pagi tanpa gagal.

Kalau ada yang nak tau pasal resepi cinnamon tea aku ni.. boleh klik kat sini ye.. CINNAMON TEA FOR PCOS. 

 Sebelum tidur malam, aku amalkan sesudu cuku delima jenama fars yang dibancuh ke dalam setengah gelas air. (baca elok-elok tu). Jangan terus sudukan cuka ke dalam mulut. Ingat hanya sekali saja sehari minum. 

ni contoh cuka delima yang aku makan
(boleh je try jenama lain)


Dalam masa yang sama, aku dan suami buat ikut ‘jadual ttc’ dan ‘jadual opk’ aku tu sejak dari period last bulan 9 tu dan aku amalkan senaman 3 kali seminggu tu. Ingat tak dulu aku pernah cerita bab alatan senaman aku dulu tu. Ni dalam entry ni. https://solehahkahaku.blogspot.com/2020/06/rancangan-diet-aku.html

    Rupanya berguna jugak la treadmil ni. Hahaha.. terima kasih suami belikan. Love u. 💓

Dalam masa aku amalkan cinnamon tea dengan cuka delima ni, ada seorang sahabat baik suami tag nama aku dan suami aku kat facebook dalam satu ceramah pasal susu kambing dengan kurma ni yang dikategorikan sebagai makanan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.  Dalam ceramah ustaz tu, ustaz kata kena buat jus susu kambing ni. selepas tengok video ceramah tu, terus aku beli susu kambing asli dan kurma. aku buat sebiji macam ustaz tu sebut. sambil minum, sambil selawat dan niatkan supaya kami dapat anak seperti orang lain. aku paksa suami aku minum jugak.. ustaz tu cakap wajib buat sekali seumur hidup bagi orang-orang yang ikhtiar hamil macam kami. Alhamdulillah kami pon cuba,. tak harap banyak pon masa ni.. mintak Allah mudahkan segala urusan kami saja. terima kasih kepada Asmawi, sahabat suami yang sudi tag kami berdua.. terima kasih ustaz sebab dah turunkan ilmu yang penting ni.. nanti saya akan sharekan resepi susu kambing tu ye. 

    Pada awal bulan 10, aku dikejutkan dengan berita kawan aku dah start pregnant. Kawan usm. Then, aku tanya dia, apa yang dia makan dan dia buat untuk pregnant. Dia ada ceritakan tentang jus asam kunyit yang dia consume sebelum dia pregnant. Lepas tu aku try buat macam yang dia ajar kan tu. Alhamdulillah dalam pertengahan bulan 10, aku berjaya period tanpa ubat. Tanpa ubat wey! Suatu kejayaan bagi aku. Aku masih teruskan semua yang aku buat kat atas tu Cuma time period aku stop sebentar jus asam kunyit tu. Okey, nanti aku sharekan bab jus asam kunyit ni. Ni cara aku sendiri ye.

Edited : korang boleh baca new entry pasal jus asam kunyit ni kat sini.. JUS ASAM KUNYIT .

    Tak pon, korang boleh search kat youtube yang bonda rozita punya tu. Serius wey menjadi. Aku ada baca kalau dalam perubatan ayurveda, kunyit merupakan agen penting untuk sesiapa yang ada pcos macam aku ni. So, korang boleh try la ye.

lagi satu, aku ada try amik pregnacare,, yang ni aku makan selama sebulan lebih mcm tu.. tup2 pregnant.. then aku stop la mkn yg ni.. ada lagi 1 papan tak abis.. hehehe

tq google


    Penat pulak menaip.. hahaha.. korang pon penat kan membaca.. okey, kita break dulu kejap. Nanti aku sambung balik macam mana aku boleh pregnant tu.. hehehe.. alhamdulillah sekarang dah nak masuk 5 bulan dah. Alhamdulillah.. semoga Allah mempermudahkan segala urusan siti suhani dari semasa pregnant, masa bersalin sehinggalah berpantang nanti. Aamiin.. tq korang tolong aminkan. Tunggu tau janji temu kita next entry. 😊


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday, 30 December 2020

Best Marriage Advice - Nasihat untuk pengantin baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru-baru ni adalah digembar-gemburkan kes seorang wanita yang juga merupakan youtuber bab masakan ni dah bergaduh dengan suaminya atas masalah peribadi. Before this, mereka berdua kelihatan mesra dan bahagia dalam youtube channel mereka. Bagi aku normal lah bergaduh tu, ala macam korang tak pernah bergaduh.. masa bercinta pon kerap je kan bergaduh.. berkahwin apa tah lagi weh.. dah korang hidup sebantal dan sebumbung dengan dia.. mestilah ada kekurangan yang korang nampak depan mata.. masa bercinta memanglah kebanyakkan nya indah belaka sebab dia duduk jauh kan dengan kita .. jumpa pon sekali sekala ja.. jangan kelentong la.. aku pon pernah jugak bercinta selama 10 tahun sebelum berkahwin.. bergaduh tu adat la.. cuma kita tu kena lah bijak handle masalah keluarga.. kalau tak.. tak delah kes cerai kat malaysia ni..

Ermmm...Dalam usia perkahwinan yang baru 3 lebih ni.. sebenarnya pengalaman itu jelas belum ada.. kadang kita sendiri pon dalam proses R&D bab hati dan perasaan dengan suami kita..yela.. masih dalam proses belajar kenal hati budi masing-masing kan.. kadang kita rasa kita je betul, orang lain salah.. kadang orang lain rasa dia je betul, kita pulak yang salah. Dalam perkahwinan ni serius talk la.. memang kena ada give and take.. kalau tak de give and take ni, alamatnya hanyut lah perkahwinan.. paling sedih bila korang dah ada anak-anak yang sedang membesar dan memerlukan perhatian mak ayah.. korang tak rasa kesian ke kat anak korang kalau korang nak berpisah.. think twice ye sayang.. perkahwinan ni bukannya macam kita main kawin-kawin masa zaman kanak-kanak..yang ni lagi meluas konsep dia..

Dalam perkahwinan, benda penting kena buat, kenal suami kita.. suami kita ni jenis macam mana.. rasanya kalau bab ni dua bulan pertama lepas kahwin dah start boleh nampak dah tembelang si suami tu.. panas baran ke tak.. jenis pendiam ke.. jenis gamers ke... jenis riders ke.. kaki lepak malam ke.. kaki pukul ke..

bila kita dah tahu jenis suami kita macam mana.. contohnya, suami kita kaki pukul.. contoh...
- try buat perubahan diri jangan biar diri kena marah dan usahakan buat apa yang suami nak selagi mengikut syariat islam.. (xberjudi,xminum arak, xgadai badan, xtinggal solat) .. kalau suami suruh buat salah satu dari semua ni.. nasihat aku, tinggalkan je la suami macam ni sementara belum ada anak.. percaya cakap aku, aku nampak ramai dah yang dok tahan dengan suami panas baran, last2 cerai macam tu ja.. anak-anak pon suami dah mengambil tahu.. jadi please sebelum ada anak, ambillah langkah yang betul.. sebab tulah, orang tua cakap.. kahwin ni biar sekali ja seumur hidup.. jadi pilih lah betul-betul..supaya tak menyesal dikemudian hati.

kalau suami kita jenis pendiam dan kurang bergaul,
- try bagi galakan untuk dia terus bercakap.. contohnya.. rajin-rajin bertanya suami apa yang dia rasa.. seriusly laki yang macam ni dia suka memendam rasa.. rajin-rajin juga tanya pasal hal tempat kerja.. bila kita kerap berinteraksi.. lama-lama dia pun mudah mesra dengan kita dan orang sekeliling nya..

#abaikan_grammar_gue
#info_yang_penting




Dalam perkahwinan komitmen masing-masing memang amat diperlukan... cinta itu memang la penting dalam setiap perhubungan.. tapi kena lah tau tentang tanggungjawab masing-masing.. peranan masing-masing dalam rumah tangga..




kalau sekali pun kita busy, angkat la telefon.. jawab lah dengan penuh mesra macam yang kita buat masa zaman bercinta dulu.. ada orang , cakap sikit je dengan isteri terus letak telefon.. kadang-kadang isteri pon nak bergayut juga macam dulu-dulu.. acece...




spend time together.. memang penting tau.. tambah-tambah bagi yang long distance relationship.. ye aku pernah rasa macam mana peritnya bila berjauhan walaupun aku rasa tu sekejap je.. dalam sebulan macam tu.. at least balik la 2 bulan sekali ke.. kalau tak mampu sangat 4 bulan sekali.. ni pon lama sangat bagi aku.. kalau dekat.. contoh perlis dengan perak ke.. balik la seminggu sekali atau 2 minggu sekali.. penting tau luangkan masa bersama-sama.. supaya pasangan kita tahu yang kita masih wujud.. hahaha.. barulah si dia tak cari yang lain.. hehehe..





please.. cari orang yang boleh awak percayai sahaja untuk bercerita masalah awak.. jangan sebarangan cerita kat orang .. sebab boleh jadi kita mengaibkan suami kita sendiri dan bagi dosa kat diri kita.. kalau kita percaya kat mak kita,, cerita kat dia.. kadang-kadang kita terlalu terseksa, tapi kita tak tahu nak luah kat siapa kalau suami tak memahami.. kalau boleh stay dalam komuniti yang positif thinking.. jangan cari yang jenis toxic ye.. supaya tak termakan diri sendiri..




kadang-kadang bila kita terlalu stress.. kita tak tahu nak luah siapa-siapa kan.. jadi cari sesuatu yang boleh hiburkan hati,.. contohnya, kalau jenis suka tengok maharaja lawak.. boleh la tgk.. running man ke apa ke.. jangan lah sampai kita marah benda lain tapi lepas kat pasangan kita.. tu jangan lah kita buat ye.. kesian pasangan kita tu.. sepatutnya kita yang mendengar segala rintihan pasangan kita, ni tak terbalik.. kita pulak yang lepaskan kemarahan kat pasangan kita.. jangan la macam tu ye..



Masa gaduh, please jangan cari siapa salah atau siapa betul.. kalau rasa pihak suami tak nak mengalah, please ambil langkah untuk mengalah walaupun kita rasa kita betul.. sebabnya benda yang kecil kalau kita tak selesai kan segera memang boleh jadi besar.. takkan kita nak berpisah dengan suami gara-gara bermula dari pergaduhan kecil.. masalah simple-simple kalau boleh jangan simpan dalam hati sebagai contoh.. benda berkaitan dengan barangan rumah ke, selalu buang sampai merata-rata ke, masalah kentut ke masalah duit ke.. kalau boleh ambil masa untuk bincang dan nasihat elok-elok.. laki ni kalau kita nasihat lembut-lembut, mereka mudah untuk dengar.. kalau kita membebel, satu pon mereka tak dapat apa yang kita cakap.. end up, jadi balik benda yang sama.. 



Pernah dengar tak ayat, " It's okay not to be okay!"
biasalah, dalam rumah tangga ni ada pasang surut, kadang-kadang ada sesetengah orang bila kat tempat kerja bad mood, mulalah sampai ke rumah nak badmood. kita ni sebagai pasangan pon kena main peranan jugak kalau tengok pasangan kita dok sedih ja.. cuba ambil inisiatif untuk tanya masalah pasangan dan cuba bagi suggestion yang membina bukan yang menyalahkan.. kadang-kadang pasangan kita hanya nak kita faham apa yang jadi tanpa perlu kata apa-apa.. maksudnya, dengar dan bagi pelukan ke ciuman ke.. tak pe dah.. itu pon dah cukup..



Yang ni faham-faham la ye.. kadang-kadang ada orang bercerai atas sebab masalah dalam bilik tidur saja. yang ni cari sendiri lah maksud nya. yang penting, jangan ego baik suami atau isteri! lagi satu, masalah bilik tidur jangan diceritakan kepada orang lain kecuali doctor yang merawat kita sendiri atau mak ayah kita yang dirasakan untuk meminta nasihat. hal dalam bilik ni adalah rahsia dan merupakan aib suami isteri. Jadi, Aib ni kita kena lah jaga..



kalau yang macam atas ni, kena jumpa kaunseling atau doktor yang bertauliah. suami isteri kena jumpa.. kadang-kadang suami sendiri ada masalah peribadi. jadi kena buatlah medical check up.. bincang sama-sama dan terangkan secara baik. in shaaAllah selesai.

Kadang-kadang dalam rumahtangga ni salah seorang akan terasa seolah-olah 'dia' yang banyak berkorban dalam rumahtangga tak kiralah dari segi wang ringgit atau apa-apa sahaja. tapi percayalah kalau kita buat atas dasar tanggungjawab dan kita buat untuk membawa keluarga kita ke syurga. In shaa Allah , Allah akan bagi pahala atas setiap titisan peluh yang dikeluarkan. sebenarnya, kadang kita tak sedar masing-masing ada tanggungjawab masing-masing yang bukan hanya untuk diri sendiri saja tapi untuk keluarga tercinta.

Benda yang paling pantang sekali dalam rumahtangga.. Jangan lah bandingkan pasangan kita dengan pasangan orang lain.. Lelaki lain.. ataupun bandingkan anak-anak kita dengan anak-anak orang lain. kadang mereka dah usaha bagi yang terbaik untuk kita tapi kita yang tak nampak. takkan hanya disebabkan satu kesalahan kita nak blame everything on them kan. kesianlah macam tu.. kalau kita nak 'something' dari pasangan kita just direct bagitau atau boleh tag dekat mana-mana info kat facebook tu. tak pon kalau suami jenis yang tak suka ditag tu boleh je screenshot pastu hantar kat whatsapp dia. macam tu. kita hanya mampu doakan dia berubah saja. 

Lagi satu, dalam rumah tangga kita tak boleh berbohong atau menyimpan rahsia dari pasangan kita. penting untuk kita bagitahu berapa akaun bank kita ada, berapa insuran yang kita ada, barang-barang peribadi secara zahir atau tidak zahir.. supaya bila salah seorang meninggal dunia, mereka akan lebih alert dengan harta benda kita. boleh lah elakkan sebarang perkara yang tidak diingini terjadi. namun bergantung pula pada situasi, incase kita nampak pasangan kita tu dah macam orang penagih ke apa ke maksudnya yang tak boleh diharapkanlah. janganlah semua benda nak diceritakan padanya. ada benda yang patut kita bagitau, kita bagitahu sebab kita perlu fikir masa akan datang dan sebarang kemungkinan yang akan jadi.

Tapi kalau masalah yang berkaitan tempat kerja atau apa saja masalah, better kita luahkan kat pasangan kita. sebab kalau kita memendam rasa dan menyimpan rahsia dari pasangan kita, kita yang tak tenang. kadang-kadang bila kita cerita kat pasangan tu, mereka lebih banyak idea bernas dari kita. 
Tak percaya?? Try la..

Percaya atau tak,  bila kita terlalu berahsia dengan pasangan, pasangan akan hilang rasa intimacy tu.. rasa macam dah tak rapat macam mula-mula bercinta dulu.. ha.. gitu.. lebih kurang macam tu lah. Jadi, bila dah jadi macam ni, mulalah nak hilang kepercayaan. betul tak.. kita rasa macam kita ni dah tak penting dalam hidup pasangan kita. end up apa jadi"?? depression!!


Sebab tu lah, kita kena bagi sepenuh kepercayaan kepada pasangan kita. kepercayaan ini kunci rumahtangga yang kekal utuh sampai syurga. 
Jangan pulak kita musnahkan kepercayaan pasangan kita kat kita!
tu cari nahas namanya!!
Janganlah cuba menguji pasangan kita dengan kaitkan insan ketiga dalam diam kerana tak semua orang suka bila bertiga berempat atau berlima dengan orang yang bukan darah daging.. 
poligami bukanlah langkah bijak untuk memeriahkan rumahtangga!

Rumahtangga mana yang tak pernah bergaduh bagai nak rak.. kalau tak pernah bergaduh tu, mesti ada 'something wrong somewhere' sebab perkahwinan yang sihat dimana didalamnya ada suka, duka dan bahagia menjadi penyedap rasa. cuma, cara untuk kita tangani masalah itu berbeza. 

Tapi ada satu cara yang paling berkesan, bila pasangan kita marah, kita kena cool down. bila bergaduh salah seorang mesti kena mintak maaf dahulu.. bila pasangan kita bercerita atau ingin berkongsi apa-apa, kita letak handphone dari tangan kita ke meja.. tengok muka dia dan dengar luahan hati dia. zaman sekarang suami isteri banyak mengadap handphone sehingga mengabaikan anak-anak dan isteri ataupun sebaliknya. ada juga yang memberikan anak mereka handphone sebagai penenang amok seawal usia anak 3 bulan. semoga kita semua dilindungi dari perkara-perkara negatif.. aamiin..

Jom tgk, macam mana Saidina Umar Al-Khattab layan isterinya..

Sumber dari website : 
https://republika.co.id/berita/dunia-islam/hikmah/14/07/25/n993h3-kisah-umar-dimarahi-istri

Syahdan, diceritakan seorang laki-laki datang kepada Umar bin Khattab RA. Ia hendak mengadukan istrinya karena marah-marah kepadanya. Lelaki tersebut jengkel dan ingin mengadukan kelakuan istrinya kepada Amirul Mukminin.

Setiap kali datang ke rumah Amirul Mukminin, ia tidak pernah bertemu dengannya. Umar bin Khattab RA selalu telah pergi sebelum ia datang. Suatu ketika, laki-laki itu kemudian datang lagi ke rumah Umar bin Khattab RA. Sampai di depan rumah, ia tidak langsung mengetuk pintu. Umar justru berdiri di depan.

Lelaki itu pun tertegun sejenak. Secara tak sengaja, ia mendengar sang khalifah sedang dimarahi istrinya. Sang istri terdengar membesar-besarkan masalah yang remeh. Nada suara perempuan itu meninggi. Sang Amirul Mukminin cenderung pasif menghadapi kemarahan istrinya.

Lelaki itu kemudian berkata dalam hati, “Jika seorang Amirul Mukminin saja seperti itu, bagaimana denganku?” Ia kemudian berbalik hendak pergi. Umar bin Khattab keluar rumah dan melihat tamunya hendak pergi. Ia pun bertanya, “Apa keperluanmu?”

Laki-laki itu kemudian berbalik dan berkata, “Wahai, Amirul Mukminin, aku datang untuk mengadukan perangai buruk istriku dan sikapnya kepadaku. Tapi, aku mendengar hal yang sama pada istrimu,” kata lelaki itu.

Umar bin Khattab RA kemudian tersenyum. Dia pun mengisahkan kepada lelaki itu mengapa Umar yang keras begitu sabar menghadapi istrinya. “Wahai, saudaraku, aku tetap sabar menghadapi perbuatannya karena itu memang kewajibanku.” 

Alih-alih menghardik istrinya, Umar malah menceritakan betapa besar jasa istrinya dalam kehidupannya di dunia. “Bagaimana aku bisa marah kepada istriku karena dialah yang mencuci bajuku, dialah yang memasak roti dan makananku, ia juga yang mengasuh anak-anakku, padahal semua itu bukanlah kewajibannya,” jawabnya.

Umar bin Khattab RA kemudian menasihati lelaki itu untuk bersikap sabar kepada istrinya karena istrinyalah yang membuat dia tenteram di sampingnya. “Karena istriku, aku merasa tenteram (untuk tidak berbuat dosa). Maka, aku harus mampu menahan diri terhadap perangainya.”

“Wahai, Amirul Mukminin, istriku juga demikian,” kata lelaki itu. Amirul Mukminin pun menjawab, “Maka, hendaknya engkau mampu menahan diri karena yakinlah hal tersebut hanya sebentar saja,” kata Amirul Mukminin.



Kunci utama kebahagiaan rumahtangga ni adalah kesabaran. bila kita sabar, semua akan jadi mudah. in shaaAllah. kita kena yakin dengan Allah dan letakkan segalanya atas pengetahuan Allah. Allah menjadikan sesuatu itu bersebab dan dan ada hikmah kenapa kita berkahwin dengan pasangan kita sekarang. Jangan menganggap perkahwinan adalah bebanan kerana perkahwinan lah yang melengkapkan iman bagi seorang manusia.



Perkahwinan di dunia ini merupakan ujian Allah untuk kita umat Nabi Muhammad s.a.w yang apabila kita melepasi segala ujiannya kita diganjarkan dengan pahala dan dimasukkan ke syurga. Jambatan ke syurga sebenarnya ada dalam perkahwinan itu sendiri.. isteri buat baik dengan suami dapat pahala.. suami buat baik pada ibu bapa dan isteri dapat pahala.





terima kasih kepada semua reader.. maaf entry kali ini agak panjang,.. namun diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua bakal pengantin terutamanya..

jumpa lagi di next entry ye..



  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Pengalaman TTC aku : My TTC Journey (9)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai semua.. Rasanya dah lama tak buat content untuk entry baru kat blog ni kan. Ha, susah sikit sekarang suami kite tu asyik nak main game je. Jadi kita korbankan lah masa dengan laptop ni sekejap. Tak delah sekejap sangat. Rasa dah beberapa bulan kan tak update. Okey! Dah la membebel lama-lama.. nak sambung cerita pasal ttc aku dari entry yang sebelum ni.. journey 8. 

Aku ni merupakan salah seorang PCOS Fighter. Jadi, memang agak susahlah untuk aku nak pregnant dengan ‘mudah’. Pengalaman aku pregnant sebelum ni memang mengajar aku ‘something’ yang kalau aku nak pregnant memang kena usaha lebih sikit. Kalau ada yang ikuti kisah ttc aku yang sebelum-sebelum ni, mesti akan tahu betapa strugglenya aku ni untuk pregnant. Aku kena diet dulu. Kena hold dulu banyak makanan kegemaran aku. Maybe time aku pregnant yang kali pertama tu sebabnya kita puasa kan sebulan bulan puasa tu. Jadi mudahlah aku untuk kawal pemakanan dan sebab tu jugak lah kot aku ‘tersangkut’ double line tu. Alhamdulillah.. tapi bila keguguran tu, benda yang paling sedih bila kau dah usaha jaga tapi tetap nak gugur jugak. Tu lah yang buat aku rasa sedih sangat-sangat.

Okey back to the topics, lepas je bulan Jun 2020.. then aku dah tak ambil provera tu sebabnya call pihak O&G HUSM pon dia cakap dia tak ambil dah untuk nak buat IUI. So, kena tunggu sehingga diberitahu oleh pihak hospital sendiri. Lagipon, pihak hospital ada que list untuk iui. Jadi, incase pon dah boleh terima pesakit untuk rawatan iui ini , mereka akan lebih utamakan que yang before aku mendaftar tu la. Jadi aku redha ja.

Sebab utama yang menghalang dari rawatan iui ini diteruskan pihak hospital sebab masa ni kes covid19 masih meningkat diseluruh negara. Yela, baru je start covid19 ni dalam bulan 3 mcm tu. Jadi masa ni negara dalam tempoh pemulihan kalau tak silap.. but end up, ramai warga asing pakat masuk masa awal bulan Julai menyebabkan covid19 ni naik semula secara mendadak.. kluster yang masih aku ingat masa tu yang mencetuskan controversi ‘ kluster sivagangga’ yang menyebabkan ahli keluarga aku jugak terkena tempias dan mengalami penderaan emosi oleh netizen di kampung ku terhadap ahli keluargaku. Kesannya amat mendalam, apabila adik beradik aku buat bisnes makanan pon dikatakan ada covid19 didalamnya. Padahal keluarga aku bebas covid19 masa tu dan mujurlah aku sempat balik ziarah kubur mak abah dan pergi rumah mak mertua dan keluarga kat kedah masa bulan Jun tu.. alhamdulillah sempat jugak. Terima kasih Ya Allah sebab dah melindungi kami sekeluarga.

Eh, dah masuk cerita bab covid19 plak dah… hehehe.. okey, masa bulan Ogos, aku ada lah dok buat IF (Intermidiate Fasting).. tapi memang tak tahan sangat-sangat. Then aku banyak cheat day je. Lepas tu, aku dah start fed up sebab dok check pregnancy test tak de apa-apa pon.. bukan sekali tau.. hampir tiap kali lepas period.. kali ni yang aku perasan period aku macam dah okey sikit. . Maybe sebab treatment iui tu kot.  aku, tak delah okey sangat. Tapi okey lah cara aku. Maksudnya macam ni, biasanya aku kalau makan ubat tak kisah lah provera ke pil perancang ke baru lah ada period untuk bulan tu. Tapi sekarang aku tak makan ubat pon boleh period walaupun 2 bulan sekali baru period. Sebab sebelum ni (since aku kahwin) , kalau aku period pon dalam 4 bulan sekali, 3 bulan sekali ataupun paling lama 6 bulan sekali. Giler tak.. giler kan.. sebab tu lah kes aku ni dirujuk under infertiliti dan bawah pcos. Dah memang tu pon simptom dia.

One day ni dalam bulan 9 atau hujung bulan 8 macam tu, aku ada jumpa dengan ex colleague aku. Guess what??? She’s pregnant. Dia pon kahwin dah setahun lebih baru lah mengandung tu. Katanya dia ada makan madu turkey wawa tu. Dia makan sebulan terus lekat pregnant. Aku masa tu pitih tak kepuk. Jadi aku beli madu biasa yang Syuib ( jenis strip) tu.. hari-hari aku makan satu. Biasa saja aku rasa.  tak de apa-apa perubahan pon, maybe sebab aku tak ikut betul-betul petua kawan aku tu kan..

lepas tu apa yang aku buat?? nanti aku cerita next entry, takkan lah semua nak cerita dalam satu entry kan orang baca pon letih kan.. tunggu next entry ye.. papai..   :)


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tiada sambutan hari lahir untuk anakku

Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hai semua, susah nak nyatakan kat sini tapi terpaksa aku luahkan juga..  Mintak maaf ye anakku sayang...